MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Thursday, November 22, 2012

AWAS PENYEBARAN FITNAH


SEJAK zaman Rasulullah SAW lagi sudah wujud masalah khabar angin palsu dan fitnah, maka apatah lagi pada zaman serba canggih ini, apa-apa saja boleh berlaku. Justeru, setiap individu muslim hendaklah memikul tanggungjawab dalam setiap perkataannya agar tidak tersalah dalam berkata-kata atau mengada-adakan cerita kerana dosa lidah itu amat berat.
 
Dalam menerima sesuatu maklumat, selidik dulu fakta diterima dan jangan dipercayai seratus peratus tanpa ada sandaran bukti dan dalil yang kuat. Seelok-eloknya tanyalah kepada orang yang lebih mengetahui dan sekiranya maklumat itu berkaitan dengan peribadi seseorang, tanyalah terlebih dulu kepada empunya diri supaya perkhabaran yang diterima itu betul dan tepat.
 
Berdasarkan peristiwa dialami Saidatina Aisyah, Rasulullah SAW menjatuhkan hukuman 80 sebatan atas kesalahan golongan penyebar fitnah. Hukuman ini dikira amat berat kerana menyebarkan fitnah bukan kesalahan ringan, malah ia amat bahaya jika tidak dibendung.
 
Maka pihak kerajaan dan golongan berwajib mesti mengambil langkah pencegahan supaya penyebaran maklumat palsu tidak berleluasa dan boleh memporak-perandakan hidup manusia.
Dalam era teknologi maklumat yang serba moden dan canggih, penyebaran dan penerimaan maklumat berlangsung dengan cepat dan pantas. Islam tidak pernah menolak kemajuan tetapi biarlah kemajuan ini seiring berasaskan etika dan nilai akhlak yang diterima pakai.
 
Fenomena fitnah dan khabar angin sering digunakan dalam menyebarkan maklumat yang tidak benar. Mereka menggunakan kemudahan canggih ini untuk melaga-lagakan sesama manusia sehingga yang bersahabat menjadi musuh, suami isteri bercerai gara-gara e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), surat layang, internet dan seumpamanya.
 
Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah dengan balasan azab yang amat pedih. Maksud firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 19, bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya".
 
Ayat di atas diturunkan rentetan daripada peristiwa yang menimpa Rasulullah apabila isterinya Aisyah dituduh melakukan hubungan tidak baik dengan seorang sahabat bernama Safwan.
 
Berita bohong ini terjadi selepas peperangan Bani al-Mustaliq.Peperangan ini diserai kaum munafik. Dalam perjalanan pulang ke Madinah, rombongan tentera Islam singgah di satu tempat dan Saidatina Aisyah keluar dari kenderaannya untuk qadha hajat dan kalungnya jatuh menyebabkan beliau kembali ke tempat beliau qadha hajat untuk mencari kalung itu.
 
Pada masa sama tentera Islam berangkat meneruskan perjalanan ke Madinah yang pada sangkaan mereka Aisyah berada dalam kenderaan tunggangannya. Selepas Aisyah menjumpai kalungnya dia pun terus ke tempat persinggahan tentera Islam dan alangkah terkejutnya Aisyah apabila mendapati tiada lagi tentera Islam yang tinggal.
 
Saidatina Aisyah terlelap kerana kepenatan dan beliau dikejutkan dengan laungan seorang sahabat bernama Safwan bin Ma'tal yang kebetulan tercicir dari kumpulan tentera Islam. Safwan yang mengetahui Aisyah adalah isteri baginda segera mengucapkan ‘inna lillahi wa ilahi rajiun’ dan merendahkan tunggangannya untuk dinaiki Aisyah.
 
Sepanjang perjalanan mereka tidak bercakap walau sepatah perkataan pun sehingga mereka sampai ke Nahr al-Zahirah yang secara kebetulan tentera Islam pun berhenti di tempat yang sama. Apabila dilihat tentera Islam yang ada di kalangan mereka itu orang munafik, mereka mula menyebar cerita yang bukan-bukan berunsur fitnah kononnya Saidatina Aisyah ada melakukan hubungan sulit dengan Safwan. Cerita fitnah ini berlanjutan sehinggalah tentera Islam selamat sampai ke Madinah.
Rasulullah mengambil sikap mendiamkan diri sehingga wahyu turun bagi menjelaskan perkara sebenar. Ada di antara sahabat mencadangkan kepada Rasulullah supaya menceraikan Aisyah dan tidak kurang juga yang menyarankan baginda terus bersama isteri baginda.
 
Sebulan lamanya wahyu tidak turun dan dalam tempoh itu juga Saidatina Aisyah ditimpa demam. Sehingga pada satu hari turunnya ayat surah al-Nur ayat 11-20 yang menjelaskan mengenai kesucian Aisyah dan pembuktian dia tidak bersalah melakukan perkara curang. Sejurus selepas turunnya ayat, Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Wahai Aisyah, kini Allah mengisytiharkan kesucianmu daripada segala noda".
 
Sahabat yang menyebarkan berita fitnah Aisyah dan Safwan dijatuhkan hukuman sebat atas kesalahan menuduh orang melakukan zina dan dirotan 80 kali sebatan. Keburukan dan kejahatan kaum munafik terdedah di khalayak sehingga ada di kalangan mereka berasa amat malu...

MEMELIHARA PERSAUDARAAN ISLAM



Allah S.W.T. menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan makhluk-Nya yang lain. Antara keistimewaannya yang paling utama ialah Allah S.W.T.menciptakan akal untuk manusia berfikir dan lidah untuk berbicara. Justeru, lidah menjadi jurubicara menyampaikan apa yang terasa dalam hati dan terlintas dalam fikiran manusia.
Keupayaan berbicara merupakan nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia. Manusia perlu menggunakan lidahnya untuk membicara perkara-perkara yang berfaedah. Antaranya membaca ayat-ayat suci al-quran, hadith-hadith Rasulullah s.a.w., pandangan para ulama', intelektual dan sebagainya seterusnya menyampaikannya kepada orang lain. Pesanan Rasulullah s.a.w. agar menyampaikan mesej Baginda walaupun satu ayat merupakan penegasan tentang betapa pentingnya kita perlu berbicara. Ia merupakan salah satu wasilah paling berkesan untuk menyampaikan mesej dakwah Islam.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
Allah Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al-Qur'an. Allah menciptakan manusia,mengajarnya berbicara (menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya).'
(Surah ar-Rahman : 1-4)
Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang sentiasa mengungkaikan kalimah-kalimah agar setiap butiran bicara tersebut mendapat, keredhaan Allah.
Adab pergaulan
Berbicara dengan orang perseorangan atau awam sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik dan lain-lain mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna bagiya.'
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)
Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.
Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.'
(Surah al-Mukminun : 1-3)
Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: 'Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.
Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.
Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.
Ketiqa: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.
Keempat: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.
Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).
Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah.
Pertuturan Dalam Pergaulan
Tuturkata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauhmana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran,sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. bercakap benar, sopan santun, lembut dan lunak supaya sedap didengar dan elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kotor.
Dalam kehidupan kita seharian, wadah pergaulan yang digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan. Umpamanya melalui perbualan, penulisan atau perdebatan.
Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tentang apa sahaja sama ada dalam percakapan, penulisan ataupun perdebatan. Walaubagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina,memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor,mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya hingga menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam. Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturrahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci. permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.
Dalam hal ini bijak bistari pernah berpesan, 'berfikir itu pelita hati'. Pepatah Melayu pula mengatakan, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian yang begitu mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.
Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan maka kita perlulah berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Ibarat kata pepatah,'mulut kamu adalah harimau kamu.'Terdapat banyak ayat al-gur'an dan hadith Rasulullah s.a.w yang memberi peringatan dan panduan tentang adab dalam percakapan. Antaranya Firman Allah S.W.T.maksudnya: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik(mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya(menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk [mati] yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.
(Surah Ibrahim: 24-26)
Maksudnya:
'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang 
(Surah al-Hujurat:11)
Maksudnya:
'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)
Allah Ta'ala berfirman lagi:
Maksudnya:
Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.'

(Surah al-Ahzab : 58)
Maksudnya:
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.'
(Surah al-Israa':53)
Maksudnya:
'Pergilah, kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut,semoga ia beringat atau takut.'
(Surah Taha: 43-44)
Manakala sabda Rasulullah s.a.w pula:
Maksudnya:
'Perbuatan memaki hamun seorang mukmin merupakan perkara fasiq dan perbuatan memeranginya hukunmya kufur'
(Riwayat al-Bukhari)
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kedua-dua orang yang saling maki-memaki itu dosanya adalah atas orang yang memulai antara kedua-dua orang itu, sehingga yang dianiaya melanggar melebihi batas apa yang dikatakan oleh orang yang memulai tadi'
(Riwayat Muslim)
Maksudnya:
Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat disamping ia tidak bersifat buruk.'
(Riwayat al Tirmidzi)
Maksudnya:
Dari Abu Zar r.a.,bahawasanya ia mendengar Rasulullah bersabda: Tidakkah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain,melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat tersebut.
(Riwayat al-Bukhari)
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Tidak sewajarnya bagi orang yang jujur itu suka mengutuk.'
(Riwayat Muslim)
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.'
(Riwayat Muslim)
Maksudnya:
Daripada Jundub bin Abdullah r.a., katanya;Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Ada seorang lelaki berkata: 'Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si Fulan itu.' Allah azzawajalla lalu bersabda:'Siapakah yang berani menyumpah-nyumpah atas nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si Fulan itu, sesungguhnya Aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu yakni yang bersumpah tadi.'
(Riwayat Muslim)
Maksudnya:
Sesungguhnya saya diutus Allah tidak menjadi pengutuk, tetapi hanyalah menjadi rahmat.'
(Riwayat Muslim)
Abu Darda' menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: 'Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.'
(Riwayat Muslim)
Maksudnya:
Janganlah banyak bicara, jika tidak mengenai zikir Allah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikir Allah itu menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah pada hari Kiamat ialah orang yang kesat hati.'
(Riwayat at-Tirmidzi)

Maksudnya:
'Bersumber dari Abu Darda' r.a., ia berkata:Rasulullah s.a.w bersabda 'Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu~pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut,kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya,apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut.'
(Riwayat Abu Daud)
Maksudnya:
'Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan!'
(Riwayat at-Tabarani)
Maksudnya:
Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik maka bagaikan orang yang melakukannya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya.'
(Riwayat at-Tirmidzi)
Maksudnya:
Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.'
(Riwayat at-Tirmidzi)
Maksudnya: 'Janganlah kamu mengutuk orang yang sudah meninggal dunia nanti kamu akan menyakiti orang yang masih hidup dengannya.'
Penulisan
Pada zaman ini sikap saling mencela dan mempersalahkan orang lain melalui tulisan sudah menjadi perkara biasa. Tujuannya hanyalah untuk menuduh dan menjatuhkan air muka orang lain yang tidak sehaluan pendapat dengannya, disamping mungkin juga bertujuan untuk mencari populariti.Islam tidak melarang umatnya untuk memberikan pandangan dan kritikan yang bersifat membina apabila melihat sesuatu masalah atau tuduhan yang menyimpang daripada kebenaran. Sikap seperti ini telah ditunjukkan sejak zaman Rasulullah s.a.w hinggalah kepada pemimpin- pemimpin seterusnya.
Walau bagaimanapun,setiap tulisan yang dihasilkan hendaklah merupakan suatu karya yang membina yang dapat menegakkan peradaban masyarakat, sebaliknya bukan untuk meruntuhkannya dengan menggunakan bahasa yang tidak sopan dengan tujuan mencela atau menghina pihak tertentu. Menggunakan bahasa dan daya imaginasi yang tinggi untuk melahirkan sebuah karya sangat disanjung tinggi.Namun, biarlah imaginasi itu ada arah tuju yang baik dan bukan sebaliknya.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: 'Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat-tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong) Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah) orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana mereka akan kembali.'
(Surah Asy-Syuara': 224-227)
Ayat ini jelas menolak penulis atau pengkarya yang menggunakan imaginasi dan khayalan tanpa kawalan kerana ia boleh menyebabkan masyarakat keliru dan timbul salah tanggapan terhadap tulisan tersebut:
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:
Tidak harus bagi seorang muslim itu menimbulkan ketakutan pada diri saudaranya
.'
(riwayat Abu Daud)
Hadith tersebut menghendaki kita menggunakan bahasa yang mudah supaya maksudnya tepat dan tidak menggelirukan pemikiran pembaca. Gaya bahasa yang berbelit-belit, mencemuh, mencarut, menghina dan sebagainya hendaklah dihindarkan kerana ia dilarang oleh Islam berdasarkan firman Allah:
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik. Dan akan diampuni-Nya dosa-dosa kamu.
(Surah al-Ahzab: 70-71)
Perdebatan
Dalam pergaulan seharian, kita sering berhadapan dengan perbincangan atau perdebatan tentang sesuatu isu. Islam menggariskan beberapa panduan yang patut diikuti ketika perbincangan atau perdebatan untuk mengelakkan berlakunya perbalahan. Perdebatan tentang agama, politik, ilmu pengetahuan dan lain-lain yang dilakukan tanpa berlandaskan adab-adab yang dibenarkan oleh syarak, akan mengakibatkan rosaknya agama, kehidupan dan ilmu pengetahuan.Barangkali perdebatan seperti yang mereka lakukan itulah yang mengakibatkan rosaknya kesejahteraan ummat dan lahirnya golongan yang berpecah-belah.
Perdebatan seumpama ini bukanlah pembahasan yang sihat dan bukan pula usaha memperolehi kebenaran dengan cara yang sebaik-baiknya. Ini tergambar apabila para sahabat pernah berdebat antara satu dengan lain tentang sesuatu perkara. Apabila Rasulullah s.a.w. datang, baginda bersabda:
Maksudnya :
Hai umat Muhammad, berhati-hatilah! Orang sebelum kamu dahulu binasa kerana perbuatan seperti itu. Tinggalkanlah perdebatan kerana orang beriman tidak patut berdebat! Tinggalkanlah perdebatan kerana orang yang berdebat jelas akan memperolihi kerugian! Tinggalkanlah perdebatan kerana perdebatan mendatangkan dosa bagi orang selagi ia berdebat! Pada Hari Kiamat aku tidak akan memberi syafaat kepada orang yang suka berdebat! Tinggalkanlah perdebatan, kujamin tiga buah rumah di dalam syurga: di taman-tamannya,di tengahnya, dan yang di bahagian atasnya tersedia bagi orang yang menjauhkan diri daripada perdebatan dalam keadaan ia benar! Tinggalkanlah perdebatan kerana perkara pertama yang aku dilarang oleh Tuhanku sesudah melarang penyembahan berhala perdebatan.'

(Riwayat At-Tabarani)
Sepatutnya, dalam perbincangan tentang sesuatu isu yang timbul, kita hendaklah mengawal diri dan jangan sekali-kali menyanggah atau menyampuk kata-kata atau pandangan orang lain yang sedang memberikan pandangannya. Ini kerana setiap kata-kata yang kita dengar itu, jika benar, hendaklah kita mempercayainya atau menyetujuinya. Tetapi sekiranya kata-kata atau pandangan yang diutarakan itu salah, maka hendaklah perbetulkan. Itulah sebenarnya cara yang sepatutnya dilakukan ketika kita berdebat atau berbincang,
Bukannya saling cabar-mencabar dan bertikam lidah hingga membawa pertengkaran yang tidak berkesudahan, serta tidak menghasilkan apa-apa keputusan.
Firman Allah S.W.T.Maksudnya:
'...Dan berdebatlah dengan mereka mengikut cara yang terbaik...
(Surah an-Nahl : 125)
Kaedah al-Qur'an Dalam Pertuturan
AI-Qur’an dengan tegas merumuskan bahawa umat Islam secara nyata memiliki ciri-ciri khusus yang membezakan mereka daripada umat lain.
Firman Allah S.W.T
Maksudnya:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik.

(Surah Ali-Imran : 110)
Antara ciri khusus mereka yang paling utama ialah menyuruh melakukan kebaikan, mencegah kejahatan dan beriman kepada Allah S.W.T. Ciri tersebut sangat penting diambil ingatan oleh umat Islam kini khususnya dalam konteks jika mereka mahu membangunkan semula keyakinan diri dan menjadi'umatan wasatan'untuk masa kini dan masa depan.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
Dan demikianlah (sebahagian Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu ( wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.(Sebenarnya kiblat kamu ialah Ka'bah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad),melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat itu adalah amat berat (untuk diterima)kecuali kepada orang yang telah diberika
(Surah aI-Baqarah : 143)
Walau bagaimanapun apabila ditinjau kepada potensi umat yang ada pada masa kini, kita dapati pertembungan fahaman telah menjadi salah satu halangan besar yang membelenggu mereka untuk hidup bersatu. Bersatu dalam erti kata saling tegur menegur dan menegakkan kebenaran secara berhikmah.
AI-Quran telah meletakkan beberapa kaedah tentang bagaimanakah cara terbaik untuk hidup saling tegur menegur dan bergaul dalam masyarakat. Bagaimanakah cara yang terbaik pula untuk mereka mengembalikan maruah ummah tanpa menjatuhkan orang lain sekaligus berperanan menjadi contoh kepada bangsa lain bahawa kita bukanlah umat yang suka kepada perbalahan dan saling bercakaran.
AI-Quran dalam banyak ayatnya menggesa supaya dibentuk fikiran umum yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan. Semua ini dilakukan demi menjaga kehormatan ummah dan ia perlu melalui kebebasan berfikir dan kebebasan bercakap asalkan ia tidak bertentangan dengan peraturan umum. Antaranya percakapan yang tidak sopan dan ungkapan-ungkapan yang tidak manis didengar.
Berhikmah
Banyak ayat al-Qur'an yang menyuruh manusia supaya mengungkapkan percakapannya dengan cara sopan dan berhikmah supaya kata-kata mereka itu mendapat perhatian dan tidak menyebabkan orang lari daripada mendengarnya. Allah S.W.T. memberi garis panduan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya bercakap dengan cara yang paling lembut.
Firman AllaLh S.W.T:
Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya.'
(surah Ali-Imran : 159)
AI-Quran juga memerintahkan umat Islam supaya menolak dan mencegah keburukan dengan cara yang terbaik.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
Tidaklah sama antara kebaikan dengan keburukan itu maka cegahlah keburukan dengan cara yang terbaik...'

(Surah Fussilat : 34)
Lanjutan daripada ini, kita perhatikan bagaimana al-Qur'an sentiasa menekankan secara berhikmah ketika menyebarkan kebaikan kepada manusia. Dan cara inilah yang sepatutnya dijadikan panduan kepada kita semua,sama ada ketika berkhutbah, berkarya malah dalam apa jua tindakan kita.
Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah ampun bagi dosamu dan dosa orang mukmin lelaki dan perempuan…'

(Surah Muhammad : 19)
Firman Allah S.W.T. lagi:
Maksudnya:
Wahai orang yang berselimut bangunlah dan berilah peringatan dan Tuhanmu agungkanlah,pakaianmu bersihkanlah.'

(Surah al-Muddaththir: 1-4)
Allah S.W.T. juga berfirman:
Maksudnya:
'...Hendaklah kamu menjadi orang rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Ta'ala – dengan ilmu dan amal yang sempurna) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi al-Kitab itu dan kamu selalu mempelajarinya.
(Surah Ali-Imran : 79)
Sejak kebelakangan ini telah muncul sindrom orang ramai terhadap menegur kesalahan sama ada kesalahan itu dilakukan oleh individu mahupun oleh pihak berkuasa.
Teguran itu pula dilakukan melalui pelbagai media dan cara. Walaupun sindrom ini baik namun apa yang dikhuatiri jika cara yang digunakannya tidak berhikmah maka penyakit masyarakat semakin bertambah tenat. Ini kerana terdapat antara mereka orang yang tidak mengerti dan memahami cara-cara untuk mempertautkan dan memadukan hati manusia dan tidak memahami perkara~ perkara utama yang lebih bermanfaat bagi umat Islam.
AI-Quran sering menyindir golongan seperti ini lantaran kejahilan mereka menggunakan method berhikmah ketika menegur masyarakat.
Antaranya seperti firman Allah:
Maksudnya:
'Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'
(Surah al-Araf : 187)
Maksudnya:
'...Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.'
(Surah Hud : 17)
Maksudnya:
'..Maka ceritakan kisah-kisah agar mereka berfikir.'
(Surah al-Hasyr: 176)
Maksudnya:
'...Dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia agar mereka berfikir.'
(Surah al-Hasyr :21)

Tuesday, November 20, 2012

Cermin sikap berebut-rebut pembangkang: Tun Mahathir

http://youtu.be/U3FXJ7GyJ0c
CADANGAN YANG SAMA TUN M, SAYA SOKONG BELIAU DIMASUKAN KEDALAM GUNI, 
Karpal juga sudah lama berjuang dan mengharapkan jawatan Perdana Menteri sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden

 Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Bagilah dekat dia (Karpal) sebab dia pun sudah lama berjuang. Patut bagi kepada Karpal jadi Perdana Menteri.

"Yang Amat Berhormat Karpal Singh. Bila pencen nanti dapat gelaran Tun... Tun Karpal," katanya ketika diminta mengulas kecelaruan pembangkang dalam menentukan siapa Perdana Menteri jika menang pilihan raya umum nanti...

Pedoman hijrah Nabi SAW


Pedoman hijrah Nabi SAW

PENGHIJRAHAN Rasulullah SAW yang berlaku pada 1433 tahun yang lalu telah menyaksikan kesan yang besar terhadap tahap ketamadunan umat Islam dan pasang surut perjuangan mereka dalam memartabatkan agama Islam.
Peristiwa Hijrah ini telah mencatatkan permulaan kepada kegemilangan umat Islam dalam pembinaan negara Islam yang disegani dan dihormati kawan dan lawan sehingga mencipta detik bersejarah dalam lipatan sejarah umat Islam.
Melihat kepada kepentingan hijrah, maka Saidina Umar ra sewaktu menjadi khalifah dan sahabat-sahabat yang lain telah berijtihad untuk memilih tahun tersebut sebagai permulaan kalendar umat Islam sebagai memperingati dan mengenang pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat ra serta implikasi yang penting dari peristiwa ini.
Walaupun di sana masih banyak lagi peristiwa yang penting untuk diambil sebagai tahun permulaan kalendar umat Islam seperti kelahiran dan kewafatan Rasulullah SAW, namun penghijrahan Baginda tetap menjadi pilihan utama.
Penghijrahan tersebut telah melonjakkan umat Islam kepada satu tahap yang benar-benar membuka mata masyarakat dunia termasuk dua kuasa besar ketika itu iaitu, Parsi dan Rom terhadap keupayaan generasi yang dibina oleh Rasulullah SAW.
Terlalu banyak episod kejayaan yang telah dicapai bermula dengan detik penghijrahan tersebut. Namun, perlu difahami bahawa kejayaan hijrah bukanlah diraih secara percuma. Akan tetapi ia menuntut kepada 'bayaran' yang sangat besar iaitu pengorbanan harta benda, tenaga, masa hatta nyawa.
Sehingga setiap daripada kita akan terfikir apakah kita dapat melakukan pengorbanan yang sama sekiranya berada di tempat mereka, justeru, umat Islam perlu menghayati peri pentingnya penghijrahan Rasulullah SAW dan bagaimana Baginda membina masyarakat bertamadun dari segi pemikiran, akhlak dan material.
Akhirnya kefahaman daripada penghayatan ini dapat diaplikasikan dalam membina organisasi masing-masing.
Muhammad Said Ramadhan al-Buti menjelaskan terdapat tiga asas utama yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dalam membina kerajaan Islam Madinah (rujuk Fiqh Sirah, Muhammad Said Ramadhan al-Buti).
l Pertama, membina masjid sebagai pusat pemerintahan kerajaan. Muhammad Munir al-Ghatban menjelaskan: "Masjid Nabawi bukan sahaja menjadi tempat menunaikan ibadah solat, bahkan ia menjadi institusi penting bagi umat Islam ketika itu untuk menerima ajaran Islam daripada Rasulullah SAW.
"Masjid itu juga merupakan pusat perbendaharaan ilmu pengetahuan yang terkumpul hasil daripada sumbangan pelbagai puak yang masing-masing membawa kesenian, kepandaian dan kemahiran dalam pelbagai bidang."
Ketika inilah kita perlu fahami bahawa paksi utama pembinaan sesebuah organisasi adalah ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini pula mestilah dipandu dengan wahyu Ilahi iaitu al-Quran dan sunnah.
Organisasi yang tidak terbimbing dengan syariat Allah SWT tentunya akan melaksanakan strateginya tanpa sempadan dan batasan. Maka berlakulah pecah amanah, rasuah, penyelewengan dan salah laku yang lain.
l Asas kedua dalam pembinaan kerajaan pasca Hijrah ialah mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar. Langkah ini telah diambil oleh Rasulullah SAW untuk menyatukan hati-hati umat Islam di atas dasar akidah dan keimanan yang jitu sehingga persaudaraan ini lebih utuh melebihi hubungan kerabat dan keturunan.
Bayangkan, dua buah kabilah yang pernah bermusuh ratusan tahun dapat bersatu di bawah kepimpinan Baginda SAW. Di sinilah kita dapat fahami bahawa adalah mustahil sesebuah organisasi dapat dibina tanpa persefahaman dan perpaduan.
Perpaduan sangat penting untuk mewujudkan wehdatul fikr (kesatuan pemikiran) dan wehdatul amal (kesatuan pelaksanaan). Organisasi yang tidak mempunyai kesatuan dan persaudaraan bakal menemui kegagalan kerana tandus dengan kasih-sayang, cinta dan kesetiaan.
Ia umpama sebuah bahtera yang mempunyai penumpang yang bermusuh di antara satu sama lain. Ia pasti tidak akan sampai ke destinasi bukan disebabkan gelora badai yang menggunung, sebaliknya hancur dimamah kebencian dan permusuhan.
Organisasi yang bermasalah sebenarnya bukan disebabkan persaingan dari luaran, tetapi biasanya disebabkan persaingan yang berlaku di peringkat dalaman secara tidak sihat.
l Asas ketiga yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW ialah gagasan piagam yang dikenali sebagai Sahifah Madinah. Piagam ini digubal untuk memberikan panduan, kawalan dan tindakan bagi mengatur hubungan yang sejahtera di antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
Oleh itu, sebarang pelanggaran ke atas perlembagaan ini akan dikenakan tindakan tegas. Asas ketiga ini juga penting dalam pembinaan organisasi. Polisi dan garis panduan yang tersusun akan membantu kepimpinan dalam mengawal disiplin anggota organisasi dengan lebih teratur.
Apa yang dapat kita fahami daripada ketiga-tiga dasar pentadbiran Rasulullah SAW ini ialah semuanya perlu didasari dengan Syariah. Sebarang tindakan serta pelaksanaan yang dijalankan akan menemui kegagalan sekiranya tidak dipandu oleh dua sumber utama, al-Quran dan sunnah.
Kemudian, ia perlu disusuli dengan strategi yang berkesan dan tersusun sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah As-Saff, ayat 4 yang bermaksud, Sesungguhnya Allah SWT mencintai hambanya yang berjuang pada jalan Allah secara tersusun seumpama mereka itu bangunan yang kukuh.
Oleh yang demikian, semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat lebih 1433 tahun yang lalu perlu disuburkan dalam jiwa kita hari ini agar dapat menjejaki tapak-tapak kejayaan mereka. Umat akhir zaman ini perlu kembali menghayati sunnah generasi awal yang dibina oleh Rasulullah SAW untuk berjaya seperti yang pernah dinukilkan oleh Imam Malik ra: "tidak akan baik umat akhir zaman melainkan mereka mengambil cara bagaimana generasi awal Islam membina kejayaan mereka."


Monday, November 19, 2012

BANGKIT LAH SETELAH BERCERAI


RAMAI insan yang apabila bercerai akan pergi melancong ke tempat-tempat seperti Isle Guadalupe di Mexico, Sun Valley di Idaho atau Las Vegas bagi merawat dan menceriakan hati yang terluka.

Maka, meriahlah pusat-pusat peranginan seperti ini, khasnya pada musim cuti, ketika hujung tahun atau masa perayaan tertentu apabila lelaki dan wanita yang kesunyian ini menghabisi masa bersedih bersama orang asing yang dapat menerima mereka dengan hati terbuka.

Sebenarnya... pencarian sebuah ketenangan itu tidak wajar dimulakan dari luar. Sebaliknya, ia bermula dari diri kita sendiri.

Kita mungkin boleh melancong menghabiskan ribuan ringgit bagi menghiburkan hati. Tetapi, bila tiba waktu malam atau saat terbangun daripada tidur, kesedihan itu pasti akan menggamit jiwa-jiwa yang lemah dan penuh pengharapan kepada sebuah kebahagiaan.

Tangan meraba-raba ruang kosong di sebelah tetapi cadar terasa sejuk kerana tiada penghuni. Lalu... apa reaksi kita? Tangisan mula berlagu dan kesedihan pun hadir menemani siang dan malam...

Sebenarnya, kita tetap mampu berbahagia walaupun tiada suami atau isteri di sisi kerana ia berbalik kepada diri sendiri.

Biarlah perkahwinan yang telah terbina selama ini mencapai usia 10, 11 atau 12 tahun sekalipun, namun ia bukanlah satu alasan untuk mengatakan yang kita tidak akan mampu lagi hidup bahagia dan gembira selepas kehilangannya... bercerai atau diceraikan.

Perkara yang menghalang daripada mencapai kebahagiaan ialah diri kita sendiri, bukannya orang lain. Kebahagiaan itu ada di dalam hati kita. Tiada siapa yang akan dapat mengambilnya daripada kita... kecuali sendiri. Baiklah. Sekarang saya ingin membantu cara untuk merawat hati yang terluka dan kecewa selepas perceraian.

KEYAKINAN KUNCI KETENANGAN

Langkah pertama ialah yakin bahawa semuanya akan okey. Ramai yang tidak percaya dan gagal memahami bahawa kuasa keyakinan adalah sangat hebat.

Tahukah kita bahawa suatu ketika dahulu, ramai orang percaya bahawa adalah mustahil untuk berlari sejauh sebatu dalam masa kurang empat minit, sehinggalah ia dapat dibuktikan oleh Roger Banister pada 1954? Apabila ditanya bagaimana dia boleh melakukan larian tersebut. Dia menjawab: “Saya percaya yang saya boleh melakukannya!”

Tidak sampai setahun selepas itu, hampir 40 pelari telah dapat melakukan perkara yang sama dengan catatan masa kurang daripada empat minit. Pada tahun berikutnya, seramai 300 pelari telah dapat memecahkan rekod larian kurang daripada empat minit. Perkara ini berterusan sehinggalah kini.

Kita mungkin pernah memiliki komputer ataupun mesin taip. Tetapi, pernahkah kita bertanya kenapa aksara disusun seperti yang dilihat di atas papan kekunci tersebut? Ramai orang percaya huruf-huruf disusun sebegitu dengan tujuan untuk memudahkan kerja-kerja menaip.

Namun, tahukah kita bahawa sebenarnya ia disusun sebegitu rupa dengan tujuan untuk melambatkan urusan menaip. Alasannya? Pengusaha komputer atau mesin taip itu sebenarnya bimbang sekiranya ramai orang menaip dengan laju dan cepat, ia akan mengakibatkan kerosakan pada alatan tersebut.

Apa yang penting sebenarnya ialah kepercayaan kita.

Kepercayaan serta keyakinan itulah yang menentukan had dan siapakah diri kita. Inilah juga yang menentukan apakah yang mampu kita buat. Namun, yakin adalah perkara yang mudah disebut. Tetapi, tidak ramai yang benar-benar mampu melaksanakannya. Ini dibuktikan di dalam sejarah apabila ALLAH menceritakan kisah pasukan Thalut yang menentang tentera Jalut.

ALLAH menceritakan dengan jelas:
 
Maka, tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, dia berkata: “Sesungguhnya ALLAH akan menguji kamu dengan satu sungai. Sesiapa di antara kamu yang meminum airnya, maka dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, kecuali mencedok secedok tangan, maka dia adalah pengikutku.” Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Tatkala Thalut dan orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang yang telah meminum air sungai sebelum itu berkata: “Tidak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya.” Orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui ALLAH berkata: “Bukankah telah terjadi berapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin ALLAH? Dan ALLAH bersama dengan  orang yang sabar.”  - Surah al-Baqarah: 249
 
Yakinlah bahawa semuanya akan berakhir dengan baik. Inilah salah satu syarat untuk mendapatkan sebuah ketenangan jiwa selepas bercerai. Yakinlah bahawa sekalipun keadaan tidak menyebelahi kita dan situasi nampaknya tersangat buruk seolah-olah mati pun adalah lebih baik, namun keadaan pasti akan menjadi semakin pulih serta bertambah baik.

Ucaplah bahawa dunia tidak akan menjadi kiamat dengan perceraian kita!

Katakanlah apa-apa sahaja yang dapat memberikan keyakinan!

Jangan sesekali menuturkan kata-kata putus asa!

Jangan putus asa sama sekali!
 
Jangan sesekali ingat itulah penghabisan bantuan daripada ALLAH!
 
Jangan begitu...

Yakinlah bahawa ALLAH itu Maha Penyayang dan kasih-NYA tiada penghujung. Hanya orang yang berputus asa sahaja berasa tidak yakin kepada ALLAH dan tidak percaya dengan rahmat-NYA yang Maha Luas. Sabar dan yakinlah bahawa segala-galanya akan pulih kembali.

ALLAH berfirman di dalam al-Quran:
 
Bukankah KAMI telah melapangkan untukmu dadamu? Dan KAMI telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu. Dan KAMI tinggikan bagimu sebutan (nama)mu kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah ke-sulitan itu ada kemudahan. Maka, apabila kamu telah selesai (daripada sesuatu urusan), kerjakanlah dengan ber-sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada TUHANmu-lah hendaknya kamu berharap. -  Surah al-Syarh: 1-8
 
ALLAH mengulang sebanyak dua kali dengan penegasan yang jelas bahawa pada setiap kesusahan itu pasti akan ada kesenangan dan kemudahan. Tugas kita pula adalah mempercayai dan meyakini bahawa ALLAH tidak akan mengabaikan manusia yang berharap serta meminta pada-NYA.

Bertenanglah... pilihlah jalan yang positif.

Firman ALLAH:
 
Dan hak bagi ALLAH (menerangkan) jalan yang lurus dan di antara jalan-jalan yang ditujui ada yang bengkok. Dan jika DIA menghendaki, tentulah DIA memimpin kamu semuanya (kepada jalan yang benar).  - Surah an-Nahl: 9
 
Ketenangan tidak akan dapat dicapai melalui jalan-jalan kerosakan dan membinasakan, sekalipun pada awalnya ia kelihatan mampu membawa kebahagiaan. Lumba motosikal, menikmati tubuh wanita atau lelaki dengan jalan haram, meminum arak, mengambil dadah atau melakukan pelbagai aktiviti yang salah dan rosak hanyalah membawa kepada duka lara yang berpanjangan. Ketenangan tidak akan dapat dicapai melalui kocakan air dan gelombang ombak nafsu yang membara.

Ia hanya tercapai dengan siraman kasih ILAHI dan kawalan diri yang mendamaikan jiwa. Ketenangan itu hanya boleh dicapai melalui jalan-jalan positif yang disebut sebagai ‘jalan menuju syurga.’ Ia adalah jalan menuju ALLAH. Detik kembalinya seorang hamba kepada ALLAH ialah sewaktu dia mula menginsafi kejadian dan tujuan hidupnya.

ALLAH memperingatkan:
 
Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, namun kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan daripada ALLAH serta keredhaan-NYA. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. - Surah al-Hadid: 20
 
Kembalilah kepada ALLAH dan ingatilah DIA. Yakinlah bahawa ALLAH tidak pernah mengabaikan hamba-hamba-NYA yang berdoa dan mengingati-NYA. Jalan pulang seorang hamba itu kadangkala dipenuhi oleh onak dan duri. Ranjau kehidupan itu perlu bagi menyedarkan insan tentang betapa jauhnya kita telah tersesat daripada ALLAH...

Monday, November 5, 2012

Opick - DenganMu Ku Hidup (Ost Tentang Dhia)

ASsallamualaikum swt, Selamat menyambut Maal Hijrah 1433 H, 
kepada seluruh umat Islam ...

Sunday, November 4, 2012

Hikmah syurga, neraka

SEKALI sekala, bagaikan ada yang berbisik di telinga, otak saya tiba-tiba memikirkan pelbagai persoalan membabitkan ketauhidan Allah SWT bersama sifat-sifat-Nya.Antara yang terlintas adalah mengapa Allah mencipta syurga dan neraka. Jika Allah itu mempunyai sifat Ar-Rahim (Maha Penyayang), mengapa Allah menciptakan neraka untuk dihuni makhluk-makhluk-Nya? Bukankah lebih mudah bagi Allah memasukkan semua makhluk-Nya ke dalam syurga? Tidak perlu manusia melalui hari kebangkitan semula dan seterusnya menempuh hari pembalasan. Persoalan-persoalan ini jika tidak dibimbing dengan jawapan yang betul pastinya boleh menggugat iman seseorang.
Apatah lagi jika yang berbisik mengenai soalan itu adalah syaitan. Pastinya juga dia yang mencadangkan jawapan yang membuatkan manusia berprasangka buruk terhadap Allah SWT.Saya pernah mengikuti kuliah seorang ustaz yang berbicara mengenai perkara ini. Pernah suatu masa seorang gadis ditegur kerana tidak menutup aurat oleh seorang ustaz. Antara peringatan yang diberikan adalah orang yang tidak menutup aurat bakal menjadi penghuni neraka.
Selama diberikan ‘tazkirah’, gadis itu langsung tidak memandang wajah ustaz tersebut dan dengan sombong melihat ke tempat lain sambil membuat wajah bosan. Namun selepas selesai ustaz tersebut memberikan nasihat, gadis tersebut tiba-tiba bersuara dengan bertanyakan; “Jika benar Allah itu baik, kenapa cipta neraka?” Terkesima dengan soalan yang tidak diduga itu, namun tidak membuatkan ustaz itu melatah. Persoalan tersebut bersangkut paut dengan rukun Iman dan sifat-sifat Allah. Jika dibiarkan boleh rosak akidah gadis tersebut.
Maka dengan tenang dan bersahaja ustaz tersebut menjawab; “Dik, jika Allah tidak menciptakan neraka, tak perlulah saya melakukan perkara ‘amar maruf nahi munkar’ ini. Lebih baik saya jadi tauke judi, minum arak atau jadi bapa ayam. Hidup senang, lagipun lepas mati saya dijamin masuk syurga.“Adik ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau lari saya bunuh saja, senang. Tak perlu risau sebab nanti masuk syurga juga.” Jawapan tersebut benar-benar membuatkan gadis itu terkejut kerana sama sekali tidak menyangka ustaz tersebut menjawab persoalannya tadi dengan jawapan sedemikian rupa. Sebelum gadis tersebut menjadi lebih keliru, ustaz tersebut menyambung; “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? “Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan lulus ujian. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. “Selepas itu boleh rogol lagi kalau dia mahu, tiada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu baik. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Adik rasa, adil ke?,” tanya ustaz berkenaan.
“Ah. Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu saja?,” rungut si gadis. Ustaz itu tersenyum dan menyoal lagi; “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?” Gadis tu terdiam.Lalu ustaz mengakhiri kata-katanya; “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
“Saya rasa adik dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Ingatlah, jasad kita bahkan segala-galanya adalah milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya yang dipinjamkan oleh-Nya adalah amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita juga.” Begitulah jawapan serta contoh ringkas bagi menjawab persoalan yang saya rasakan begitu berat selama ini. Sesungguhnya akal manusia itu amatlah terbatas, tidak sampai setitis pun daripada ilmu yang ada pada Allah.
Kerana itu ada perkara yang kita digalakkan untuk berfikir. Antara persoalan yang boleh difikir adalah mengapa Allah menciptakan kita sebagai khalifah di muka Bumi ini, mengapa Allah mencipta dosa dan neraka dan juga berfikir betapa besarnya kuasa yang menjadikan langit serta Bumi ini.
Namun ada juga persoalan yang tidak digalakkan untuk kita berfikir kerana dibimbangi didorong oleh hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Seperti contoh, mengapakah Allah menciptakan malaikat daripada cahaya, manusia daripada tanah dan syaitan daripada api? Antara soalan yang begitu mudah dipesongkan oleh syaitan adalah persoalan yang berkait rapat dengan ketentuan syariat. Seperti keizinan berpoligami dalam Islam. Jika difikirkan secara rasional sudah tentulah kita melihat Islam itu tidak adil dan menindas wanita. Bukankah poligami itu menyebabkan ketidakadilan? Kerana itu timbullah golongan elit yang kononnya memperjuang hak asasi wanita ini yang terdiri daripada orang Islam sendiri.
Ada juga yang terlalu memikirkan rasional di sebalik ketetapan syariat seperti pelaksanaan hukuman jenayah yang telah disabitkan dalam nas-nas al-Quran yang jelas. Pemikir-pemikir ini sebenarnya membawa aliran orientalis tanpa disedari di mana mana persoalan yang berlegar di minda mereka dijawab secara ‘bijaksana’ oleh syaitan yang sentiasa menunggu peluang memperdayakan manusia.
Maka Islam itu dilihat kejam dan Allah itu dilihat tidak adil. Tetapi mereka bijak bersembunyi dan tidak menyalahkan Allah secara terang-terangan dalam perkara ini. Yang menjadi sasaran adalah ulama terdahulu. Mereka dituduh kolot dan gagal menyesuaikan al-Quran dengan peredaran zaman.
Maka sentiasalah berpesan pada diri bahawa ciptaan Tuhan tidak pernah sia-sia kerana antara sifat-sifat-Nya adalah apa yang dicipta oleh-Nya tidak ada yang sia-sia, sama ada yang kecil mahupun yang besar semuanya berlaku dengan penuh hikmah.
Ada antaranya mengandungi ilmu, didikan mahupun pengajaran, sekalipun seekor hama halus di tengah belantara. Dijadikan oleh Allah dengan dengan manfaat serta hikmah yang tersembunyi sama seperti seekor kuman di atas gunung yang tinggi dan di dalam batu pepejal. Maka berimanlah. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. “(Mereka adalah) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berdiri dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata); Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia; Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka.”

Mencapai istiqamah

ISTIQAMAH adalah satu perkataan bagi menggambarkan sifat unik yang mungkin sukar diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kita.Istiqamah bermaksud menuruti jalan yang lurus, iaitu jalan tanpa bengkang-bengkok meliputi segenap perbuatan taat sama ada yang zahir atau batin serta meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT. Kebiasaannya, istiqamah menyusul selepas beriman kepada Allah kerana iman adalah asas kepada keutuhan istiqamah. Tanpa iman yang utuh, tiada istiqamah dalam diri seorang Muslim. 
Dalam kamus bahasa, istiqamah diertikan sebagai sikap teguh pendirian dan sentiasa konsisten.
Saidina Abu Bakar RA ketika ditanya mengenai istiqamah menjawab bahawasanya: “Istiqamah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyekutukan Allah dengan apa dan siapapun).”
Umar Al Khattab RA pula menyatakan bahawasanya: “Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari).” 
Sementara itu, Usman bin Affan RA menyifatkan istiqamah sebagai: “... mengikhlaskan amal kepada Allah SWT.” 
Secara mudahnya, istiqamah dapat difahami sebagai melakukan perkara baik secara berterusan dan ikhlas kerana Allah hanya untuk mencapai keredaan Allah SWT. 
Namun dalam realitinya, istiqamah sukar diterjemahkan kerana diancam oleh pujukan hawa nafsu, disangsikan pula oleh bisikan syaitan. Oleh itu, kadangkala kita menjadi keliru dan was-was dengan jalan dipilih. 
Apatah lagi apabila melaksanakan sunnah Rasulullah SAW atau syariat Allah pada akhir zaman ini yang diibaratkan umpama menggenggam bara api, sekali gus membuatkan kita kadang kala dipandang jelek dan kolot. 
Ada orang yang berhijrah daripada tidak menutup aurat kepada menutup aurat, tetapi kemudian membuka kembali auratnya kerana berasa tidak yakin dengan penampilannya di dalam masyarakat selain tidak tahan mendengar ejekan sinis orang sekeliling. 
Begitu juga apabila berbicara mengenai istiqamah dalam masyarakat umat Islam. Umat Islam yang beristiqamah adalah keadaan di mana seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah, kepercayaan, ibadah dan perlakuan tanpa keraguan terhadap apa diwahyukan Allah melalui Rasul-Nya. 
Pendek kata, melaksanakan semua tuntutan Allah tanpa memilih mana yang sesuai dengan alasan mengikut peredaran zaman. 
Bukti istiqamah ini dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah Al-An’am bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.” 
Istiqamah juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi tujuan kejadian manusia. Perkara ini disebut oleh Allah dalam surah Az-Zariyat, ayat 56 bermaksud: “Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku.” 
Selain itu, seperti dibicarakan di atas, istiqamah juga bererti menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan Rasulullah SAW dengan pasrah dan bersungguh-sungguh. 
Hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi surah al-Ahzab, ayat 36, bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan tidak pula bagi wanita beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) mengenai urusan mereka.” 
Di dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim, ada beberapa panduan bagaimana untuk kita menuju kepada istiqamah. Antaranya: 

1. Kesedaran dan kefahaman benar mengenai Islam. 
Untuk mencapai darjat istiqamah secara maksimum, seseorang itu memerlukan pemahaman terhadap Islam secukupnya. Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia. 
a akan tetap istiqamah menghadapi badai godaan walau seteruk mana sekalipun ia datang menggoncang. Pemahaman mengenai Islam yang tidak sempurna hanya membawanya ke jalan sesat. 

2. Mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan pengawasan-Nya. 
Dua perkara ini sangat penting. Ketika seorang Muslim merasa dekat dengan Allah, ke mana pun ia pergi, di mana pun ia berada dan bagaimana pun situasi dan keadaannya, dengan keyakinan penuh ia akan sentiasa merasa diawasi dan dilihat oleh Allah. Dengan begitu, seseorang itu tidak lagi berani menyimpang dari jalan-Nya. 
Allah SWT berfirman menerusi surah Al-Baqarah, ayat 235, bermaksud: “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

3. Bergaul bersama orang soleh dan beristiqamah. 
Ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita daripada kekeliruan. 
Bukan bermaksud memutuskan hubungan silaturahim dengan mereka yang tidak menampilkan ciri-ciri Islamik, tetapi hanya cuba lebih rapat dengan mereka yang soleh supaya kita tidak tergelincir daripada landasan sebenar istiqamah. 

4. Berdoa kepada Allah SWT supaya sentiasa dikurniakan istiqamah hingga akhir hayat. 
Antara cara terbaik bagi mewujudkan sikap istiqamah dalam diri adalah apabila seseorang itu sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segala urusan dan keadaan. 
Ummu Salamah RA mengatakan, bahawasanya ada satu doa yang sering dibaca serta diamalkan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi: “Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik” 
Doa ini bermaksud: “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Hakim serta disahkan sahih oleh Az Zahabi di dalam kitab Shahihul Jami’) 
Semoga dengan sedikit penerangan mengenai sifat istiqamah ini, kita semua dikurniakan jalan lurus untuk mencari keredaan Allah SWT sebagaimana hakikatnya yang mengatakan: jika mengimpikan syurga, jangan sekali-kali mengimpikan jalan luas untuk ke sana. ..