MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Thursday, May 22, 2014

KOMUNIKASI CIRI PENTING

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Asas utama perkahwinan dalam Islam adalah untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Islam sangat menitikberatkan nilai sesebuah perkahwinan kerana ia salah satu mujahadah melawan nafsu. 

Perkahwinan adalah jalinan jambatan menuju syurga. Sayangnya, jalinan berkenaan ada kala terputus di pertengahan jalan. Situasi itu mungkin disebabkan proses awal pembinaannya dicemari dengan maksiat. 


Peranan solat kepada institusi keluarga 

Kebahagiaan rumah tangga juga turut ditentukan oleh peranan suami dan isteri. Suami sebagai ketua rumah tangga bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal dan material, juga aspek kerohanian. Suami adalah pengemudi, isteri sebagai pendamping setia mencorakkan kebahagiaan rumah tangga.

Ingatlah, ibadah solat adalah asas dalam kehidupan. Ia memainkan peranan penting kepada institusi keluarga dalam membina kekuatan iman. Malah ia menjamin keberkatan hidup dan limpahan rezeki oleh Allah SWT. 

Yakinlah, solat juga mampu menjadi benteng untuk anak kita daripada terbabit gejala sosial. Benteng inilah yang perlu dibina supaya keluarga sentiasa bersedia dalam menangani pelbagai dugaan dan cabaran yang mendatang. 

Apabila solat sempurna, maka akhlak pasti terjaga dan tindakan positif menyerlah bagi setiap anggota keluarga.

Kebahagiaan rumah tangga juga turut ditentukan oleh peranan suami dan isteri. Suami sebagai ketua rumah tangga bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal dan material, juga aspek kerohanian. Suami adalah pengemudi, isteri sebagai pendamping setia mencorakkan kebahagiaan rumah tangga. 
Tidak jelas dengan peranan dan tanggungjawab, akan menyumbang ke arah kepincangan dalam rumah tangga.

Ciri penting keluarga bahagia

Hakikatnya, setiap orang pasti mengimpikan keluarga yang bahagia. Antara ciri penting dalam memastikan keutuhan rumah tangga adalah komunikasi yang berkesan. 

Lihatlah realiti yang dihadapi masyarakat hari ini, terlalu ‘sibuk’ dengan urusan dunia mengejar kemewahan demi memenuhi impian sehinggakan ada ibu bapa yang seharian langsung tidak sempat berjumpa dengan anaknya. 

Marilah mengambil pedoman rumah tangga Al-Imam Hassan Al-Banna. Walaupun sibuk dengan tugasan dakwah, namun isteri beliau memainkan peranan sangat penting. Isterinya menyediakan fail bagi setiap anak untuk menulis perkembangan mereka setiap hari. 

Melalui cara ini secara tidak langsung, beliau dapat mengikuti perkembangan anak melalui penulisan isterinya di sebelah malam. Melalui kisah ini, kita boleh mengambil pedoman dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi sedia ada sebagai wadah komunikasi antara ahli keluarga.

Teknologi dicipta untuk menghubungkan manusia bukan merenggangkan. Jika sebelum ini kita menganggap teknologi merenggangkan hubungan kita dengan anak, persepsi ini perlu diubah. Berkomunikasi bagi memastikan anak berasakan kehadiran ibu bapa untuk berkongsi suka dan duka.

Mungkin juga tindakan ini akan membuka ruang untuk menyelamatkan masjid yang dibina.

Sumber: Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

No comments: