MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Wednesday, August 15, 2012

PROSES HUJAN BATU MELALUI PERSPEKTIF QUR’AN





Pengenalan Qur’an menjelaskan banyak fenomena semulajadi yang hanya dapat ditemui atau dijelaskan oleh saintis melalui sains moden sejak 1400 tahun lalu lagi. Proses meteorologi bagi hujan batu turut dinyatakan di dalam Qur’an lama sebelum sains moden mampu menjelaskan bagaimana ia terjadi. Qur’an adalah satu bahan bacaan atau rujukan dalam bahasa Arab yang secara keseluruhannya paling sempurna.Qur’an mengandungi panduan hidup dan moral yang suci kepada umat manusia terutamanya Muslim. Muslim menjadikan Qur’an sebagai bukti utama kenabian Muhammad. Berdasarkan pada buku ‘Meteorology Today by Ahrens hujan air batu adalah kepingan ais, samada lutsinar atau separuh telap yang bersaiz di antara sekecil kacang pea sehingga sebesar bola golf, sebahagiannya berbentuk bulat, sementara ada juga yang berbagai bentuk.

Ayat al-Quran yang menjelaskan pembentukan hujan air batu

(Surah An-Nuur : 43)

Terjemahannya: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Pembentukan hujan batu

Allah menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam pembentukan kilat.

Hujan batu dihasilkan dalam awan kumulonimbus (rajah 3) yang terkumpul menghasilkan titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil ’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin besar.

Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain.


Rajah 1 : Bentuk hujan air batu

Hujan batu kecil selalunya cair sebelum sampai ke bumi. Bagaimanapun di dalam angin ribut yang kuat, hujan batu mungkin menjadi cukup besar untuk jatuh ke bumi sebelum ia dapat cair sepenuhnya. Menariknya mengenai hujan batu adalah ia hanya terjadi ketika waktu paling panas dalam setahun – musim panas. Hujan air batu lebih kerap terjadi di kawasan selain kawasan tropika walaupun kawasan tropika mengalami kadar hujan lebat disertai kilat yang lebih tinggi, kerana atmosphere di kawasan tropika lebih panas berbanding kawasan yang lain.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita boleh menyatakan bahawa pembentukan hujan air batu telah dijelaskan lama lagi sebelum dapat dijelaskan para saintis. Ayat Qur’an di atas menjelaskan melalui pembentukan awan,maka datanglah hujan air batu. Kita,sebagai Muslim perlulah menjadikan Qur’an sebagai bimbingan sepanjang masa.

Fakta menarik mengenai hujan batu

•Kira-kira kerugian $1 billion U.S dollar di dalam bentuk tanaman dan harta benda disebabkan oleh hujan air batu setiap tahun di Amerika Syarikat.

•Hujan air batu di Amerika Syarikat yang mengalami kerugian tertinggi adalah pada Mei 1995. Jumlah kerosakan adalah $2 billion di mana dianggarkan $1.1 billion adalah akibat kerosakan hujan air batu.

•Hujan air batu terbesar direkodkan jatuh di Coffeyville, Kansas pada 3 September 1976. Ia berukuran kira-kira ukur lilit 17.5 inci ( diameter lebih 5.6 inci ) dan berat lebih dari 26 auns ( hampir 2 pound ).

•Apabila dibelah dua, hujan air batu mempunyai lapisan bulat seperti bawang, yang menunjukkan berapa kali ia sampai ke bahagian atas ribut sebelum jatuh ke bumi.

•Hujan air batu berlaku pada musim panas.

•Tempoh hujan air batu jarang melebihi 15 minit.

•Hujan batu jarang berlaku di kawasan tropika kecuali di kawasan tinggi.



Rajah 2 : Pembentukan hujan batu



Rajah 3 : Awan Kumulonimbus.

References :

1. Ahrens, C. D. Meteorology Today : An introduction to weather, climate and the environment. (2007). Thomson Brooks/Cole. 2. Yahya, H. Keajaiban Al-Quran.Terjemahan : Syed Mahazir Shariff Ahmad. (2003). Perniagaan Jahabersa.

-TERIMA KASIH-

Sumber:

http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/proses-hujan-batu-melalui-perspektif-qur%e2%80%99an/

No comments: