MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Friday, October 31, 2014

RENUNGAN SEPINTAS LALU

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS
RENUNGAN SEPINTAS LALU,
BUAT DIRI SAYA ...
Aku selalu bertanya kepada diri aku sendiri, apakah yang akan berlaku seterus didalam perjuangan orang orang melayu ini..? tidak pernahkan terfikir akan musibah yang akan melanda dunia dan negara .?? musibah musibah perbuatan manusia jua pembalasan Allh SWT terhadap kelalaian dan kealpaan manusia demi menempuh kehidupan mereka dialam yang fana ini ???
Justeru itu maka terfikir olih saya untuk mencurahkan air didaun keladi hihi, jika faham faham lah kut, jika masih tak faham, sama lah dengan apa yang saya katakan mencurah air didaun keladi, mencurah garam kelaut, maksud yang sama kan,
Baik lah, apa target dan amal yang hendak anda lakukan hari ini, hemmm tak perlu lah kasi tau eikk pada sesiapa hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui kan, ok baik lah saje saje nak mengganggu fikiran jua ketenangan anda, maaf se adanya, 
Lain padang lain belalang nya, lain orang lain pula ragam nya kan, tidak semua manusia dijadikan sama satu hati satu jiwa, yang adalah hanya untuk mencari semula apa yang telah tertinggal dan mendapat semuala apa yang hendak dicari, baik lah apa yang hendak dicari itu ..? 
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang kemudian lah akhir nya, mencari ilmu pengetahuan mendalami ilmu kehidupan itu amat penting didalam kehidupan manusia, ada duit tanpa ada ilmu menjadi fasiq, hilang ingatan, lupa diri, olih kerana ada yang membantu mungkin, daripada bantuan duit itu maka tiada nya ilmu untuk ditambah nilai wang ringgit itu maka ianya akan habis begitu sahaja tanpa dapat memberi kemudahan, pertolongan, kebajikan kepada hamba hamba Allah yang lain dan begitu lah seterus nya, Allah maha berkuasa keatas setiap sesuatu, dan jika dari gulongan yang susah dari segi ekonomi mereka, dan mereka berusaha bersungguh sungguh untuk mecari ilmu, ilmu perniagaan, pekerjaan untuk mencapai matlamat mereka, pasti mereka akan berjaya jua akhir nya, kerna kesusahan itu mendidik mereka menjadi manusia yang selalu beringat dan berusaha berdoa kehadrat Allah SWT, sebagaimana, "Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,
Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah, begitulah perumpaan kita orang-orang melayu, berusaha sama sama sebagaimana kita berusaha didalam satu organisasi, pertubuhan pertubuhan mencari dana dan keuntungan bagi menampung keperluan, kebajikan kepada ahli ahli nya, berdasarkan kepada usaha sama untuk mencari dana dan meringankan bebanan yang di tanggong olih ahli ahli pertubuhan, dan bukan untuk kepentingan diri jua kroni, masuk dalam alam berfikir panjang sebelum bertindak buas, menjadi pembelot, rakus dan sebagainya, demi masa depan yang lebih terbaik untuk pertubuhan yang telah dijayakan, seumpama " Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni ...
Bagai sirih pulang ke gagang, begitulah juga jika bangsa melayu bersatu dan kembali didalam satu kelompok bangsa yang sedar diri, tanpa memikirkan kepentingan diri, pasti akan ditunjuki jalan yang lurus, dan bukan bererti jalan yang lurus itu, jika ikut terus sehingga didepan ada guang masuk juga, berbalik lah kepada hukum, akal jua fikiran yang telah dibekalkan buat kita manusia yang laing sempurna akal fikiran ini, kenapa harus bertelagah tanpa memberi apa apa jua keuntungan kepada kita jua generasi akan datang, malah akan mendatangkan kemudaratam kepada agam, bangsa, negara jua generasi kita, pasti nya anda lebih baik dari saya, "Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ...
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, keturunan demi keturunan yang telah memerintah yang menjadi ketua, itu lah istilah yang selalu diguna pakai olih orang orang melayu dulu kini dan selama nya, itu diatas kebijaksaan manusia itu untuk membuat penilai keatas setiap sesuatu itu, nilai lah dengan hati yang terbuka, kelebihan yang ada kepada kelompok melayu ini adalah yang pertama sekali membodek, memfitnah, mengadu domba, kutuk mengutuk, sombong, riak jua takbur (maaf tidak semua begitu kut cuma yang terpilih sahaja) dari itu ubah lah tatacara kehidupan kita, melayu itu memang berhemah, berbudi bahasa, budaya bangsa yang tidak ada tolok banding nya,teramat bagus, akan tetapi disebabkan olih peranaan manusia yang elit, kaya dan sombong itu mengubah segalanya, maka timbul lah perasaan geram, ingin membalas dendam dan sebagainya, sehingga menjadikan mereka mangsa mangsa keadaan, 
Ohh alangkah keji nya perangai mereka kan, kan kan, "Bagaimana acuan begitulah kuihnya, pasti tidak akan berubah kan, atau mahu diubah sahaja...
Maka nya didalam pemikiran saya kembali lah kepada pautan" Bagai aur dengan tebing" Ye istilah ini lah yang mampu membantu kita, permuafakatan serta kerjasama demi mencari jalan penyatuan kerjasama mengabungkan perjalanan ini demi kebaikan semua lapisan masyarakat dinegara majmuk kita ini, nak kata apa lagi, mereka berlumba lumba mencari kemewahan, kekayaan, pengaruh demi kekuatan empayer mereka, melayu semakin layu dibumi pusaka nenek moyang mereka, Ahh ... sakit sesungguhnya kesakitan ini membawa satu malapetaka kepada warisan bangsa yang lalai dan leka ini, ayuh hunus lah senjata pena mu, hanya itu yang termampu olih kita demi untuk menyelamatkan masa masa yang telah dibuang begitu sia sia tanpa memberi atu ruang kebaikan lagi, malah bertambah menghancurkan ini, agama mu telah disundalkan, dipurkotak katikan, dihina, dipermain, dirogol dan sebagainya, ini dipandang sepi olih gulongan pukimak !!! tanpa ada nya memberi sokongan untuk terus membena satu bangsa yang membangun jua membentuk satu pembentukan yang baik didalam pertubuhan mahu pun didalam kalangan orang melayu itu sendiri,
SAYA TAK MARAH PADA SESIAPA, SAYA MARAH KEPADA DIRI SAYA SENDIRI, OLIH KERANA KEGAGALAN SAYA UNTUK MEMBENTUK MANUSIA SUPAYA MENJADI SATU BANGSA YANG DIMULIAKAN DISISI MASYARAKAT JUA ALLAH SWT, 
Paduka Ayahanda MohdRasull
Andak Rasull

Wednesday, October 29, 2014

Ragam Dr. Maza



MAJLIS JAHIL !!! SIAPA YANG JAHIL !!! BODOH !!!AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Astaghfirullah..!! Dr Maza & Qardawi Halal Bersalam Sesama Bukan Mahram



MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Thursday, October 23, 2014

FITNAH

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat.  Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT.  Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar kacil dan huru hara hubungan diantara manusia.  Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita ia itu Islam.  Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:

“….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”

Kita mengakui bahawa setiap insan itu mempunyai keaiban dan kesalahan yang telah dilakukannya.  Maka keaiban itu tidaklah patut dihebah-hebahkan kerana kalau dihebahkan bermaksud kita telah mengaibkan diri sendiri.  Umpat-mengumpat diantara kaum Islam masih berluas-luasa berlaku sejak berzaman hingga ke hari ini dan mungkin berterusan, umpamanya masih terdapat mereka-mereka yang selepas bersolat di masjid-masjid atau surau-surau melakukan perkara-perkara seperti mengumpat sesama sendiri terutama ketika besembang di gerai-gerai atau warong sebelum pulang kerumah.  Adakala apabila timbul isu politik, mereka lah orang yang bijak didalam bidang itu mengalahkan orang politik.  Apabila terlalu jauh membicarakan hal-hal yang tidak bergitu diketahui betul atau tidak perkara yang dibincangkan maka terjadilah perbuatan memfitnah orang-orang yang berkaitan.
Itupun baru hal-hal dengan cerita di warong, lagi bertambah teruk apabila membuat fitnah dan mengumpat didalam internet atau di laman-laman blog.  Kadang-kadang kita terbaca bahawa umpat-mengumpat dan memfitnah di dalam laman blog tidak memberi apa-apa faedah kepada yang berbuat perkara tersebut.  Ianya seakan-akan sedap membicarakan perkara yang diada-adakan atau perkara-perkara yang tidak diketahui sebenar-benarnya. Bukankah perkara ini di kategorikan sebagai fitnah.
Oleh itu, jauhkan umpat-mengumpat kerana ia adalah sifat orang yang jahat dan rosak akhlak, ia sudah semestinya tidak layak diamalkan oleh orang Islam yang beriman. Tiada gunanya orang-orang yang mentaati suruhan Allah SWT seperti mengerjakan solat, berpuasa dan menurut perintah Allah SWT tetapi masih terus membuat fitnah dan umpat-mengumpat sesama kuam Islam sendiri.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain.  Apakan kamu suka memakan dangging saudara kamu yang telah mati?  Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.

(Surah “al-Hujurat: Ayat 12)
Ayat diatas menjelaskan bahawa umat Islam dilarang menyimpan hasad dengki didalam hatinya keatas saudara-saudara Islam yang mendapata nikmat kerniaan daripada Allah SWT apatahlagi mengumpat saudara-saudaranya sendiri.  Perbuat ini terlalu keji disisi Allah SWT.  Allah SWT telah berjanji akan memasukkan umatNya yang mengumpat, memfitnah bangsa sendiri, negara dan sebagainya ke neraka jahanam sekiranya mereka ini tidak sempat memohon apun dan bertaubat kepada Allah SWT.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda, mafhumnya:

“Wahai orang yang beriman dengan lisannya shaja dan meimanannya itu meresap kedalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin, janganlah pula menjejaki keburukan mereka, sesiapa yang menjejaki keburukan mereka maka Allah SWT akan menjejaki keburukannya dan barangsiapa yang dijejaki kerburukannya oleh Allah SWT maka Allah SWT akan menyingkap keaibannya sekalipun ia berada di dalam rumah”.

(Riwayat: Abi Barzah al-Aslami R.A.)
Hadis diatas menyatakan bahawa sifat hasad dengki itu tidak memberi faedah langsung kepada yang melakukannya, melainkan dendam dan perbalahan yang akan menjauhkan perpaduan.  Oleh itu jauhkanlah sifat hasad dengki, fitrah memfitnah.  Orang yang hasad dengki membakar diri dan hatinya.  Hasad dengki tidak boleh dipadamkan melainkan kebaikan dan ketaatan diri kepada Allah SWT sahaja.  Memfitnahkan saudara sendiri adalah dilarang oleh Islam sama sekali.  Hendaklah kita hindarkan daripada terus menerus melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT.
Kita seharusnya menjaga lidah kita supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang dilarang dan dilahnati oleh Allah SWT.  Janganlah kita membuat fitnah terhadap sesiapapun sama ada mereka itu saudara kita ataupun tidak tetapi haruslah diingatkan bahawa kesuluruh umat Islam adalah bersaudara yang datang dari satu kaum.  Sebab itulah Islam melarang umatnya memfitnah sesama Islam dan bukan hanya itu sahaja, kita sepatutnya menjauhi daripada mendengar perkara-perkara fitnah yang disampaikan oleh orang lain.
Oleh itu, jauhilah dari membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti membuat fitnah, mengumpat, mengutok dan menaruh hasad dengki terhadap saudara sendiri mahupun orang lain.
Kita telah diberi nikmat oleh Allat SWT maka hendaklah kita bersyukur kepadaNya.  Janganlah kita bersifat besar hati dan takbur kerana Allah SWT berkuasa mengambil kembali nikmat yang telah diberikanNya kepada kita.  Bersifat takbur itu adalah salah satu daripada satu cara Allah SWT boleh menghilangkan nikmatNya dari kita.  Ingatlah Allah SWT tidak suka kepada orang yang bongkak dan takbur.
Firman Allah SWT dalam surah “al-Nahl” : ayat 23 yang bermaksud:

“Bahawasanya Allah SWT tidak suka kepada orang yang bersifat takbur”.

Janganlah kita lupa diri kerana banyaknya nikmat Allah SWT yang telah kita terima dan rasa sepanjang hayat kita didunia ini.  Jauhkanlah perkara-perkara yang boleh membawa kepada pergaduhan, kerana kita sebagai umat Islam adalah bersaudara dari satu agama dan keturunan.
Kepada kita yang pernah melakukan perkara-perkara yang di larang ole Allah SWT hendak lah segera bertaubat kerana takut sekiranya kita tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT dan memohon ampun kepadanya maka kita dimasukan ke neraka.

Wednesday, October 22, 2014

MENCARI KEMULIAAN ALLAH




MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

ASSALAMUALAIKUM...
BISMILLAH HIRAHMAN NIRAHIM...
SESUNGGUH NYA AKU BUKAN LAH ORANG GILA ,MEROYAN DIDALAM POLITIK MAHU PUN DAKWAH INI, JAWATAN PUN HANYA SECIPET SAHAJA, APA YANG PENTING NYA BUKAN JAWATAN ATAU PUN WANG RINGGIT YANG MENJADI UKURAN NYA, APA YANG PENTING ADALAH TANGGONG JAWAP KITA KEPADA AGAMA KITA ISLAM, BANGSA KITA RUMPUN MELAYU(JAWI ASAL), TANAH MELAYU(MALAYSIA) JUA TANGGONG JAWAP KEPADA GENERASI AKAN DATANG,
DAN PERLUKAN AKU HURAIKAN SATU PERSATU DISINI DIDALAM MAYA INI, YANG TERBUKA LUAS TANPA ADA PERSEMPADANAN NYA INI, SEMUA ORANG BOLIH MELIHAT DAN MEMBACA LUAHAN HATI KU YANG KECUNDANG INI..?
BIAR MEREKA DAPAT MENILAI BETAPA BUROK NYA PERANGAI BANGSA KU MELAYU.?? DEMI KEPENTINGAN DIRI JUA KRONI MEREKA SANGGUP MENGGADAI MARUAH AGAMA DAN BANGSA MEREKA SENDIRI ???
AHHH LUPA KAN SOAL ITU, APA YANG PENTING NYA PETAMA SEKALI, HARAPAN SAYA SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK SERTA HIDAYAH NYA, MAKA SEMUA PETUNJUK ITU TELAH DIPERTONTONKAN DIALAM MAYA INI BEGITU PANTAS SEKALI, APA SAJA YANG BERLAKU SEPERTI KILAT AKN TERPAPAR DI MUKA BUKU(FB-MEDIA MAYA) INI, SEDIA MAKLUM, 
DARI ITU BERFIKIRLAH SEBELUM MENYUARAKAN PANDANGAN JUA PENDAPAT, JIKA IANYA BERCORAK UMUM, SUARAKAN LAH DEMI KEBAIKAN KITA SEMUA TANPA MENGIRA APA JUA AGAMA DAN BANGSA(MAJMUK) MALAYSIA INI,
AKAL FIKIRAN MENJADI PERANAN UTAMA NYA, BERFKIR DEMI KEBAIKAN SEMUA ADALAH SATU ASPEK KEMULIAAN, MENJAGA BATAS MASING MASING, TIDAK PERLU LAH KITA MENYENTUH ISU ISU PERIBADI, AGAMA, JUA BANGSA, HINDARKAN LAH DARI KITA TERUS MENERUS MEMPERSOALKAN HAK MASING MASING" “Lakum Diinukum wa Liya Diin" Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu bukan penyembah Rabb yang aku sembah. (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Rabb yang aku sembah. (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. (6)” (QS. Al Kafirun: 1-6)"  BERDASARKAN KEPADA AYAT TERSEBUT MAKA KITA SAMA SAMA SEDIA MAKLUM BAHAWA SESUNGGUH NYA ALLAH ITU MAHA BERKUASA KEATAS SETIAP SESUATU ITU, MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG, ADIL DAN SAKSAMA, APA LAGI YANG HARUS KITA FIKIRKAN, MAKA BERSAMA LAH KITA MEMBENTUK SATU PEMBENTUKAN YANG BAIK DIKALANGAN KITA AGAR NEGARA KITA AKAN TERUS AMAN DAN MAKMUR, 
AYUH MARILAH KITA SAMA SAMA MEMPERTINGKATKAN DIRI KITA DENGAN AMALAN YANG SIHAT DEMI EKONOMI, KEMAJUAN JUA PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT YANG MEMERLUKAN PEMIMPIN PEMIMPIN YANG SIHAT UNTUK TERUS BERJUANG SEHINGGA KEAKHIRNYA...
NEGARA SIHAT,
RAKYAT AKAN AMAN DAN MAKMUR,
NEGARA SAKIT,
TERIMA LAH BALA DARI ALLAH SWT,
SEKIAN DARI HAMBA ALLAH...
DAN KEPADA YANG FAHAM ISTILAH~~~1ARAH" ayuh kita sama sama mengadap kearah nya, dudk didalam satu saf, mengadap keArahnya,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1TUJUAN, niat yang sama, tanpa memberi impak yang tidak sihat kepada perjuangan asal, apa yang tersirat dan itu lah yang tersurat...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 1MATLAMAT PERJUANGAN, demi memperjuangankan kebajikan agama, bangsa, tanahair jua generasi, hanya sedikit sentuhan kalbu, demi kebaikan kepada yang mahu berfikir jua "Sir" nya...
"AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"

JANGAN DINILAI SESEORANG PADA ZAHIR DAN LUARAN,

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

JANGAN DINILAI SESEORANG PADA ZAHIR DAN LUARAN,
Pada suatu hari, Hasan Al-Basri pergi melawat Habib Ajmi, seorang sufi besar lain. Pada waktu solatnya, Hasan mendengar Ajmi banyak melafazkan bacaan solatnya dengan keliru. Oleh kerana itu, Hasan memutuskan untuk tidak solat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang pantaslah bagi dirinya untuk solat bersama orang yang tak boleh mengucapkan bacaan solat dengan benar.

Di malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar Allah berbicara kepadanya: "Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan solatmu, kau akan memperoleh keredhaan-Ku, dan solat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh solat dalam hidupmu. Kau cuba mencari kesalahan dalam bacaan solatnya, tapi kau tak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna"
Di zaman sekarang ini sukar sekali kita mencari orang yang benar-benar mempunyai kriteria dekat kepada Allah. Sering kali mata kita tertipu oleh penampilan zahir. Orang dekat dengan Allah itu adalah para Aulia-Nya, para kekasih-Nya yang beribadah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan menuntun orang-orang menuju ke hadrat Allah. Seorang wali Allah dalam kehidupan sehari-hari boleh saja ber profesion sebagai seorang peniaga, petani, ulama' guru sekolah, dan lain-lain. Hanya orang yang diberi petunjuk oleh Allah yang boleh berjumpa dengan wali-Nya.

Mempunyai bacaan benar (tajwid) yang sempurna memang salah satu syarat sah seseorang menjadi imam dalam solat, akan tetapi yang lebih penting adalah bagaimana hati nya boleh terus menerus bersama Allah selama dalam solat. Ini hal yang sangat pokok, kerana seorang imam akan mempertanggung jawab kan amalan makmum nya di hadapan Allah SWT. Kalau imam sepanjang solat mengingat wanita-wanita cantik, mengenang harta, dan sejuta persoalan hidup, apakah pantas dijadikan sebagai imam?
Saya jadi teringat kisah Imam Al-Ghazali yang menjadi imam dalam solat Asar disebuah masjid, Beliau baru saja mengajarkan hukum thaharah bagi wanita yang haid. Tanpa disedari fikiran Beliau saat solat teringat kepada wanita yang sedang haid. Salah seorang yang menjadi makmum adalah adik kandung imam al-Ghazali.

Selepas selesai solat adik imam Al-Gazali menegur, "kenapa abang di rakaat kedua mengingat wanita yang lagi haid?"

Imam Al-Ghazali sangat terkejut, selaku orang yang sangat ahli dalam hukum Islam telah hapal Al-Qur'an dan ribuan hadis, telah berpuluh tahun menjadi imam baru sekarang mengetahui kekeliruannya selama ini.
Beliau berkata kepada adiknya, "Tajam sekali mata hati mu, mulai saat ini aku berguru kepada mu"

Imam Al-Ghazali yang terkenal akan ilmu syariatnya, perlu belajar lagi kepada adiknya yang ahli Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi, bagaimana menjadi seorang Imam yang sah, lalu bagaimana dengan imam-imam zaman sekarang yang hanya bergantung kefasihannya?

Bacaan tetap lah bacaan, hafalan tetap lah hafalan yang tersimpan dalam otak yang mempunyai dimensi rendah, seorang hamba baca tetaplah akan menjadi hamba baca kalau pengetahuannya tidak di upgrade.
Semoga tulisan ini menyedarkan kita semua, setelah kita fasih mengalunkan ayat Al-Qur'an tiba saatnya untuk men-fasih-kan hati dalam mengingati-Nya. Bagaimana caranya?
Surah An Nahl, Ayat 43

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

Dari: HAMBA ALLAH

Sunday, October 5, 2014

INGAT MENGINGATI

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS
Assalamualaikum wrt...
Salam sejahtera dan selamat hari raya aidiladha(hari kedua),
Apa apa pun saya tidak lah seorang yang sempurna seperti ...
Saya hanya lah manusia biasa, dan hanya sekadar dipinggiran,
tidak lah seperti manusia yang hilang pertimbangan akal fikiran,
seperti sesetengah manusia yang mempunyai pelajaran agama,
terdidik sehingga ke jordan, mesir dan sebagainya, menuntut ilmu,
akan tetapi tidak tahu menggunakan agama itu dan pemahaman,
jadi lebih baik lah menjadi manusia biasa berjuang dan berdakwah,
cara yang mana telah diajarkan kepada kita sebagai umatnya yang
berusaha demi meningkatkan diri serta menjaga kebajikan agama,
bangsa, tanahair jua generasi, semoga diberkati dan ditambah keyakinan
kepada diri agar terus berjuang demi kebaikan umat manusia,
Tiada menjadi kesalahan bagi seseorang itu menyiarkan perkara yang baik baik, posting yang diperakui kebenaran nya, demi menyambung, menyampaikan kepada orang lain, asalkan ayat ayat dakwah yang disiarkan itu adalah dari petikan yang asal tanpa diubah dari yang asal nya, 
Dari itu sebelum mengambil atau menyiarkan sesuatu itu pastikan ia nya benar benar dari matan nya(mempunyai rujuk surah), kerna kita bukan penyambung warisan kerosakan akhlak mahu pun akidah umat, malah lebih cenderung kepada belajar dan berusaha demi kebaikan bersama, jika tersalah atau pun terpetik dari hadith hadith yang telah diubah maka wajib bagi kita sesama untuk memberi peringatan, sama sama kita saling ingat mengingati, menegur dengan beradap sopan sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama yang terdidik dan sempurna, fahami lah perasaan orang lain, jika kita menegur dengan cara yang sombong, riak dan takbur, memperbodohkan kan orang lain maka nya lebih baik jangan menegur, berdiam diri lah, semoga orang lain tidak terkecil hati, dari itu maka ubah lah cara berfikir jadi lah manusia yang disegani dan bukan ditakuti, 
In Syaa Allah... maka akan terhindar diri dari membuat dosa kering kepada hamba hamba Allah SWT, yang berusaha demi memajukan diri mereka kearah yang lebih terbaik,
Perkara yang lain nya, jika hendak berpolitik, berpolitik lah cara nabi muhamad dan bukan dengan cara mana politik yang sedang rancak dilalui sekarang ini, tolonglah jangan pergunakan agama sebagai "batu loncatan", disebabkan kerosakan ilmu agama seseorang itu, maka yang lain terikut ikut dengan cara didikan mereka, wallah hu allam, 
Seperti mana yang telah disalurkan olih puak puak PAS yang menggunakan Islam sebagai landasan perjuangan mereka, pada saya ianya sia sia sahaja, senang senang mengatakan jika mengundi PAS bolih masuk syurga dan sebagainya, apa kah dengan cara dia melacurkan agama islam ini orang islam bolih menerima nya, perlu mereka ingat islam itu syumul dan hak orang lain selain dari bangsa melayu yang mengusainya, cina islam, india islam dan lain lain bangsa juga yang beragama islam, kenapa harus bangsa melayu yang konon nya islam senang senang menggunakan agama islam sebagai pengaruh nya, sudah berapa ramai bangsa cina, india dan lain lain bangsa yang telah di dakwahkan olih mereka serta memeluk agama islam..? didalam penghayatan saya mereka diajar membaca firman dan hadith didalam keadaan yang pelat (ayat yang tidak jelas) cuba difikirkan dan sama sama kita renungkan, apa kah yang akan berlaku seterusnya didalam intitiusi islam ini, maka disebabkan mereka juga dalam sebuah masjid ada dua imam dan sebagainya lagi, perpecahan sesama agama dan bangsa melayu, ini akan merapuhkan kedudukan islam dan bangsa melayu itu sendiri, bangsa lain tidak akan menghormati bangsa melayu jua islam, disebabkan kejengkelan pemikiran mereka, tolong lah fahami PAS, jangan sibuk dengan urusan(P) duniawi yang tiada persempadan ini, berjihadlah dengan cara mana Rasulullah berjuang demi menyebarkan agama islam,
Agama ditegakkan dengan pengorbanan. Menumpahkan darah binatang adalah simbolik kepada pengorbanan yang dilakukan.
Dengan korban tersebut diharapkan agar takwa kita kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala semakin meningkat. InshaaALLAH.
Selamat Hari Raya AidilAdha
Taqabbalallahuminna Waminkum. Kullu 'am wa antum bikhoir.
Semoga amalan kami dan amalanmu diterima, dan semoga kamu semua beroleh kebaikan disepanjang tahun. 
Allahumma Aamiin... 
http://www.addeen.my/index.php/sirah/sirah-rasulullah/item/28-strategi-kepimpinan-rasulullah