MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Monday, October 22, 2012

Mukmin dituntut tak kedekut belanja harta

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya dua malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata: “Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja”, dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya: “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil.” Riwayat Bukhari dan Muslim 

Islam menggalakkan umatnya supaya gemar membelanjakan harta dan membenci sifat kedekut (bakhil). Harta yang dibekukan oleh seseorang akan dimusnahkan oleh Allah. 

Islam melatih umatnya supaya menjadi manusia yang pemurah dan tidak menjadi manusia bakhil. Berbelanja atau tidak adalah hak seseorang sedangkan pembalasannya adalah hak Allah. 

Harus berdoa untuk orang pemurah supaya digantikan apa dibelanjakan dengan yang lebih baik daripada apa telah dibelanjakan, dan harus berdoa ke atas orang bakhil dengan dibinasakan hartanya yang ditahan daripada berbelanja pada jalan diwajibkan. (Kitab Riyadh as-Solihin) 

Rasulullah SAW bersabda: “Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Allah mewujudkan sifat semula jadi dalam diri manusia iaitu sifat belas kasihan yang menggerakkan seseorang itu untuk bersedekah. 

Firman Allah SWT: “Bandingan (perbelanjaan/derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 26) 

No comments: