MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Friday, October 31, 2014

RENUNGAN SEPINTAS LALU

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS
RENUNGAN SEPINTAS LALU,
BUAT DIRI SAYA ...
Aku selalu bertanya kepada diri aku sendiri, apakah yang akan berlaku seterus didalam perjuangan orang orang melayu ini..? tidak pernahkan terfikir akan musibah yang akan melanda dunia dan negara .?? musibah musibah perbuatan manusia jua pembalasan Allh SWT terhadap kelalaian dan kealpaan manusia demi menempuh kehidupan mereka dialam yang fana ini ???
Justeru itu maka terfikir olih saya untuk mencurahkan air didaun keladi hihi, jika faham faham lah kut, jika masih tak faham, sama lah dengan apa yang saya katakan mencurah air didaun keladi, mencurah garam kelaut, maksud yang sama kan,
Baik lah, apa target dan amal yang hendak anda lakukan hari ini, hemmm tak perlu lah kasi tau eikk pada sesiapa hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui kan, ok baik lah saje saje nak mengganggu fikiran jua ketenangan anda, maaf se adanya, 
Lain padang lain belalang nya, lain orang lain pula ragam nya kan, tidak semua manusia dijadikan sama satu hati satu jiwa, yang adalah hanya untuk mencari semula apa yang telah tertinggal dan mendapat semuala apa yang hendak dicari, baik lah apa yang hendak dicari itu ..? 
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang kemudian lah akhir nya, mencari ilmu pengetahuan mendalami ilmu kehidupan itu amat penting didalam kehidupan manusia, ada duit tanpa ada ilmu menjadi fasiq, hilang ingatan, lupa diri, olih kerana ada yang membantu mungkin, daripada bantuan duit itu maka tiada nya ilmu untuk ditambah nilai wang ringgit itu maka ianya akan habis begitu sahaja tanpa dapat memberi kemudahan, pertolongan, kebajikan kepada hamba hamba Allah yang lain dan begitu lah seterus nya, Allah maha berkuasa keatas setiap sesuatu, dan jika dari gulongan yang susah dari segi ekonomi mereka, dan mereka berusaha bersungguh sungguh untuk mecari ilmu, ilmu perniagaan, pekerjaan untuk mencapai matlamat mereka, pasti mereka akan berjaya jua akhir nya, kerna kesusahan itu mendidik mereka menjadi manusia yang selalu beringat dan berusaha berdoa kehadrat Allah SWT, sebagaimana, "Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,
Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah, begitulah perumpaan kita orang-orang melayu, berusaha sama sama sebagaimana kita berusaha didalam satu organisasi, pertubuhan pertubuhan mencari dana dan keuntungan bagi menampung keperluan, kebajikan kepada ahli ahli nya, berdasarkan kepada usaha sama untuk mencari dana dan meringankan bebanan yang di tanggong olih ahli ahli pertubuhan, dan bukan untuk kepentingan diri jua kroni, masuk dalam alam berfikir panjang sebelum bertindak buas, menjadi pembelot, rakus dan sebagainya, demi masa depan yang lebih terbaik untuk pertubuhan yang telah dijayakan, seumpama " Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni ...
Bagai sirih pulang ke gagang, begitulah juga jika bangsa melayu bersatu dan kembali didalam satu kelompok bangsa yang sedar diri, tanpa memikirkan kepentingan diri, pasti akan ditunjuki jalan yang lurus, dan bukan bererti jalan yang lurus itu, jika ikut terus sehingga didepan ada guang masuk juga, berbalik lah kepada hukum, akal jua fikiran yang telah dibekalkan buat kita manusia yang laing sempurna akal fikiran ini, kenapa harus bertelagah tanpa memberi apa apa jua keuntungan kepada kita jua generasi akan datang, malah akan mendatangkan kemudaratam kepada agam, bangsa, negara jua generasi kita, pasti nya anda lebih baik dari saya, "Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ...
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, keturunan demi keturunan yang telah memerintah yang menjadi ketua, itu lah istilah yang selalu diguna pakai olih orang orang melayu dulu kini dan selama nya, itu diatas kebijaksaan manusia itu untuk membuat penilai keatas setiap sesuatu itu, nilai lah dengan hati yang terbuka, kelebihan yang ada kepada kelompok melayu ini adalah yang pertama sekali membodek, memfitnah, mengadu domba, kutuk mengutuk, sombong, riak jua takbur (maaf tidak semua begitu kut cuma yang terpilih sahaja) dari itu ubah lah tatacara kehidupan kita, melayu itu memang berhemah, berbudi bahasa, budaya bangsa yang tidak ada tolok banding nya,teramat bagus, akan tetapi disebabkan olih peranaan manusia yang elit, kaya dan sombong itu mengubah segalanya, maka timbul lah perasaan geram, ingin membalas dendam dan sebagainya, sehingga menjadikan mereka mangsa mangsa keadaan, 
Ohh alangkah keji nya perangai mereka kan, kan kan, "Bagaimana acuan begitulah kuihnya, pasti tidak akan berubah kan, atau mahu diubah sahaja...
Maka nya didalam pemikiran saya kembali lah kepada pautan" Bagai aur dengan tebing" Ye istilah ini lah yang mampu membantu kita, permuafakatan serta kerjasama demi mencari jalan penyatuan kerjasama mengabungkan perjalanan ini demi kebaikan semua lapisan masyarakat dinegara majmuk kita ini, nak kata apa lagi, mereka berlumba lumba mencari kemewahan, kekayaan, pengaruh demi kekuatan empayer mereka, melayu semakin layu dibumi pusaka nenek moyang mereka, Ahh ... sakit sesungguhnya kesakitan ini membawa satu malapetaka kepada warisan bangsa yang lalai dan leka ini, ayuh hunus lah senjata pena mu, hanya itu yang termampu olih kita demi untuk menyelamatkan masa masa yang telah dibuang begitu sia sia tanpa memberi atu ruang kebaikan lagi, malah bertambah menghancurkan ini, agama mu telah disundalkan, dipurkotak katikan, dihina, dipermain, dirogol dan sebagainya, ini dipandang sepi olih gulongan pukimak !!! tanpa ada nya memberi sokongan untuk terus membena satu bangsa yang membangun jua membentuk satu pembentukan yang baik didalam pertubuhan mahu pun didalam kalangan orang melayu itu sendiri,
SAYA TAK MARAH PADA SESIAPA, SAYA MARAH KEPADA DIRI SAYA SENDIRI, OLIH KERANA KEGAGALAN SAYA UNTUK MEMBENTUK MANUSIA SUPAYA MENJADI SATU BANGSA YANG DIMULIAKAN DISISI MASYARAKAT JUA ALLAH SWT, 
Paduka Ayahanda MohdRasull
Andak Rasull

No comments: