MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Thursday, April 10, 2014

15 NGO SEPAKAT BUAT LAPORAN POLIS

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

  • 15 NGO sepakat buat laporan polisAhli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, semalam.
 1 / 1 
SEREMBAN 
Berang dengan status Facebook menghina pemimpin negara, sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban, Seremban 2, di sini, semalam.

Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, laporan dibuat bagi menggesa polis mengenakan tindakan tegas terhadap pemilik laman sosial terbabit.

“Facebook bernama Syed Saifullah membuat penghinaan mengaibkan serta fitnah terhadap isteri Perdana Menteri dengan mengatakan pesawat dinaiki Datin Seri Rosmah Mansor terhempas dan meletakkan gambar mayat berkecai.

“Itu adalah hasutan untuk membenci pemimpin negara yang perlu dibendung supaya pihak lain tidak menggunakan Facebook sebagai saluran memfitnah pemimpin negara,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Seremban, di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya menggesa polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dan mengambil tindakan keras serta mendakwa pemilik akaun  Facebook berkenaan.

“Kita mahu pemiliknya ditangkap dan dikenakan tindakan tegas dengan perbuatan memalukan rakyat Malaysia.

“Tindakan tegas perlu diambil kerana kita tidak mahu perkara seperti ini berulang dan memberi pengajaran kepada masyarakat,” katanya.

Razali berkata, dia yakin seluruh rakyat di negara ini marah dan kecewa dengan segelintir pihak menggunakan laman sosial untuk menyebar fitnah sehingga boleh mencemar nama baik negara.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana yang melakukannya beberapa individu sahaja, tetapi yang mendapat malu, satu Malaysia,” katanya.

15 NGO itu termasuk Majlis Ayahanda Negeri Sembilan (MANS), Persatuan Belia Gagah Malaysia, Pertubuhan Islam Gabungan Amal, Pertiga, Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sembilan, Umno Cawangan Rasah Jaya dan Tampin, Persatuan Silat Merongmahawangsa, Al-Ehsan n9 dan Kelab Veteran Tentera...

No comments: