MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Tuesday, September 30, 2014

INGATAN

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Assalamualaikum wrt,
Apa kabar warga POLITIK Kolo P-Lah,
Semoga tenang dan ceria selalu, jua dirahmati Allah SWT hendaknya,
Alhamdulilah, setelah sekian lama nya saya dimedan ini, semakin banyak juga pengalaman yang saya lalui dengan berbagai rag

am manusia dan irama mereka, apa apa pun ikutkan sahaja lah yang mana mahu memahami perjalanan ini, sedia maklum jika kita menggunakan halaman sesawang ini dengan jalan yang betul InSyaAllah, kita akan mendapat ilmu dan jua pengalaman yang memberi keuntungan kepada diri kita sendiri, asalkan kita rajin untuk mencari dan melayari dari segala sudut pengalaman yang tiada batas persempadanan, segala nya ada, ditambah lagi apabila diperingkat usia saya ini, daripada pergi berbual bual dikedai kedai kopi, bercerita tentang politik, membuang masa sia sia sehingga melalaikan tanggong jawab kepada diri keluarga dan Agama, yang paling malang sekali apa menceritakan keburokan kerajaan, agama, masyarakat dan sebagainya, dari itu hindarkan lah segala fahaman jua idelogi perosak pemecah belah fitnah memfitnah, mengadu domba, kutuk mengutuk, maki memaki sesama agama jua bangsa,
Kenapa tidak kita sama sama mengiratkan lagi tali persaudaraan Islam kita tanpa mengira apa jua keturunan dan bangsa, asalkan peranan kita orang orang Islam berjaya didalam apa jua bidang yang diceburi, majulah Agama kita Islam demi membentuk satu pembentukan ummah yang berjaya disisi masyarakat, negara am nya, maka siapa dikalangan kita yang benar benar mampu untuk membentuk..? jangan diharapkan kepada para pemimpin sahaja, ia nya berpunca daripada diri kita sendiri, maka tugasan kita adalah untuk memberi peringatan, ingat mengingati sesama kita, itu lah hakikatnya, dari itu berusaha lah demi meningkatkan diri merubah cara kehidupan dari pemikiran yang dibelengu olih anasir perosak perpaduan serta ummah, percaya lah dan berusaha lah demi untuk memantapkan perjuangan Islam kearah yang lebih berjaya dan sistematik, berpadukan kepada rukun rukun Islam, rukun iman dan didalam negara kembali kepada rukun negara,
WallahHuAllam...
'AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"

No comments: