MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Friday, May 16, 2014

MENGISLAHKAN UMMAH

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

ABU Laith al-Samarqandi dalam kitabnya, Tanbih al-Ghafilin berkata: “Seorang yang menjalankan amar makruf dan nahi mungkar harus melengkapi lima syarat iaitu;

Berilmu, sebab orang yang bodoh tidak memahami amar makruf dan nahi mungkar.
Ikhlas kerana Allah SWT dan menegakkan agama. Seperti yang dikatakan oleh Saidina Ali r.a: “Bahawa orang yang ikhlas adalah orang yang memusatkan fikirannya supaya setiap amalannya diterima oleh Allah SWT."

-Kasih dan sayang
-Ramah mesra

-Jangan menggunakan kekerasan sebab Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. (Luqman: 17)

Sayyid Qutub dalam fi zilal al-Quran berkata: “Inilah jalan akidah yang tersusun iaitu mentauhidkan Allah SWT, menyedari wujudnya pengawasan Allah SWT, meletakkan harapan pada balasan yang disediakan di sisi-Nya, percaya kepada keadilan Allah SWT dan takut kepada balasan-Nya.

“Kemudian berpindah pula kepada kegiatan berdakwah, iaitu menyeru manusia memperbaiki keadaan diri mereka, menyuruh mereka berbuat kebaikan dan melarang mereka berbuat kemungkaran.

“Dan sebelum menghadapi perjuangan menentang kejahatan itu, seseorang harus berbekal dengan bekalan utama iaitu, bekalan ibadat kepada Allah SWT, bertawajjuhlah kepada-Nya dengan solat dan sabar menanggung kesulitan yang dialami oleh setiap pendakwah kepada agama Allah SWT, iaitu kesulitan akibat daripada kedegilan dan penyelewengan hati manusia, kesulitan akibat daripada kelancangan lidah dan daripada kejahatan tindak tanduk manusia, juga kesulitan akibat daripada kesukaran kewangan dan pengorbanan jiwa ketika diperlukan."

Harus mengerjakan apa-apa yang dianjurkan supaya tidak dikeji orang atas perbuatannya sehingga tidak termasuk dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan, sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri. (al-Baqarah: 44)

Prinsip al-Nahy ‘an al-Mungkar dapat dilihat dalam aspek undang-undang jenayah dan penguatkuasaannya. Menjenayahkan sesuatu perbuatan seperti yang dijelaskan menjadi satu bentuk pencegahan. Terutamanya dalam konteks menjenayahkan perkara-perkara yang boleh mendorong atau menjadi faktor kepada pelaku jenayah.

Falsafah ini penting kerana apa juga perkara yang akan membawa atau boleh mendorong kepada jenayah perlu disekat terlebih dahulu sebelum jenayah lebih serius atau ancaman jenayah menjadi bertambah kronik.

Prinsip mencegah adalah lebih baik daripada mengubat diterima pakai dalam falsafah undang-undang jenayah Islam dan juga dalam proses mengislahkan ummah. Semoga kita diberi kefahaman dalam melaksanakan segala perintah Allah Yang Maha Esa.

Syarat berdakwah
Al-Sohanji dalam tafsirnya Abr al-Athir berkata: “Golongan yang menjalankan dakwah tersebut hendaklah mempunyai syarat-syarat yang lengkap agar seruan atau dakwahnya itu dapat dijalankan dengan sebaik-baik sehingga menghasilkan contoh yang mudah untuk diteladani. Antaranya:
Hendaklah mengetahui kandungan al-Quran dan al-sunnah perjalanan Nabi SAW serta perjalanan al-Khulafa’ al-Rasyidin.

Hendaklah mengetahui keadaan orang yang diserunya, persediaan, tabiatnya dan pekertinya, iaitu yang berhubung dengan pergaulan hidup mereka.

Hendaklah mengetahui bahasa-bahasa yang digunakan oleh golongan atau umat yang diserunya kerana Nabi SAW pernah menyuruh setengah sahabatnya mempelajari bahasa Ibari (bahasa Yahudi) untuk bertutur kata dengan orang-orang Yahudi yang menjadi jiran mereka dan menyuruh mempelajari keadaan mereka.

Hendaklah mengetahui jenis agama-agama dan mazhab-mazhab sesuatu umat atau bangsa, supaya diketahuinya mana-mana yang batil atau yang salah sebab sesuatu yang batil atau salah itu sekiranya tidak dapat diperlihatkan dengan jelas, tidak mudah manusia mahu menoleh kepada yang hak yang dipunyai oleh orang lain - walaupun ia berkali-kali diseru agar mengikutnya...

PADA HAKIKATNYA

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

PADA HAKIKATNYA,

 Di dalam Islam perbuatan menyombongkan diri bukanlah sesuatu yang diizinkan oleh Allah SWT. Jika kita rajin membuka al-Quran, kita pasti akan terjumpa kisah keangkuhan dan kesombongan yang dipamerkan oleh iblis, sehingga melayakkan dia akhirnya dimurkai dan dihumban ke dalam neraka Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku daripada api sedang dia, Engkau jadikan daripada tanah. Allah berfirman: Turunlah engkau dari syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau daripada golongan yang hina. (al-A’raff: 12-13)

Sungguh, kesombongan adalah pakaian ahli neraka, justeru orang yang memberikan hartanya sebagai sedekah sekali pun, namun jika diiringi dengan kesombongan, maka pahala amalnya akan menjadi kosong.

Firman Allah SWT lagi: Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. 

Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai (memperoleh) sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir. (al-Baqarah: 264)
Jika seorang yang kaya, berkuasa dan terhormat pun ditegah daripada bersifat dengan kesombongan, maka apatah lagi bagi orang miskin yang tidak mempunyai harta, tiada pangkat kebesaran dan kedudukan yang tinggi, maka pastilah menjadi suatu kejelikan jika mereka pula bersifat sombong. Ibarat kata pepatah, ‘lonjak sebagai labu dibenam’ dan ‘cacing hendak menjadi naga’, maka pastilah mustahillah jadinya.


PERINTAH MELAKUKAN KEADILAN

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

ANTARA nilai utama kemanusiaan yang dibawa oleh Islam ialah nilai keadilan. Ia akan menjadikannya sebagai pengukuh kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Al-Quran menjadikan penegakan keadilan di antara manusia sebagai matlamat semua risalah samawi sehingga diutuskan kepada mereka rasul-rasul a.s dan kerana faktor penegakan keadilan, maka dibangunkan langit dan bumi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (al-Rahman: 7-9)

Maksud keadilan ialah memberikan hak kepada mereka yang berhak, sama ada yang berhak itu individu atau kumpulan manusia. Islam memerintahkan agar setiap orang berlaku adil terhadap dirinya dengan menyeimbangkan antara hak dirinya, hak Tuhannya dan hak orang lain.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya bagi jasadmu ada haknya, bagi matamu ada haknya, bagi keluargamu ada haknya dan bagi tetamu ada haknya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas adalah teguran Rasulullah SAW kepada Abdullah Ibnu Amru r.a apabila dia mengabaikan hak dirinya dengan terus menerus berpuasa pada siang hari dan berqiamullail pada malam harinya.
Adil kepada keluarga

Begitu juga Islam telah memerintahkan agar berlaku adil pada keluarga, sama ada kepada suami, isteri dan anak-anak. Ketika Basyir ibnu Saad Al-Ansari hendak mendapatkan persaksian Rasulullah SAW terhadap hibah atau pemberian tertentu, dia mengutamakan pemberian tersebut kepada sebahagian anak-anaknya.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “Adakah semua anak kamu berikan yang seumpama ini?" Basyir menjawab, “tidak." Rasulullah SAW bersabda, “Carilah penyaksian ke atas pemberian tersebut selain daripadaku, aku tidak akan membuat persaksian atas ketidakadilan." (riwayat Nasaie)

Ini menggambarkan keadilan harus diberikan, sama ada kepada yang disayanginya atau tidak disayanginya supaya perasaan sayang seseorang itu tidak bersekongkol dengan kebatilan.

Alangkah hebatnya perintah untuk berbuat keadilan ini sehingga al-Quran meminta kepada kita agar berlaku adil, walaupun terhadap orang yang kita musuhi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalamkan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah: 8)
Keadilan sosial

Antara bentuk keadilan yang paling jelas ditekankan oleh al-Quran ialah keadilan sosial di mana ia memberi maksud keadilan dalam pembahagian kekayaan, memberi peluang secukupnya kepada rakyat, mendekatkan jurang yang luas antara yang kaya dan miskin, membataskan monopoli orang-orang yang kaya dan mengangkat taraf hidup orang-orang miskin.
Al-Quran turut menganjurkan supaya diberi perhatian penting kepada orang-orang yang kurang bernasib baik dan pengabaian terhadap perkara ini dengan ancaman neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim; Selain itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya 70 hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. (al-Haqqah: 30-34)

Agama juga memerintahkan kepada kita untuk berlaku adil dalam perkataan. Kemarahan kita tidak boleh menjadi alasan untuk kita tidak berkata benar dan kerelaan kita kepada seseorang tidak menjadi pendorong kepada kita untuk kita berkata suatu yang tidak benar.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu). (al-An'aam: 152) ...

Tuesday, May 13, 2014

NIAT

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Persoalan pendidikan ialah persoalan mendidik hati manusia. Hati yang sejahtera melahirkan perbuatan mulia. Perbuatan yang sejahtera melahirkan pula masyarakat berakhlak, penyayang dan bertamadun. 

Koleksi hati yang sejahtera menjadi lambang umat sejahtera dalam semua aktiviti kehidupan. Dalam pendidikan, perhatikan beberapa inti sari nasihat Luqman Al-Hakim terhadap anaknya. 


Keikhlasan menjadi lambang awal hati yang sejahtera. Sabda Rasulullah SAW yang terkenal dalam bab keikhlasan niat perlu direnungi secara mendalam. Sabda Baginda: “Sesungguhnya amalan itu bergantung pada niat.” 

Sesiapa yang hijrahnya kerana Allah SWT dan Rasul-Nya, maka hijrahnya bagi Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dicarinya atau wanita yang akan dinikahinya maka hijrahnya bagi niat hijrahnya. 

Sukatan keikhlasan 

Menurut an-Nawawi, itu adalah paksi Islam. Ilmuwan Islam dulu dan kini, menjadikan ia sebagai pendahuluan dalam tulisan masing-masing. Hadis ini menjadi timbang tara sukatan keikhlasan sebelum memulakan sesuatu perbuatan. 
Seseorang mendapat perlindungan serta pertolongan Ilahi bergantung pada nilai niatnya. Beriman dengan hati yang tulus ikhlas tanpa sebarang kesyirikan menjadi nasihat utama Luqman kepada anaknya. 

Syirik bukan saja berlaku kepada aspek keimanan, syirik amalan boleh berlaku dalam perbuatan seseorang. Perasaan riak, menunjuk-nunjuk kepada manusia, berbangga dengan tindak-tanduknya menjadi sebahagian syirik amalan mengikut an-Nawawi. 

Antara tanda ikhlas seseorang ialah perbuatannya semata-mata kerana Allah SWT, dia tidak menyukai orang mengetahui sedikit pun daripada amalan baiknya. Mereka yang ikhlas tidak mengambil kira sama ada perbuatannya mendapat pujian asalkan mendapat keredaan Ilahi. 

Perbuatan zahir dan batin bagi orang yang ikhlas adalah bersamaan. Amalan sukakan pujian manusia menunjukkan pengamalnya tidak ikhlas melakukan sesuatu apatah lagi dia sendiri yang memuji perbuatannya...

Monday, May 12, 2014

DOA IBU

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Anak diwajibkan mentaati dan menggembirakan hati ibu pada setiap masa. Alangkah beruntungnya ibu yang sentiasa didoakan kesejahteraan oleh anaknya seperti mana ibu yang tidak pernah putus mendoakan kebaikan kepada anaknya.

Doa ibu mustajab sementara bagi hubungan ibu dan anak tidak akan terputus, malah yang kekal bagi ibu adalah doa anaknya walaupun selepas ketiadaannya nanti. 

Dunia ini hanya persinggahan sementara, tetapi amalan kita berkekalan hingga ke akhirat. Justeru, pastikan setiap amalan khususnya yang dapat menggembirakan hati ibu dilaksanakan secara istiqamah. 

Firman Allah SWT: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungkannya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf, ayat 5)

Berkorban untuk ibu

Ibu sanggup berkorban harta dan nyawa untuk anak dan sepatutnya, begitu jugalah anak berkorban untuk ibu. Khususnya kepada yang sudah bergelar ibu, pasti memahami perasaan ibu yang kini sedang melalui usia tua mereka.

Firman Allah SWT: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungkannya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf, ayat 5)

Anak lelaki lebih-lebih lagi perlu memainkan peranan mereka kerana tanggungjawab memelihara kebajikan ibu bapa tidak terputus walaupun selepas mereka berumah tangga. Perkara ini sering dipandang remeh golongan lelaki. 
Seorang anak soleh akan cuba menjadi suami yang baik dan pada masa sama, mengekalkan status anak yang taat kepada ibu bapanya. Janganlah mereka termasuk dalam golongan yang sanggup membuang ibu bapa kerana mementingkan diri.

Jika suami adalah anak yang taat, semestinya isterinya akan menjadi menantu solehah hasil didikan suami. Isteri juga diingatkan supaya tidak menghalang suami taat kepada ibu bapa mereka sebaliknya perlu faham kedudukan suami serta tanggungjawabnya terhadap kedua-dua orang tuanya.

Banyak kisah mengenai anak derhaka dipaparkan dan dijadikan plot drama sebagai peringatan kepada anak supaya tidak melakukan penderhakaan yang serupa. Jadikan kisah sedih itu sebagai pengajaran supaya kita terselamat daripada kemurkaan Allah SWT.

Tidak dinafikan tuntutan tugas ada kala menjadi penghalang kepada anak untuk menziarahi ibu bapa, tetapi hubungan mesra masih boleh dijalinkan melalui komunikasi yang canggih. Manfaatkan kehebatan teknologi untuk memastikan hubungan kekeluargaan berkekalan.

Ramai menyatakan setiap hari adalah hari ibu, tetapi realitinya, tidak semua berkesempatan meraikan ibunya setiap hari terutama bagi yang sudah mempunyai keluarga sendiri. Maka, tidak salah jika hujung minggu atau kesempatan pulang ke kampung dijadikan hari istimewa menghargai ibu.

Berkumpul pada hari istimewa seperti sambutan hari ulang tahun kelahiran ibu juga boleh menjadi hari istimewa seluruh ahli keluarga. Banyak cara untuk menghargai ibu dan anak perlu kreatif membuatkan ibu berasa diri istimewa serta sentiasa dihargai.

Tiada alasan tidak membahagiakan ibu

Kesimpulannya, tidak ada alasan untuk tidak membahagiakan ibu kerana hendak seribu daya, tidak hendak, banyaklah dalihnya. Jika anak tahu besarnya pahala hanya menatap wajah ibu, pasti mereka akan sentiasa mencari peluang menziarahi ibu mereka.

Jangan jadikan kerjaya sebagai penghalang kerana kebahagiaan serta doa ibu boleh menyumbang kepada kebahagiaan dan kejayaan seseorang anak...

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Mungkin semua kita sudah memahami bahwa setiap kita adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggung-jawabannya. Termasuk juga seorang suami dalam keluarga, adalah pemimpin dalam keluarga yang akan dimintai pertanggung-jawabannya terhadap keluarganya. Allah Ta’ala berfirman:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)” (QS. An Nisaa: 34)
Rasulullah Shallallahu’alahi Wasallam juga bersabda:
كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، الإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا
“Setiap kalian adalah orang yang bertanggung jawab. Setiap kalian akan dimintai pertanggung-jawabannya. Seorang imam adalah orang yang bertanggung jawab dan akan dimintai pertanggung-jawabannya. Seorang lelaki bertanggung jawab terhadap keluarganya dan akan dimintai pertanggung-jawabannya. Seorang wanita bertanggung jawab terhadap urusan di rumah suaminya dan akan dimintai pertanggung-jawabannya” (HR. Bukhari 893, Muslim 1829).
Namun banyak yang belum memahami bentuk kepemimpinan seorang suami dalam keluarga. Sehingga ketika terjadi kesalahan yang penyimpangan yang terjadi di dalam keluarga, sebagian suami mentoleransi hal tersebut dan tidak merasa itu bagian dari tugasnya sebagai pemimpin. Misalnya ketika seorang istri atau anak perempuannya tidak berjilbab, suami berkata: “saya sebenarnya ingin mereka berjilbab, tetapi saya tidak memerintahkan mereka, biarlah kesadaran berjilbab datang dari diri mereka sendiri“. Atau ada juga suami yang merasa tugas kepemimpinannya hanyalah sekedar “memberi tahu”, semisal ketika anaknya berpacaran (dan pacaran adalah maksiat), ia berkata: “sebenarnya saya sudah sampaikan kepadanya bahwa pacaran itu tidak baik, namun ia sudah dewasa, biarlah ia memilih apa yang menurutnya baik“. Secara common sense saja sebetulnya kita mengakui bahwa yang demikian itu bukanlah pemimpin, atau kalau mau dikatakan pemimpin pun maka pemimpin yang lemah.

Wajibnya Amar Ma’ruf Nahi Munkar Dalam Keluarga

Ketahuilah amar ma’ruf nahi mungkar sejatinya wajib bagi semua individu muslim, entah ia sebagai anak, istri ataupun belum berkeluarga. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال : لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
“Agama adalah nasehat”. Para sahabat bertanya: “Untuk siapa?”. Beliau menjawab: “Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para imam kaum muslimin dan umat muslim seluruhnya” (HR. Muslim, 55)
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam memerintahkan kita beramar-ma’ruf nahi-mungkar kepada semua Muslim, dengan tangan jika mampu, apabila tidak mampu maka menasehati dengan lisan atau minimal dengan hati:
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده . فإن لم يستطع فبلسانه . فإن لم يستطع فبقلبه .وذلك أضعف الإيمان
“Barang siapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemahnya iman” (HR. Muslim, 49)
Dan amar ma’ruf nahi mungkar dalam ruang lingkup keluarga itu lebih ditekankan lagi wajibnya, Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Wahai orang-orang yang beriiman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan” (QS. At Tahrim: 6)
Dan bagi seorang suami di dalam keluarga yang ia pimpin, kewajiban ini menjadi lebih wajib lagi. Mengapa demikian? Karena sudah atau belumnya ia mengerjakan amar ma’ruf nahi mungkar dalam keluarganya akan dimintai pertanggung-jawaban di akhirat.
كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، الإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Setiap kalian adalah orang yang bertanggung jawab. Setiap kalian akan dimintai pertanggung-jawabannya. Seorang imam adalah orang yang bertanggung jawab dan akan dimintai pertanggung-jawabannya. Seorang lelaki bertanggung jawab terhadap keluarganya dan akan dimintai pertanggung-jawabannya” (HR. Bukhari 893, Muslim 1829).
Dan seorang suami asalnya adalah orang yang paling mampu untuk mengubah kemunkaran dalam keluarganya dengan tangannya atau lisannya. Maka wajib bagi seorang suami untuk memerintahkan keluarga untuk mengerjakan perkara-perkara yang wajib bagi mereka dan melarang mereka dari hal-hal yang dilarang agama. Jadi perlu digaris bawahi, hukumnya wajib, bukan sunnah bukan pula mubah. Dalam kitab Riyadhus Shalihin, Imam An Nawawi membuat judul bab:
باب وجوب أمره أهله وأولاده المميزين وسائر من في رعيته بطاعة الله تعالى ونهيهم عن المخالفة وتأديبهم ومنعهم من ارتكاب مَنْهِيٍّ عَنْهُ
“Bab wajib (bagi seorang suami) untuk memerintahkan istrinya dan anak-anaknya yang sudah mumayyiz serta semua orang yang ada dalam tanggung jawabnya untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah Ta’ala dan melarang mereka dari semua penyimpangan serta wajib mengatur mereka serta mencegah mereka terhadap hal-hal yang dilarang agama”.
Ibnu ‘Abdil Barr mengatakan:
فواجب على كل مسلم أن يعلم أهله ما بهم الحاجة إليه من أمر دينهم ويأمرهم به، وواجب عليه أن ينهاهم عن كل ما لا يحل لهم ويوقفهم عليه ويمنعهم منه ويعلمهم ذلك كله
“wajib bagi setiap muslim untuk mengajarkan keluarganya perkara-perkara agama yang mereka butuhkan dan wajib memerintahkan mereka untuk melaksanakannya. Wajib juga untuk melarang mereka dari segala sesuatu yang tidak halal bagi mereka dan menjauhkan serta mencegah mereka dari semua itu. Dan wajib mengajarkan mereka semua hal ini (perintah dan larangan)” (Al Istidzkar, 510)
Jadi tidak benar seorang disebut “ulama” dan juga “cendikiawan Muslim” di negeri kita ini, yang anaknya tidak memakai jilbab, yang berkata: “saya tidak pernah memerintahkannya berjilbab, kalau ia mau berjilbab biarlah itu dari kesadarannya sendiri“. Perkataan yang dianggap bijak oleh orang-orang awam namun merupakan kesalahan yang fatal. Seolah-olah keshalihahan atau kebobrokan keluarganya itu bukanlah tanggung jawabnya. Inilah yang disebut dayyuts, yaitu suami yang tidak mengingkari kemaksiatan dan penyimpangan yang dilakukan keluarganya. Cukuplah dalam hal ini ancaman keras dari Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam:
ثلاثةٌ لا يَدخلُونَ الجنةَ: العاقُّ لِوالِدَيْهِ ، و الدَّيُّوثُ ، ورَجِلَةُ النِّساءِ
“Tidak masuk surga orang yang durhaka terhadap orang tuanya, dayyuts (suami yang membiarkan keluarganya bermaksiat), dan wanita yang menyerupai laki-laki” (HR. Al Baihaqi dalam Al Kubra 10/226, Ibnu Khuzaimah dalam At Tauhid 861/2, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Al Jami’, 3063).

Berlaku Hikmah Kepada Keluarga

Setelah mengetahui kewajiban suami untuk beramar ma’ruf nahi mungkar kepada keluarganya, perlu diketahui bahwa hal tersebut semestinya dilakukan dengan hikmah, bukan cara yang serampangan atau kasar. Beramar ma’ruf nahi mungkar diniatkan untuk memperbaiki dan menunjukkan kebaikan, bukan untuk menimbulkan kemungkaran lain atau bahkan yang lebih besar. Demikianlah sifat amar ma’ruf nahi mungkar yang benar kepada seluruh manusia secara umum. Terlebih kepada keluarga, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
“Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku” (HR. At Tirmidzi 3895, ia berkata: “hasan gharib shahih”)
Al Munawi menjelaskan: “(aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku) yaitu dalam urusan agama maupun urusan dunia” (Faidhul Qadhir, 3/496). Ibnu ‘Allan mengatakan: “maksud dari (aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku) adalah bahwa beliau adalah yang paling baik sikapnya terhadap keluarga beliau dan paling sabar menghadapi mereka dengan segala perbedaan keadaan mereka” (Dalilul Falihin, 3/105).
Maka seorang suami yang bijak adalah yang senantiasa beramar ma’ruf nahi mungkar terhadap keluarganya dengan cara-cara yang baik, penuh kelembutan, kesabaran dan akhlak selain itu juga efektif, kreatif, solutif dan tepat sasaran sehingga tidak menimbulkan friksi-friksi yang justru berujung pada kerusakan yang lebih besar dari kemungkaran yang diingkari.

Hidayah Hanya Milik Allah

Sebagai penutup bahasan ini, penting untuk diketahui bahwa hidayah itu di tangan Allah. Yang menjadi tanggung jawab kita adalah proses, bukan hasil. Adapun hasil, itu di tangan Allah. Kita diperintahkan untuk beramar ma’ruf nahi mungkar dengan cara yang benar, adapun hasilnya apakah keluarga kita menjadi orang bertaqwa ataukah tidak, kelak menjadi penghuni neraka ataukah surga, itu di tangan Allah.
لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ
“Bukanlah kewajibanmu apakah mereka mendapat petunjuk (atau tidak), akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya” (QS. Al Baqarah: 272)
Sebagaimana kita sendiri tidak bisa menjamin diri kita berada senantiasa di atas hidayah Allah, kita juga tidak bisa menjamin dan memastikan seseorang untuk mendapat hidayah Allah. Bahkan para Nabi pun tidak bisa memastikan hal tersebut pada keluarga mereka. Ingat kisah Nabi Nuh yang anak-istrinya enggan mengikuti ajakannya untuk bertauhid, juga kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam yang ayahnya tidak mendapat hidayah untuk bertauhid, dan banyak lagi. Yang dituntut darii kita adalah berproses, adapun hasil ada di tangan Allah...

JANGAN TERTIPU DENGAN ORANG YANG "MEMPERJUANGKAN" ISLAM

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga akhir zaman.
Seringkali kita mendengar seruan saudara kita untuk berjihad, untuk membela Islam melalui parlemen, atau membela Islam melalui penegakan khilafah. Mereka betul-betul semangat dalam hal ini. Namun janganlah tertipu. Tidaklah semua yang mengaku membela dan memperjuangkan Islam itu benar dan menempuh jalan yang benar. Barangkali mereka adalah orang-orang yang fajir dan bermaksiat pada Allah dengan perjuangan mereka. Barangkali jalan yang mereka tempuh itu keliru.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّهُ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلاَّ نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ ، وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ
“Sesungguhnya tidak akan masuk surga orang kecuali jiwa yang muslim. Namun boleh jadi Allah akan memperjuangkan agama ini melalui orang yang fajir (bermaksiat).” (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadits di atas adalah cuplikan dari sebuah hadits dari Abu Hurairah Radhiallahu’anhu, beliau mengatakan:
“Kami pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu beliau mengatakan pada orang yang mengaku Islam, “Dia termasuk penduduk neraka.” Ketika mengikuti peperangan, orang tersebut begitu semangat. Namun ia terkena luka parah. Kemudian ada yang berkata pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Yang engkau katakan bahwa ia termasuk penduduk neraka, ia benar-benar hari itu telah berperang lalu ia mati.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tetap mengatakan, “Ia penghuni neraka.” Sebagian orang pun terheran-heran dan tetap dalam keadaan seperti itu. Ternyata, ada yang menceritakan bahwa orang tersebut sebelum mati, ia memiliki luka yang cukup parah. Ketika di malam hari, ia tidak sabar menahan lukanya yang parah tersebut. Lalu ia pun membunuh dirinya sendiri. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dikabarkan tentang hal ini. Kemudian beliau pun bersabda,
اللَّهُ أَكْبَرُ ، أَشْهَدُ أَنِّى عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
“Allahu akbar. Sesungguhnya aku bersaksi bahwa aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” Kemudian beliau pun memerintahkan Bilal dan beliau menyeru pada manusia,
إِنَّهُ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلاَّ نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ ، وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ
“Sesungguhnya seseorang tidak akan masuk surga kecuali jiwa yang muslim. Namun boleh jadi Allah akan memperjuangkan agama ini melalui orang yang fajir (bermaksiat).”1
Faedah dari hadits di atas:
Pertama: Bukhari membawakan hadits ini dalam Bab “Allah akan menolong agama ini, walaupun melalui orang yang fajir (bermaksiat).”
Kedua: An Nawawi membawakan hadits ini dalam Bab “Peringatan keras terhadap haramnya bunuh diri. Ingatlah bahwa seseorang yang membunuh dirinya sendiri akan disiksa di neraka dengan cara ia melakukan bunuh diri. Dan tidak akan masuk surga kecuali jiwa yang muslim.”
Ketiga: Orang muslim pasti masuk surga. Namun boleh jadi dia masuk surga langsung. Dan boleh jadi ia masuk surga dengan terlebih dahulu mampir di neraka.2
Keempat: Bunuh diri termasuk dosa besar karena diancam neraka. Namun pelakunya tidaklah keluar dari Islam -selama tidak melakukan pembatal keislaman yang lain- karena ia masih disebut mukmin sebagaimana disebutkan dalam ayat berikut,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا , وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ عُدْوَانًا وَظُلْمًا فَسَوْفَ نُصْلِيهِ نَارًا وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Dan barang siapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (QS. An Nisa’: 29-30)
Kelima: Orang yang bunuh diri akan disiksa sebagaimana cara ia melakukan bunuh diri. Hal ini disebutkan dalam hadits lainnya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَىْءٍ عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Barangsiapa yang membunuh dirinya sendiri dengan suatu cara yang ada di dunia, niscaya kelak pada hari kiamat Allah akan menyiksanya dengan cara seperti itu pula.”3
Contohnya adalah orang yang mati bunuh diri karena mencekik lehernya sendiri atau mati karena menusuk dirinya dengan benda tajam.
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الَّذِى يَخْنُقُ نَفْسَهُ يَخْنُقُهَا فِى النَّارِ ، وَالَّذِى يَطْعُنُهَا يَطْعُنُهَا فِى النَّارِ
“Barangsiapa yang membunuh dirinya sendiri dengan mencekik lehernya, maka ia akan mencekik lehernya pula di neraka. Barangsiapa yang bunuh diri dengan cara menusuk dirinya dengan benda tajam, maka di neraka dia akan menusuk dirinya pula dengan cara itu.”4
Keenam: Jangan tertipu dengan orang-orang yang memperjuangkan atau membela Islam, sampai kita ketahui bahwa mereka benar-benar berpegang teguh pada sunnah (ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam).5 Jadi semata-mata membela Islam dan membuat Islam semakin jaya belum tentu orang tersebut dikatakan berada di atas kebenaran sampai kita tahu bahwa ia memegang ajaran Nabi yang mulia shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lihatlah orang yang bunuh diri yang disebutkan dalam hadits di atas. Dia memperjuangkan Islam dengan berjihad di jalan Allah, namun ia pun berbuat maksiat dengan bunuh diri.
Ketujuh: Memperjuangkan Islam semata-mata bukan dengan modal semangat, namun haruslah menempuh jalan yang benar sebagaimana yang ditempuh para salaf yang sholih.
Kedelapan: Penghafal al Qur’an boleh jadi ada yang fajir (berbuat maksiat). Begitu pula orang yang berjihad bisa saja orang fajir. Namun kesholihan mereka bukan berarti membenarkan kemaksiatan yang mereka lakukan.6
Demikian sedikit faedah yang bisa kami ambil dari hadits di atas sesuai keterbatasan ilmu kami. Semoga bermanfaat.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna...

Friday, May 9, 2014

TIGA SIFAT GULONGAN FASIK

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Huraian Surah Al-Baqarah: 
Mencabuli perjanjian, putuskan silaturahim, tidak amanah

Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang yang rugi.” (Surah al-Baqarah, ayat 27) 


Ayat ini memberi penjelasan siapakah dikatakan orang fasik. Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi memberi takrifan orang fasik ialah mereka yang menjauhi daripada manhaj Allah SWT. 


Untuk mewujudkan persaudaraan sebenar dan menghapuskan perbezaan yang sengaja diada-adakan ialah dengan menekankan sebenarnya tiada perbezaan keturunan dan bangsa. Bahkan berbangga-bangga dengan nasab dan keturunan adalah perbuatan batil.

Berdasarkan ayat itu, Allah SWT menjelaskan tiga ciri orang fasik, pertama, mencabuli perjanjian dengan Allah SWT. Perjanjian dicabuli itu ialah keimanan kepada Allah SWT iaitu fitrah bertuhan yang wujud dalam diri manusia. Mereka meletakkan diri lebih tinggi daripada janji yang sepatutnya dipatuhi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Surah al-A’raf, ayat 172) 

Kedua ialah memutuskan persaudaraan dan silaturahim. Sheikh Muhammad Syed Tantawi dalam tafsirnya berpandangan, memutuskan apa yang disuruh Allah SWT itu adalah berbentuk umum termasuk memutuskan hubungan silaturahim.

Bina hubungan baik sesama manusia 
Allah SWT memerintahkan supaya dibina hubungan antara manusia merangkumi hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan selain ikatan hubungan atas akidah dan persaudaraan Islam. Apabila hubungan itu diputuskan, berlakulah kerosakan dan keadaan huru-hara yang berleluasa.

Mereka tidak akan menunaikan hak terhadap keluarga, anak yatim dan fakir miskin, malah mereka sanggup membelakangkan hak siapa saja asalkan kepentingan mereka tercapai.

Untuk mewujudkan persaudaraan sebenar dan menghapuskan perbezaan yang sengaja diada-adakan ialah dengan menekankan sebenarnya tiada perbezaan keturunan dan bangsa. Bahkan berbangga-bangga dengan nasab dan keturunan adalah perbuatan batil. 

Perkara yang sentiasa ditekankan al-Quran ialah menegakkan keadilan sosial dalam pembahagian kekayaan, memberi peluang secukupnya kepada rakyat, mendekatkan jurang antara kaya dan miskin, membataskan monopoli orang kaya serta mengangkat taraf hidup orang miskin. 

Namun, persaudaraan Islam bukan secara membuta tuli, tetapi atas dasar menegakkan kebenaran dan melenyapkan kebatilan seperti mencegah pencerobohan serta mengembalikan hak orang yang teraniaya. 

Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu tercegat berdiri melihat seseorang dipukul dengan penuh kezaliman kerana laknat akan turun ke atas sesiapa yang melihatnya tanpa mencegah perbuatan itu.” (Riwayat At-Tabrani) 

Perasaan sedih terhadap orang lain yang ditimpa kesusahan menyebabkan seseorang berusaha menolong dan tidak akan berasa tenang selagi penderitaan orang itu tidak dapat dikurangkan atau dihilangkan.

Jika kita melihat sesuatu keburukan dilakukan kepada saudara seislam lain atau berlaku penghinaan dan pengaiban ke atas dirinya, maka kita bersedia membantu sehingga dia duduk kembali ke tempat selayak untuknya atau mengambil balik haknya yang telah dirampas.

Dabik dada dengan kuasa

Sudah tentu kewajipan itu menjadi semakin berat bagi mereka yang mempunyai pangkat dan kuasa dalam masyarakat kerana kuasa bukan bererti seseorang itu boleh mendabik dada dan berbangga, tetapi hendaklah dia menggunakan pengaruh untuk membantu orang lain dengan penuh keikhlasan.

Ajaran Islam dalam semua sudut memupuk persaudaraan supaya ia tidak dicemari unsur yang boleh mengeruhkan. Justeru tidak dibenarkan seseorang itu walaupun sekadar mengganggu fikiran atau perasaan orang lain. 

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak halal bagi seorang Muslim menakutkan Muslim yang lain.” (Riwayat Abu Daud) 

Bagi meneguhkan persaudaraan, Islam mengharamkan seseorang berbangga-bangga dan membesar-besarkan dirinya sehingga melahirkan sifat mazmumah seperti mengeji, menghina serta merendahkan orang lain. 

Ciri ketiga orang fasik ialah membuat kerosakan dan bencana di bumi. Terdapat pelbagai bentuk kerosakan hasil penyelewengan manusia daripada kebenaran.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah saatnya (kehancuran). Abu Hurairah bertanya: Bagaimana amanah itu disia-siakan wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Jika suatu urusan diserahkan pada orang yang bukan ahlinya (tidak memenuhi syarat).” (Riwayat Bukhari) 

Umat yang tidak amanah terbabit dengan kegiatan rasuah dalam urusan umum tanpa memikirkan kepentingan orang ramai, akhirnya mereka yang layak dan berkebolehan diketepikan dan yang tidak layak mengambil tempat...

Thursday, May 8, 2014

MUKADIMAH

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Assalamualaikum wrt...
Salam berbahagia kepada semua warga facebook jua blogger,
Apa kabar .?. semoga dirahmati Allah jua hendaknya...
Apa apa pun yang kita lakukan hari ini, semua nya sudah diilhamkan dan telah tertulis apa hajat dan maksud akan segala, kita tidak bolih lari dari apa yang telah kita lakukan sehari hari didalam hidup kita, cuma hanya sebelum dan sesudahnya melakukan atau melakunkan watak watak tersebut,
Begitu juga diri saya yang kerdil lagi hina ini, apa apa pun yang saya lakukan dan sampaikan kedalam kotak komen saya itu adalah dengan niat dan hati yang ikhlas, tanpa ada rasa ingin disokong, bangga atau mahu diperkatakan orang, hanya Allah yang maha mengetahui, segala nya keatas ketentuan nya semata mata,(Ilham Pujangga) Politik dan masyarakat tidak akan terpisah, begitulah juga kehidupan kita serta juga sifat sifat kita, itu semua berpandukan kepada aqal dan fikiran kita, jika kita rasa perbuatan itu benar benar membawa kebaikan, maka kebaikan juga lah yang akan kita terima, dan jikalau kita melakukan kerja kerja yang bolih memudaratkan diri diperkata orang maka hentikan lah, pembentukan dan pembangunan akhlak sesaorang manusia itu berpandukan kepada ilmu dan pengalaman mereka yang telah dilalui olih mereka, dalam aspek keagamaan, kemasyarakatan begitu juga didalam arena berpolitik, semua itu tersusun dengan baik agar pendekatan itu mampu untuk menawan hati dan perasaan individu yang ingin memahami hakikat sebenar nya, bukan sahaja tergulong dari pendakwah malah ianya berpandukan kepada perjalanan mereka sendiri, yang menjadi ikutan dan contoh teladan yang mereka telah lakukan,
Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali,
JANGAN DISANGKA ORANG JAHAT ITU, TANPA ADA ILMU,
DAN ORANG YANG BAIK ITU BERILMU, FIKIR FIKIRKAN
DAN SELAMAT MERENUNG ...
MANUSIA HANYA SEMPURNA PADA SIFAT NYA,
YANG TIDAK SEMPURNA ITU, AQAL DAN FIKIRAN NYA,



Monday, May 5, 2014

URUSAN DIRI

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS

Kebanyakan Muslim hari ini tidak lagi menghiraukan urusan mengingati mati sehingga ada beranggapan kematian tidak penting. Lebih parah lagi, apabila lahir keadaan masyarakat seperti sudah tidak mahu mempelajari hakikat kematian dan aspek keimanan yang lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasuk ke syurga, menanglah dia. Tidaklah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Ali-Imran, ayat 185) 


Mengingati mati bukan saja menimbulkan rasa sesal di atas dosa dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang Allah SWT. 


Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang, tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

Nabi Muhammad SAW apabila ditanya siapakah yang paling bijak, lantas Baginda menjawab: “Orang yang bijak ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh kematian.” 

Bersedia hadapi kematian

Sebagai Mukmin beriman, kita hendaklah sentiasa berusaha membuat persediaan menghadapi kematian. Segala amal kebaikan hendaklah dilakukan sebanyak mungkin kerana kita tidak tahu apakah keesokan hari kita masih diizinkan oleh Allah SWT mengecap kenikmatan dikecapi ini. 

Bayangkan jika kita ‘dijemput’ Allah SWT ketika sedang berseronok dengan nikmat dunia yang begitu melalaikan. Masa itu kita merayu, menangis, merintih atau berteriak sekalipun untuk dihidupkan kembali semua tiada guna lagi. 


Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat dua golongan manusia ketika berhadapan dengan kematian. Golongan pertama adalah yang tenggelam dengan dunia, hiburan serta kemewahan. Mereka takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia.

Kerja dunia dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bermati-matian, tetapi amal ibadah dibuat ala kadar saja. Soal menutup aurat dianggap remeh. Golongan ini juga susah untuk dilihat di masjid mahupun majlis ilmu, tetapi begitu senang dilihat di pesta hiburan yang melalaikan.

Sementara golongan kedua pula yang apabila terdengar berita atau tazkirah mengenai kematian, pasti akan timbul rasa takut dan bimbang nasib di alam kubur. Kesannya mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri daripada maksiat.

Pada masa sama, mereka tidak meninggalkan dunia kerana mengingati mati itu menjadikan mereka sangat mengambil berat mengenai ibadah dan ilmu pengetahuan. Hasilnya, mereka memahami erti Islam sebenar yang menggalakkan umatnya untuk bekerja dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang, tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

ADAT MENEGUR

MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS
Berbicara dengan lembut, selami perasaan individu kelompok sasaran

Seorang pengerusi jawatankuasa di sebuah masjid menggunakan bahasa agak kasar dan keras ketika menegur jemaah sehingga menyebabkan sebahagian daripada mereka berkecil hati serta terkilan dengan teguran itu. 


Mereka menganggap kata-kata yang agak emosional serta tidak sepatutnya diungkapkan hanya disebabkan perkara kecil yang terlanjur dilakukan oleh jemaah. Akibatnya, segelintir jemaah mula menjauhkan diri daripada masjid itu dan ada yang memilih untuk berjemaah di masjid lain. 


Hal ini tentulah merugikan kita pada saat kita sedaya upaya berdakwah untuk mendidik lebih ramai masyarakat mencintai dan memakmurkan masjid serta surau.

Islam sebagai agama yang syumul sangat menekankan persoalan berkaitan hubungan dalam masyarakat khususnya aspek menegur atau menasihati orang lain. Ini penting kerana pendekatan yang betul akan memberi impak besar dalam hubungan sosial.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah an-Nahlu, ayat 125) 

Adab menegur perlu ikut syariat 
Adab dan tatacara menegur perlu mengikut syariat yang diajar oleh Islam melalui contoh akhlak ditunjukkan Rasulullah SAW serta sahabat. Antara adab Islam ketika menegur adalah menggunakan kata-kata yang baik, sesuai serta difahami oleh orang yang ditegur.

Nada dan intonasi digunakan ketika berbahasa juga akan menjadi penilaian sama ada teguran itu dianggap lunak, lemah lembut, bersopan atau sebaliknya.

Perkara kedua yang perlu ditekankan ketika menegur ialah jangan sesekali merendahkan ego terhadap orang yang ditegur. Ini penting kerana setiap orang mempunyai ego masing-masing. Justeru, sikap bijaksana dan berhati-hati perlu dijadikan teras ketika berhadapan dengan mereka. 

Kemungkinan orang yang hendak ditegur itu sedang ditimpa musibah atau masalah emosi yang boleh menyebabkan mereka mengeluarkan kata-kata kurang ajar selepas ditegur. Banyak kes yang berlaku orang yang ditegur bertindak balas secara kekerasan hingga berlaku permusuhan.

Perkara ketiga perlu diambil berat ialah mencari waktu atau masa yang tepat dan bersesuaian. Nabi Muhammad SAW melarang kita menegur seseorang di hadapan khalayak ramai kerana ia boleh menimbulkan perasaan aib.

Justeru, tegurlah ketika seseorang itu berada dalam keadaan bersendirian atau di tempat yang tertutup supaya teguran kita diterima dengan senang hati. Perhatikan juga raut wajah serta perwatakan supaya maruah dan harga diri mereka terpelihara daripada umpatan dan dipandang serong oleh orang lain.

Aspek seterusnya adalah memahami dan menyelami kedudukan seseorang yang ditegur. Setiap individu mempunyai pangkat, kerjaya serta darjat dalam masyarakat sama ada tinggi, rendah atau sederhana.

Orang yang berpendidikan atau memiliki kerjaya hebat perlu ditegur dengan hujah ilmiah melalui perbahasan bijaksana serta berilmu. Selain itu, fakta dan nas yang betul perlu dijadikan sandaran demi menegakkan kebenaran yang ingin dipertahankan.

Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda: “Barang siapa yang melihat kemungkaran dalam kalangan kamu hendaklah dicegah dengan tangan (kuasa). Sekiranya tidak mampu hendaklah dicegah dengan lidah (nasihat). Jika tidak mampu juga cegahlah dengan hati (niat). Maka itu adalah serendah-rendah iman.” 

Dakwah secara lemah lembut

Setiap rasul yang diutuskan Allah SWT kepada umat mereka akan menggunakan kaedah dakwah menyampaikan kebenaran secara lemah lembut, tertib, bersopan santun serta menjauhi daripada ungkapan yang emosional, celupar atau penggunaan kata-kata kesat.

Nabi Musa dan Nabi Harun sewaktu berhadapan dengan Firaun menunjukkan kebaikan melalui kata-kata yang lunak dan berhemah meskipun berhadapan dengan kebiadapan serta kezaliman Firaun.

Rasulullah SAW sentiasa menggunakan bahasa yang baik dan bijaksana sewaktu berdialog serta berhujah dengan golongan Musyrikin atau Yahudi ketika menyampaikan kebenaran agama Islam kepada mereka. 

Masyarakat Melayu sejak zaman nenek moyang lagi menggunakan kaedah menegur secara halus dan sinis termasuk menggunakan bidalan, perumpamaan serta kata-kata pepatah supaya orang yang ditegur tidak mudah berasa hati atau cepat melenting.

Wajarlah dalam hal ini, pendidikan menegur dengan bahasa yang betul dan berlapis dijadikan amalan dalam masyarakat demi memastikan silaturahim, kerukunan terus utuh yang membentuk tembok kukuh membina generasi teguh, berprinsip serta cinta-mencintai sesama sendiri.