MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Thursday, December 25, 2014

BERHIJRAH DAN BERUBAH LAH

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Manusia berlumba-lumba untuk memperbaiki penampilan diri. Ada yang lebih mementingkan perhiasan lahiriah dengan pakaian hebat, solekan mewah dan perhiasan emas permata, sehingga mengundang kekaguman orang yang melihatnya.
Bagaimanapun, tidak ramai berusaha untuk memperbaiki akhlak mereka dalam kehidupan. Bagi mereka yang mempunyai kesedaran agama, tentunya akan berusaha meningkatkan pahala melalui penambahbaikan terhadap akhlak kerana ia antara keutamaan dalam Islam.
Walaupun segala pujian diterima, ia akan segera mengembalikannya kepada Allah SWT kerana kepunyaan-Nya segala pujian dan hanya Dialah yang berhak untuk dipuji.
Mungkin ramai dalam kalangan kita kurang memperhatikan masalah akhlak. Pada sudut lain, kita mengutamakan tauhid yang memang perkara pokok dalam agama ini. Namun, pada sudut lain seperti masalah akhlak amat kurang diperhatikan.
Permasalahan akhlak hari ini
Segala permasalahan terjadi pada hari ini adalah disebabkan kebejatan yang berkaitan dengan permasalahan akhlak. Apa yang kita dapat diambil daripada semua perilaku sama ada daripada pihak atasan, artis, pekerja, orang tua, generasi muda, mahasiswa, pelajar atau rakyat biasa, pada umumnya adalah kerana kelemahan pada akhlak mereka.
Sebagai ulama menekankan unsur pengetahuan, dan ilmu berkaitan akhlak adalah pengenalan terhadap kemuliaan akhlak.
Ahli ilmu berpendapat bahawa ilmu akhlak adalah pengetahuan mengenai bagaimana jiwa manusia menterjemahkan suatu kriteria yang memuliakan seluruh tindakan yang dilakukan atas dasar keinginan individu.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa, suatu ketika Baginda SAW pernah ditanya mengenai kriteria orang yang paling ramai mendapat balasan syurga. Baginda SAW menjawab : “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” (Riwayat Tirmizi dan Imam Ahmad).
Tatkala Rasulullah SAW menasihati sahabatnya, Baginda SAW menggandingkan antara nasihat untuk bertakwa dengan nasihat untuk bergaul dan berakhlak yang baik kepada manusia seperti hadis daripada Abi Dzar, dia berkata bahawa Rasulullah bersabda : “Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya kebaikan itu akan menutupi kejahatan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak baik.” (Riwayat Tirmizi).
Ini menunjukkan bahawa ketakwaan yang sebenar mestilah disempurnakan dengan akhlak yang mulia.
Dalam timbangan (mizan) amal pada hari Kiamat tidak ada yang lebih berat daripada akhlak yang baik, sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “ Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad).
Dalam riwayat lain, Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari Kiamat adalah akhlak yang baik.” (Riwayat Ahmad).
Keadaan ini menunjukkan betapa akhlak yang baik itu dapat mempengaruhi neraca timbangan amalan kita walaupun di dunia kita mengenali orang yang berpengaruh.
Merekalah orang yang dikasihi Baginda SAW dan sentiasa dekat dengan Baginda SAW pada hari Kiamat. Dari Jabir a berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat pada majlisku pada hari Kiamat ialah mereka yang terbaik budi pekertinya.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad).
Akhlak yang paling baik memiliki keutamaan yang tinggi kerana itu sudah semestinya setiap individu Muslim menjadikan akhlak yang baik sebagai contoh.
Perlu diingat bahawa ukuran akhlak yang baik atau buruk bukanlah diukur menurut selera individu dan bukan pula hitam putih akhlak itu menurut ukuran adat yang diciptakan oleh manusia kerana apa yang dianggap baik oleh adat tidak semestinya baik neraca timbangan syariat.
Oleh yang demikian, kita hendaklah melaksanakan akhlak mulia dalam kehidupan terutama dalam bidang pendidikan kerana ia adalah acuan membentuk generasi masa hadapan.
Bermula daripada mengingati Allah SWT sehinggalah ke peringkat doa dan usaha untuk menuju ke arah itu. Ini adalah kerana doa dan usaha adalah kunci segala kejayaan seperti gambaran dan perintah Allah SWT bermaksud: “Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka.” (Surah al- Baqarah, ayat 201).
Tingkatan orang beriman
Umum mengetahui bahawa asas ajaran Islam ialah iman dan ihsan. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa ihsan adalah akhlak yang mulia. Begitu juga tingkatan orang yang beriman kepada Muslim, Mukmin dan Mukhsin yang mana kemuncak kepada tingkatan ini iaitu Mukhsin yang akan menyampaikan seseorang kepada akhlak yang mulia.
Ini adalah kerana orang Muhsinin akan sentiasa berasakan bahawa mereka sentiasa dilihat oleh Allah SWT walaupun mereka tidak dapat melihat Allah SWT. Zikir secara terang dan tersembunyi adalah latihan untuk mencapai tingkatan yang disebut seterusnya melahirkan akhlak yang baik dan salih yang disebut Muhsinin (orang yang baik-baik) atau hamba yang salih.
Kita juga dituntut menjadikan sabar dan solat berperanan sebagai pembantu untuk menjadikan kita semakin baik dan mencapai tahap salihin.
Firman Allah SWT bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman (Mukmin), jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al- Baqarah, ayat 153 )”.
Kekuatan dalam kukuhkan jiwa, hati
Jelas menunjukkan bahawa usaha yang dilakukan tidak akan membuahkan hasil dalam masa yang singkat. Maka hasilnya, ialah kekuatan dalaman yang akan mengukuhkan jiwa dan hati.
Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal salih, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al -Baqarah, ayat 277 ).
Sabar adalah contoh dalam mengingati Allah SWT dalam memelihara hubungan dengan Allah dan manusia. Begitu juga solat dan zakat, yang mana semuanya berperanan dalam proses menjadi hamba yang salih.
Bagi memantapkan lagi jalan menuju kepada hamba yang salih seperti apa yang dikehendaki, maka Imam al-Ghazali mencatatkan empat sifat kesempurnaan bagi orang yang salih.
Antaranya memiliki iktikad benar yang tidak ada bidaah dalamnya (maksudnya mengikuti akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah). Keduanya bertaubat dengan taubat nasuha sehingga ia tidak akan kembali mengerjakan dosa yang pernah dilakukannya.
Ketiganya meminta halal daripada semua musuh makhluk sehingga mereka tidak akan dituntut pada hari kiamat nanti dan keempatnya mempelajari ilmu syariat untuk dapat menunaikan segala perintah Allah SWT dan juga mempelajari ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatan di akhirat nanti.
Kesimpulannya, akhlak mulia dapat menyelamatkan manusia pada hari kiamat. Namun, proses untuk sampai ke sana memerlukan panduan dan usaha berterusan.
Jalan dirintis mestilah dilalui satu persatu dan kejayaan pastinya milik mereka yang melalui pengabdian yang sebenar terhadap Allah SWT. Jalan sufi juga adalah antara jalan terbaik untuk sampai kepada akhlak mulia dan ia bukanlah suatu kesalahan mengikut sesetengah pihak. Panduan dan pelajaran mestilah seimbang agar kita sentiasa berada pada landasan yang betul...

TAWADUK

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Tawaduk bermaksud rendah diri, tidak angkuh dan patuh kepada perintah Allah. Bukan mudah untuk memandang ke bawah di kala berada di atas dengan penuh rasa patuh selaku hamba Allah. Usrah Nurani yang bersiaran setiap Jumaat, jam 5.15 petang, berkongsi ilmu memupuk sifat tawaduk bersama Ustaz Basir Mohamed.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunungganang." (Surah al-Israa', ayat 37) Sejauh mana penjelajahan atau setinggi mana pendakian,dengansegalateknologiyang dimiliki, tiada satu pun yang membuktikan semua sudut di atas muka bumi ini telah dicapai, diketahui dan dirungkai segalagalanya.
Jaga hati elak takbur
Menerusi kebijaksanaan Allah SWT mendidik kita untuk melihat bumi yang didiami dan diambil manfaat daripadanya pun masih belum mampu diterjemah dan dikaji setiap satu penciptaan- Nya. Itulah cara terbaik untuk menjaga hati daripada sifat lawan bagi tawaduk iaitu takbur.
Allah SWT mendidik Rasulullah SAW iaitu hamba yang paling tawaduk menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Rendahkan sayapmu (rendahkan martabat dan jangan sombong) kepada orang beriman yang mengikutmu." Manusia yang punya sifat merendah diri dalam hatinya tidak akan menampakkan kehebatan dirinya malah sentiasa menampakkanorang lain yang bersamanya sangat memberi manfaat dan menambahkan keimanan buat dirinya.
Allah SWT juga mengajar mengenai tawaduk menerusi akhlak ulama dalam urusan nasihat. Mereka tidak melihat kepada individu yang bertutur, tetapi mendengar butir diperkatakan. Ulama akan menerima dan menyematkan setiap nasihat bukan berdasarkan status pembicara, tetapi bahan dibicarakan yang membangkit serta menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Ustaz Basir menerusi Usrah Nurani menceritakan kisah Imam Abu Hanifah yang sangat alim pada zamannya. Pada suatu hari Imam Abu Hanifah berjalan di tepi sebatang parit dan tiba-tiba terserempak seorang kanakkanak sedang berjalan dengan memakai kasut terompah kayu.
Beliau menegur budak itu: "Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti". Budak itu mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya lalu bertanya: "Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"Imam Abu Hanifah lantas menjawab: "Namaku Nu'man".
Lalu disambut budak itu: "Oh, rupa-rupanya tuanlahyang digelar al-Imam al-A'dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?" Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: Bukan aku yang meletakkan gelaran itu. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku telah meletakkannya." Budak itu pun berkata: "Wahai Imam, apa yang telah engkau tegurkan kepadaku tadi mengenai berjaga-jaga supaya aku tidak tergelincir masuk ke dalam parit sangatlah baik, cuma izinkan aku memperkatakan sesuatu kepadamu.
"Jika aku yang tergelincir, sekurangkurangnya aku hanya akan masuk ke dalam parit tetapi jika Tuan Imam tergelincir, bukan masuk ke dalam parit tetapi ke dalam neraka Allah. Usahlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia sematamata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah SWT lantaran angkuh dan berbangga-bangga, maka berhatihatilah wahai Tuan Imam."
Nasihat buat Imam Abu Hanifah menangis
Menangis Imam Abu Hanifah mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil itu. Hebatnya akhlak dan sifat tawaduk Imam Abu Hanifah, sehinggakan nasihat daripada seorang budak pun diambil kira kerana ia meningkatkan rasa takwa ke jalan Allah SWT.
Lawan sifat tawaduk adalah takbur. Digambarkan manusia yang dihinggapi takbur seumpama seseorang yang berdiri di atas bukit atau di tempat tinggi seterusnya melihat kepada orang di bawah, semua akan kelihatan kecil dan kerdil. Hamba ciptaan Allah SWT pertama yang miliki sifat takbur adalah iblis yang takbur apabila melihat satu lagi hamba Allah SWT yang penciptaannya tidak sehebat dirinya, tetapi diperintahkan untuk dia sujud pada ciptaan itu.
Iblis menjadi sangat takbur saat itu kerana berasakan dirinya lebih hebat daripada hamba Allah SWT yang lain. Begitu takbur dan angkuhnya iblis peroleh kemurkaan Allah SWT. Dinyatakan juga, sebelum roh ditiupkan ke dalam jasad Nabi Allah Adam, iblis telah memijak jasad itu dan berkata: "Telah aku selongkar dan lalu di segenap jasad ini dan tidak kelihatan sebarang kehebatan yang melebihiku."
Tatkala Allah SWT berfirman kepada malaikat: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (mengenai hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu?
Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 30) Allah SWT mengetahui di sebalik penciptaan khalifah yang bakal dicipta- Nya, banyak perkara di luar pengetahuan malaikat. Antaranya, sifat takbur dan hasad iblis. Moga dijauhkan dengan sifat takbur ini yang memperlihatkan kehebatan diri dengan memandang rendah orang lain
Nilai diri sendiri
Terdapat beberapa cara untuk audit diri sama ada miliki sifat takbur atau tidak. Perumpamaan burung merak menggambarkan manusia yang ada sifat takbur dan berbangga diri. Burung merak mengembangkan ekornya yang cantik pada ketika ada orang melihatnya dan menguncup tatkala tiada yang melihat. Berbanding pokok semalu, apabila disentuh akan menguncup dan merendahkan diri.
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan takbur walaupun sebesar zarah, dan tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya iman walaupun sebesar zarah." (Riwayat Muslim) Oleh itu, hindarilah daripada sifat yang ingin perhatian orang lain, dahagakan pujian, sebutan dan sanjungan. Secantiknya, ambillah resam Rasulullah SAW dengan sikap suka memberi salam sehingga sahabat berlumba-lumba untuk mendahului memberi salam kepada Baginda.
Sebaliknya, pemilik hati takbur akan ternanti-nanti salam diucapkan padanya terlebih dahulu. Saidina Umar al-Khatab berjalan laju semata-mata ingin mengelak daripada bertembung dengan orang yang akan memujinya...

Monday, December 22, 2014

SURAH MUHAMAD

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Surah 47, Surah Muhammad (Nabi Muhammad s.a.w) : 38 ayat. 
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
47-1:  Orang yang kafir dan menghalang-halangi daripada jalan Allah, tersesatlah segala amalan mereka.
47-2:  Dan orang yang beriman serta beramal salih, dan mereka beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad, dan itulah kebenaran daripada Rab (Tuhan) mereka, mengkafaratkan (menghapuskan) kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.
47-3:  Demikianlah bahawa sesungguhnya orang kafir mengikuti yang batil, dan sesungguhnya orang yang beriman mengikuti yang hak (kebenaran) daripada Rab (Tuhan) mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perumpamaan.
47-4:  Maka apabila kamu bertemu dengan orang kafir, maka pancunglah batang leher mereka, sehingga apabila kamu mengalahkan mereka maka keraskan ikatan (tawanlah mereka). Sesudah itu pembebasan atau penebusan (tawanan kamu) sehingga diletakkan senjata (perang berhenti). Demikianlah, dan jika Allah menghendaki nescaya tidak dimenangkan mereka, tetapi Dia (Allah) hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian (yang lain). Dan orang yang gugur pada jalan Allah, Allah tidak akan menghilangkan amalan mereka.
47-5:  Dia (Allah) akan membimbing mereka dan memperbaiki keadaan mereka.
47-6:  Dan memasukkan mereka ke syurga yang telah diperkenalkan kepada mereka. 

47-7:  Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.
47-8:  Dan orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan terhapuslah amalan mereka.
47-9:  Demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah, lalu dihapuskan amalan mereka.
47-10: Maka apakah mereka tidak berjalan di bumi, lalu memperhatikan bagaimana kesudahan orang yang sebelum mereka. Allah telah membinasakan mereka, dan orang kafir seperti itu (juga).
47-11: Demikian itu kerana sesungguhnya Allah adalah al-Maula (Pelindung) orang yang beriman, dan sesungguhnya orang kafir itu tidak mempunyai pelindung.
47-12: Sesungguhnya Allah memasukkan orang yang beriman dan beramal salih ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia), dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.
47-13: Dan berapa banyaknya negeri-negeri yang lebih kuat daripada negeri engkau (Muhammad saw) yang telah mengusir engkau itu. Kami (Allah) telah membinasakan mereka, maka tidak ada seorang penolong pun bagi mereka.
47-14: Maka apakah orang yang di atas keterangan yang datang daripada Rab (Tuhan)nya sama dengan orang yang diperhiaskan baginya perbuatannya yang buruk, dan mengikuti hawa nafsu mereka?
47-15: Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa, padanya ada sungai-sungai yang airnya tidak pernah masin, dan sungai-sungai air susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai khamar yang lazat bagi orang yang meminumnya, dan sungai-sungai madu yang jernih, dan untuk mereka di dalamnya pelbagai jenis buah-buahan dan keampunan daripada Rab (Tuhan) mereka, samakah dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga terpotong-potong isi perutnya? 

47-16:  Dan antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataan engkau, sehingga apabila mereka keluar daripada sisi engkau mereka berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan: "Apakah yang dikatakannya tadi?" Mereka itulah orang yang telah dimetrai Allah atas hati mereka, dan mereka mengikuti hawa nafsu.
47-17:  Dan orang yang mendapat petunjuk, Dia (Allah) menambahkan petunjuk kepada mereka, dan memberikan kepada mereka ketakwaan mereka.
47-18:  Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan saat (kiamat), yang akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang syarat-syarat (tanda-tanda)nya. Maka bagaimanakah bagi mereka apabila datang kepada mereka peringatan mereka?
47-19:  Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Ilah (Tuhan) melainkan Allah, dan mohonkanlah keampunan bagi dosa engkau dan bagi Mukmin serta Mukminat. Dan Allah mengetahui tempat kamu berpindah dan tempat kamu menetap.
47-20:  Dan orang yang beriman berkata: "Mengapa tiada diturunkan suatu surah?" Maka apabila diturunkan suatu surah yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya perang, engkau melihat orang yang ada penyakit di dalam hatinya memandang kepada engkau (dengan) pandangan pengsan kerana menghadapi maut, (kecelakaan) lebih utama bagi mereka.
47-21:  Taat dan perkataan yang baik! Maka apabila telah tetap sesuatu urusan, jika mereka benar terhadap Allah, itulah yang baik bagi mereka.
47-22:  Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?
47-23:  Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka.
47-24:  Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Qur’an atau atas hati ada kunci-kunci?
47-25:  Sesungguhnya orang yang kembali ke belakang (murtad) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menggoda mereka dan memanjangkan angan-angan mereka.
47-26:  Demikian itu kerana sesungguhnya mereka berkata kepada orang yang bencikan apa yang diturunkan Allah: "Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan." Dan Allah mengetahui rahsia mereka.
47-27:  Maka bagaimanakah apabila malaikat (maut) mencabut nyawa mereka seraya memukul muka mereka dan punggung mereka?
47-28:  Demikian itu kerana sesungguhnya mereka mengikuti apa yang dimurkai Allah, dan mereka bencikan keredaan-Nya(Allah), sebab itu dihapuskan amalan mereka.

47-29:  Atau apakah orang yang ada penyakit dalam hatinya menyangka bahawa Allah tidak akan membukakan kedengkian mereka?
47-30:  Dan kalau Kami (Allah) menghendaki, nescaya Kami (Allah) tunjukkan mereka kepada engkau sehingga engkau benar-benar mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan engkau akan mengenal mereka daripada gaya perkataan mereka, dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu.
47-31:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) benar-benar akan menguji kamu agar nyata pengetahuan Kami (Allah) siapakah mujahidin (orang yang berjihad) antara kamu dan yang bersabar, dan Kami (Allah) uji pula berita-berita (hal ehwal) kamu.
47-32:  Sesungguhnya orang kafir dan menghalangi daripada jalan Allah serta memusuhi rasul setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, maka mereka tidak dapat memberi mudarat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan menghapuskan amalan mereka.
47-33:  Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, dan janganlah kamu merosakkan amalan kamu.
47-34:  Sesungguhnya orang yang kafir dan menghalangi daripada jalan Allah, kemudian mereka mati dalam keadaan kafir, maka Allah tidak akan memberi keampunan kepada mereka.
47-35:  Maka janganlah kamu lemah dan meminta berdamai, padahal kamu yang di atas, dan Allah beserta kamu, dan tidak akan mengurangi amalan kamu.
47-36:  Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Dia (Allah) akan memberikan kepada kamu pahala kamu, dan Dia (Allah) tidak akan meminta kepada kamu harta-harta kamu.
47-37:  Jika Dia (Allah) meminta kepada kamu, lalu mendesak kamu, nescaya kamu akan bakhil, dan Dia (Allah) akan membukakan kedengkian kamu.
47-38:  Ingatlah kamu! (Kamu semua) adalah orang yang diseru untuk menafkahkan pada jalan Allah. Maka antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya), sedangkan kamu adalah fakir. Dan jika kamu berpaling, nescaya Dia (Allah) akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan menyerupai kamu. 

Saturday, December 20, 2014

SURAH IQRA

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1) IQRA BISMI RABBIKAL-LADZII KHALAQ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

2) KHALAQAL INSAANA MIN ALAQ

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

3) IQRA WA RABBUKAL-AKRAM

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah

4) ALLADZII ALLAMA BIL-QALAM

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,

5) ALLAMAL INSAANA MAALAM YA LAM

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

6) KALLAA INNAL INSAANA LAYATHGHAA

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas
(yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

7) AN RA-AAHUS-TAGHNAA

Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

8) INNA LLAA RABBIKAR-RUJ AA

(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali
(untuk menerima balasan).

9) ARA-AYTAL-LADZI YANHAA

Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang)

10) ABDAN IDZAA SHALLAA

Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

11) ARA-AYTA INKAANA ALAL-HUDAA

Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul?

12) AW AMARA BIT-TAQWAA

Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

13) ARA-AYTA IN KADZDZABA WATAWALLAA

Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan
(apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

14) ALAM YA'LAM BI ANNAL-LAAHA YARAA

Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat
(segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

15) KALLA LA-INLAM YANTAHI LANASFA'AN BIN-NAASHIYAH

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti
(dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya
(dan menyeretnya ke dalam neraka)

16) NASHIYATIN KAADZIBATIR KHAATI-AH

Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

17) FAL-YAD'U NAADIYAH

Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

18) SANAD'UZ-ZABAANIYAH

Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

19) KALLAA LAA TUTHI'HU WASJUD WAQTARIB

Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya,
dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah
(dengan taat dan beramal soleh)!


BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM
1) QUL HUWALLAAHU AHAD
2) ALLAAHUS-SAMAD
3) LAM YALID WA LAM YUULAD
4) WA LAM YAKUL LAHU KUFUAN AHAD
DOA
Ya allah ampunilah dosa-dosa kami. dosa kedua ibu dan bapa kami. serta dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup maupun yang sudah meningal dunia. berkati la kami ya allah. permudahkan lah urusan kami di dunia dan di akhirat. permudahkan lah bagi kami untuk berdakwah dijalan mu ya allah. 
“Astaghfirullahal-‘azim allazi la ilaha illa huwal
hayyul qayyum waatubu ilaih”
allahumma innaa nasalukal afwa wal afiata fiddieni waddunya wal aachirat.
alhamdulillah irabil alamien allahumasalih alasaidina muhammad. 

BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM
1) QUL YAA AYYUHAL KAAFIRUUN
2) LAA A'BUDU MAA TA'BUDUUN
3) WA LAA ANTUM AABIDUUNA MAA A'BUD
4) WA LAA ANA AABIDUN MAA ABADTUM
5) WA LAA ANTUM ABIDUUNA MAA A'BUD
6) LAKUM DIINUKUM WA LIYADIIN
DOA
Ya allah ampunilah dosa-dosa kami. dosa kedua ibu dan bapa kami. serta dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup maupun yang sudah meningal dunia. berkati la kami ya allah. permudahkan lah urusan kami di dunia dan di akhirat. permudahkan lah bagi kami untuk berdakwah dijalan mu ya allah.
“Astaghfirullahal-‘azim allazi la ilaha illa huwal
hayyul qayyum waatubu ilaih”
allahumma innaa nasalukal afwa wal afiata fiddieni waddunya wal aachirat.
alhamdulillah irabil alamien allahumasalih alasaidina muhammad. 

BISMILLAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

1) QUL A'UUDZU BI RABBIL FALAQ

2) MIN SYARRI MAA KHALAQ

3) WA MIN SYARRI GHAASIQIN IDZAA WAQAB

4) WA MIN SYARRIN-NAFFAA-TSAATI FIL-UQAD

5) WA MIN SYARRI HAASIDIN IDZAA HASAD


MENGELAK FITNAH DAJJAL surah al-Khafi 1-10 rumi

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.
Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b Abi Talhah al-
Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya
Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hafal
sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah
al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.' Hadith
Muslim, Kitab Solat]
Hadis pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa
yg berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah
al-Kahfi itu (dan dia hafal selama-lamanya
sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh
Allah dari ftinah atau huru hara Dajjal yg akan
diwujudkan Allah ketika dunia hampir kiamat.
Salah satu tanda akan kiamatnya dunia adalah
turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal
yang akan bermaharaja lela di dunia sebelum
kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu
daripada tanda-tanda dunia akan kiamat.
Fitnah Dajjal disebut oleh
nabi s.a.w sebagai
fitnah yang terbesar akan menimpa manusia.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam
sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara
lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)
Surah al-Khafi 1-10
Audzubillahi minasyaitan nirrajim
Bismillahirrahmanirrahiim
1. alhamdu lillaahilladzii anzala 'alaa 'abdihi
lkitaaba walam yaj'al lahu Aiwaja
2. Qayyiman liyunth ira ba/san shadeedan min
ladunhu wayubashshiraalmu/mineena
allath eena yaAAmaloona al ssaliha ti anna lahum
ajran hasana n
3. maakisiina fiihi abadaa
4. wayundziralladziina qaaluu ittakhadzallaahu
waladaa
5. maa lahum bihi min 'ilmin walaa li-aabaa-ihim
kaburat kalimatan takhruju min afwaahihim in
yaquuluuna illaa kadzibaa
6. fala'allaka baakhi'un nafsaka 'alaa aatsaarihim
in lam yu'minuu bihaadzaa lhadiitsi asafaa
7. innaa ja'alnaa maa 'alaa l-ardhi ziinatan lahaa
linabluwahum ayyuhum ahsanu 'amalaa
8. wa-innaa lajaa'iluuna maa 'alayhaa sha'iidan
juruzaa
9. am hasibta anna ash-haaba lkahfi warraqiimi
kaanuu min aayaatinaa 'ajabaa
10. idz awaa lfityatu ilaa lkahfi faqaaluu rabbanaa
aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi' lanaa min
amrinaa rasyadaa
MAKSUDNYA
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah
menurunkan kepada hambaNya (Muhammad),
Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan
padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Al-Kahfi 18:1)
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi
pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi
amaran (kepada orang-orang yang ingkar)
dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi
Allah, dan memberi berita gembira kepada
orang-orang yang beriman yang mengerjakan
amal-amal soleh, bahawa mereka akan
beroleh balasan yang baik.
(Al-Kahfi 18:2)
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang
baik) itu selama-lamanya.
(Al-Kahfi18:3)
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada
orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai
anak". (Al-Kahfi 18:4)
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai
sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada
juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh
perkataan syirik yang keluar dari mulut
mereka; mereka hanya mengatakan perkara
yang dusta. (Al-Kahfi 18:5)
Maka jangan-jangan pula engkau
(wahai
Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan
menanggung dukacita terhadap kesan-kesan
perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan
beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (Al-Kahfi 18:6)
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang
ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya,
kerana kami hendak menguji mereka, siapakah
di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi 18:7)
Dan sesunggu
hnya Kami akan jadikan apa yang
ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah
yang tandus. (Al-Kahfi 18:8)
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad),
bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim"
itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-
tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
(Al-Kahfi 18:9)
(Ingatkanlah pe
ristiwa) ketika serombongan
orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka
berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami
rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk
keselamatan agama kami".
(Al-Kahfi 18:10)





Sunday, December 14, 2014

SEDIKIT PANDANGAN

Salam 1 Perjuangan,
Disini saya ingin memberi sedikit pandangan jua pendapat kepada ahli ahli Yang Berhormat, ahli ahli politik dan seterusnya para pejuang agama dan bangsa, ketahui lah olih mu wahai bangsa ku, Negara semakin ketandusan pemikir yang mampu membawa masyarakat kearah yang lebih terbaik, taat akan perintah Tuhan(Allah SWT), dan jua gagal melaksanakan tugas dan tanggong jawab mereka kepada Negara jua rakyat yang memerlukan khidmat bakti setelah dilantik sebagai pemimpin pemimpin dikalangan mereka, dan tidak kiralah UMNO, PAS, PKR, DAP dan seangkatan mereka,

Ketahui lah juga peranan mereka berpolitik masa kini adalah politik berkepentingan kepada diri serta jua kepada kroni,(MUNGKIN TIDAK SEMUA BEGITU KUT) apa yang saya sasarkan ini adalah kenyataan yang saya sendiri lalui dan perhatikan dari segala sudut pentadbiran mereka, mungkin masih ramai lagi yang tahu akan keadaan ini akan tetapi mereka segan, takut mungkin untuk menyuarakan kepada umum, pasti nya saya juga begitu, akan tetapi olih sebab keadaan yang semakin membimbangkan pertembungan agama, perpecahan dikalangan orang orang melayu, kemun gkaran yang bertambah tambah dari masa kemasa, pembuangan bayi berluasa, jenayah, serangan negara asing terhadap malayasia dan berbagai bagai kemusnahan yang timbul, tidak kah anda dapat menilaikan dan mengambil pengetahuan nya..? pandangan dan pendapat ini kami utarakan adalah untuk kebaikan kita semua tidak mengira apa jua keturunan bangsa dan agama, kita adalah sama demi untuk meneruskan kehidupan kita dibumi yang fana ini, yang miskin tahu nilai diri, yang kaya terpulang kepada mereka,
Susulan dari itu maka dengan secara santun nya saya ingin menghuraikan serba sedikit tentang perjuangan "Politik or Politaking ini, Politik bukan lah satu agenda membawa bala kepada manusia hari ini, malah in nya lebih kepada mencari pengaruh dan kuasa, jika dizaman jahiliah dahulu POlitik yang dibawa olih bukan nya dengan cara mana sekarang ini, mereka dahulu berperang menawan satu kawasan sehingga keperingkat negeri dan seterusnya menjadi kan sebuah negara Islam, itu lah kejayaan yang telah mereka laksanakan, akan tetapi dizaman kita sekarang telah jauh berubah, kemajuan dan pembangunan semakin pesat membangun, alam teknologi amat mercu, petik tepi tengah menyala, tekan dijari semua menerima maklumat-maklumat terkini, jika dahulu kita hanya mendengar berita didalam radio tv dan sebagainya,
Dari itu apa yang berlaku kini tidak perlu dipertikaikan lagi, begitulah juga peranan para pemimpin kerajaan, badan badan tertentu yang mentadbir negara ini, pastinya semua masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, rakyat semakin terhimpit dengan masalah masalah yang dihadapi mereka, jabatan jabatan yang sepatutnya menjadi pentadbir gagal menjaga hati rakyat dan sebagainya, jika keadaan ini berterusan dari masa kemasa, apa kah yang bakal kita hadapi .??
BERSAMBUNG ...

Friday, December 5, 2014

SAYA HANYA CENGKERIK

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


SAYA HANYA CENGKERIK
Saya hanya cengkerik, bolih terbang siang dan malam, kesana sini tiada yang larang, membawa diri seperti tokan, ke jolobu ke jolobak, tuai padi tidak serangkai, kalau kono komat UMNO, tidak mati badan merasai, begitulah kata kata bicara termampu olih sang cengkerik ini, antara lain berjalan malam memakai tongkat, masih ada pengisian yang perlu diperbaharui dan dicari, semoga penambatan hati didalam perjuangan agama, bangsa, tanahair jua generasi akan terus berkekalan sehingga keakhir nya, bagai mana anda yang berjuang demi keutamaan, ketamakan, kepentingan diri..? 

Saya kamu tidak serupa, 
yang menjadi salah satu sebab kekuatan agama dan bangsa semakin menipis, penerapan nilai diri kearah yang lebih baik dan terjamin dipersia siakan, mencari keuntungan dunia maka kerugian diakhirat, mahu kah generasi anak anak anda hidup melarat..??

Jika tidak mahu, bermuafakat lah(Ibarat aur dengan tebing), hari ini negara kita masih aman, dan tidak akan tahu apa yang akan berlaku sedikit masa lagi diatas sebab sebab faktor ekonomi yang menggigit rasa, segala nya ketentuan Allah SWT semata mata tiada siapa yang tahu selain nya, pada kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran, berfikirlah sejauh mana yang termampu olih kita, dan sebagaiman apa kata Mantan Tun Dr Mahathir, ingat lah jangan "MUDAH LUPA" segala nya sebagai tanda peringatan kepada orang orang melayu agar hidup bekerjasama demi memupuk satu semangat perpaduan antara kita semua, 

Akan tetapi diatas sebab sebab kerakusan kuasa, tamak haloba, dengki khianat, fitaanah memfitnah maka menambah rosak perjalan proses pembaik pulih Intitusi melayu ini, bersegera lah berubah seperti kehidupan "ANAI ANAI" mereka bekerjasama demi untuk menjayakan permuafakatan mereka untuk membentuk sebuah bukit, jadinya bagaimana pula kita, dengan segala keistimewaan yang ada ??? sentiasa sahaja mencari jalan kerugian, maka sudah ternyata dan termaktub didalam sebuah hadith, 

Manusia itu sentiasa didalam kerugian" kenapa harus menanggung kerugian ini ??? segala nya pada diri anda sendiri untuk menjawap segala persoalan ini, yang "cerdik" diketepikan, yang lurus dijadikan jembatan, yang bodoh dijadikan alat, yang cacat diperlagakan, kebenaran tetap akan ujud, dan keujudan nya bukan satu penghalang kepada kita untuk meneruskan satu perjuangan demi kebajikan agama, bangsa, tanahair jua generasi akan datang, kepada SATU matlamat : 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1ARAH ...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1TUJUAN ...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1MATLAMAT PERJUANGAN ... AGAMA...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ BANGSA ...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TANAHAIR ...
GENERASI BANGSA YANG SEMAKIN TERPINGGIR ~~~ ... ... ... ...


Wednesday, December 3, 2014

BELIA BANGKIT!!!: MUTAKHIR : Bekas Tahanan SOSMA OPS DAULAT Umum Ber...

BELIA BANGKIT!!!: MUTAKHIR : Bekas Tahanan SOSMA OPS DAULAT Umum Ber...: Beliau baru dibebaskan dari tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berhubung penceroboha...

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS