MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Friday, September 14, 2012

PEMBAGUNAN DALAM ISLAM


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih lagi mengurniakan nikmat iman dan Islam kepada kita semua serta menaungi bumi Malaysia yang tercinta dengan nikmat keamanan, keharmonian dan kesejahteraan.
Umat Islam di negara ini seharusnya berbangga dan berasa beruntung kerana usaha-usaha memartabatkan Islam tidak pernah luntur bahkan semakin rancak terutama ketika pasca kemerdekaan. Hari ini kita dapat lihat betapa pembangunan dan kemajuan Islam begitu menyerlah di serata tempat dan di pelosok negara tanpa menghalang seseorangpun dari merasai nikmat kemanisannya.
Sesungguhnya pembangunan Islam yang pesat di negara ini sama ada dari segi pentadbiran, pendidikan, perundangan, perekonomian dan sebagainya tidak mungkin dapat dihuraikan di dalam risalah yang kecil ini. Namun sekurang-kurangnya ia dapat menjelaskan beberapa kekeliruan dan tanggapan sesetengah pihak di mana kerajaan tidak pernah bersikap berpeluk tubuh atau berlepas tangan daripada perjuangan mendaulatkan Islam sepertimana yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.
Adalah diharapkan risalah ini nanti dapat menjelaskan kepada kita seterusnya mencetuskan kesedaran betapa perlunya kita bersama-sama berganding bahu dalam meneruskan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan Islam di negara ini. Ketahuilah, tanpa kesatuan dan kesungguhan sesama kita nescaya cita-cita meninggikan kalimah Allah akan menjadi sia-sia dan angan-angan kosong. Pada ketika itu, tidak mustahil nikmat keamanan dan keharmonian yang selama ini kita kecapi akan ditarik oleh Allah S.W.T. Lantas jadilah kita menerima nasib seperti di negara-negara lain yang berkeadaan huru hara dan kacau bilau di mana rakyatnya menjadi hina, terseksa dan pelarian di tanah air sendiri...
'Kegigihan kerajaan dalam menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Islam di Malaysia adalah melalui pendekatan yang bijak dan penuh hikmah iaitu menerusi cara rundingan dan perkenan daripada D.Y.M.M. Sultan-Sultan dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam Negeri-Negeri'.
'Kerajaan tidak pernah bersikap sambil lewa dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah umat Islam. Segala pendekatan dan saluran digunakan secara bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan hinggalah ke penguatkuasaan undang-undang semata-mata untuk melihat akidah umat Islam terpelihara di bumi Malaysia'.
'Sesungguhnya tanpa sokongan yang padu dari pihak kerajaan, Sistem Perbankan Islam di Malaysia tidak akan maju sejauh ini'.
'Malaysia merupakan negara pertama di dunia Islam yang mengujudkan sistem pengurusan ibadat haji untuk rakyatnya secara aktif dan sistematik. Selain memberi perkhidmatan berkualiti kepada para tetamu Allah dan menaikkan ekonomi umat Islam, ia juga memenuhi tuntutan fardu kifayah umat Islam di Malaysia'.
'Kerajaan dengan penuh kesungguhan telah menggerakkan seluruh jentera kerajaan menjalankan tugas-tugas dakwah dan memastikan risalah Islam ini sampai kepada semua masyarakat Malaysia sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam. Kerajaan amat mengambil berat tentang mesej dan kefahaman Islam yang sebenar iaitu Islam sebagai Ad-Din iaitu satu cara hidup, sederhana, mudah, toleransi, harmoni dan kesejahteraan'.
'Proses yang memakan masa berbulan-bulan ini sebenarnya telah memenuhkan ruang langit negara Malaysia dengan kemerduan bacaan ayat-ayat al-Quran. Begitu juga buminya dibasahi dan disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran. Suasana seperti ini sebenarnya mendekatkan negara kita kepada keberkatan daripada Allah s.w.t. lantaran menyuburkan ruang angkasa dan bumi permainya dengan mukjizat al-Quran'.
'Kerajaan percaya sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam adalah unsur pendidikan tidak formal yang sangat penting bagi menimbulkan rasa cinta kepada Allah, kasihkan Rasulullah s.a.w. dan semangat untuk mematuhi ajaran-ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah'.
'Kerajaan sememangnya mengakui bahawa proses pembangunan ummah yang teguh dan kuat memerlukan kerja-kerja yang berterusan dan bersepadu di samping menggunakan dan memanfaatkan segala saluran dan alternatif yang ada'...

No comments: