MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

counter

Wednesday, August 12, 2020

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Semoga hidup anda dirahmati Allah SWT,
"Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali"
""kerana pulut santan binasa, kerana mulut Rosak segala"

YUSUF AZMI KOMEN TENTANG ASRI JANGGUT HOT BURGER ISU POLIS SOMBONG, TAK ...

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Sunday, August 18, 2019

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

NEGARA KITA YANG AMAN DAN MERDEKA INI TELAH DICEMARI OLIH SATU BANGSA YANG HILANG PERTIMBANGAN AKAL, PERTAMA NYA EKONOMI MEREKA MERUDUM DISEBABKAN OLIH SESUATU SEBAB YANG MANA MUNGKIN KABEL MEREKA ROSAK ATAU PUN TERPUTUS, DISEBAB KAN OLIH PERMASALAHAN YANG TIMBUL INI, MAKA MEREKA MENCARI JALAN BAGAIMANA UNTUK MENSTABILKAN EKONOMI MEREKA DENGAN BRRBAGAI KAEDAH YANG MEREKA FIKIRKAN BAIK UNTUK KEPENTINGAN DIRI MEREKA KELUARGA MEREKA SETERUS NYA KRONI MEREKA, APA YANG KAMU FIKIRKAN ... DEMI UNTUK MENCAPAI TUJUAN TERSEBUT MEREKA MELIBATKAN DIRI DENGAN AGENDA POLITIK SONGSANG ATAU PUN POLITIK SE'MATA TANPA MEMIKIRKAN HAK SERTA KEPENTINGAN ORANG LAIN, MEREKA MENGGUNAKAN PENGARUH MEREKA DENGAN BERBAGAI CARA SERTA MEMUTAR BELIT KAN FAKTA YANG BENAR, ITU LAH PERANAN MEREKA, DAN APA KAH MEREKA TERFIKIR APA AKAN BERLAKU KEPADA GENERASI MEREKA..? SEBAGAI MANA APA YANG BERLAKU KINI, TAK PERLU DINAFIKAN KAN LAGI DIDALAM KONTEK KEHIFUPAN MASYARAKAT HARI INI, BERBAGAI PERMASALAHAN YANG TELAH MEREKA TIMBULKAN DIDALAM ISU AGAMA ISLAM YANG TELAH DIHINA BEGITU HEBAT SEKALI, APA KAH BANGSA MELAYU ISLAM SEDIA MENERIMA HAKIKAT INI..? APA YANG KAMU FIKIRKAN..? BANGSA MELAYU PRIBUMI ASAL NEGARA INI TELAH DIHINA BEGITU HEBAT SEKALI, DAN APA KAH BANGSA MELAYU MAMPU BERTAHAN, SAMPAI BILA ..?  TANAHAIR KAMU DIMANA ..? CINA SUDAH MEMPUNYAI NEGARA MEREKA CHINA, INDIA JUGA MEMPUNYAI NEGARA MEREKA INDIA, DAN LAIN LAIN BANGSA JUGA MEMILIK NEGARA MEREKA MASING MASING, DAN BAGAIMANA KITA, TANAH JAWI ASAL MULA NYA, DITUKAR KEPADA TANAH MELAYU, APA BILA PENJAJAH MENGUASAI NEGARA MENINGGALKAN NAMA MALAYSIA KEPADA GENERASI MASA KINI, APA YANG KAMU FIKIRKAN..? SEKARANG MALAYSIA BARU, ATAU MALAYSIA MALAYSIA, BERAPA RAMAI DIKALANGAN BANGSA MELAYU YANG BOLIH MENERIMA HAKIKAT INI..?   APA YANG KAMU FIKIRKAN, MAKA FIKIRKAN LAH DEMI MASA HADAPAN BANGSA MELAYU AGAMA ISLAM YANG SEMAKIN PUDAR DITELAN ZAMAN, PERSOALAN NYA MASA KINI, SIAPA DIKALANGAN ORANG ORANG MELAYU YANG BOLIH MEMANCARKAN SINAR YANG PUDAR INI ..?  BACK TO BASIC MY FRIENDS, ATAU KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN NENEK MOYANG TERDAHULU, JIKA RUMAH PUSAKA YANG SEMAKIN UZUR SAMA SAMA KITA PERBAIKI NYA, HANYA DENGAN PERMUAFAKATAN KERJASAMA DIDALAM UMMAH LAH MAKA NYA SINAR ITU AKAN KEMBALI MENGIKUTI SUSUR GALUR NYA, DEMI KESINAMBUNGAN PERJUANGAN NENEK MOYANG KITA YANG MENJAGA KEBAJIKAN AGAMA BANGSA TAHANAIR JUGA GENERASI AKAN DATANG, (SAYA BUKAN RASIS, SEDIA MAKLUM, KEPADA SETIAP ORGANISASI ATAU PUN PERTUBUHAN PASTI ADA KETUANAN NYA, FIKIR DAN RENUNGKAN BERSAMA DEMI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DUNIA JUA AKHIRAT, MAKA HINDARKAN POLITIK SE'MATA KEMBALIKAN KEPADA DIRI POLITIK ILMIAH YANG MAMPU MEMBENA SEJUTA IMPIAN, IN SHAA ALLAH DENGAN BERKAT IZIN SERTA DOA DIDALAM PERJUANGAN, SALAM SATU ARAH, SATU TUJUAN DAN SATU MATLAMAT PERJUANGAN, SALAM HORMAT DARI SAYA YANG CINTAKAN KEAMANA DAN KEDAMAIAN

Friday, June 28, 2019

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

*PERJUANGAN MENUNTUT HAK SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM*
*MALAYSIA adalah sebuah negara berperlembagaan yang memberi ruang demokrasi seluas-luasnya untuk setiap rakyatnya menyatakan pendirian dan mempertahankan perjuangan masing-masing. Namun begitu, ruang demokrasi di Malaysia tidak sepenuhnya bebas*. *Malaysia tetap kekal dengan kerangka sebuah negara yang membina peradaban berasaskan kerukunan dan tatasusila bangsa; yang berpegang teguh kepada prinsip- prinsip Rukunegara.*

*Dalam kita bersemangat turun ke medan untuk menegakkan hak, jangan kita lupa dan leka bahawa bumi Malaysia yang bertuah ini telah berdiri dengan megahnya sebagai sebuah negara merdeka 62 tahun lamanya.*  *Dan seperti kebiasaan, ibu kota Kuala Lumpur adalah pilihan rakyat sebagai medan untuk berhimpun menyatakan pendirian*. *Sayangnya, kadangkala ruang kebebasan untuk berhimpun seringkali disalahguna dan disabotaj sewenang-wenangnya atas nama hak kebebasan bersuara. Satu episod duka buat Kuala Lumpur dan Malaysia*.

*Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap warganegara Malaysia punya hak untuk bersuara tanpa mengira latar belakang dalam menegakkan hak individu, hak bangsa, hak gender, hak bebas beragama mahupun hak untuk berhimpun. Namun, dalam kita bersemangat menegakkan hak masing-masing, jangan sesekali kita melupakan bahawa Malaysia juga mempunyai HAK untuk terus berdiri 100 tahun lagi sebagai sebuah negara bangsa yang harmoni, berperadaban dan berdaulat.*
*Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita wajib* *menghayati iltizam perjuangan kemerdekaan terdahulu yang begitu jelas ingin menjadikan Malaysia sebuah negara untuk semua rakyat berbilang kaum mengikut rencam dan cara kita sendiri. Apa yang diimpikan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan adalah harapan suatu bangsa* *Malaysia yang hidup secara harmoni walaupun berbilang latar belakang kaum serta bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa sikap prejudis dan sentiasa mempunyai nilai toleransi yang tinggi sesama sendiri.*

*Justeru menjadi kewajipan setiap individu yang berjuang menegakkan hak untuk memperbetulkan niat dan keikhlasan dalam menuntut hak masing-masing. Harus juga menjadi peringatan dalam diri bahawa sebelum kita menuntut hak kita; adakah kita utamakan untuk menunaikan hak orang lain dahulu?*

*Rasulullah S.A.W merupakan tauladan terbaik apabila kita membicarakan tentang tuntutan hak dan menunaikan hak. Diriwayatkan dari Sahal bin Saad oleh Imam Bukhari dan Muslim pada satu ketika Rasulullah diberi air minuman dan di sebelah kanan Baginda ada seorang anak kecil lelaki manakala di sebelah kiri Baginda ada seorang lelaki dewasa. Menjadi kelaziman* *Baginda Rasulullah apabila selesai meneguk air minuman, Baginda akan menghulurkan kepada orang yang di sebelah kanan dahulu. Namun bagi menghormati seorang dewasa yang berada di sebelah kiri, Baginda telah meminta keizinan anak kecil yang berada di kanan untuk mendahulukan air minuman kepada orang dewasa tersebut. Anak kecil itu tidak membenarkan kerana dia berhak atas kedudukannya maka Baginda Rasulullah dengan senang hati menunaikan hak anak kecil itu dengan menghulurkan air minuman kepadanya*. *Begitulah contoh akhlak Baginda Rasulullah dalam menunaikan hak walaupun ianya hanya melibatkan perkara kecil seperti giliran air minuman dan anak kecil*.

*Kisah Rasulullah ini menyedarkan kita peri pentingnya keutamaan menunaikan hak orang lain. Dengan menunaikan hak orang lain dan sandarkan hak kita kepada Allah nescaya kehidupan lebih berkat dunia dan hari akhirat. Begitu juga konsep rezeki, semakin dimurahkan rezeki semakin mudah untuk kita memberi kerana dalam setiap rezeki yang kita perolehi ada hak yang telah tertulis untuk orang lain. Islam itu mudah dan memudahkan, tidak sulit dan tidak pula meyulitkan...*
*SATU ARAH, SATU TUJUAN DAN 1MATLAMAT PERJUANGAN* ...

Sunday, June 16, 2019

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

 Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.
Wahai saudaraku,
Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.
Wahai saudaraku,
Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia. Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan. Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.
Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri. Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” “Tiada akan sama orang ahli syurga dengan ahli neraka”.
Wahai para Salik,
Jika engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu. Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yang lalai kepada hati yang hidup mengingati Allah, dari hati yang hidup mendaki kepada hati yang asyik, kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula (kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit bagi umatnya kepada Tuhannya.
Janganlah menjadi manusia yang bodoh dan lalai, pintu yang yang terbuka perlulah dilalui. Nabi dipimpin oleh malaikat Jibrail menujuNya dan engkau memerlukan Mursyid yang memimpin tanganmu dengan kasih sayang menuju TuhanMu. Kamu dibawa ke alam peleburan diri sehingga tiada kamu temui sesiapapun disitu melainkan DIA SAJA YANG WUJUD. Engkau akan memahami kalimah la ilaha illaLlah wahdahu laa syarikaalah dengan kefahaman yang terkunci lisanmu hendak dinyatakan. Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaam Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat. Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau pandangan makrifat mereka diserta dengan syaitan atau Jin. Mereka cuba bercakap ilmu para sufi namun mereka gagal dalam menyelami rahsia “ADAM” dan“ MUHAMMAD”. Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap.
Wahai saudaraku,
Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.

Saturday, September 16, 2017

Tuesday, May 23, 2017

Wednesday, January 7, 2015

NABI MUSA

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. .
Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. . Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t .
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur...

Thursday, December 25, 2014

BERHIJRAH DAN BERUBAH LAH

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Manusia berlumba-lumba untuk memperbaiki penampilan diri. Ada yang lebih mementingkan perhiasan lahiriah dengan pakaian hebat, solekan mewah dan perhiasan emas permata, sehingga mengundang kekaguman orang yang melihatnya.
Bagaimanapun, tidak ramai berusaha untuk memperbaiki akhlak mereka dalam kehidupan. Bagi mereka yang mempunyai kesedaran agama, tentunya akan berusaha meningkatkan pahala melalui penambahbaikan terhadap akhlak kerana ia antara keutamaan dalam Islam.
Walaupun segala pujian diterima, ia akan segera mengembalikannya kepada Allah SWT kerana kepunyaan-Nya segala pujian dan hanya Dialah yang berhak untuk dipuji.
Mungkin ramai dalam kalangan kita kurang memperhatikan masalah akhlak. Pada sudut lain, kita mengutamakan tauhid yang memang perkara pokok dalam agama ini. Namun, pada sudut lain seperti masalah akhlak amat kurang diperhatikan.
Permasalahan akhlak hari ini
Segala permasalahan terjadi pada hari ini adalah disebabkan kebejatan yang berkaitan dengan permasalahan akhlak. Apa yang kita dapat diambil daripada semua perilaku sama ada daripada pihak atasan, artis, pekerja, orang tua, generasi muda, mahasiswa, pelajar atau rakyat biasa, pada umumnya adalah kerana kelemahan pada akhlak mereka.
Sebagai ulama menekankan unsur pengetahuan, dan ilmu berkaitan akhlak adalah pengenalan terhadap kemuliaan akhlak.
Ahli ilmu berpendapat bahawa ilmu akhlak adalah pengetahuan mengenai bagaimana jiwa manusia menterjemahkan suatu kriteria yang memuliakan seluruh tindakan yang dilakukan atas dasar keinginan individu.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa, suatu ketika Baginda SAW pernah ditanya mengenai kriteria orang yang paling ramai mendapat balasan syurga. Baginda SAW menjawab : “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” (Riwayat Tirmizi dan Imam Ahmad).
Tatkala Rasulullah SAW menasihati sahabatnya, Baginda SAW menggandingkan antara nasihat untuk bertakwa dengan nasihat untuk bergaul dan berakhlak yang baik kepada manusia seperti hadis daripada Abi Dzar, dia berkata bahawa Rasulullah bersabda : “Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya kebaikan itu akan menutupi kejahatan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak baik.” (Riwayat Tirmizi).
Ini menunjukkan bahawa ketakwaan yang sebenar mestilah disempurnakan dengan akhlak yang mulia.
Dalam timbangan (mizan) amal pada hari Kiamat tidak ada yang lebih berat daripada akhlak yang baik, sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “ Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad).
Dalam riwayat lain, Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari Kiamat adalah akhlak yang baik.” (Riwayat Ahmad).
Keadaan ini menunjukkan betapa akhlak yang baik itu dapat mempengaruhi neraca timbangan amalan kita walaupun di dunia kita mengenali orang yang berpengaruh.
Merekalah orang yang dikasihi Baginda SAW dan sentiasa dekat dengan Baginda SAW pada hari Kiamat. Dari Jabir a berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat pada majlisku pada hari Kiamat ialah mereka yang terbaik budi pekertinya.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad).
Akhlak yang paling baik memiliki keutamaan yang tinggi kerana itu sudah semestinya setiap individu Muslim menjadikan akhlak yang baik sebagai contoh.
Perlu diingat bahawa ukuran akhlak yang baik atau buruk bukanlah diukur menurut selera individu dan bukan pula hitam putih akhlak itu menurut ukuran adat yang diciptakan oleh manusia kerana apa yang dianggap baik oleh adat tidak semestinya baik neraca timbangan syariat.
Oleh yang demikian, kita hendaklah melaksanakan akhlak mulia dalam kehidupan terutama dalam bidang pendidikan kerana ia adalah acuan membentuk generasi masa hadapan.
Bermula daripada mengingati Allah SWT sehinggalah ke peringkat doa dan usaha untuk menuju ke arah itu. Ini adalah kerana doa dan usaha adalah kunci segala kejayaan seperti gambaran dan perintah Allah SWT bermaksud: “Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka.” (Surah al- Baqarah, ayat 201).
Tingkatan orang beriman
Umum mengetahui bahawa asas ajaran Islam ialah iman dan ihsan. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa ihsan adalah akhlak yang mulia. Begitu juga tingkatan orang yang beriman kepada Muslim, Mukmin dan Mukhsin yang mana kemuncak kepada tingkatan ini iaitu Mukhsin yang akan menyampaikan seseorang kepada akhlak yang mulia.
Ini adalah kerana orang Muhsinin akan sentiasa berasakan bahawa mereka sentiasa dilihat oleh Allah SWT walaupun mereka tidak dapat melihat Allah SWT. Zikir secara terang dan tersembunyi adalah latihan untuk mencapai tingkatan yang disebut seterusnya melahirkan akhlak yang baik dan salih yang disebut Muhsinin (orang yang baik-baik) atau hamba yang salih.
Kita juga dituntut menjadikan sabar dan solat berperanan sebagai pembantu untuk menjadikan kita semakin baik dan mencapai tahap salihin.
Firman Allah SWT bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman (Mukmin), jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al- Baqarah, ayat 153 )”.
Kekuatan dalam kukuhkan jiwa, hati
Jelas menunjukkan bahawa usaha yang dilakukan tidak akan membuahkan hasil dalam masa yang singkat. Maka hasilnya, ialah kekuatan dalaman yang akan mengukuhkan jiwa dan hati.
Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal salih, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al -Baqarah, ayat 277 ).
Sabar adalah contoh dalam mengingati Allah SWT dalam memelihara hubungan dengan Allah dan manusia. Begitu juga solat dan zakat, yang mana semuanya berperanan dalam proses menjadi hamba yang salih.
Bagi memantapkan lagi jalan menuju kepada hamba yang salih seperti apa yang dikehendaki, maka Imam al-Ghazali mencatatkan empat sifat kesempurnaan bagi orang yang salih.
Antaranya memiliki iktikad benar yang tidak ada bidaah dalamnya (maksudnya mengikuti akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah). Keduanya bertaubat dengan taubat nasuha sehingga ia tidak akan kembali mengerjakan dosa yang pernah dilakukannya.
Ketiganya meminta halal daripada semua musuh makhluk sehingga mereka tidak akan dituntut pada hari kiamat nanti dan keempatnya mempelajari ilmu syariat untuk dapat menunaikan segala perintah Allah SWT dan juga mempelajari ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatan di akhirat nanti.
Kesimpulannya, akhlak mulia dapat menyelamatkan manusia pada hari kiamat. Namun, proses untuk sampai ke sana memerlukan panduan dan usaha berterusan.
Jalan dirintis mestilah dilalui satu persatu dan kejayaan pastinya milik mereka yang melalui pengabdian yang sebenar terhadap Allah SWT. Jalan sufi juga adalah antara jalan terbaik untuk sampai kepada akhlak mulia dan ia bukanlah suatu kesalahan mengikut sesetengah pihak. Panduan dan pelajaran mestilah seimbang agar kita sentiasa berada pada landasan yang betul...

TAWADUK

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Tawaduk bermaksud rendah diri, tidak angkuh dan patuh kepada perintah Allah. Bukan mudah untuk memandang ke bawah di kala berada di atas dengan penuh rasa patuh selaku hamba Allah. Usrah Nurani yang bersiaran setiap Jumaat, jam 5.15 petang, berkongsi ilmu memupuk sifat tawaduk bersama Ustaz Basir Mohamed.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunungganang." (Surah al-Israa', ayat 37) Sejauh mana penjelajahan atau setinggi mana pendakian,dengansegalateknologiyang dimiliki, tiada satu pun yang membuktikan semua sudut di atas muka bumi ini telah dicapai, diketahui dan dirungkai segalagalanya.
Jaga hati elak takbur
Menerusi kebijaksanaan Allah SWT mendidik kita untuk melihat bumi yang didiami dan diambil manfaat daripadanya pun masih belum mampu diterjemah dan dikaji setiap satu penciptaan- Nya. Itulah cara terbaik untuk menjaga hati daripada sifat lawan bagi tawaduk iaitu takbur.
Allah SWT mendidik Rasulullah SAW iaitu hamba yang paling tawaduk menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Rendahkan sayapmu (rendahkan martabat dan jangan sombong) kepada orang beriman yang mengikutmu." Manusia yang punya sifat merendah diri dalam hatinya tidak akan menampakkan kehebatan dirinya malah sentiasa menampakkanorang lain yang bersamanya sangat memberi manfaat dan menambahkan keimanan buat dirinya.
Allah SWT juga mengajar mengenai tawaduk menerusi akhlak ulama dalam urusan nasihat. Mereka tidak melihat kepada individu yang bertutur, tetapi mendengar butir diperkatakan. Ulama akan menerima dan menyematkan setiap nasihat bukan berdasarkan status pembicara, tetapi bahan dibicarakan yang membangkit serta menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Ustaz Basir menerusi Usrah Nurani menceritakan kisah Imam Abu Hanifah yang sangat alim pada zamannya. Pada suatu hari Imam Abu Hanifah berjalan di tepi sebatang parit dan tiba-tiba terserempak seorang kanakkanak sedang berjalan dengan memakai kasut terompah kayu.
Beliau menegur budak itu: "Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti". Budak itu mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya lalu bertanya: "Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"Imam Abu Hanifah lantas menjawab: "Namaku Nu'man".
Lalu disambut budak itu: "Oh, rupa-rupanya tuanlahyang digelar al-Imam al-A'dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?" Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: Bukan aku yang meletakkan gelaran itu. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku telah meletakkannya." Budak itu pun berkata: "Wahai Imam, apa yang telah engkau tegurkan kepadaku tadi mengenai berjaga-jaga supaya aku tidak tergelincir masuk ke dalam parit sangatlah baik, cuma izinkan aku memperkatakan sesuatu kepadamu.
"Jika aku yang tergelincir, sekurangkurangnya aku hanya akan masuk ke dalam parit tetapi jika Tuan Imam tergelincir, bukan masuk ke dalam parit tetapi ke dalam neraka Allah. Usahlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia sematamata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah SWT lantaran angkuh dan berbangga-bangga, maka berhatihatilah wahai Tuan Imam."
Nasihat buat Imam Abu Hanifah menangis
Menangis Imam Abu Hanifah mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil itu. Hebatnya akhlak dan sifat tawaduk Imam Abu Hanifah, sehinggakan nasihat daripada seorang budak pun diambil kira kerana ia meningkatkan rasa takwa ke jalan Allah SWT.
Lawan sifat tawaduk adalah takbur. Digambarkan manusia yang dihinggapi takbur seumpama seseorang yang berdiri di atas bukit atau di tempat tinggi seterusnya melihat kepada orang di bawah, semua akan kelihatan kecil dan kerdil. Hamba ciptaan Allah SWT pertama yang miliki sifat takbur adalah iblis yang takbur apabila melihat satu lagi hamba Allah SWT yang penciptaannya tidak sehebat dirinya, tetapi diperintahkan untuk dia sujud pada ciptaan itu.
Iblis menjadi sangat takbur saat itu kerana berasakan dirinya lebih hebat daripada hamba Allah SWT yang lain. Begitu takbur dan angkuhnya iblis peroleh kemurkaan Allah SWT. Dinyatakan juga, sebelum roh ditiupkan ke dalam jasad Nabi Allah Adam, iblis telah memijak jasad itu dan berkata: "Telah aku selongkar dan lalu di segenap jasad ini dan tidak kelihatan sebarang kehebatan yang melebihiku."
Tatkala Allah SWT berfirman kepada malaikat: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (mengenai hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu?
Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 30) Allah SWT mengetahui di sebalik penciptaan khalifah yang bakal dicipta- Nya, banyak perkara di luar pengetahuan malaikat. Antaranya, sifat takbur dan hasad iblis. Moga dijauhkan dengan sifat takbur ini yang memperlihatkan kehebatan diri dengan memandang rendah orang lain
Nilai diri sendiri
Terdapat beberapa cara untuk audit diri sama ada miliki sifat takbur atau tidak. Perumpamaan burung merak menggambarkan manusia yang ada sifat takbur dan berbangga diri. Burung merak mengembangkan ekornya yang cantik pada ketika ada orang melihatnya dan menguncup tatkala tiada yang melihat. Berbanding pokok semalu, apabila disentuh akan menguncup dan merendahkan diri.
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan takbur walaupun sebesar zarah, dan tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya iman walaupun sebesar zarah." (Riwayat Muslim) Oleh itu, hindarilah daripada sifat yang ingin perhatian orang lain, dahagakan pujian, sebutan dan sanjungan. Secantiknya, ambillah resam Rasulullah SAW dengan sikap suka memberi salam sehingga sahabat berlumba-lumba untuk mendahului memberi salam kepada Baginda.
Sebaliknya, pemilik hati takbur akan ternanti-nanti salam diucapkan padanya terlebih dahulu. Saidina Umar al-Khatab berjalan laju semata-mata ingin mengelak daripada bertembung dengan orang yang akan memujinya...