MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Tuesday, July 8, 2014

FAHAMI LAH AL-QURAN

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Assalamualaikum WRT...
Salam sejahtera dan Selamat bersahur...
Alhamdulilah, semoga kita semua dirahmati Allah dan jua dilindungi dari angkara Dajjal manusia yang cuba meracuni fikiran kita agar bermusuhan sesama agama dan jua bangsa kita, pada setiap yang berlaku pasti ada hikmah hikmah disebalik kejadian itu, maka sama sama lah kita berfikir dan merenung sejenak, siapa diri kita, dari mana kita, dimana kita dan akan kemana kita, InSyaAllah, Allah maha berkuasa keatas setiap sesuatu itu, maka diberi petunjuk serta hidayahnya bagi kita untuk meneruskan perjalanan hidup kita dibumi yang fana ini,
Apa apa pun yang berlaku didalam kehidupan kita seharian adalah satu ujian serta dugaan yang telah dikurnia kan Allah kepada diri kita, sama sama lah kita menerima nya dengan penuh keinsafan serta kesedaran, dan berbuat baik lah sesama hamba hamba Allah agar kehidupan kita tidak terpinggir dari kehidupan dialam yang nyata ini,
Demi untuk kebaikan itu, maka nya marilah kita bersama-sama membaca dan metelaah Al-Quran di masa lapang, sambil membaca Al-Quran di dalam bahasa Arab, marilah kita sama-sama memahami maksud Al-Quran dalam bahasa Arab itu. Tetapi dalam pada itu adalah diingatkan untuk memahami ayat yang tersirat maksudnya adalah perlu kita rujuk kepada ustaz-ustaz tafsir atau kitab tafsir muktabar.
Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, ” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Berkata Al-Hasan bin Ali radhiallahu ‘anhuma: “Generasi sebelum kamu (para sahabat) melihat Quran sebagai risalah (surat) dari Tuhan mereka. Mereka bertadabbur pada waktu malam. Dan beramal dengan hukum hakamnya pada waktu siang”. (At Tibyan: 28).
Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya!!!
Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran – Imam Al Ghazali -ihya ulumuddin
P/S;- Ramai orang bukan Islam bila membaca Al-Quran dengan memahami maksudnya(Tadabbur) mereka terbuka hati dan mahu memeluk agama Islam. Mereka ini lebih bertakwa dengan memahami Al-Quran. Kita yang lahir dalam masyarakat Islam seharusnya rasa rendah diri dan malu kerana masyarakat kita kebanyakkannya tidak memahami Al-Quran dan ini menyebabkan banyak gejala sosial berlaku
di akhir zaman ini...
Maaf saya mengarang ini untuk tujuan diri saya sendiri,
Hanya yang terbaik itu dari Allah SWT, dan yang tidak baik itu dari diri saya sendiri,
Andak Rasull
Andak Rasull

No comments: