MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS
Menjaga sistem kehidupan manusia selaras dengan hukum syarak
Konsep maqasid syariah menekankan bentuk dan tujuan syariah dalam kehidupan. Mengetengahkan konsep ini, ulama lebih seimbang memandang syariah kerana maqasid syariah ialah mengetahui rahsia, hikmah dan matlamat syariat dalam setiap hukum.
Maqasid syariah ialah memahami matlamat syariat dan rahsia dalam perkara yang telah ditetapkan syarak. Pengetahuan mengenai maqasid syariah adalah satu keperluan bagi seorang mujtahid ketika mengeluarkan pendapat terutama apabila terdapat perbezaan pandangan.
Maqasid umum iaitu matlamat yang diambil kira oleh syarak dalam menentukan semua atau sebahagian besar hukum syarak seperti keadilan, kesamarataan dan kemudahan dalam syariah. Termasuk dalam kategori ini ialah daruriyyat al-khams (menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, harta, keturunan atau maruah).
Ibn Ashur menyebut, maqasid tertinggi syariah al-maqasid al-‘aliyyah merangkumi semua matlamat syariah atas dasar menjamin dan memelihara maslahah serta menjauhi kemudaratan.
Tujuan baik dicapai oleh syariah
Maqasid juga adalah tujuan baik yang mahu dicapai oleh syariah menerusi pengharaman sebahagian perkara atau dengan mengharuskannya. Oleh itu, maqasid memelihara akal dan roh manusia menjelaskan pengharaman Islam terhadap alkohol serta minuman yang memabukkan.
Antara perkara penting dalam memahami maqasid syariah ialah kaedah yang dinyatakan Imam al-Syatibi iaitu, dasar ibadah manusia adalah menyembah tanpa melihat kepada hikmah dan dasar dalam adat dan muamalat adalah melihat kepada hikmah.
Dasar ibadah adalah menyembah, semata-mata beribadah kepada Allah SWT walaupun tidak seiring dengan logik akal seperti kewajipan mandi wajib selepas melakukan jimak. Kenapa seluruh badan diwajibkan mandi dan dicuci bukan kemaluan saja.
Faktor yang mewajibkan solat dan puasa adalah sama, tetapi ada perbezaan pengaruh terhadap kedua-duanya. Orang yang haid dan nifas menggugurkan solat serta tidak wajib diganti, tetapi tidak menggugurkan puasa yang wajib diganti.
Sementara dasar dalam muamalat adalah melihat kepada makna, maksud, hikmah dan rahsia. Perkara ini dapat diketahui melalui penelitian (al-Istiqra’) dan syariah memperjelaskan hikmah ketika mensyariatkan perkara itu.
Hikmah itu dijelaskan sesuai dengan akal dan fitrah manusia yang dapat menerima dengan mudah.
Antara maqasid syariah iaitu keadilan, persamaan, memudahkan dan meringankan, mendatangkan kebaikan, menjauhi kemudaratan, kesatuan dan kesepakatan.
Ibn Ashur menyebut, antara tujuan syariat yang terpenting ialah menjaga sistem kehidupan manusia dan memperbaikinya ke arah kebaikan meliputi aspek pemikiran, pekerjaan serta hubungan sesama manusia dalam mewujudkan kehidupan yang sempurna.
Islam mengharamkan pelbagai jenis arak yang diperbuat selain daripada anggur bertujuan menjaga akal. Pengharaman dadah kerana ia juga menghilangkan akal dan satu pembaziran harta.
Faedah pelajari ilmu maqasid syariah
Antara faedah mempelajari ilmu maqasid syariah ialah mengetahui sebab atau alasan (ta‘lil) dan hikmah sesuatu perkara yang telah disyariatkan, memantapkan fuqaha untuk mengeluarkan hukum, menambah kefahaman dalam menetapkan sesuatu hukum dan pelaksanaannya.
Menambahkan pengetahuan penyelidik mengenai hubungan maqasid dengan kaedah usul yang lain seperti hubungan maqasid dengan maslahah serta qias, mengurang perbezaan pendapat fiqah dan taksub mazhab.
Ilmu maqasid berteraskan kepada ilmiah, menyelaraskan antara hukum yang berbeza dan menghindari pertentangan antara hukum, menolong Muslim untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT dengan sempurna.
Contohnya, mengerjakan haji bertujuan mendidik manusia dengan akhlak mulia, maka ia akan berusaha untuk mencapai tujuan itu. Ia juga menolong pendakwah dan orang yang berkhidmat untuk Islam menunaikan tugas mereka bertepatan syariat Islam, konsep amar makruf dan mencegah kemungkaran.
Yusuf al-Qaradawi berpendapat maqasid tidak hanya terhad kepada aspek penjagaan lima perkara, tetapi melangkaui maksud lebih luas seperti membangunkan manusia soleh, keluarga soleh, masyarakat soleh, umat soleh dan mengajak kepada kemanusiaan.
Maqasid syariah roh kepada setiap amalan. Pendakwah yang tidak mempunyai maqasid tidak mempunyai roh pendakwah yang sebenar. Oleh itu, memahami maqasid syariah penting bagi pendakwah, malah setiap orang Islam.

No comments:
Post a Comment