MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Tuesday, February 18, 2025

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

NABI Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal (20 Apri 571 Masihi) dan dilahirkan di Makkah.


Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muthalib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab dari suku Qurais berasal daripada suku kaum yang dipandang mulia ketika itu.

Ibu susu Baginda pula bernama Halimatus Saadiah (menjadi adat masyarakat untuk mecari pengasuh bagi anak-anak mereka). Nabi dijaga oleh Halimatus Saadiah selama 4 tahun dan dikembalikan semula kepada ibunya.

Bapa baginda meninggal dunia semasa beliau berada di dalam kandungan.

Semasa dalam perjalanan pulang dari melawat kubur suaminya Ibu baginda pula meninggal di suatu tempat yang dipanggil “Abwa‟.

Nabi berumur 6 tahun ketika itu. Maka tinggallah Nabi SAW seorang diri dan dijaga oleh datuknya.

Semakin baginda meningkat dewasa sifat kepimpinan baginda mula terpancar keluar dan baginda juga digelar Al-Amin kerana sentiasa berkata benar.

Baginda berkhawin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun yang terkenal dalam kaum Quraisy kerana kesucian, sifat budiman dan dermawannya.

Sewaktu baginda berusia 35 tahun terjadilah perselisihan di antara pembesar Quraisy untuk meletakkan Batu Hajarul Aswad di depan Ka‟bah dan dengan tindakan yang bijak baginda menyelesaikan masalah tanpa ada pihak yang tidak puas hati.

Sewaktu Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun baginda sering pergi ke Gua Hira‟ untuk menyendiri daripada kaumnya yang menyembah berhala kerana Nabi Muhammad SAW tidak suka kepada cara sembahan kaumnya itu.

Pada malam 17 Ramadhan atas perintah dari Allah SWT malaikat Jibril datang kepada baginda untuk mengajar baginda membaca dengan perkataan “bacalah” tetapi Nabi Muhammad SAW tidak dapat membaca dan situasi ini berulang sebanyak 3 kali.

Baginda mengigil ketakutan dan segera pulang ke rumah dan setibanya ke rumah baginda meminta Siti Khadijah supaya menyelimutinya dan sekali lagi Jibril a.s menyeru supaya orang yang berselimut bangun dan menjauhi maksiat.

Setelah Nabi Muhammad SAW sedar beliau adalah Rasul maka selama 3 tahun beliau berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekatnya.

Selepas itu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW berdakwah secara terang-terangan.

Akibat daripada perkara itu baginda mendapat tentengan dari kaum kafir quraisy dan mereka mengancam untuk membunuh baginda lalu Allah SWT memerintahkan bagida berhijrah ke Kota Madinah.

Setelah beliau selesai menunaikan tugasnya menyeru agama Islam di kalangan penduduk Bangsa Arab dan seluruh umat manusia maka pada tanggal 12 rabiulaawal 11 Hijiriyah (7 jun 632 Masihi) baginda pulang kerahmatullah dalam usia 63 di tahun dan di makamkan di Kota Madinah.

Nabi Muhammad S.A.W mewariskan kepada keluarganya, sahabatnya dan umat manusia sekaliannya dengan sabda baginda yang bermaksud:

“Aku telah meningalkan kepada kamu semua dua buah pusaka tidak akan tersesat jalan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu: Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah (Hadis).”

Friday, February 14, 2025

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

Iqra' Bismi RabbikallażKhalaq ۝ Khalaqal-'Insâna Min Alaq ۝ Iqra' Wa Rabbukal-'Akram ۝ AllażAllama Bil-Qalam ۝ Allamal-'Insâna Mâ Lam-Ya-Lam ۝ Kallâ 'Innal-'Insâna La-Yaţġâ ۝ 'Ar-Ra-hus-Taġnâ ۝ 'Inna 'Ilâ Rabbikar-Ruj-‘ ۝ 'Ara-'Aytallażi Yanhâ ۝ Abdan 'Iżâ Şallâ ۝ 'Ara-'Ayta 'In-Kâna Alal-Hudâ ۝ 'Aw 'Amara Bit-Taqwâ ۝ 'Ara-'Ayta 'In-Każżaba Wa Tawallâ ۝ 'Alam Ya-Lam-Bi-'AnnaLLâha Yarâ ۝ Kallâ La-'Illam Yantahi Lanasfa-Am-Bin-Nâşiyah ۝ Nâşiyatin-Kâżibatin Khâti-'Ah ۝ Fal-Yad-U Nâdiyah ۝ Sanad-Uz-Zabâniyah ۝ Kallâ Lâ Tuti-Hu Wasjud Waqtarib ۝              

Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

 Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
 Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
 Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
 Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
 Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
 Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau Yang sewajibnya),
 Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa Yang dihajatinya.
 (Ingatlah) Sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
 Adakah Engkau nampak (baiknya) orang Yang melarang (dan menghalang) -
 Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
 Adakah Engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan Yang betul? -
 Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
 Adakah Engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (Apa Yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadaNya) serta ia berpaling ingkar?
 Tidakkah ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
 Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi Sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya Yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke Dalam neraka), -
 Ubun-ubun (orang) Yang berdusta, Yang bersalah.
 Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
 Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
 Ingatlah! janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Wednesday, February 12, 2025

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS



Jom Kenal Ulamak Suk (Jahat)
Tahukah kita siapakah yang dinamakan ulamak suk (jahat)? Kadang-kadang kita tertipu dengan hujah yang disertakan dalil Al-Quran dan hadis bagi membolehkan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh mereka. Ulamak suk ialah orang yang mempunyai ilmu dan hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Ia juga tidak gamak mencegah segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah atau orang kenamaan demi menjaga periuk nasinya. Inilah peluang keemasan yang ada untuk mengaut segala keuntungan dan kemewahan dunia dengan mengadaikan prinsip agamanya. Segala ilmu yang dimiliki olehnya digunakan untuk dijadikan hujah atau dalil bagi menghalalkan segala perbuatan yang jelas bercanggah dengan syarak.
Berkata Saidina Umar Al-Khattab bahawa perkara yang aku amat takut dan khuatir adalah orang munafik yang pandai berbicara. Rumusan yang dapat diambil ialah ulamak suk sangat bijak bermain kata-kata dengan dimuatkan dalil Al-Quran dan Hadis sehingga dapat mengelirukan orang ramai. Mereka ini juga dikategorikan sebagai orang yang lebih jahat jika dibandingkan dengan dajjal. Kebanyakkan orang tertipu dengan pakaian, penampilan dan percakapan mereka yang dihiasi dengan perumpamaan serta logik. Sangat sedap dan lunak ayat Al-Quran dan Hadis yang dibacakan oleh mereka. Tetapi semua ini bukan untuk mencari kebenaran tetapi adalah untuk menutupi segala kejahatan dan kesalahan yang telah dibuat oleh mereka.
Demi kepentingan dunia, mereka berdiam dan tidak berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah atau orang yang berkuasa. Segala kezaliman dan penyelewengan dilihat begitu sahaja tanpa ada sedikit pun perkataan membantah. Sangat taat kepada pemimpin yang zalim, munafik dan fasik seperti seekor Kaldai yang mentaati segala perintah tuannya. Hujah yang berani mereka berikan ialah yang tidak menganggu kepentingan diri. Setelah diasak dengan teruk, mereka hanya menyalahkan orang lain dengan mengatakan “Islam melarang kita mengambil tahu hal peribadi orang lain”.
Apabila sesuatu perkara yang diperintahkan Allah ingin ditegakkan oleh orang yang memperjuangkan Islam. Lantas akan dihalang oleh mereka dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti masanya belum tiba, negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama. Tidak sesuai dilaksanakan perintah tersebut pada zaman sekarang kerana ia sudah tidak reliven. Ada sahaja penentangan demi penentangan dari mereka yang cintakan dunia dan takutkan mati.
Matlamat utama bagi ulamak suk ini adalah kekayaan dunia semata-mata seperti memiliki harta yang banyak, rumah besar, duit yang banyak dan jawatan yang tinggi. Jika mereka menentang habislah semua ini, mereka tidak boleh bermewah dan berbangga dengan kekayaan dunia. “Siapa yang hendak memberi mereka makan dan siapa yang hendak memberikan mereka rezeki” soal hati mereka. Sebenarnya mereka lupa rezeki bukan datang dari manusia, tetapi ia datang daripada Allah, jika Allah tarik semua kemewahan itu sudah pasti hidup mereka akan lebih melarat dari orang-orang faqir yang miskin dunia tetapi kaya akhirat. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat.” (Riwayat Abu Daud)
Begitu hebat keburukan atau malapetaka yang akan timbul apabila orang yang berilmu menyembunyikan kebenaran. Masyarakat ketika itu tidak ada tali untuk bertaut dan segala maklumat tentang Islam tidak disampaikan secara jelas dan menyeluruh sehingga menyebabkan mereka tidak tahu mana yang benar dan mana yang dusta. Dari kesan ini, perbuatan maksiat, kezaliman, penindasan dan kesesatan bermaharajalela. Mereka juga sentiasa berada di dalam kekufuran dan dosa. Hal ini berlaku kerana ulamak yang ada tidak bertanggungjawab dan tidak menjalankan amanah yang Allah berikan kepada mereka. Dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali :
“Rosaknya rakyat berpunca daripada rosaknya pemerintah dan rosaknya pemerintah berpunca daripada ulama suk yang ada kepentingan.”
Perlukah kita cintakan ulamak seperti ini yang jelas sekali akan merosakkan kita? Jawapannya tidak sama sekali. Mari kita bersatu di bawah payung Islam untuk menolak dan menentang segala keburukkan yang telah mereka lakukan. Disamping itu juga kita berdoa supaya Allah membukakan pintu hati mereka agar diberikan hidayah serta menyesali segala perbuatan jahat yang telah mereka lakukan. Kembalikanlah mereka ke jalan yang diredhoi agar segala ilmu yang dimiliki oleh mereka dapat digunakan ke arah yang betul.
Bagi mengelakkan diri kita tersalah mencintai ulamak suk, maka kita harus berhati-hati sebelum mengiktiraf mereka sebagai ulamak. Lihat dahulu seluruh kehidupan mereka. Adakah mereka mempunyai peribadi yang baik seperti yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Di sini juga dapat digariskan satu panduan untuk kita menilai seseorang ulamak seperti apa yang dikatakan oleh Imam An-Nawawi, kriteria ulama pewaris nabi ialah seorang hamba Allah yang beriman, menguasai ilmu syariah secara mendalam dan mempunyai pengabdian diri yang sangat tinggi terhadap Allah. segala ilmu yang ada, mereka curahkan kepada masyarakat tanpa ada sedikit pun ilmu yang disembunyikan oleh mereka.

Tuesday, February 4, 2025

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

KEPADA CINTA
(Teguh Esha)
Kepada Cinta aku bertanya: "Mengapa benci marak di sini?"
Kepada Doa aku bertanya: "Mengapa dusta laris di sini?"
Kepada Berita aku berkata: "Mengapa fakta dikhianati?"
Kepada Sastra aku bercerita tentang kata-kata yang berubah arti..
Banyak orang bicara cinta sambil menyebar bara benci
Banyak nian para pendusta berlagak kawan sejati
Banyak orang menghafal doa tapi mereka tidak mengerti
Banyak orang berbuat dosa tapi berlagak suci..
Kepada kalian aku bertanya: "Apakah waktu bisa dibeli?"
Kepada mereka aku berkata: "Semua fitnah aku perangi!"
*
Ketika Kebenaran dicampur-adukkan dengan Kepalsuan
Keadilan hanya jadi pidato dan slogan-slogan Kemunafikan..
Ketika itulah ironi-ironi nyata!
Ketika Allah dikhianati, BukuNya diserikatkan dan Tanda-tandaNya didustakan
ketika itulah tragedi-tragedi datang bergelombang-gelombang pagi, siang, sore dan malam,
susul-menyusul, silih berganti tak kunjung henti; menimpa dan menghajar mereka yang tak percaya dan lupa asal diri!
Kepada Cinta aku berkata: "Padamkan benci di banyak diri..:"
Kepada Doa aku bisikkan: "Tetaplah murni jangan tercemari!"
Kepada Rindu aku kisahkan: "Doa dan Cinta kekal abadi..
Kepada Allah aku memohon: "Teguhkan aku di semua sepi.."
Cinta berbisik kepada Sunyi: "Seorang penyair telah bangkit di sini!
Dia membawa misi indah 'tuk semua orang di bumi!"
Doa berbisik kepada Sepi: "Temani Sang Penyair berbudi
menulis prosa dan puisi dan lagu-lagu terang nurani..