MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Wednesday, August 6, 2014

PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Woiiiiiii Wahabi, Syiah, ajaran sesat !!!
Perlu diketahui Ilmu agama perjalanan teramat mudah,
Yang disuruh buat yang ditegah hentikan, faham tak maksud tuu,
itu bahasa arwah atok aku dulu, bahasa yang diguna sebaik nya, "Amar Makruf nahi Mungkar" betul juga kan, "Menyuruh kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran, apa apa pun okey lah, asalkan bolih merubah dan meningkatkan diri kearah yang lebih terbaik, betul tak...

Tak perlu lah bersusah payah, mengutuk orang, nak membetulkan ayat ayat yang tersalah cetak atau pun sebagai nya, mentang mentang awak pandai didalam bab bab agama nie, al-hafiz lagi, tau segala apa yang ada didalam al-quran, mengikut suruhan nya, betul tak ??? tapi jangan lah megah tidak bertempat dengan firman dan hadith yang diubah ubah, konon nya awak lah yang pandai, orang lain jahil, bagus laa tuu...
Memang pun aku mengaku sudah aku jahil, tapi kau pula bagaimana..? Jangan sedap makan durian, bau nya belum tentu lagi orang suka atau pun tidak, berfikir fikir dulu sebelum mengeluarkan kata kata, jika kau seorang pendakwah, hari ini manusia sudah ramai yang cerdik pandai dan tahu menilai sendiri, yang mana batu dan yang mana permata, faham tuu !!!
olih yang demikian, selalu lah bertafakur diri, jangan cuba mencari kesalahan orang, dan perbetulkan diri sendiri, atau hukum diri sendiri dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang kamu lakukan sendiri, InSyaAllah, akan bahagia didunia jua akhirat...
Jika kamu mempelajari ilmu agama yang bersandarkan kepada Al-Quran serta Hadith, mengikut sunnah Nabi Muhamad, maka laksanakan lah dengan hukum aqal yang sempurna, sebagai umat nya yang prihatin serta bertanggong jawab menjaga kebajikan islam itu dan memakmurkan nya, berjihad kejalan Allah itu bukan bererti kita harus berperang, bertelagah tanpa memberi apa apa keuntungan kepada diri jua masyarakat Islam am nya, malah akan menambah merosakan aqidah perjuangan Islam itu sendiri, berfikir lah sebagai hamba hamba nya yang taat akan perintah nya, InSyaAllah ...
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
“ Sampaikan ajaran agama daripadaku walaupun sepotong ayat”
Ini bererti kewajipan kita adalah untuk membetulkan diri kita sendiri terlebih dahulu, setelah itu baru lah kita membetulkan yang "hak" yakni kepada mereka mereka yang mahu memahami istilah kebaikan kepada diri jua kepada orang lain, dan ini bukan lah bererti kita tahu semua tentang ilmu Allah SWT, hanya yang tahu menilai kepada setiap sesuatu itu, pasti nya, kan..? ada juga dikalangan para pendidik Islam yang tegas, akan tetapi tidak lah mereka mengajar dengan kurang ajar, mereka ada cxara mereka sendiri, ketegasan yang bolih membena manusia kepada satu pembentukan dan pembangunan didalam diri sesaorang itu, dan bukan nya dengan kutukan pemberi semangat untuk menentang kemungkaran sesaorang itu,

Seperkara lagi yang wajib diingatkan kepada para pendakwah bebas, "Sesungguhnya mencari kesalahan, mengaibkan orang, mendengar cerita (mengumpat), menunjukkan kekuatan (kuasa), dengki-mendengki, membenci sesama Islam, bermusuh-musuhan adalah perbuatan yang dilarang di dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa:
"Janganlah kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan, berdengkian dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari."
(Hadis Riwayat Tirmizi)
ILMU DAN AMAL,
SAYA YANG JAHIL///...

No comments: