MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Sunday, November 30, 2014

SAMA SAMA UBAH

Suka saya nyatakan disini, 
sebagai rakyat yang bertanggongjawab kepada kebajikan agama, bangsa, tanahair jua generasi, perlu lah kita sama sama memenuhi tekad azam dan berkerjsama demi menjaga keharmonian serta keamanan negara, sedia maklum negara kita ini adalah sebuah negara majmuk yang mana penduduknya berbilang kaum dan bangsa, mereka juga mempunyai agama masing masing, dan seharus nya mereka juga telah terdidik untuk menjaga kepentingan agama, bangsa masing masing, dari itu sama sama lah kita menerapkan nilai keyakinan diri demi untuk terus bersatu berjuang demi keamanan dan kesejahteraan negara,
Jangan ada dusta antara kita didalam mengembangkan ekonomi demi kebajikan rakyat, rakyat juga punya hak untuk mendapat kemudahan asas, kebajikan kemajuan jua pembangunan, jangan diatas sebab kepentingan diri kroni jua keluarga sendiri menjadi perosak kepada perjuangan orang orang melayu itu sendiri, perlu ingat dan sedar lah, kemudahan asas yang perlu dilaksanakan dengan tulus ikhlas, saya tahu dan terbanyak perkara yang saya tahu, akan tetapi diatas sebab untuk menjaga kepentingan dan kepribadian seseorang maka tak perlu lah saya nyatakan disini, sikap tamak, gila kuasa dan sebagainya, itu bukan urusan saya, semua nya terpulang kepada pendirian masing masing untuk menilai sejauh mana kebenaran nya,
Rakyat mahu kan pembelaan, kebajikan dan sebagainya, permasalahan yang dihadapi olih rakyat masa kini adalah dari segi pentadbiran yang diurus selia olih kementerian atau jabatan jabatan yang telah dipertanggongjawapkan demi mengurus selia didalam jabatan masing masing, terutama yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang bersangkut paut dengan rakyat, mungkin juga ada dikalangan rakyat yang mendapat kesulitan dengan masalah masalah yang mereka hadapi akan tetapi tidak terluah dengan perkataan atau tidak ada tempat untuk mengadu nasib mereka, "KESIHANI LAH MEREKA" mereka juga manusia yang memerlukan pembelaan, bantuan yang perlu dilaksanakan, kenapa harus ada pilih kasih didalam penyelengaraan ini, oh mungkin beliau tidak melibatkan diri didalam kancah politik atau pun kurang bercampur gaul dengan masyarakat..? jangan disalah tafsir dengan keadaan tersebut, masing masing ada peranan mereka,
Jabatan yang perlu prihatin kepada rakyat terutama nya pihak pihak yang berwajib seperti .., .., dalam episod saman menyaman ini juga menjadi satu permasalahan besar kepada rakyat, apa bila kena saman, bukan setakat satu saman atau dua saman, sehingga berjela jela saman yang diperolihi, sehingga menyukarkan untuk membaharui lesen kenderaan dan sebagainya, akan tetapi mereka masih mampu untuk membayar dan ada juga yang gagal membayar saman saman tersebut, pihak kerajaan perlulah bersedia menyelesaikan dengan bijaksana tanpa meninggalkan kesan yang negetif kepada mereka, begitu juga dengan tingkah laku kakitangan kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka, hendaklah juga beramanah serta berbudi bahasa sebilang masa, tidak kiralah dari mana jabatan kerajaan sekalipun, yang penting pertama sekali budi bahasa, penerapan ini semakin berkurangan, mereka hanya menghormati orang yang punyai kuasa dan wang ringgit sahaja, segala nya mudah, akan tetapi orang biasa sudah pasti macam biasa, tunggu lah atau biarkan sahaja tanpa mendapat bantuan dari mereka, perlu prihatin didalam soal ini, ia nya berkait dengan pentadbiran kerajaan, jangan ikut sesuka hati sahaja perlu ada kefahaman, dan tanggong jawab. terlalu banyak perkara lagi jika hendak dihuraikan kesilapan yang telah dilakukan olih pihak kerajaan ini terhadap rakyat, akan tetapi biarlah mereka selesaikan dengan baik, demi menjaga hati rakyat agar rakyat terus mencintai pentadbiran kerajaan dibawah kepimpinan UMNO- BARISAN NASIONAL, HIDUP MALAYSIA !!!
Lain pula bab bab untuk berjumpa dengan para pemimpin politik, pegawai kerajaan(Bos-Bos) neh, ahh jika tiada apa yang perlu tak payah laa nak jumpa, buang masa sahaja, lebih baik laa dok diam diam, betul tak, hehehe...
Okey maaf coretan rentetan bagi pihak masyarakat buat kepada yang bertanggong jawab, demi masa manusia sentiasa didalam kerugian, kerna apa manusia didalam kerugian, kena lah fikir sendiri kan, semoga dari apa yang telah saya sampaikan semoga mendapat tidak sebanyak sedikit pengertian yang sebenar nya, coretan saya ini adalah coretan usang dari saya, sekian terima kasih,
Anak temenggong mencari kalong,
Kalong pusaka peninggal tok ulong,
Jangan lah hidup tidak tolong menolong,
Kelak sengsara binasa insan yang tergolong,
Paduka Ayahanda MohdRasull
Andak Rasull 

No comments: