MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Sunday, November 30, 2014

SAMA SAMA UBAH

Suka saya nyatakan disini, 
sebagai rakyat yang bertanggongjawab kepada kebajikan agama, bangsa, tanahair jua generasi, perlu lah kita sama sama memenuhi tekad azam dan berkerjsama demi menjaga keharmonian serta keamanan negara, sedia maklum negara kita ini adalah sebuah negara majmuk yang mana penduduknya berbilang kaum dan bangsa, mereka juga mempunyai agama masing masing, dan seharus nya mereka juga telah terdidik untuk menjaga kepentingan agama, bangsa masing masing, dari itu sama sama lah kita menerapkan nilai keyakinan diri demi untuk terus bersatu berjuang demi keamanan dan kesejahteraan negara,
Jangan ada dusta antara kita didalam mengembangkan ekonomi demi kebajikan rakyat, rakyat juga punya hak untuk mendapat kemudahan asas, kebajikan kemajuan jua pembangunan, jangan diatas sebab kepentingan diri kroni jua keluarga sendiri menjadi perosak kepada perjuangan orang orang melayu itu sendiri, perlu ingat dan sedar lah, kemudahan asas yang perlu dilaksanakan dengan tulus ikhlas, saya tahu dan terbanyak perkara yang saya tahu, akan tetapi diatas sebab untuk menjaga kepentingan dan kepribadian seseorang maka tak perlu lah saya nyatakan disini, sikap tamak, gila kuasa dan sebagainya, itu bukan urusan saya, semua nya terpulang kepada pendirian masing masing untuk menilai sejauh mana kebenaran nya,
Rakyat mahu kan pembelaan, kebajikan dan sebagainya, permasalahan yang dihadapi olih rakyat masa kini adalah dari segi pentadbiran yang diurus selia olih kementerian atau jabatan jabatan yang telah dipertanggongjawapkan demi mengurus selia didalam jabatan masing masing, terutama yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang bersangkut paut dengan rakyat, mungkin juga ada dikalangan rakyat yang mendapat kesulitan dengan masalah masalah yang mereka hadapi akan tetapi tidak terluah dengan perkataan atau tidak ada tempat untuk mengadu nasib mereka, "KESIHANI LAH MEREKA" mereka juga manusia yang memerlukan pembelaan, bantuan yang perlu dilaksanakan, kenapa harus ada pilih kasih didalam penyelengaraan ini, oh mungkin beliau tidak melibatkan diri didalam kancah politik atau pun kurang bercampur gaul dengan masyarakat..? jangan disalah tafsir dengan keadaan tersebut, masing masing ada peranan mereka,
Jabatan yang perlu prihatin kepada rakyat terutama nya pihak pihak yang berwajib seperti .., .., dalam episod saman menyaman ini juga menjadi satu permasalahan besar kepada rakyat, apa bila kena saman, bukan setakat satu saman atau dua saman, sehingga berjela jela saman yang diperolihi, sehingga menyukarkan untuk membaharui lesen kenderaan dan sebagainya, akan tetapi mereka masih mampu untuk membayar dan ada juga yang gagal membayar saman saman tersebut, pihak kerajaan perlulah bersedia menyelesaikan dengan bijaksana tanpa meninggalkan kesan yang negetif kepada mereka, begitu juga dengan tingkah laku kakitangan kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka, hendaklah juga beramanah serta berbudi bahasa sebilang masa, tidak kiralah dari mana jabatan kerajaan sekalipun, yang penting pertama sekali budi bahasa, penerapan ini semakin berkurangan, mereka hanya menghormati orang yang punyai kuasa dan wang ringgit sahaja, segala nya mudah, akan tetapi orang biasa sudah pasti macam biasa, tunggu lah atau biarkan sahaja tanpa mendapat bantuan dari mereka, perlu prihatin didalam soal ini, ia nya berkait dengan pentadbiran kerajaan, jangan ikut sesuka hati sahaja perlu ada kefahaman, dan tanggong jawab. terlalu banyak perkara lagi jika hendak dihuraikan kesilapan yang telah dilakukan olih pihak kerajaan ini terhadap rakyat, akan tetapi biarlah mereka selesaikan dengan baik, demi menjaga hati rakyat agar rakyat terus mencintai pentadbiran kerajaan dibawah kepimpinan UMNO- BARISAN NASIONAL, HIDUP MALAYSIA !!!
Lain pula bab bab untuk berjumpa dengan para pemimpin politik, pegawai kerajaan(Bos-Bos) neh, ahh jika tiada apa yang perlu tak payah laa nak jumpa, buang masa sahaja, lebih baik laa dok diam diam, betul tak, hehehe...
Okey maaf coretan rentetan bagi pihak masyarakat buat kepada yang bertanggong jawab, demi masa manusia sentiasa didalam kerugian, kerna apa manusia didalam kerugian, kena lah fikir sendiri kan, semoga dari apa yang telah saya sampaikan semoga mendapat tidak sebanyak sedikit pengertian yang sebenar nya, coretan saya ini adalah coretan usang dari saya, sekian terima kasih,
Anak temenggong mencari kalong,
Kalong pusaka peninggal tok ulong,
Jangan lah hidup tidak tolong menolong,
Kelak sengsara binasa insan yang tergolong,
Paduka Ayahanda MohdRasull
Andak Rasull 

Saturday, November 22, 2014

PEKEMBAR

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS






(UMNO)
United Malay Nasional Organisation(TIDAK RELEVAN LAGI)
PEKEMBAR ( BE A GOOD LEADERSHIP) 
AYUH BANGSA KU, UBAH LAA ...
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu singkatan nya melayu "PEKEMBAR", 
ADALAH sebuah parti yang sama ia itu UMNO, cuma hanya perubahan nya adalah menggunakan bahasa penjajah sahaja, kenapa tidak kita orang orang melayu UMNO bertukar kepada perkataan bahasa ibunda kita ini "PEKEMBAR" adalah lebih baik, kerna menggunakan bahasa ibunda kita orang orang melayu, mungkin perkataan penjajah ini sudah tidak sesuai lagi digunakan menyebabkan terlalu banyak kelemahan yang timbul, zaman masa kini semakin menjadi jadi dengan fahaman jua idealogi yang semakin sumbang dimata rakyat, perpecahan dan segala bagai nya, termasuk juga fahaman agama yang berlainan "ARAH" berubah lah kepada "PEKEMBAR" dan ubah lah haluan ( BE A GOOD LEADERSHIP) supaya mendapat keberkatan Allah SWT, itu cadangan saya, semoga para pemikir politik, para pemimpin melayu tersedar siapa mereka dikalangan orang orang yang bertanggong jawab demi menjaga kebajikan agama islam, bangsa melayu, tanah melayu dan jua generasi mereka, dan seharus nya perubahan ini sudah lama dilaksanakan demi menjaga kepentingan orang orang melayu am nya,
'AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"
sekian terima kasih, Admin...

RENTETAN

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Assalamualaikum...


Selamat berhujung minggu dan ceria selalu...
WaWaWa mentang mentang laa aku tidak membodek, mengampu kau yoo pemimpin umno, yang aku bodek rakyat supaya rakyat diberi kemudahan, kebajikan serta membela nasib nasib mereka yang tidak terbela, wah bukan main lagi kau ya..! nak kau tambah pulak kesusahan aku dengan menyekat segala keperluan aku ya, nie sudah melampau kau para pemimpin umno, jangan kau ingat aku ini pembangkang kongkang, pendatang tanpa izin, aku ini ada lah rakyat malaysia berjuang diatas landasan kebenaran, dan mencari para pemimpin yang berilmu untuk dinobatkan sebagai pemimpin akan datang(PRU14) 


DAN buang masa nak melayan kerenah kau orang yang tidak bertanggong jawap, kerna kepentingan diri, rakyat menjadi mangsa ketamakan kau !!! go to helll ... dan aku juga tak heran jika dipecat dari jawatan AJK, Pengerusi Biro keselamatan kampung aku, buang masa nak menjadi pembodek, pengampu yang perosak maruah agama, bangsa negara jua generasi aku akan datang,
Bakal yang mengundi itu adalah rakyat .!!


DAN rakyat juga yang akan menentukan nasib masa depan mereka,
kepada siapa yang mereka inginkan, bakal menjadi pemimpin mereka itu adalah hak mereka, pemimpin yang mereka inginkan adalah pemimpin yang jujur, amanah dan bukan nya terlebih mencari kemajuan diri sahaja, yang penting pertama sekali menjaga kebajikan rakyat, kemudahan, kemajuan jua pembangunan buat mereka,


kami amat prihatin dengan keadaan ini, walau pun tidak dapat membela sedikit cukup lah menunjukan keprihatinan kepada kami rakyat yang merintih sedih dengan perlakuan pemimpin yang tidak ada "ARAH" tujuan mereka kini,


Kalau kamu bukan munafik, berpegang lah pada talian Allah, pasti sedar dan insaf bahawa kepimpinan UMNO semakin lemah. Kerakusan para pemimpin kamu menjadi legenda modern. Kewibawaan, integriti dan harga diri para pemimpin sudah tercemar. Kamu jangan menipu diri kononnya UMNO gagah perkasa disanjung rakyat belaka. Itu dunia fantasi kamu yang akan menghancurkan UMNO dan masa depan orang Melayu, Islam dan negara tercinta. Kami hanya menyampai isi hati orang Melayu yang terpinggir dari arus kegilaan pesta kerakusan para pemimpin kamu yang sanggup menjadi boneka US, Zionis dan bersikap kera di hutan disusui anak di pangkuan ditinggalkan. Jangan salah ibu mengandung kalau Melayu meninggalkan UMNO oleh kerana perjuangan UMNO sudah dianggap sebagai si Malin Kundang yang durhaka pada agama, bangsa, tanahair generasi yang tercinta...


UBAH LAA, HALUAN BAHTERA MU,
"BE GOOD LEADERSHIP"

Friday, November 14, 2014

SEPINTAS LALU

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Assalamualikum wrt ...
SEPINTAS LALU...
SEMUA ORANG ADA OTAK,

ADA MATA, TELINGA, MULUT, KAKI TANGAN DAN SIFAT SIFATNYA,
KECUALI LAH KEPADA MEREKA YANG TIDAK DAPAT ANUGERAH ALLAH YANG SANGAT BERNILAI ITU KEPADA HAMBA HAMBANYA YANG DAIF, MAKA FAHAMI LAH PADA SETIAP KEJADIAN NYA ITU PASTI ADA KELEBIHAN NYA, BEGITU JUGA KEPADA MAKHLUK KEJADIAN NYA SELAIN DARIPADA MANUSIA,
MANUSIA ITU TERAMAT ISTIMEWANYA, TIADA YANG LEBIH BAIK DAN SEMPURNA SELAIN DARIPADANYA, KETAHUI LAH BAHAWA SESUNGGUHNYA ISLAM ITU BENAR DENGAN SEBENAR BENARNYA, HARUS SEDAR BETAPA MULIA NYA DIRI SESEORANG HAMBA ALLAH ITU, TIDAK DAPAT KAH KITA SAMA SAMA MENILAI KEPADA SETIAP SESUATU ITU ..? MAKA KERUGIAN JUGA LAH YANG AKAN DIALAMI OLIH MEREKA,

NILAI KEPERIBADIAN SESEORANG ITU TERLETAKNYA KEPADA SEJAUH MANA PENCAPAIAN MEREKA KEPADA AMALAN MEREKA, AMALAN ITU BUKAN SAHAJA MENUNAIKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU SAHAJA MALAH DARI SEGI KEBAJIKANNYA SESAMA HAMBA HAMBA ALLAH, TOLONG MENOLONG DAN SEBAGAINYA, PABILA KITA SEBUT TENTANG TOLONG MENOLONG INI IANYA BUKAN SAHAJA BERUPA WANG RINGGIT ATAU PUN SUMBANGAN TENAGA JUA AKAL FIKIRAN, MALAH LEBIH DARIPADA ITU, DARI ITU AMALAN YANG SEBAIKNYA YANG WAJIB KITA SAMA SAMA LAKSANAKAN ADALAH BERTANGGONG JAWAP KEPADA AGAMA KITA ISLAM, BANGSA KITA SEMAKIN MERUNCING, SUDAH HILANG ARAH TUJU, HILANG TALIAN MEREKA KEPADA ISLAM ITU SENDIRI, MAKA SEBAIKNYA UBAHLAH PENDIRIAN KITA, BEKERJASAMA LAH DEMI MEMBENTUK SATU PEMBENTUKAN UMMAH YANG BERJAYA DISISI MASYARAKAT AM NYA, DAN SEMOGA BERSATU DIDALAM SATU KALIMAH SHAHADAH DAN MEMBENA SEMULA PERJALANAN YANG DILALUI OLIH NABI JUNJUNGAN KITA, NABI MUHAMAD SWT,

AKAN BERSAMBUNG SEKIRANYA, ADA KOMEN KOMEN YANG BERNAS DARI RAKAN RAKAN, BAGI TUJUAN UNTUK MENCARI JALAN KEBAIKAN SESAMA KITA UNTUK TERUS BERJUANG DEMI MEMPERTAHAN AGAMA, BANGSA, TANAHAIR JUA GENERASI KITA AKAN DATANG, FAHAMI LAH PERJALAN INI,
JANGAN BERANGGAPAN SERONG TERHADAP DIRI SAYA, SEGALA NYA INI DIATAS KEMAHUAN SAYA SENDIRI, DEMI KEBAIKAN UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT AM ...

Mencari Kesalahan, Mengaibkan perbuatan dilarang
Sesungguhnya mencari kesalahan, mengaibkan orang, mendengar cerita (mengumpat), menunjukkan kekuatan (kuasa), dengki-mendengki, membenci sesama Islam, bermusuh-musuhan adalah perbuatan yang dilarang di dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa:

"Janganlah kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan, berdengkian dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari."
(Hadis Riwayat Tirmizi)
INSYAALLAH...
'AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"

Thursday, November 13, 2014

NILAI LAH

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


  • Assalamualikum wrt...
  • Alhamdulilah, selesai satu bab, dan akan menghadapi bab ini pula,
  • demi kebaikan agama, bangsa, tanahair jua generasi akan datang,
  • apa apa pun yang kita lakukan sehari hari biar lah bolih menjadi contoh dan teladan yang baik kepada orang lain, dan jangan lah terlalu mengikutkanhawa nafsu sehingga merosakan agenda perjuangan agama islam dan jua bangsa ...

  • Perkara utama yang wajip difikirkan hari ini ia lah menghadapi musuh musuh Islam ini, ia nya amat halus dan terlalu seni, dan bukan nya sebarang orang yang mampu melihatnya, hanya lah kepada mereka yang benar benar yakin kepada Allah SWT dan kepada diri nya sendiri, berbekalkan keimanan yang sihat akal fikiran yang tajam, justeru itu marilah kita sama sama memikirkan, apa kah yang akan berlaku seterusnya,

  • Hari ini kita menghadapi berbagai bagai ragam manusia, tidak kira lah dari apa jua bangsa dan agama mereka, apa yang selalu diperhatikan ia lah kehidupan yang penuh menjadi tanda tanya, adakah mereka benar benar Islam, persoalan nya, Islam yang sebagaimana maksud nya, dan bla bla bla, ada pula seorang yang bergelar "Ustaz" lulusan dari luar negara (Jordan) tempat yang bolih lah dibanggakan, untuk menuntut ilmu agama dibawa balik semoga bolih mendidik anak anak bangsa melayu islam kearah yang lebih terbaik didalam islam itu sendiri, akan tetapi segala apa yang mereka tuntut disana membawa balik jenazah mereka sendiri untuk dinilai dan dihitung olih masyarakat nya sendiri, nilai lah dengan hati yang terbuka,

  • Sebagai satu contoh yang ingin saya perjelaskan disini,(Bukan tujuan untuk memalukan, membuka pekong seseorang itu, malah ianya menjadi satu bukti yang kukuh untuk kita sama sama menilaikan nya) contoh nya, sila dengar ceramah kuliah, penceramah nya ialah Ustaz Syamsul Firdaus, telah dipecat dari jawatan imam beliau disebabkan mengubah tek khutbah jumaat dari JAKIM, beliau juga masih aktif menjalankan ceramah ceramah beliau dimerata kawasan yang mana menjemput beliau, sila dengar dan fahamkan, apa motif dan tujuan nya yang sebenar berdakwah, sila klik link ini untuk mendengar ceramah beliau: "

  • https://ia600804.us.archive.org/5/items/KuliahUstazSyamsulFirdaus11-12-11/012-ShamsulFirdaus11-12-11.mp3
  • Bukan tujuan saya untuk merosak agenda perjuangan mereka, akan tetapi sebagai hamba hamba Allah SWT perlu lah kita sama sama memikirkan jalan lebih terbaik untuk kita sama sama demi masa depan agama islam kesinambungan generasi kita seterusnya,

Monday, November 10, 2014

10 surah Terakhir dalam Al-Quran



MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Sunday, November 9, 2014

POLITIK DALAM ISLAM.

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS
Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru ia adalah sebahagian daripada cara hidup manusia. Namun politik yang bagaimana? Ini yang menjadi persoalan. Sebahagian daripada pejuang Islam sendiri kabur dengan makna dan kehendak politik sebenarnya. Mereka terikut-ikut dengan aliran politik barat dan mengharapkan Islam dapat ditegakkan dengan cara itu. Malah mereka marah jika ada pejuang Islam lain yang tidak mahu terjebak dengan perangkap musuh-musuh Islam melalui bidang politik tajaan orang-orang kafir.
Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan umat Islam tidak pernah didedahkan kepada satu bentuk politik yang bersih, kuat dan stratejik. Kini sudah tiba masanya kita mendedahkan apa itu politik Rasulullah dan bagaimana matlamat serta perlaksanaannya. Jarang benar ketokohan Rasulullah SAW ditonjolkan dalam bentuk bagaimana baginda berpolitik untuk menaikkan Islam di tengah jahiliah. Bagaimana ia memproses peribadi-peribadi yang dulunya menentang Islam? Ke arah cinta dan sanggup mati kerana Islam. Jika rahsia ini terserlah, ertinya semakin cerahlah jalan ke arah mencontohi Rasulullah sebagai ahli politik.
Politik ialah bagaimana hendak mentadbir manusia mengikut jalan dan matlamat yang telah ditentukan. Politik Islam bercita-cita untuk mendidik dan membawa manusia supaya mempunyai kesedaran, kefahaman, penghayatan dan seterusnya dapat menegakkan kalimatullah di seluruh bidang kehidupan. Ini dibuat melalui saranan, contoh tauladan, memberi pimpinan dan lain-lain cara yang dibolehkan oleh syariat. Tujuannya agar semua manusia terhindar daripada Neraka dan dapat masuk ke dalam Syurga.
Jadi, inilah garis politik Rasulullah. Dan di bidang ini tiada siapa yang dapat menandingi baginda. Rasulullah SAW tidak memimpin secara politik demokrasi, secara diktator atau pun secara autokrasi. Dengan kefahaman yang tinggi tentang jiwa, akal, dan perasaan manusia, Rasulullah SAW telah berjaya memimpin secara fitrah. Maksudnya, Rasulullah SAW membawa manusia ke jalan yang diyakininya tanpa paksaan dan tekanan. Ia mampu memindahkan hasrat yang terpendam dilubuk hatinya menjadi hasrat orang lain. Ertinya politik Rasulullah ialah politik dari hati ke hati.
Allah berfirman:
"Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kesesatan."
Atas dasar ini, Rasulullah SAW berjaya menawan jiwa manusia dan daripada situlah seluruh harta, tenaga dan nyawa pengikut-pengikutnya diserah bulat-bulat untuk Islam.
Di antara fitrah semulajadi manusia ialah mahu pandangannya dihormati dan dihargai. Rasulullah sedar hakikat ini. Oleh itu apabila Rasulullah berhadapan dengan ahli ekonomi seperti Abd Rahman bin Auf, yang minat serta kecenderungannya di bidang perniagaan, beliau memupuk bakat itu supaya terus subur dan berkembang. Akhirnya Abdul Rahman Bin Auf pun menjadi pengusaha yang berjaya.
Bila Rasulullah SAW berhadapan dengan pakar di bidang ketenteraan seperti Khalid Al Walid, maka semangat perwiranya terus disuburkan ke arah jihad fisabilillah, kebalikan daripada semangat Assobiyah (Nasionalisma). Bila baginda berhadapan dengan ahli fikir, pakar strateji dan kepala perancang seperti Umar IbnulKhattab, maka Rasulullah SAW terus mendorong ke arah bagaimana untuk menggunakan kepakaran itu buat kemenangan dan kejayaan Islam. Oleh itu setiap individu di kalangan para sahabat akan rasa dihargai kerana bakat dan kelebihan semulajadinya berperanan dalam perjuangan Islam. Seorang buruh, petani, peniaga, pentadbir dan semua lapisan masyarakat telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam satu barisan yang mempunyai kegunaan dan peranan masing-masing. Atas dasar ini, jika ada gerakan Islam yang menumpukan perhatian mereka kepada golongan 'elit' dan 'intelek' sahaja, perjuangan mereka sebenarnya telah menyimpang daripada sirah Rasulullah SAW.!
Mari kita lihat secara dekat bagaimana individu-individu (yang mempunyai berbagai-bagai kepakaran) itu dapat diubah daripada membina jahiliyah (dengan kelebihan-kelebihan itu) kepada membina Islam. Sebelum para sahabat diajak menegakkan Islam melalui bidang masing-masing, Rasulullah terlebih dahulu menanam iman di dalam jiwa mereka. Agar dengan itu mereka akan menjadi orang yang cintakan hidup akherat, rindu dengan syurga, gerun dengan neraka dan kasih sayang sesama Islam. Keadaan daripada penanaman iman dan tauhid di dalam hati individu-individu itu, maka lahirlah peribadi-peribadi yang telah berubah wataknya. Dari watak yang bengis dan kejam kepada kasih sayang dan pemaaf. Daripada seorang yang pembohong, jahil dan mengutamakan hawa nafsu kepada seorang yang jujur, berilmu dan menegakkan hukum Allah.
Tegasnya, Rasulullah SAW telah berjaya menukar mereka yang dulunya menyembah berhala kepada menyembah Allah. Mereka yang dulunya terbiar, hidup dalam perhambaan dan terasuh dengan jalan yang salah oleh para pemimpin jahiliyyah kepada satu cara hidup dan perjuangan di mana bakat semulajadi terus dipupuk dan dibajai.
Daripada penanaman iman ini lahirlah ahli fikir yang agung sedangkan dahulu ia adalah peminum arak. Lahirlah pentadbir-pentadbir yang cekap sedangkan dahulunya mereka adalah golongan bawahan yang tertindas. Individu-individu yang dulunya diperhambakan oleh hawa nafsu kini menjadi panglima perang yang gigih berperang menentang orang kafir dan menjadi abid yang sentiasa berzikir. Inilah hasil siasah Rasulullah SAW.
Soalnya sekarang, bagaimana Rasulullah SAW menanam Iman ke dalam jiwa para sahabat? Bagaimana Rasulullah berjaya menukar watak-watak jahiliyyah kepada peribadi mukmin sekaligus dapat menggunakan bakat-bakat mereka untuk Islam? Jawabnya, melalui dakwah dan tarbiah. Untuk itu Rasulullah SAW datang ke tengah masyarakat dengan menyebarkan ilmu pengetahuan, memberi tunjukajar yang baik, lunak dan menarik, bijaksana, berakhlak serta membina model masyarakat yang disarankan melalui amal makrufat yang memberi menafaat kepada masyarakat.
Dengan ini secara otomatik Islam akan diyakini sebagai cara hidup yang terbaik untuk mengatur kehidupan manusia. Islam nescaya diterima sepenuhnya untuk mengatur dan menguruskan harta, perniagaan sawah ladang, keluarga, kampung halaman, negeri, negara dan dunia seluruhnya.
Apabila Islam diterima untuk mengatur kehidupan maka terbuktilah keindahan dan kegagahannya. Bidang ekonomi ditadbir penuh jujur, cermat, cekap dan mendapat keuntungan yang lumayan . Begitu juga di bidang pertanian, tanaman dan penternakan mendapat hasil yang berkat oleh tangan petani yang beriman. Kampung ditadbir oleh ketua-ketua yang bijaksana sehingga terbinalah kampung seperti mana yang disifatkan oleh Allah Taala di dalam Al Quran:
"Jikalau penduduk-penduduk satu kampung beriman kepada Allah dan bertakwa nescaya sesungguhnya Kami (Allah)akan bukakan ke atas mereka itu keberkatan daripada langit dan bumi."
Begitu juga , Rasulullah SAW berjaya menghasilkan pentadbir-pentadbir peringkat negara sehingga tertegaklah apa yang difirmankan Allah:
"Negara makmur yang mendapat keampunan Tuhan."
Ini lah rahsia politik Rasulullah. Bermula dengan tapak dakwah dan tarbiah yang menanamkan iman didalam hati sanubari setiap individu, sehinggalah keyakinan kepada ALlah, rasul dan hari akherat tergambar dalam sikap dan tindakan. Tahap kedua ialah memupuk bakat dan kelebihan semulajadi yang ada pada individu-individu yang beriman itu dan mula mengatur bidang-bidang yang sesuai supaya bakat mereka terus berperanan. Akhirnya mulalah satu bentuk kehidupan Islam yang menyeluruh dapat dilihat dan dirasakan oleh masyarakat. Kemudian dengan sendirinya Islam akan diakui sebagai satu-satunya agama yang mampu mengatur hidup manusia. Ertinya politik Islam bermula daripada mentadbir diri, keluarga kemudian membina cara hidup Islam di seluruh aspek kehidupan samada di bidang pertanian, perniagaan, perubatan, pendidikan dan akhirnya sampailah ke peringkat mengatur negara dan dunia!
Bentuk politik yang beginilah yang wajib ada dalam gerakan Islam. Dan siapa yang menolaknya, ertinya ia telah memisahkan agama daripada politik. Politik tidak boleh difahami secara dangkal mengikut kefahaman setengah-setengah pihak. Politik bukanlah sekadar mengundi dalam pilihanraya "ala-demokrasi" Barat, bukan sekadar mendaftar sebagai anggota mana-mana pertubuhan politik atau sekadar mahu dan bercita-cita untuk menjadi anggota parlimen dan lain-lain lagi. Jika fahaman-fahaman ini masih berakar umbi dalam kepala kita...ini bererti kefahaman politik kita masih sekular, masih politik yang terpisah dari agama yang pada hakikatnya masih jauh daripada politik Rasulullah SAW.
Secara terus terang kita ingin bertanya, adakah ahli-ahli politik beragama Islam sekarang mengikut jejak politik Rasulullah? Tidak ! Tidak ! Kebanyakan ahli politik pada hari ini mencedok bulat-bulat politik demokrasi Barat yang penuh dengan rebutan kuasa, guling mengguling dan tidak pernah sunyi dengan pertarungan sesama sendiri. Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan politik Barat mempunyai satu matlamat iaitu kuasa. Dengan kuasa mereka yakin dapat mengatur hidup manusia mengikut lunas-lunas ideologi yang mereka yakini. Kapitalis dahagakan kuasa untuk melagang cara hidup kapitalis, pemuja faham sosialis inginkan kuasa untuk menyusun masyarakat berdasarkan cara hidup sosialis... tetapi Islam tidak menganggap kuasa sebagai satu-satunya jalan untuk menegakkan cara hidup Islam. Ertinya pejuang Islam tidak perlu mencontohi pejuang Nasionalis, kapitalis, sosialis, kominis yang menganggap kuasa adalah penentu segala-galanya.
Atas dasar ini, politik Rasulullah SAW bukan politik yang bertujuan untuk mendapat kuasa. Rasulullah berjuang terhadap orang kafir bukan hendak meruntuhkan kuasanya, tetapi hendak meruntuhkan akidah dan keyakinan yang karut marut dalam jiwa mereka. Mereka boleh duduk pada tempat masing-masing . Bila akidah dan keyakinan berubah, berubahlah akhlak, sikap dan pentadbiran. Sejarah telah membuktikan kejayaan politik Rasulullah ini, Khalid Al Walid pada masa jahiliyyah adalah panglima tentera yang menggugat tentera Islam, manakala beliau memeluk Islam, beliau tetap dikekalkan sebagai panglima tentera. Saidina Umar, pada masa sebelum Islam adalah seorang pembesar Quraisy, manakala memeluk Islam, beliau tetap dianggap Rasulullah SAW sebagai pembesar juga. Begitulah juga yang berlaku kepada saudagar besar dan ketua-ketua suku Arab seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Sufian, Amru Al As dan lain-lain lagi. Mereka tetap duduk dan terus berperanan dengan bakat masing-masing...cuma hati dan jiwa sahaja yang telah diubah!
Alangkah baiknya jika siasah Rasulullah SAW ini dicontohi oleh para pejuang Islam sepanjang zaman, iaitu dengan menawan hati bukan menawan kerusi,
mengubah jiwa bukan merampas kuasa.
Malangnya ini tidak berlaku. Bahkan ada pihak yang bertanya, adakah akan berjaya jika kita mengikut siasah Rasulullah? Sampai bila kita harus menunggu untuk menawan hati dan mengubah jiwa manusia? Soalan-soalan ini jelas menunjukkan
sikap gopoh, tidak faham dan lemah jiwa.
Jika orang bertanya, akan berjayakah kalau kita ikut cara Rasulullah berpolitik?
Soalan ini samalah seperti kita bertanya adakah kita akan berjaya jika kita mengikut Rasulullah di bidang perniagaan? Jawabnya, Rasulullah memang berjaya. Tidak ada catitan sejarah yang menunjukkan Rasulullah "bangkrup" dalam perniagaannya, sedangkan selama kita mengikut sistem perniagaan dan ekonomi Barat berapa ramai yang jatuh muflis? Berapa banyak hutang negara kita? Berapa ramai taukeh-taukeh besar bertukar menjadi banduan sekelip mata? Berapa banyak tanah yang dicagar di bank tergadai? Inilah jawapan kepada orang yang mahu mempertahankan sistem ekonomi Barat.
Dan inilah juga yang akan menimpa jika kita terus menafikan sistem politik Rasulullah. Kejayaan Rasulullah di bidang siasah telah jelas dan siapa yang menurut jejak langkahnya, InsyaAllah akan turut berjaya. Tanpa bersusah-susah memerah otak untuk mencari punca krisis politik yang menimpa dunia hari ini, akui sahajalah kerana kita menolak sistem politik Rasulullah.
Sukarno terperangkap dengan permainan politiknya sendiri dan akhirnya mati sebagai tahanan di dalam rumahnya sendiri. Benn Bella digulingkan dan disumbatkan di dalam penjara. Sadat ditembak dan mati terhina di muncung senjata perajuritnya sendiri. Dan ramai lagi pemimpin-pemimpin Islam yang telah, sedang dan akan jatuh terhina akibat berpolitik cara Barat iaitu cara politik yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW.
Malah pejuang-pejuang Islam yang benar-benar ingin menegakkan Islam tetapi masih menerima jalan politik Baratpun, turut terhina dengan kekalahan memanjang.
Politik berpilihanraya ala-barat bukanlah politik yang dicetuskan oleh sunnah. Cara ini menyeret orang yang tidak tahu menahu dalam pemerintahan seperti orang kampung, para petani, para nelayan ke kancah politik yang penuh tipu daya dan putar belit.....
Memang mereka boleh berhujah dengan kata-kata, "Politic is not dirty, but politicians make it dirty," tetapi kita tidak pernah melihat kejujuran dihargai dalam politik. Memang ada ahli politik yang jujur, tetapi politik bukanlah satu medan yang mana orang jujur boleh bertahan lama !!!
Sebab itu kita ingin menyatakan bahawa," Politic is a dirty game, the politicians make it dirtier," Sudah lumrah mengikut falsafah politik barat, matlamat menghalalkan cara. Sedangkan mengikut politik Islam, matlamat yang benar mesti diperjuangkan mengikut jalan yang benar. Dan Islam menolak jalan perjuangan yang salah walaupun cita-cita dan matlamatnya baik.
Inilah politik barat. Satu bidang yang memang ada jurang yang dirancang di hujungnya. Mahu tidak mahu, kita "terpaksa" jatuh ke dalamnya. Oleh itu kita mesti menolak 100% matlamat, kaedah dan apa saja yang berkaitan dengannya. Menerimanya bererti menjemput kehinaan. Bertolak ansur dengannya bererti rela menerima kemusnahan. Sekarang timbul persoalan, siapakah ahli siasah yang sebenarnya?
Ahli siasah yang sebenarnya ialah dia yang dapat merancang, bertindak dan berjuang menegakkan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Rasulullah adalah 'Bapa Politik Islam'. Baginda dapat mencari ruang di celah-celah asakan jahilyyah untuk menegakkan Islam. Rencananya dapat menembusi dinding Darul Nadwah, "Parlimen" orang Arab jahiliyyah dan berjaya menukar orang yang pernah duduk di kerusi Darul Nadwah menjadi "orang penting" dalam pemerintahan Islam. Sebab itu bukanlah mustahil jika ada pejuang Islam yang mampu mengubah tokoh-tokoh politik yang sedang berkuasa sekarang kepada cara pemerintahan dan pentadbiran Islam. Sekali lagi, kita katakan....Ini tidak mustahil !!!
Tetapi kenyataan ini akan menimbulkan isu kontravesial terutamanya di kalangan parti-parti politik yang bercorak Islam. Apa yang dilakukan oleh parti-parti ini bukanlah hendak menawan hati lawannya dengan menanam iman dan takutkan Allah, tetapi hendak menawan kedudukan dan kerusi-kerusi kebesaran mereka. Sebab itu tidak hairanlah jika datang tentangan yang hebat dari lawan mereka dan timbul tuduhan-tuduhan daripada masyarakat Islam yang mengatakan mereka inginkan pangkat dan kedudukan, bukan hendak meninggikan syariat Islam.
Lebih-lebih lagi , parti-parti politik ini suka mencari kesalahan parti musuhnya, kemudian ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini bukan cara politik Rasulullah dan ini menyimpang terus dari ajaran Islam. Jika kita terus menerus mengamalkan cara ini, percayalah, perjuangan kita tidak akan sampai ke mana, orang semakin hari semakin lari dan benci kepada kita. Akibat daripada ini, kita tuduh masyarakat lari dari Islam, walaupun yang sebenarnya mereka lari daripada kita. Sebaliknya di pihak masyarakat pula , mereka menganggap Islam itu ganas, kasar dan menyusahkan sedangkan yang sebenarnya ahli politik itulah yang bersikap demikian, bukan ajaran Islam !!!
Pengalaman-pengalaman yang kita telah alami, terutamanya peristiwa-peristiwwa pahit yang melanda masyarakat Islam akibat perebutan kuasa sepatutnya telah lama mengajar kita bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk kembali kepada sistem politik Rasulullah. Masyarakat sepatutnya dapat menilai politik yang mana yang dapat memberi kebahgiaan dan keamanan untuk negara. Apakah kita masih mahu mempertahankan sistem politik yang menimbulkan huru-hara? Atau mulai saat ini kita menerima politik Rasulullah yang telah terbukti berjaya? Terpulanglah kepada masyarakat menimbangkannya.
(Artikel dari pembacaan)

7 PERINGKAT ZALIM

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


“Tuhan (Allah) tidak menzalimi mereka itu (maksudnya manusia), tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.” (Ar Rum: 9)
Ketika berbicara mengenai zalim, maka zalim itu berperingkat-peringkat. Tulisan ini akan membahas mengenai 7 peringkat zalim yang dilakukan oleh manusia.
1. Zalim dengan Tuhan.
Zalim dengan Tuhan meripakan penzaliman peringkat tertinggi, tak ada yang lebih tinggi. Apa arti zalim dengan Tuhan? Tidak kenal Tuhan atau syirik dengan Tuhan, tidak takut dengan Tuhan, tidak cinta dengan Tuhan, tidak peduli dengan Tuhan, hidup ini tidak dihubungkan dengan Tuhan.
Setiap hari kita zalim dengan Tuhan tetapi hal ini jarang terpikir oleh kita. Hidup kita sehari-hari tidak peduli Tuhan. Padahal, dalam Al Quran Allah berfirman: “iqra bismi rabbika” Bacalah atas nama Tuhanmu.
Jadi, ketika hendak melakukan apa saja buatlah atas nama Tuhan. Berjuang, membangun, berekonomi, mendidik, berbudaya, mengurus, dll mesti atas nama Tuhan. Artinya, segala sesuatu yang kita lakukan mesti dikaitkan dengan Tuhan, mesti ada hubungan dengan Tuhan. Kalau tidak, kita telah melakukan penzaliman yang paling tinggi.
2. Zalim dengan Fisik Pemberian Tuhan
Melihat dengan mata mesti atas nama Tuhan. Mendengar, berbicara, bertindak, gunakan tangan, kaki mesti atas nama Tuhan. Artinya, tindakan fisik kita selaras dengan kehendak Tuhan. Jangan sampai mata, telinga, mulut tangan, kaki mendurhakai Tuhan. Semua gerak gerik kita jangan bertentangan dengan kehendak Tuhan. Kalau berlaku kita melakukan penzaliman peringkat ke-2.
3. Zalim dengan Harta Karunia Tuhan.
Harta milik Tuhan, Tuhan bagi pada kita. Ada yang dapat sedikit, miskinlah dia. Ada pula yang mendapat banyak hingga menjadi milyader. Harta yang Tuhan bagi kepada kita janganlah digunakan sedikitpun selain karena Tuhan. Mesti selaras dengan kehendak Tuhan. Sebab yang kita miliki itu milik Tuhan. Harta itu tidak boleh kita gunakan sesuka hati, mesti ikut cara Tunan, baik disebut zakat, sedekah, . Kalau tidak kita buat penzaliman yang ke-3.
4. Zalim kepada manusia lain.
Zalim kepada manusia lain seperti: memukul, mengata, menjatuhkan, mempermalukan dimuka umum, menghina, memfitnah, mencuri. Zalim yang ada hubungannya dengan manusia lain ini yang dibesarkan setiap hari. Zalim peringkat tertinggi sepi-sepi saja. Jenis yang kedua juga tidak pernah diperbincangkan, yang ke-3 juga kurang diperkatakan oleh orang. Tetapi, yang ke-4 ini yang sering dibicarakan orang.
“Tidak sepatutnya dia memukul saya”
“Mengapa dia menebarkan fitnah mengenai saya”
Zalim jenis ini setiap hari dihebohkan. Sehingga, perkataan zalim sudah dipersempit maknanya.
5. Zalim dengan Jabatan Yang diemban.
Jabatan ada bermacam-macam. Mungkin dia Presiden, Gubernur, Menteri, Dirjen, Irjen, Kasubdit, Kabag, dll. Jabatan-jabatan ini kalau tidak diemban selaras dengan kehendak Tuhan maka dia dikatakan zalim.
Zalim dengan jabatan ini juga selalu dibesar-besarkan orang. Nampak Presiden zalim. Gubernur zalim. Yang terlihat adalah jabatan yang besar-besar. Kalau jabatan-jabatan yang dibawah, jarang disebut orang mengenai kezalimannya. Sekecil apapun jabatan, mesti selaras dengan kehendak Tuhan. Kalau tidak selaras dengan kehendak Tuhan, itulah zalim.
6. Zalim dengan ilmu.
Soal ilmu ini, ada yang dapat banyak ilmu ada pula yang dapat sedikit. Baik yang dapat banyak ilmu ataupun yang dapat sedikit ilmu, kalau ilmu tersebut digunakan bukan untuk Tuhan alias untuk epentingan diri, itulah zalim.
Di zaman ini orang banyak yang menyalahgunakan ilmu ( bahkan ILMU ISLAM ! ) bukan untuk Tuhan tapi untuk duit, kemegahan, nama, dan jabatan. Itulah zalim. Namun, tentu saja hal ini tidak pernah masuk surat kabar. Orang yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri tidak terfikir kalau dirinya zalim. Bahkan, saat ini orang yang megah dan sombong dengan ilmu tidak dikatakan zalim lagi. Bahkan orang menganggap dia memiliki wibawa. Sombong dengan ilmu, “hebat, orang ini memiliki ilmu”. Aneh sekali, durhaka dengan Tuhan dan hendak masuk neraka dikatakan memiliki wibawa?
7. Zalim dengan ruh/perasaan.
Hari ini, tidak ada orang yang menyebut-nyebut mengenai zalim jenis ini. Surat kabar, radio, TV juga tidak pernah menyebutkannya. Sepatutnya ruh atau perasaan kita adalah untuk Tuhan.
Hari ini apa yang orang rasa:
“aduh sakit, kapan ya sehatnya?”
“sedihnya hidup miskin dan melarat, kapan bisa kaya”
“Istriku kok tidak menyayayangiku ya?”
Perasaan sepatut diberi pada Tuhan. Tapi perasaan sudah disalahgunakan, sedih karena sakit, susah karena miskin, susah karena istri yang kurang menyayangi. Ini juga zalim. Sepatutnya perasaan sedih kita itu sedih dengan dosa-dosa kiat. Perasaan susah kita itu karena kita tidak bisa menolong orang. Itu namanya menggunakan perasaan seperti kehendak Tuhan.
Zalim ini luas sekali maknanya. Sayang, orang hanya membesarkan yang no 4. Sebab tu ada ayat Qur’an yang maknanya,
“Jangan engkau campakkan diri engkau dalam kebinasaan.” (Al Baqarah : 195)
Ayat ini ditujukan ditujukan kepada orang yang tidak mendermakan harta mereka. Orang yang tidak bersedekah artinya mencampak diri dalam Neraka, itulah zalim. Orang yang tidak berkorban harta dianggap zalim. Tapi zalim yang paling top adalah orang yang tidak kenal Allah, tidak takut Allah, tidak cinta Allah.
Kalau kita bahas, zalim peringkat teratas itu ada dalam diri kita. Kalau tidak selalu, sekali sekala kita buat juga kezaliman yang paling besar ini. Kalau orang paham zalim pada Tuhan begitu luas, ia tidak akan bergaduh. Walaupun orang zalim pada dia, dia tidak nampak kezaliman orang padanya itu, karena kita sendiri zalim pada Tuhan. Namun, karana yang besar tidak nampak nampak, yang nampak yang ke-4. Kezaliman jenis ini akhirnya yang dibesar-besarkan...

Saturday, November 8, 2014

POLITIK

Assalamualaikum wrt...
Apa apa pun salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua,
Alhamdulilah semoga anda semua ceria selalu disamping keluarga dan bawa bertenang kita menghadapi tekanan, masaalah dan sebagainya, semua nya itu adalah sebahagian dari ujian dan dugaan nya, apa apa pun yang direncanakan pasti akan menemui jalan yang terbaik bagi menghadapi nya, maka itu lah penting nya akal dan fikiran kita demi menyusuri liku liku jalan kehidupan kita yang penuh dengan prasangka.

Olih itu berhati hati lah dengan fenomena sekarang, agama, politik jua masyarakat kita yang majmuk ini, sama sama lah kita berkongsi apa yang baik demi menempuhi masa masa yang akan datang dengan lebih baik dan terancang, tiada guna nya kita sesama agama jua bangsa bertelagah tanpa memberi apa apa kebaikan kepada diri kita, malah yang akan kita sama sama hadapi ia lah pergaduhan mulut, perpecahan dan sebagainya, sebagai seorang manusia yang bertanggongjawab maka sewajarnya lah kita mencari jalan tengah bagi menyelesaikan segala perbalahan ini demi kebaikan kepada agama, bangsa, negara jua generasi kita, 

Pemimpin bersilih ganti, cukup masa pandai pandai lah mengorak langkah, jangan terikut dengan kehendak "Dajjal" menghasut fikiran kita demi mencari dan membantu kepentingan mereka, harus ingat dan berhati hati didalam soal memilih kepimpinan ini, jangan sebelum(Segala janji manis) dan sesudahnya menjadi rosak (Lu sapa gua sapa), segala hasrat dan keinginan rakyat menjadi tawar, pertelingkahan bermula diatas sebab ketidak puasan hati kerna tidak mendapat apa yang dicitakan, hemmm ...
itu lah Politikusss, alangkah zalim nya mereka, dan akhir nya manjadi mangsa keadaan.

Okeylah sikit sikit sudah lah tuu, nanti orang sangka yang bukan bukan pulak, tunggu lah masa yang sesuai untuk diperbincangkan, semoga sedikit coretan ini memberi makna yang mendalam buat anda yang bernama manusia...
Salam perjuangan Buat (UMNO) ...

BISO BISO

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

GROUP INI ADALAH GROUP POLITIK !!!
AGENDA YANG PERLU KITA SAMA SAMA PERBINCANGKAN DAN DIPERBAHASKAN, BIARLAH MENEPATI SASARAN NYA, KITA SAMA SAMA MANUSIA YANG PUNYA PENDIRIAN MASING MASING, DAN SEWAJARNYA LAH KITA SAMA SAMA BERFIKIR DEMI KEBAIKAN UNTUK MASA AKAN DATANG, KENAPA HARUS KITA TERLALU TAKSUD KEPADA SESEORANG PEMIMPIN ITU ..? ADA KAH IANYA MAMPU MEMBELA BANGSA NYA SENDIRI, ATAU KAH TUJUAN MEREKA UNTUK MENCARI KEPENTINGAN KELUARGA MAHU PUN KRONI MEREKA .?? DAN KITA SEBAGAI RAKYAT MENJADI MANGSA DIATAS KERAKUSAN MEREKA ???
NILAI LAH DENGAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS SEBELUM KITA MELANTIK SESEORANG PEMIMPIN ITU, NILAI LAH HATI BUDINYA, KELUARGA NYA, SEJARAH NYA, DAN SEGALA BAGAI NYA, ADAKAH BELIAU BENAR BENAR(LAYAK) DAN SEORANG YANG BERTANGGONG JAWAB, PENYABAR BERDIDIKASI DAN SEBAGAINYA,
BAIK LAH SAYA SECARA PERIBADINYA SUDAH BENCI DENGAN CARA MEREKA BERPOLITIK, POLITIK SONGSANG SEHINGGA MENJADI PENYEBAB RAKYAT HILANG ARAH TUJU MASING MASING, DIPENGARUHI AGENDA SESAT MEREKA, MAHU KAH ANDA MENJADI SEBAHAGIAN DARI KALANGAN MEREKA ITU ..? PELAHAP, MENCARI KEPENTINGAN DIRI DAN ANDA SENDIRI MENJADI MANGSA MANGSA MEREKA.?? KUASA DAN PENGARUH ANDA MASIH DIPERLUKAN DEMI MEMBENTUK SATU PEMBENTUKAN, EKONOMI JUA PEMBANGUNAN KEPADA MASYARAKAT ANDA SENDIRI, GUNAKAN LAH PERTIMBINGAN AKAL FIKIRAN ANDA DEMI MEMENUHI HASRAT RAKYAT DAN MASYARAKAT ANDA, JANGAN BIARKAN MEREKA HANYUT TANPA ADA YANG MEMBANTU KEBAJIKAN MEREKA,
POLITIK IS POLITIKUS !!! "IBARAT TIKUS JATUH DALAM BERAS"
MUNGKIN JUGA ADA TIKUS TIKUS YANG BANGGANG DAN BODOH ITU YANG MENJATUHKAN TIKUS BERKENAAN JATUH KEDALAM BERAS TERSEBUT, DAN AKHIR NYA ANDA TERKIAL KIAL SENDIRIAN DAN HANYA MELIHAT KEMEWAHAN NYA, DARI ITU FAHAMI LAH HAKIKAT INI, SEBELUM KITA MELANTIK MEREKA PERLU LAH KITA SAMA SAMA SEBAGAI MANUSIA YANG BERPENDIRIAN (IMAN YANG KUAT) BERSATU, BERMUAFAKAT BERSAMA(IBARAT AUR DENGAN TEBING), BEKERJASAMA MENYALURKAN PANDANGAN JUA PENDAPAT YANG BAIK(BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT), DEMI UNTUK MENYUSUN AGENDA SETERUSNYA, BERPAUTLAH KEARAH KEBAIKAN BERSAMA DAN BUKAN NYA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI, SEHINGGA MEROSAKAN AKIDAH PERJUANGAN AGAMA JUA BANGSA SENDIRI,
SAYA BELUM MAHU MENYENTUH KEMASUKAN PENDATANG LUAR NEGARA KEDALAM NEGARA KITA, DAN APA YANG AKAN BERLAKU SETERUSNYA, DARI SEGI EKONOMI DAN JUA NEGARA YANG KITA SAMA SAMA CINTAI INI,
KOK NAK DONGAR DONGAR LAH,
KOK TAK ONDAK PUN TAK APO,
KOK BONA, BONA JUA LAH,
KOK KEK KAU, KOK KEK DEN JUO LAH,
WALLAHUALLAM...
Andak Rasull
Andak Rasull

Majlis Perumpaan Hari Raya, 2014



MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Wednesday, November 5, 2014

DITANAH KERAMAT INI

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

DITANAH KERAMAT INI,
DITANAH BANI JAWI KAMI INI,
TANAH PUSAKA YANG BERDAULAT,
DENGAN SAKA SAKA MU, YANG BERKELIARAN,
DITANAH TUMPAH NYA DARAH MOYANG KU INI,
YANG MENGALIR KEDALAM SIFAT SIFAT KU,
YA ALLAH ... YA RAHMAN ... YA RAHIM ...
DENGAN NIAT KEBAIKAN DAN KEAGUNGAN MU,
KUASA DAN KEBESARAN MU YA ALLAH...
TURUN KAN LAH PEMBALASAN KEPADA MEREKA,
TURUNKAN LAH DENGAN PETUNJUK JUA HIDAYAH MU YA ALLAH,
KAMI DIPINGGIRKAN KAMI DIBIARKAN, JIWA JIWA KAMI DISIKSA YA ALLAH,
KEPADA MU JUA YANG BERHAK AKU MENGADU DAN JUA KEPADA MU AKU MEMINTA PERTOLONGAN YA ALLAH, LUNASKAN LAH YA ALLAH, LUNASKAN LAH YA ALLAH, TIADA DAYA UPAYA KAMI UNTUK MENGHALANG KEMARAAN MEREKA, BERSIHKAN LAH PUSAKA MOYANG KAMI INI YA ALLAH, BERSIHKAN LAH, DEMI KESINAMBUNGAN GENERASI KAMI YANG SEMAKIN TERCEMAR , MEREKA SEMAKIN KETANDUSAN ZAT MU YA ALLAH, MEREKA SEMAKIN LALAI DAN LEKA YA ALLAH, NEREKA JUGA TELAH GAGAL MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGONG JAWAP KEPADA MU YA ALLAH,
LUNASKAN LAH YA ALLAH, LUNASKAN LAH ...
Paduka Ayahanda MohdRasull
Andak Rasull

JANGAN GUNAKAN AGAMA, SEBAGAI BATU LONCATAN

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS
Assalamualaikum
Kepada rakan rakan Group POLITIK Kolo P-Lah ini,
Saya mohon maaf jika sekiranya saya keterlaluan dan kecelupahan saya didalam kotak kotak komen saya, saya cuma benci dengan sikap seekor dua dari parti pembangkang yang membuat provokasi didalam group ini, dan tiada kena mengena dengan orang lain, saya hanya mengenali ustazSyamsul Firdaus ini hanya lah didalam fb ini sahaja dan belum pernah berjumpa muka, lama juga teringin berjumpa dia, tapi belum ada jodoh pertemuan sehingga kesaat ini, kesan nya begitu mendalam didalam jiwa saya, tak mengapa lah jodoh pertemuan belum sampai ketika lagi, apa apa pun, setulus iklas saya nyatakan disini, saya teramat benci kepada manusia hipokrit, sombong, riak jua takbur, maka hari ini saya masih berdepan dengan manusia seperti anjing ini, saya akan meneruskan perjuangan demi menyelamatkan akidah Islam, demi Allah SWT walau pun didalam kecelupahan saya itu saya sentiasa menyakini diri saya bahawa se nya saya akan tetap berusaha demi untuk kebaikan jua kebajikan Islam, Bangsa, TanahAir jua maruah generasi kita akan datang, apa apa pun tetap akan saya pertahankan, In Syaa Allah...
Politik dahulu lain dan politik masa kini sudah lain, teramat jauh beza nya, jika dahulu nenek moyang kita berjuang demi untuk meneruska kesinambungan perjuangan orang orang melayu, akan tetapi hari ini sudah banyak berubah, mereka tidak lagi memperjuangkan apa yang mereka selalu kata agama dan bangsa, malah telah mengubah haluan mereka kepada ekonomi dan kuasa mereka, siapa yang mempunyai ekonomi yang kuat maka mereka lah yang akan berkuasa, bagi menukuk tambah ketamakan dunia, maaf jika tersalah saya menyatakan begitu, begitu lah juga yang berlaku kepada peranan manusia yang bernama Syamsul Firdaus ini, diatas sebab ketamakan dunia nya, maka dia sanggup menggadaikan maruah agama islam, fahami lah jika sudah punya tauliah sebagai seorang ustaz, imam jua pendakwah, apa kah peranan ini ujud didalam diri nya ..? itu lah titik persoalan saya kepada nya, bukan tidak bagus, ye sememangnya bagus pun Al-Hafiz(Quran) mungkin sudah terlalu bijak didalam agama, maka beliau sendiri telah memijak Al-Quran itu, percaya lah bahawa sesungguh nya Allah SWT lebih mengerti, betapa celupah nya mulut beliau membuat tuduhan tuduhan yang tidak berasas dan jua bukti yang jelas kepada sesiapa sahaja yang menentang kata kata dan kehendaknya, ini kah kalangan manusia yang bolih ditampilkan sebagai khalifah Allah .?? Ma Syaa Allah, biar lah seperti diri saya sendiri, saya tetap saya untuk terus berjuang demi kebaikan kepada semua pihak, tanpa mengharap apa apa balasan dari sesiapa pun, politik dan sebagainya, terpulang lah kepada pendirian mereka, yang baik tetap akan saya turuti yang tidak baik itu tetap saya engkari,
Islam itu Mudah jika kita dapat menilaikan nya dengan akal fikiran yang waras,(Yang disuruh buat, yang dilarang hentikan) In Syaa Allah, "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR" menyuruh kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran, bukan bererti saya orang baik, akan tetapi saya akan tetap berusaha untuk mendapatkan yang terbaik, kita manusia tidak lepas daripada membuat kesilapan, sama ada kesilapan disengajakan atau pun tidak sengaja, akan tetapi kita harus berusaha demi untuk meningkatkan diri kita kearah yang lebih terbaik buat masa akan datang demi kemakmuran negara yang kita cintai ini, kekal kan lah gabungan melayu di nusantara ini, "Bersatu teguh bercerai rabuh" itu lah ungkapan yang selalu saya dengari dan amat faham akan keadaan itu, kenapa harus kita bertelagah tanpa memberi apa apa jua faedah kepada kehidupan kita selain dari pada bermusuhan sesama agama jua bangsa, saya amat kesal diatas sikap sikap negetif yang telah dipertontonkan kepada anak anak generasi kita, sebaik nya kita harus menunjukan satu sikap yang positif kepada mereka, bekerjasama berusha demi meningkatkan kemajuan didalam bidang ekonomi dan sebagai nya, kenapa harus kita membelakang pentadbiran kerajaan yang ada, jika kerajaan membuat kesilapan bukan bererti kita harus membantah dijalan jalan raya di depan Istana dan sebagai nya, kita masing masing sudah mempunyai ketua politik masing masing tidak kira lah dari mana parti sekali pun, kenapa harus membantah sehingga merosakan perhubongan kita orang orang melayu ???
Berdasarkan apa yang telah saya lunaskan didalam atikel saya ini, penting pertama sekali kita harus banyak berfikir, berfikir demi kebaikan bukan menjadi perosak pemikiran orang lain, bertindaklah sebagai hamba hamba Allah SWT yang taat akan perintah nya, dunia hanya persinggahan sementara bagi manusia, apa kah tugas dan tanggong jawap kita sebagai hamba nya ??? dari mana kita ??? dimana kita ??? dan akan kemana kita ??? persoalan nya sama ada kita bolih berubah atau pun tidak maka terpulanglah kepada pendirian diri sendiri, dan bukan nya terlatak kepada otak orang lain,
Saya tidak lah sepandai mereka mereka yang alim, berpengajian tinggi didalam bidang agama, akan tetapi saya mampu untuk merubah nya, asalkan tidak menggangu perjalanan didalam Islam dan menjadi perosak akidah umat islam, ketahui lah segala nya diatas kehendaknya, akan tetapi kita harus berusaha demi kebaikan nya, Islam bukan nya landasan untuk kita mempolitikan nya, 
Andak Rasull
Andak Rasull
Merong Mahawangsa
Azham Idris
Boceks Boxer
Normawati Mahat
Tengku Shazeline Tengku Shahzan
Tengku Utara
Dato MRazi Hj Kail
Dato' Abd Samad Ibrahim
Dato'Ab Malek Ranting
Dato'Seri Mohammad Hedzer
Dato' Seri Jaafar Shaari
Tan Sri Isa Samad
Ayah Dato'menDatok Paduka Harimau Mengaum
Majlis Paduka Ayahanda Mokhtar
Datuk Paduka Ok Diraja
Ds Paduka Ayahanda Uda
Khalifah Paduka Jasmin
Paduka Ayahanda Abd Razak
Paduka Ayahanda Arka Mjmm
Paduka Ayahanda DS Timurlane
Paduka Ayahanda Gabungan Mahar