MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Wednesday, July 9, 2014

DUNIA KINI

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Kalau kita perhatikan di hari ini semuanya telah berlaku dengan mudah tanpa perasaan gentar dan takut akan azab Allah SWT, lantaran itu leka dengan tipu daya dunia, berpaksikan kebolehan dan kuasa yang ada maka sanggup melakukan apa sahaja, asalkan dijulang nama atau apa sahaja dengan bertuhankan kuasa dan kedudukan. Dengan dikurniakan sedikit pangkat mahu pun sedikit harta (termasuklah wang), maka sanggup berlakon menjadi warak dan alim… Ada juga yang terus menerus mengadu domba, memfitnah di sana sini tentang sipolan-sipolan, memaki hamun, menyumpah-seranah,mengherdik, marah-memarahi, menyukarkan diri untuk meminta maaf, suka mencari kesalahan orang dan berbagai-bagai perangai buruk hasutan iblis dan syaitan laknatullah sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui. Namun semuanya merupakan pengajaran agar kita tidak termasuk di dalam senarai golongan itu dengan sentiasa menjaga iman yang ada. Marilah kita sentiasa beristighfar sama ada kita sedang duduk, sedang memandu sekalipun sedang bersantai. Marilah kita berusaha menambah IMAN yang ada.


Marilah kita menjaga lidah dan menilainya setiap masa (hapuskan menilai kekurangan orang lain malahan menilai kebaikan dan keburukan diri sendiri setiap hari) selagi ajal belum menjemput. Tegurlah dengan cara berhemah jika ada kesalahan atau kesilapan saudara kita, sesungguhnya manusia tidak sunyi daripada kesalahan mahu pun kesilapan. Sesungguhnya suatu pahala yang akan diperolehi jika kita orang yang berakal. Biarlah kita miskin harta di muka bumi ini tapi kita kaya dengan akhlak dan budi yang baik. Sentiasalah memikirkan tentang kematian yang bakal mendatang. Marilah kita fikirkan sejenak apakah bekalan yang perlu kita bawa ke alam kubor nanti? Marilah kita bersama-sama hilangkan perangai buruk kita yang selalu suka buruk sangka kepada orang lain. Marilah kita maaf-memaafkankan sesiapa juga yang kita pernah kenali (mungkin telah ada berbuat kesalahan kepada kita), bahkan doakan mereka setiap kali mereka berjalan pulang selepas berjumpa kita. Marilah kita sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan cara yang sopan. Hindarkanlah dari menceritakan hal yang tidak baik orang lain.

Dengan harapan apa yang dituturkatakan itu tidak menyinggung orang lain atau tidak menyimpang daripada lunas-lunas dan sahsiah agama sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'.Asasnya kita perlu berusaha dan sentiasa menyedari akan lidah kita dengan menjaga bait-bait lisan. Merujuk sebuah HadisRasulullah SAW yang bermaksud:
“Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah (SWT) kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqomah,kami pun akan turut sama beristiqomah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan yang benar, kami pun turut menyimpang.”
(Hadis riwayat Tirmizi)

KEPADA Syamsul Firdaus

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

KEPADA : Syamsul Firdaus
IMAM YANG DIPECAT(Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara), INI MEMBUKTIKAN YANG KAMU TIDAK LAYAK LAGI MENJADI IMAM DIMANA MANA KARIAH MASJID SERTA SURAU, BEGITU JUGA MENJADI PENCERAMAH YANG BOLIH MENYESATKAN UMAT ISLAM, DAKWAH KAMU TIDAK MENUJUKAN CIRI CIRI SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG MEMPUNYAI ILMU AGAMA YANG BERADAP SERTA MENGIKUT SUNNAH NABI S.A.W. 
Allah berfirman dalam QS al-Ahzab: 21: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah"...
Prinsip pendidikan dan kaderisasi Rasulullah kepada para sahabatnya adalah:
1. Beliau mendidik mereka untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya dengan kecintaan yang kuat, bukan karena faktor fisik dan material, yang mampu menanamkan kerinduan ruhiyah.
2. Beliau mendidik mereka untuk berani maju dan memimpin di barisan terdepan, berani menyerahkan jiwa mereka untuk ditebus dengan surga yang seluas langit dan bumi, sebuah keberanian yang melepas belenggu-belenggu sekuat baja.
3. Beliau mendidikan mereka dengan jelas, tegas, dan transparan.
4. Beliau mendidik mereka secara lemah-lembut dan penuh kasih sayang.
5. Beliau mendidik mereka untuk memiliki semangat yang bergelora dan bercita-cita setinggi-tingginya.
6. Beliau mendidik mereka dengan sangat memperhatikan adab seorang dai dalam menyeru manusia ke jalan kebenaran...
KAMU LANSUNG TIADA CIRI CIRI YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KAMU SELAIN DARI PERKARA PERKARA YANG MUNGKAR,
MENGUNGKIT UNGKIT PERANGAI ORANG, MEMBUAT FITNAH, MENGADU DOMBA, MENCACI, MENGHINA HAMBA HAMBA ALLAH, JUA TIDAK LEPAS DARI SIKAP MENUNJUK NUNJUK KEBODOHAN DIBULAN RAMADAN YANG MULIA INI, SEOLAH OLAH KAMU CUBA MENGAIB AGAMA ISLAM ITU SENDIRI, SEBAGAI SEORANG YANG BERAMAL DAN MEMPUNYAI MARUAH TIDAK SEHARUS NYA KAMU MEMBERI TEKANAN KEPADA ORANG LAIN,
DENGAN INI SAYA DENGAN SECARA JELASNYA,
TIDAK AKAN TERPENGARUH DAN TERPEDAYA DENGAN DAKYAH YANG KAMU SEBARKAN DIDALAM ALAM MAYA INI ...
SAYA MENGAKUI KESILAPAN SAYA YANG TELAH LALU, DARI APA YANG TELAH DIULANG ULANG NYA, BERDASARKAN SEMASA ITU PEMIKIRAN SAYA BUKAN SEPERTI SEKARANG INI, SEMUA TELAH SAYA TINGGALKAN AGAK SEKIAN LAMANYA DAN BUKAN LAH BERERTI SAYA MENGATAKAN SAYA SUDAH BAIK KERNA SAYA MASIH BERSIFAT MANUSIA YANG TIDAK LEPAS DARI MEMBUAT KESILAPAN, WALAU APA PUN ITU DIANTARA SAYA DENGAN ALLAH SWT, DOSA SERTA PAHALA SAYA DIATAS KEHENDAKNYA ASALKAN SAYA TIDAK MEMBUAT DOSA KEPADA HAMBA HAMBA ALLAH YANG LAIN NYA, SELAIN DARI KAMU SYAMSUL FIRDAUS, KESILAPAN BERMULA DARI DIRI KAMU SENDIRI DAN BERFIKIRLAH SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH YANG TAAT AKAN PERINTAH NYA,
INSYAALLAH ...
JIKA SAYA TERSALAH SAYA MINTA MAAF KEPADA HAMBA HAMBA ALLAH YANG BERNAMA MANUSIA,
"AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"

Tuesday, July 8, 2014

FAHAMI LAH AL-QURAN

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Assalamualaikum WRT...
Salam sejahtera dan Selamat bersahur...
Alhamdulilah, semoga kita semua dirahmati Allah dan jua dilindungi dari angkara Dajjal manusia yang cuba meracuni fikiran kita agar bermusuhan sesama agama dan jua bangsa kita, pada setiap yang berlaku pasti ada hikmah hikmah disebalik kejadian itu, maka sama sama lah kita berfikir dan merenung sejenak, siapa diri kita, dari mana kita, dimana kita dan akan kemana kita, InSyaAllah, Allah maha berkuasa keatas setiap sesuatu itu, maka diberi petunjuk serta hidayahnya bagi kita untuk meneruskan perjalanan hidup kita dibumi yang fana ini,
Apa apa pun yang berlaku didalam kehidupan kita seharian adalah satu ujian serta dugaan yang telah dikurnia kan Allah kepada diri kita, sama sama lah kita menerima nya dengan penuh keinsafan serta kesedaran, dan berbuat baik lah sesama hamba hamba Allah agar kehidupan kita tidak terpinggir dari kehidupan dialam yang nyata ini,
Demi untuk kebaikan itu, maka nya marilah kita bersama-sama membaca dan metelaah Al-Quran di masa lapang, sambil membaca Al-Quran di dalam bahasa Arab, marilah kita sama-sama memahami maksud Al-Quran dalam bahasa Arab itu. Tetapi dalam pada itu adalah diingatkan untuk memahami ayat yang tersirat maksudnya adalah perlu kita rujuk kepada ustaz-ustaz tafsir atau kitab tafsir muktabar.
Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, ” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Berkata Al-Hasan bin Ali radhiallahu ‘anhuma: “Generasi sebelum kamu (para sahabat) melihat Quran sebagai risalah (surat) dari Tuhan mereka. Mereka bertadabbur pada waktu malam. Dan beramal dengan hukum hakamnya pada waktu siang”. (At Tibyan: 28).
Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya!!!
Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran – Imam Al Ghazali -ihya ulumuddin
P/S;- Ramai orang bukan Islam bila membaca Al-Quran dengan memahami maksudnya(Tadabbur) mereka terbuka hati dan mahu memeluk agama Islam. Mereka ini lebih bertakwa dengan memahami Al-Quran. Kita yang lahir dalam masyarakat Islam seharusnya rasa rendah diri dan malu kerana masyarakat kita kebanyakkannya tidak memahami Al-Quran dan ini menyebabkan banyak gejala sosial berlaku
di akhir zaman ini...
Maaf saya mengarang ini untuk tujuan diri saya sendiri,
Hanya yang terbaik itu dari Allah SWT, dan yang tidak baik itu dari diri saya sendiri,
Andak Rasull
Andak Rasull

Monday, July 7, 2014

Sikap Rendah Hati - Serial Kutipan Indah

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Bismillahirrahmanirrahim

تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ وَتَعَلَّمُوا لِلْعِلْمِ السَّكِيْنَةَ وَالْحِلْمَ وَتَوَاضَعُوا لِمَنْ تَتَعَلَّمُوْنَ مِنْهُ وَلْيَتَوَاضَعْ لَكُمْ مَنْ تُعَلِّمُوْنَهُ وَلاَ تَكُوْنُوا جَبَابِرَةَ الْعُلَمَاءِ فَلاَ يَقُوْمُ عِلْمُكُمْ بِجَهْلِكُمْ
Pelajarilah ilmu, dan pelajarilah ketenangan serta kesantunan untuk menyertai ilmu itu. Bersikaplah rendah hati kepada guru-guru kalian, dan murid-murid kalian pun hendaknya bersikap rendah hati kepada kalian. Jangan menjadi ulama’ yang sombong, sehingga ilmu kalian tidak bisa tegak disebabkan kebodohan kalian itu. (‘Umar bin al-Khaththab).[1]

إِذَا عَلِمْتَ فَلاَ تُفَكِّرْ فِي كَثْرَةِ مَنْ دُوْنَكَ مِنَ الْجُهَّالِ وَلَكِنْ انْظُرْ إِلَى مَنْ فَوْقَكَ مِنَ الْعُلَمَاءِ
Jika engkau telah berilmu, maka jangan memikirkan betapa banyaknya orang-orang yang lebih bodoh darimu, akan tetapi perhatikanlah para ulama’ yang lebih pandai darimu! (Ahli Hikmah).[2]

الْعِلْمُ ثَلاَثَةُ أَشْبَارٍ فَمَنْ نَالَ مِنْهُ شِبْرًا شَمَخَ بِأَنْفِهِ وَظَنَّ أَنَّهُ نَالَهُ وَمَنْ نَالَ الشِّبْرَ الثَّانِيَ صَغَرَتْ إلَيْهِ نَفْسُهُ وَعَلِمَ أَنَّهُ لَمْ يَنَلْهُ وَأَمَّا الشِّبْرُ الثَّالِثُ فَهَيْهَاتَ لاَ يَنَالُهُ أَحَدٌ أَبَدًا
Ilmu itu diumpamakan tiga jengkal. Barangsiapa yang baru meraih satu jengkal, dia akan meninggikan hidungnya dan menyangka telah meraih seluruhnya. Barangsiapa yang telah meraih jengkal kedua, pasti ia merasakan betapa kecilnya dirinya, dan menyadari bahwa ia belum meraih apa-apa. Adapun jengkal ketiga, maka itu mustahil; tidak akan ada seorang pun yang mampu meraihnya untuk selamanya. (Asy-Sya’bi).[3]

فَالْعِلْمُ حَرْبٌ لِلْفَتَى الْمُتَعَالِي * كَالسَّيْلِ حَرْبٌ لِلْمَكَانِ الْعَالِي
Ilmu itu menjadi musuh bagi anak muda yang tinggi hati; sebagaimana aliran air yang menjadi musuh bagi tempat yang tinggi.[4]

لاَ يُنَالُ الْعِلْمُ إِلاَّ بِالتَّوَاضُعِ وَإِلْقَاءِ السَّمْعِ قَالَ اللهُ تَعَالَى ( إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيْدٌ ) وَمَعْنَى كَوْنِهِ ذَا قَلْبٍ أَنْ يَكُوْنَ قَابِلاً لِلْعِلْمِ فَهْمًا ثُمَّ لاَ تُعِيْنُهُ الْقُدْرَةُ عَلَى الْفَهْمِ حَتىَّ يُلْقِى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيْدٌ حَاضِرُ الْقَلْبِ لِيَسْتَقْبِلَ كُلَّ مَا أُلْقِيَ إِلَيْهِ بِحُسْنِ اْلإِصْغَاءِ وَالضَّرَاعَةِ وَالشُّكْرِ وَالْفَرَحِ وَقَبُوْلِ الْمِنَّةِ
Ilmu tidak mungkin bisa diraih kecuali dengan ketawadhu’an dan kesediaan untuk mendengarkan. Allah berfirman, Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.” (Qs. Qaaf: 37). Maksud dari mempunyai akal adalah dia harus siap menerima ilmu, yakni dari segi pemahaman. Kemudian, kemampuan untuk memahami itu tidak akan bermanfaat baginya sampai dia mau mendengarkan, dan dia pun harus dalam keadaan sadar secara penuh untuk menyambut semua yang disampaikan kepadanya, dengan penuh perhatian, ketundukan, terima kasih, gembira, dan mau menerima pemberian (dari gurunya). (Imam al-Ghazali).[5]

Bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


Bismillahirrahmanirrahim

Allah berfirman dalam QS al-Ahzab: 21: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah."

Prinsip pendidikan dan kaderisasi Rasulullah kepada para sahabatnya adalah:
1.       Beliau mendidik mereka untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya dengan kecintaan yang kuat, bukan karena faktor fisik dan material, yang mampu menanamkan kerinduan ruhiyah.
2.       Beliau mendidik mereka untuk berani maju dan memimpin di barisan terdepan, berani menyerahkan jiwa mereka untuk ditebus dengan surga yang seluas langit dan bumi, sebuah keberanian yang melepas belenggu-belenggu sekuat baja.
3.       Beliau mendidikan mereka dengan jelas, tegas, dan transparan.
4.       Beliau mendidik mereka secara lemah-lembut dan penuh kasih sayang.
5.       Beliau mendidik mereka untuk memiliki semangat yang bergelora dan bercita-cita setinggi-tingginya.
6.       Beliau mendidik mereka dengan sangat memperhatikan adab seorang dai dalam menyeru manusia ke jalan kebenaran.

Prinsip-prinsip diatas diterapkan melalui:
a)      Tazkiyatun nafs, dengan membersihkan jiwa dari: (1) syirik besar/kecil, yang jelas/tersembunyi, (2) bid'ah dalam perkataan, perbuatan, dan keyakinan, (3) maksiat lahiriah yang besar/kecil, (4) kesalahan hati dan penyakitnya, (5) akhlaq yang tercela.
b)     Tarbiyah amaliyah, yakni dengan kata-kata, perbuatan dan teladan

Perangkat (wasilah) untuk tazkiyatun nafs:
1.       Ilmu
2.       Doa
3.       Tilawah al-Qur'an disertai tadabburtafakkur dan penuh kekhusyu'an
4.       Memperbanyak ibadah nafilah dan beragam amal ketaatan, terutama shalat malam
5.       Mengingat mati dan merenungkan kehidupan akhirat
6.       Membaca biografi orang-orang shalih dan merenungkan perilaku ahli ibadah serta orang-orang zuhud
7.       Muhasabah (introspeksi diri) dan muraqabah (selalu merasa diawasi Allah)
8.       Berderma dan berinfaq fi sabilillah
9.       Taubat dan memperbanyak dzikrullah
10.   Zuhud di dunia dan mempersedikitnya

Metode (uslub) dalam tarbiyah Rasulullah:
a.       Melalui kisah-kisah
b.       Melalui nasihat/mau'izhah
c.       Menyatukan targhib (motivasi) dan tarhib (ancaman)
d.       Menundukkan dengan logika yang tepat
e.       Menggunakan dialog dan diskusi
f.        Hukuman dan sikap keras
g.       Sanksi moral
h.       Pengarahan secara tidak langsung
i.         Memanfaatkan situasi dan peristiwa sebagai bahan pelajaran
j.         Motivasi dan sanjungan

Friday, June 20, 2014

MALAYSIA – NEGARA ISLAM ATAU SEKULAR?

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Isu Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Islam’ mula diperkatakan dengan hangat apabila Dato’ Seri Dr. Mahathir (Perdana Menteri Malaysia ketika itu) mengisytiharkannya secara terbuka pada 29/09/01 semasa Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan ke-30 Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Bermula dari sini, ada pihak yang kerana ingin menjaga periuk nasi hanya tunduk dan ‘yes sir’ sahaja kepada apa yang diumumkan. Di samping itu, tidak kurang juga bilangan pihak yang menyanggah pernyataan tersebut, termasuklah dari golongan bukan Islam sendiri. Yang pasti, perdebatan mengenainya sehingga kini masih belum sampai ke penghujung. Baru-baru ini pula, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab pertanyaan dari wartawan mengatakan bahawa Malaysia bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri. Menurutnya lagi, Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi. Ketika diajukan soalan tentang kerajaan kelihatan sedang menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata: “Saya perlu betulkan anda. Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang ditakrif oleh Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita mentadbir negara. Kita tidak pernah berpendirian sedemikian (kerana) kita sentiasa didorong oleh pegangan kita kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah salah.” [UM 18/07/07]

Hasil dari kenyataan Najib tersebut, banyak pihak yang tidak berpuas hati dan menyuarakan ketidaksetujuan mereka, termasuklah dari Parti Komponen Barisan Nasional sendiri. Dalam reaksinya, Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan memetik memorandum yang diserahkan oleh Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid pada 27/09/1956 yang berbunyi “Agama Malaysia adalah Islam. Kepatuhan kepada prinsip ini tidak boleh boleh meminggirkan rakyat bukan Islam yang memeluk dan mengamalkan agama masing-masing dan tidaklah bermakna bahawa Malaysia bukannya Negara Sekular”. Ong seterusnya memetik satu nota yang disediakan oleh Colonial Office bertarikh 23/03/1957 semasa London Conference Talks yang berbunyi,
“Para anggota delegasi Parti Perikatan menekankan bahawa mereka tidak ada niat untuk mewujudkan (negara) teokrasi Muslim tetapi bahawasanya Malaya akan menjadi Negara Sekular”. “Ini adalah niat asal yang begitu jelas dan nyata oleh ahli-ahli UMNO, MCA dan MIC”, kata Ong. Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee pula menyatakan bahawa sifat semulajadi Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya sekular menjadi asas kepada pembentukan bangsa semenjak 1957 dan diimplementasikan semula pada 1963 (semasa penubuhan Malaysia). “Kedudukan Perlembagaan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular juga telah disahkan oleh Mahkamah Agung pada tahun 1988 di dalam kes Pendakwaraya –vs- Che Omar”, tegas Wong lagi. [The Star 19/07/07]

Kecelaruan Takrif
Mutakhir ini kita melihat hasrat umat untuk kembali semula kepada Islam semakin meningkat. Arus kebangkitan Islam telah mengalir di mana-mana dan menyapu apa-apa sahaja yang menghalang laluannya. Rata-rata umat Islam sudah mula nampak bahawa keburukan yang membelenggu mereka selama ini adalah berpunca dari sistem sekular yang busuk. Kebangkitan ini dapat dilihat telah menjadi ancaman kepada mereka yang memegang tampuk kekuasaan. Justeru, agar tidak ditolak oleh kebangkitan rakyat yang mahukan Islam, maka golongan ini terpaksa merubah ‘haluan’ mereka agar nampak lebih ‘Islami’. Tindakan ini perlu agar mereka dilihat sejalan dengan arus (Islam) yang menerpa dan dalam masa yang sama mereka boleh kekal di kerusi pemerintahan. Padahal, pada hakikatnya, mereka boleh terus kekal di kerusi pemerintahan hanya dengan membuang sistem sekular dan menggantikannya dengan hukum-hakam Islam. Sekiranya mereka melakukan perkara ini, InsyaAllah seluruh umat Islam akan mendokong pemerintahan mereka. Malangnya mereka ternyata lebih rela membenarkan dunia yang fana’ ini membelenggu mereka.
Dalam mengubah ‘haluan’ ini, pelbagai kekeliruan ditimbulkan dalam penggunaan istilah seperti ‘sekular’ dan ‘Negara Islam’. Istilah-istilah ini ditakrif mengikut kehendak sendiri tanpa bersandarkan fakta dan dalil yang sahih. Oleh itu, kita menyaksikan pada hari ini banyak konsep, definisi dan istilah-istilah Islam yang sebelum ini begitu jelas menjadi kabur, keliru, terseleweng dan yang lebih teruk, hilang dari kamus kaum Muslimin. Walaupun istilah hudud telah dikenali ramai, namun istilah-istilah seperti ta’zir, ghanimah, jizyah, khumus, siyasah, kharaj, usyur, darul harb, darul islam dan banyak lagi ternyata kabur, malah sebahagian dari umat Islam sendiri langsung tidak memahaminya. Istilah seperti khalifah, syura, wali, jihad dan sebagainya pula telah diselewengkan sehingga lari dari maknanya yang sebenar dari segi syara’. Inilah juga apa yang telah terjadi dengan istilah Darul Islam (Negara Islam) di mana ramai umara’ dan ulama sekarang memberikan maksud baru Negara Islam yang begitu asing dari Islam, sehingga ada yang membolehkannya diterjemah mengikut acuan sendiri.

Maksud ‘sekular’ juga telah dipolemikkan sehingga umat terjerat dengan pelbagai tafsirannya. Ada yang cuba memesongkan maknanya dengan mengatakan bahawa ‘kita mesti memahami istilah sekular bukan sebagaimana takrifan Barat’ yang seolah-olah menjelaskan ‘sekular’ boleh ditakrifkan dengan maksud yang baik, jika tidak mengikut Barat. Ada yang mengatakan sekular bermaksud tidak mempercayai hari kiamat dan hisab di akhirat. Manakala sebahagian umat Islam yang lain hanya nampak sekular membawa erti politik yang dipisahkan dari agama. Justeru, adalah perlu untuk kita mencerahkan kembali kekaburan penakrifan sekularisme dan Negara Islam memandangkan telah berlaku pelbagai tafsiran mengikut kepentingan yang tersasar jauh dari maksud sebenar istilah-istilah ini.

Malaysia Dan Sekularisme Sesungguhnya Barat adalah penganut dan pengembang Ideologi (mabda’) Kapitalis yang menjadikan sekularisme sebagai akidah mereka. Kelahiran mabda ini bermula pada saat kaisar (caesars) dan raja-raja di Eropah menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat. Para pemuka agama (gereja) waktu itu, dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbullah pergolakan sengit, yang kemudian membawa kepada kebangkitan ahli falsafah dan cendekiawan. Sebahagian mereka mengingkari adanya agama secara mutlak, sedangkan yang lainnya mengakui adanya agama, tetapi menyeru agar ia dipisahkan dari kehidupan dunia. Sampai akhirnya, pendapat majoriti dari kalangan ahli falsafah dan cendekiawan itu lebih cenderung memilih idea untuk memisahkan agama dari kehidupan yang kemudiannya menghasilkan usaha pemisahan antara agama dengan negara. Jika dahulu agamalah yang menjadi penentu di dalam kehidupan, sekarang, telah disepakati agar agama tidak diperhitungkan lagi dalam kehidupan ini. Maksudnya, seseorang boleh menerima mahupun menolak agama (atau Tuhan) selama mana ia (agama) tidak campurtangan dalam kehidupan.Pokoknya, agama itu harus dipisahkan dari kehidupan dan kehidupan mesti ditentukan sendiri oleh manusia.

Idea ini dianggap sebagai kompromi (jalan tengah) antara pemuka agama yang mengkehendaki segala sesuatu itu harus tunduk kepada mereka (atas nama agama) dengan para ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari adanya agama. Jadi, idea sekularisme ini sama sekali tidak mengingkari atau menolak adanya agama, cuma ia tidak menjadikan agama berperanan dalam kehidupan. Ini menjadikan agama hanya sekadar ‘formaliti’ belaka, kerana sekalipun mereka mengakui kewujudannya, namun pada dasarnya mereka menganggap bahawa kehidupan dunia ini tidak ada hubungannya dengan agama. Justeru, kita menyaksikan bahawa sesiapa yang mahukan agama, maka mereka akan pergi ke gereja-gereja untuk ‘berhubung’ dengan Tuhan mereka tetapi apabila mereka (di luar gereja) melakukan aktiviti jual beli, mengambil riba, sewa-menyewa, mencuri, membunuh, berzina dan sebagainya, maka segala peraturan dalam hal ini ditentukan oleh mereka sendiri tanpa ada ketentuan atau ‘hubungan’ dengan Tuhan. Penentuan jenis hukuman, terpuji dan tercela, halal dan haram dan sebagainya berada di tangan manusia dan boleh diubah mengikut kehendak manusia. Dengan kata lain, mereka meyakini bahawa peraturan kehidupan tidak ada ‘hubungan’ dengan Tuhan, kerana agama hanyalah berperanan dalam mengatur ‘hubungan peribadi’ seseorang itu dengan Tuhannya sahaja.

Setelah mereka sepakat untuk memisahkan agama dari kehidupan, maka timbullah persoalan bagaimana untuk mengatur kehidupan manusia, apakah yang harus dilakukan dan apakah tolok ukur yang akan digunakan. Dari sini timbullah idea demokrasi yang dianut oleh ideologi ini yang berasal dari pandangannya bahwa manusialah yang berhak membuat peraturan (undang-undang). Menurut keyakinan mereka, rakyat adalah sumber kekuasaan. Rakyatlah yang berhak membuat undang-undang dan setiap orang bebas berpendapat dan berbuat sesuka hati di dalam mengatur kehidupan ini. Oleh kerana ada terlalu ramai manusia dan ini menyukarkan proses untuk membuat sesuatu peraturan atau mengambil keputusan, maka mereka menetapkan agar dilantik wakil (rakyat) dan diambil suara majoriti di dalam apa jua keputusan. Dengan ini, mereka boleh menggubal, meminda dan menghapuskan mana-mana undang-undang semahu mereka berdasarkan kaedah atau kehendak majoriti tadi. Inilah konsep sekular yang mereka terapkan di dalam negara mereka. Kemudian, apabila mereka menjajah negeri-negeri umat Islam, konsep inilah yang mereka bawa dan terapkan di dalam negeri umat Islam sehingga kita saksikan sekarang di seluruh dunia Islam termasuk Malaysia, konsep sekularisme, iaitu konsep memisahkan agama dari kehidupan ini (faslud deen’ anil hayah), telah diterapkan dengan baik dan sempurnanya.
Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan golongan bukan Islam benar-benar memahami akan hakikat ini. Sebab itulah mereka boleh mendatangkan fakta yang tidak dapat disangkal membuktikan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular. Malangnya, dengan hanya pengisytiharan oleh seorang pemimpin, banyak pihak cuba menegakkan benang yang basah. Dalam ruangan yang serba sempit ini, kami paparkan sedikit bukti baik secara normatif, empirik mahupun historis yang dapat disaksikan oleh setiap orang yang mempunyai penglihatan dan pendengaran berkenaan hakikat Malaysia sebagai sebuah negara sekular:

(i) Bukti Normatif:
Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh sikafir Lord Reid adalah bukti yang paling jelas meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama dengan kedudukan Islam hanyalah sebagai agama rasmi. Ini diperjelaskan lagi dari peristiwa semasa majlis sambutan harijadi Tunku Abdul Rahman yang ke-81 pada tahun 1983 di mana beliau menegaskan
“Perlembagaan mestilah dihormati dan diikuti. Pernah adanya percubaan oleh segelintir orang untuk cuba memperkenalkan undang-undang agama dan undang-undang moral. Ini tidak dibenarkan. Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi”.
Dari sudut ekonomi pula, sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem ekonomi Kapitalis di mana riba menjadi tunjang kepada banyak aktiviti perdagangan, khuususnya perbankan. Judi dan arak dibenarkan dengan hanya memberikan satu tauliah yang dipanggil ‘lesen’. Hak umum rakyat yang wajib disediakan secara percuma oleh pemerintah seperti pendidikan, kesihatan, petrol, air, jalanraya dan lain-lain dikenakan bayaran sesuka hati oleh pemerintah. Ada yang berdalih dengan mengatakan Malaysia adalah negara Islam dengan adanya Bank Islam, pajak gadai Islam (ar-Rahn), universiti Islam dan sebagainya. Mereka jahil bahawa penerapan ‘nilai-nilai’ Islam di dalam sistem Kapitalis tidak sekali-kali menjadikan sistem itu Islam, sebagaimana jika kita melihat Ah Chong atau Muthusami menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam tidaklah menjadikan mereka Muslim.

(ii) Bukti Empirik:
Bukti empirik pula boleh dilihat dengan jelas dari peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang diterimapakai dan diterapkan di negara ini. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa ia adalah undang-undang tertinggi negara dan mana-mana undang-undang yang diluluskan bertentangan dengan Perlembagaan, maka ia secara otomatik akan terbatal. Peruntukan ini telah meletakkan Al-Quran di bawah (lebih rendah dari) Perlembagaan dan dengan sendirinya menafikan kedudukan Al-Quran dan Hadis yang sepatutnya menjadi undang-undang tertinggi (dan satu-satunya undang-undang) bagi negara. Kewujudan dua sistem mahkamah (sivil dan syariah) mengukuhkan lagi hakikat yang Malaysia adalah negara sekular (sila rujuk ‘SN117 Konflik Antara Agama’ dan ‘SN125 Sijil Mati Untuk Lina Joy’ untuk penjelasan lanjut). Dari sudut pemerintahan pula, sistem yang dilaksanakan adalah Demokrasi berparlimen – sebuah sistem (sekular) yang dicedok sepenuhnya dari penjajah British. Mengikut ajaran dan amalan sekular, segala undang-undang hendaklah dibuat oleh manusia dan hak Allah sebagai As-Syari’ (Pembuat Undang-Undang) hendaklah diketepikan. Jadi, jika majoriti manusia bersetuju untuk tidak berhukum dengan hukum Allah, maka ini adalah sah menurut amalan demokrasi-sekular. Pendek kata, undang-undang boleh digubal, dipinda atau dihapuskan sesuka hati oleh manusia hanya dengan undi majoriti. Di sinilah peranan agama dinafikan secara total di dalam menentukan kehidupan.

(iii) Bukti Historis:
Hasil dari penjajahan kafir British ke atas Tanah Melayu yang sebelumnya pernah berada di bawah pemerintahan Islam, undang-undang Barat yang berasaskan sekular telah diperkenalkan. British telah memaksa umat Islam menerima undang-undang mereka. Penggantian undang-undang ini tercatat dalam sejarah penentangan hebat oleh para ulama di Tanah Melayu. Penentangan Naning (1831-1832) yang dipimpin Dol Said bermula apabila penjajah memaksa kes jenayah diselesaikan mengikut undang-undang British. Apabila Undang-undang 99 berteraskan Islam diketepikan penjajah, peristiwa ini telah memunculkan penentangan di Perak. Di Kelantan pula, penentangan berlaku apabila British melaksanakan undang-undang berkenaan cukai hasil. Ia dipimpin Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan Engku Besar Jeram dan dibantu oleh Haji Said, Penghulu Adam dan Ishak Merbau di Pasir Puteh. Di Terengganu, gerakan dimulakan oleh Sultan sendiri, kemudian oleh Hj Abdul Rahman Limbong, Haji Musa Abdul Ghani Minangkabau, Syed Saggot dan Tok Janggut (Lebai Deraman). Di Pahang, Dato’ Bahaman, To’ Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi, Panglima Muda Jempul, Mat Lela dan lain-lain telah bangkit meniupkan jihad melawan British yang telah memaksa pelaksanaan undang-undang British menggantikan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Namun, penjajah berjaya menguasai politik Tanah Melayu dengan kelicikan dan kekuatan mereka. Sejak itu urusan pemerintahan diurus dengan undang-undang British dan merekalah yang menentukan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan berdasarkan sistem sekular mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini.

Definisi ‘Dar’ (Negara) Islam
Istilah Negara Islam (Darul Islam) adalah istilah syara’. Negara Islam menurut syara’ adalah suatu wilayah yang melaksanakan hukum–hakam Islam dan keamanan wilayah tersebut berada di tangan Islam, iaitu di bawah kekuasaan dan kekuatan kaum Muslimin, walaupun majoriti penduduknya bukan Islam. Oleh itu, untuk menentukan keadaan sebuah wilayah, apakah termasuk Negara Islam atau Negara Kufur, bukanlah negeri atau penduduknya yang diambil kira, tetapi undang-undang di wilayah tersebut dan keamanannya. Apabila hukum (undang-undang) yang diterapkan oleh suatu wilayah adalah Islam dan keamanannya berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah seperti inilah yang disebut Darul Islam atau Negara Islam. Sedangkan apabila hukum-hakam (undang-undang) yang diterapkannya adalah undang-undang kufur dan keamanannya tidak berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah demikian disebut Darul Kufur atau Darul Harb. Pengertian ‘dar’ ini diambil dari sebuah hadis riwayat Sulaiman ibnu Buraidah yang di dalamnya tercantum:
“Serulah mereka kepada Islam, maka apabila mereka menyambutnya, terimalah mereka dan hentikanlah peperangan atas mereka, kemudian ajaklah mereka berpindah dari negerinya (yang merupakan darul kufur) ke darul muhajirin (darul Islam yang berpusat di Madinah) dan beritahulah kepada mereka bahawa apabila mereka telah melakukan semua itu, maka mereka akan mendapatkan hak yang sama sebagaimana hak kaum muhajirin dan juga kewajiban yang sama seperti halnya kewajiban kaum muhajirin.”[HR Muslim]

Hadis ini menyatakan dengan jelas wujudnya pembezaan antara Darul Islam dan Darul Kufur. Hadis ini menunjukkan bahawa apabila mereka tidak berpindah, maka hak mereka tidak sama dengan kaum muhajirin iaitu orang-orang yang telah berada di Darul Islam. Dengan demikian, hadis ini sesungguhnya telah menjelaskan perbezaan hukum (undang-undang) antara orang yang telah berhijrah dan yang tidak. Darul Muhajirin adalah Darul Islam pada zaman Rasulullah dan selainnya adalah Darul Kufur. Dari sinilah diambil istilah Darul Islam dan Darul Kufur atau Darul Harb. Jadi, penambahan kata Islam, kufur atau harb pada “Dar” adalah mewakili sistem hukum (undang-undang) dan pemerintahannya. Oleh kerana itu untuk menggunakan istilah ‘dar’ atau ‘negara’, ianya selalu dikaitkan dengan penguasa iaitu berkenaan:

(1) pemeliharaan kepentingan umat mengikut undang-undang tertentu dan

(2) kekuatan (negara) yang menjaga/membela rakyat serta melaksanakan undang-undang tersebut, iaitu faktor keamanannya.

Dari sinilah dua syarat yang disebutkan di atas ditekankan. Selain itu mengenai syarat penerapan hukum-hukum, ia digali dari dalil al-Quran dan juga Sunnah. Firman Allah:
“Barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir” [TMQ al-Mai’dah (5):44].
Dalam Hadis riwayat ‘Auf ibnu Malik mengenai kedudukan pemimpin-pemimpin zalim, tercatit sebahagian di dalamnya:
“…ditanyakan oleh para sahabat: ‘Wahai Rasulullah tidakkah kita perangi saja mereka itu dengan pedang?’ Baginda menjawab: ‘Tidak selama mereka masih menegakkan solat (maksudnya menerapkan hukum-hukum Islam) di tengah-tengah masyarakat”.
Terdapat juga hadis riwayat Ubadah ibnu Samit mengenai bai’at aqabah, di mana katanya:
“Dan hendaknya kami tidak menentang kekuasaan penguasa kecuali (sabda Rasulullah:) ‘Apabila kalian melihat kekufuran yang bersifat terang-terangan, yang dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dari Allah.”.
Di dalam riwayat Imam Thabrani disebut ‘kekufuran yang jelas’ (surahan). Manakala syarat keamanan mestilah keamanan Islam, yakni di bawah kekuasaan kaum Muslimin, ini diistinbat dari firman Allah:
“Dan Allah (selama-lamanya) tidak memberi hak bagi orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin” [TMQ an-Nisa’ (4):141].

Ayat ini bermaksud tidak boleh memberi ruang kepada orang-orang kafir untuk berkuasa atas orang-orang Mukmin. Ini adalah kerana dengan memberikan kekuasaan kepada mereka bererti menjadikan keamanan kaum Muslimin berada di bawah kekuasaan mereka (kufur) bukan di bawah kekuasaan Islam. Keadaan ini boleh dilihat di negara kaum Muslimin saat ini seperti Pakistan, Afghanistan, Arab Saudi, Kuwait, Libya dan banyak lagi yang mana pemimpin mereka nyata-nyata tunduk di bawah rejim kafir Amerika. Walaupun (kerana keterbatasan ruang) kami tidak dapat mengungkapkan semua nas, namun berdasarkan nas yang qat’i dari al-Quran dan Hadis, ternyata pada hari ini, tidak ada satu negarapun di dunia ini, termasuk Malaysia yang layak disebut negara Islam. Namun perlu difahami bahawa istilah negara sekular atau negara kufur bukanlah membawa maksud penduduknya juga semua sekular atau kufur. Istilah ini merujuk kepada ‘negara’ bukan ‘individu’nya. Adapun untuk individu, perlu dilihat kepada akidah dan pemikiran yang dimilikinya untuk menentukannya samada ia adalah seorang Muslim, kafir atau sekular.

Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Kita mengetahui bahawa Negara Islam adalah Negara Khilafah dan inilah bentuk negara dan pemerintahan yang diwariskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada para sahabat baginda serta generasi sesudah mereka hingga ke hari kiamat. Kita juga mengetahui bahawa Negara Khilafah ini telah runtuh kira-kira 83 tahun yang lalu, tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924 dan sejak itu hingga sekarang, Negara Khilafah ini masih belum muncul kembali. Sedarlah wahai saudaraku bahawa tidak ada satu negara kaum Musliminpun, termasuklah Malaysia, yang boleh diberi status Negara Islam. Seluruh tanah kaum Muslimin telah mewarisi bentuk pemerintahannya dari penjajah kuffar, bukannya diwarisi dari Rasulullah. Justeru itu, bangkitkanlah kalian untuk menunaikan kewajiban kalian mengembalikan semula, melalui tariqah Rasulullah, Negara Khilafah yang merupakan satu-satunya Negara Islam yang sebenar...

Tuesday, June 17, 2014

HARAM DOAKAN MUSIBAH SESAMA MUSLIM

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Doa sangat penting dalam kehidupan manusia dan pada masa tertentu boleh menjadi ‘senjata’ kepada umat Islam. 

Sekuat manapun usaha seorang hamba, ia masih memerlukan bantuan daripada Allah SWT. Jika ada hamba-Nya hanya bergantung pada usaha semata-mata tanpa memohon doa kepada Allah SWT, ia dianggap sebagai sia-sia dan menjurus kepada sifat angkuh kepada yang Maha Pencipta. 


Allah berfirman dalam Surah Al-Ghaafir pada ayat ke-60 bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” 


Adab berdoa 

Bagaimanapun, sebagai umat Islam, kita diajar mengenai adab dan etika ketika berdoa. Dalam keadaan apapun, adab adalah perkara yang utama bagi orang Muslim. 

Wali Allah yang menguasai seni adab dalam berdoa mengajarkan banyak perkara yang harus diperhatikan sewaktu memohon doa kepada-Nya. 
Seorang daripada ulama dari Mesir iaitu Maulana Syeikh Mokhtar Ali Muhammad al-Dusuqi (Syeikh Tarikat Dusuqiyah Muhammadiyah) menasihati murid-muridnya adab untuk berdoa dan meminta sesuatu daripada Allah SWT. 

Ia dimulakan dengan bacaan doa bermaksud: “Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini orang yang pandai bersyukur”. Jika sentiasa berdoa seperti itu maka kita akan mendapat nikmat yang berlipat kali ganda. 

Selain itu, antara adab dan etika ketika berdoa juga adalah kita perlu menghadap kiblat, berada dalam keadaan suci, berzikir, beristighfar dan berselawat ke atas Nabi. 

Saidina Ali Abi Talib pernah menyatakan bahawa semua doa akan terhenti di langit sehingga ia diiringi dengan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan ahlul-baitnya. 

Haram doakan musibah 

Di dalam Islam, kita diharamkan daripada mendoakan sesuatu musibah dan keburukan kepada umat Islam dan makhluk ciptaan Allah. 

Berdoalah dengan penuh pengharapan dan mintalah dari Allah dengan penuh keyakinan serta kepercayaan bahawa Allah Maha Kuasa atas segala-galanya. 

Jika doa kita tidak termakbul, janganlah kita berputus asa dan teruskan berdoa dengan penuh pengharapan kerana jika doa kita tidak dimakbulkan di dunia, berkemungkinan besar Allah ingin memberikan ganjaran berlipat kali ganda di akhirat kelak. 

Jika doa kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T janganlah bersifat angkuh dan sombong malahan bersyukur dengan kurniaan-Nya. 

Carilah saat-saat afdal untuk berdoa, seperti di pertengahan malam, pada bulan Ramadan, malam nisfu Syaaban, Lailatul Qadar, ketika wukuf di Arafah dan sebagainya...

BUKAN TAUBAT JIKA TIADA AZAM BAIKI DIRI

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Bukan taubat jika tiada azam baiki diriMemohon ampun di atas kesilapan hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh. - Gambar hiasan
Bertaubat kepada Allah SWT adalah tuntutan Islam. Dalam al-Quran, Allah menggesa dan menyuruh hamba-Nya supaya bertaubat atas segala perbuatan dosa kerana Dia bersifat Maha Pengampun. 

Tidak sukar bagi Allah memberi atau menerima taubat seseorang kerana Allah sendiri adalah penerima taubat. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah: 37). 


Malah Allah SWT sangat mencintai orang-orang yang bertaubat seperti firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat.” (Surah al-Baqarah: 222) 

Rasulullah SAW yang juga kekasih Allah dan bersifat maksum menunjukkan contoh kepada umatnya bahawa Baginda memohon ampun (beristighfar) kepada Allah sebanyak 100 kali sehari. 

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat (beristighfar) dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Riwayat Muslim).

Penegasan terima taubat Mukmin 
Penegasan Allah yang berjanji menerima taubat hamba-Nya memberikan harapan yang tinggi kepada Mukmin agar sentiasa memohon keampunan Allah setiap masa atas segala dosa diperbuat. 

Allah Maha Mengetahui kelemahan hamba-Nya yang tidak terlepas daripada berbuat kesalahan. Sebesar manapun dosa dilakukan tetap diberi Allah keampunan selagi tidak melakukan syirik kepada-Nya. 

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa betapa Allah SWT sangat gembira apabila hamba-Nya mahu bertaubat secara tulus seperti terkandung dalam firman Allah dalam hadis qudsi bermaksud: “Sungguh Allah sangat berbahagia atas permohonan taubat hamba-Nya, lebih berbahagia daripada bahagianya salah seorang kamu yang kehilangan untanya lalu menemuinya kembali.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Seseorang yang kehilangan sesuatu barang berharga sama ada kerana kecurian, tercicir dan sebagainya, maka dia akan berasa sangat gembira jika menemui semula kerana barang berkenaan sangat bernilai dan bererti kepadanya. 

Akan tetapi taubat seorang Mukmin lebih disukai Allah melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan semula barang berharganya yang hilang. 

Namun, kemurahan Allah menerima taubat itu tidaklah bermakna menjadi ‘lampu hijau’ kepada seorang Mukmin berbuat maksiat dan dosa terus menerus, yakni apabila berbuat dosa lalu menyesal dan bertaubat, kemudian mengulangi lagi, dan selepas itu bertaubat kembali kerana mengingat Allah itu Maha Pengampun. 

Taubat yang dijanjikan Allah akan diterima-Nya ialah taubat yang lahir dari hati Mukmin yang tulus dan mencukupi syarat yang disebut sebagai taubat nasuha. 

Bukan taubat jika ulangi kesilapan 

Ucapan istighfar walaupun diulang 100 ribu kali sedangkan hati masih berazam untuk mengulangi maksiat tidak dinamakan taubat. Ia lebih seperti melakukan persendaan terhadap hukum Allah, peluang dan kerahmatan-Nya. 

Terjatuh ke dalam maksiat dan dosa adalah kebiasaan manusia yang lemah. Manusia terbaik bukanlah manusia yang tidak pernah berbuat dosa sama sekali, akan tetapi manusia terbaik adalah manusia yang apabila berbuat kesalahan, langsung dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. 

Mukmin sebenar sentiasa bersikap atau berpendirian untuk mengelak daripada terjerumus ke lembah dosa. Islam mengajar umatnya untuk tidak berputus asa tetapi diajar untuk kembali kepada kebenaran dan bertaubat. Hanya orang yang tidak beriman memilih jalan-jalan yang lain yang membinasakan diri mereka sendiri. 

Tidak dinafikan bahawa seorang Mukmin yang telah sungguh-sungguh bertaubat kadangkala kembali terjatuh ke dalam kesalahan yang serupa. 

Pengaruh nafsu, lemah iman 

Mukmin yang pada mulanya sudah benar-benar insaf dan bertaubat, tetapi disebabkan kelemahan iman dan kuatnya pengaruh hawa nafsu selain tergoda dengan hasutan syaitan menyebabkan dia berulang kali terjatuh ke lembah dosa. 

Jika terjadi demikian bukanlah bermakna taubatnya yang terdahulu tidak ikhlas. Maka, dia hendaklah mengulangi taubatnya dan jangan berputus asa dari rahmat Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Seorang melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wajalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. 

Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa, ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka Aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang engkau mahu Aku ampunkan engkau.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim). 


Penulis adalah Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM).