Firman Allah bermaksud : " kamu merupakan umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, disuruh supaya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, dan beriman kepada Allah " ( Surah Ali Imran :110).
Dari Anas r.a, kami para sahabat r.a bertanya: Ya Rasullullah s.a.w, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran. Maka Nabi s.a.w bersabda: Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, walaupun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, walaupun kalian belum menghindari semuanya. (HR. Thabrani)
Saidatina 'Aishah r.ha. berkata :
"Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke mesjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda. Beliau duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah:
" Hai manusia Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu." ( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)...
No comments:
Post a Comment