MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Thursday, April 17, 2014

AL - FATIHAH

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

AL-FATIHAH ...

Surah al-Fatihah juga dinamakan Ummul Kitab (Ibu al-Quran) merupakan surah pertama dalam susunan al-Quran ia menjadi kata pengantar, pembukaan dan pendahuluan al-Quran. Di dalamnya tersimpul seluruh kandungan al-Quran.

Ia dimulakan dengan pengantar perhambaan. Setulus-tulus pengabdian kepada Allah dilakukan dengan penuh kesedaran, keinsafan dan limpahan rasa Syukur di dalam hati kepada nikmat Rububiyyah Allah Azza Wa Jalla al-Rahman dan al-RahimNya.

Kesyukuran dinyatakan dengan penuh pengiktirafan terhadap hak-hak Uluhiyyah Allah dengan penyataan ikrar bahawa Dialah Allah yang Esa yang menjadi kemuncak cinta dan pengabdian .

Syukur dinyatakan dengan sedar bahawa bahawa Allah sahaja yang mampu memeberi pertolongan dan dinyatakan dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah.

Ia adalah pengantar Tauhid; Tauhid Rububiyyah ( Rabbil `alamin) ,Tauhid nama-nama dan sifat Allah ( al-Rahman dan al-Rahim) dan Tauhid Uluhiyyah dalam penyataan ( Iyyaka Na’bud wa Iyyaka nastaiin).

Ia adalah pengantar kepada ilmu mengenai hakikat hari akhirat. Hari ad Din. Hari di mana seluruh urusan dunia manusia akan dihitung, ditimbang, dimahkamahkan, disoal siasat, menjadi saksi atau menjadi orang yang didakwa. Hari urusan agama diberi balasan. Dunia adalah kehidupan hari ini yang diperintahkan agar selari dengan tuntutan ad din yang akan dipertanggungjawabkan.

Ia adalah pengantar taubat dan dibaca dengan perasaan kembali kepada Allah dalam ayat; “hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan” dan dengan penegasan menolak seluruh jalan-jalan orang-orang yang dimurkai Allah dan jalan orang-orang yang sesat. Apabila kita memohon hidayah bermakna kita mengiktiraf kejahilan kita dan betapa kita bimbang masih berdegil melakukan dosa.

Ia adalah pengantar kepada seluruh penawar hati dan badan...

No comments: