MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Saturday, May 22, 2021




MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Assalamualaikum WRT...
Salam ceria selalu,

Alhamdulilah kehadrat Allah SWT kerna kita masih bersama sama dimedan ini, semoga juga kita dilindungi dari wabak fitnah Dunia(Mr Covid) jua dilindungi penyakit yang telah ditentukan olih Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik rezeki berpanjangan dan dipermudahkan akan segala Urusan Dunia jua Akhirat,

SANTAPAN MINDA BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA 

Merenung memikirkan dosa tidak mengapa, bahkan dipuji pula, ia dapat pahala.

Merenung ke hadapan memikirkan nasib Agama, Bangsa TanahAir jua Generasi 
jarang orang melakukannya, padahal ia adalah ibadah.

Ia adalah sifat seseorang yang berjiwa besar dan berpandangan jauh ke hadapan.

Ada orang yang baik tapi skopnya sempit, hanya memikirkan agama yang ada hubungannya dengan nasib dirinya sahaja, Padahal kalau Agama, Bangsa dan TanahAir sudah rosak bagaimana pula nasib Generasi, dia pun belum tentu selamat, setidak-tidaknya, anak isterinya tidak selamat.

Merenung, memikir dan membahaskan ilmu hingga banyak masalah terungkai,
tidak dianggap membuang masa, bahkan ia adalah sifat terpuji, kalau ramai orang yang dapat manfaat nya, ini termasuk ibadah juga.

Memikirkan nasib Akhiratnya adalah sifat terpuji, bahkan perkara pertama dan utama, Akhiratnya memang disuruh utamakan dari dunia, Akhirat negara kekal abadi, dunia sementara sahaja.

Susah di dunia tidak sampai ke mana, susah di Akhirat merana, terhina, dahsyat, berlama-lama pula, Memikir-mikirkan apa-apa lagi kebaikan yang hendak dibuat, dianggap ibadah, berpahala, Mengikut ajaran Islam, ini dinamakan muraqabah.

Iaitu memikir-mikirkan apakah lagi kebaikan yang hendak dibuat, Pahala dapat sekalipun belum berbuat, Ini termasuklah rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya, belum berbuat, sudah diberi pahala.

Itulah di antara kebaikan yang menjadi ibadah sekalipun belum berbuat, Oleh itu menunglah, merenunglah, berfikirlah sesuatu yang boleh menjadi ibadah dan diberi pahala, bukan bala.
 
Semoga Bermanfaat In Shaa Allah...
Hamba hamba Allah, penyambung Sunnah

No comments: