MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Friday, September 28, 2012

MISI DAN VISI KAMI AL-EHSAN MALAYSIA




























MISI DAN VISI AL-EHSAN MALAYSIA... 

Kami berikrar dengan bersungguh-sungguh untuk mendukung hala tuju AL-EHSAN MALAYSIA.

2. Kami berjanji mematuhi peruntukkan perlembagaan sebagai dan menjadi ahli 

yang berdaftar dan terus berusaha mencapai objektif pertubuhan supaya menjadi sebuah organisasi Melayu yang terulung.

3. Kami akan bergiat secara aktif dalam bidang Ekonomi yang menyumbang ke arah pertumbuhan Ekonomi negara.
Menyokong aktiviti meningkatkan pemilikan harta melalui Yayasan Al Ehsan Malaysia. Meningkatkan pendapatan dan keuntungan dari perniagaan dalam Koperasi AL-EHSAN Bhd.

4. Kami terus mempergiatkan kerja-kerja kebajikan dikalangan ahli-ahli AL-EHSAN Malaysia.

5. Kami berusaha menimba ilmu yang memberi manfaat sesuai dengan keperluan negara bagi menjadi masyarakat yang berilmu dan bermaklumat, kreatif, inovatif dan mempunyai pemikran kelas satu.

6. Kami komited untuk menyediakan tabung bagi membiayai aktiviti pelaburan, perniagaan, ikuiti dan pendidikan...
7. Kami berusaha bersunggu-sungguh untuk menyuburkan semangat perpaduan dikalangan ahli dan juga perpaduan nasional bagi menjamin kehidupan yang makmur, bahagia dan sejahtera...





HALATUJU KAMI


Hala Tuju

Aktiviti AL-EHSANsemenjak ditubuhkan hanya berkisar kepada aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. Tiada program khusus diatur untuk membangunkan pendidikan maupun ekonomi secara legal dan teratur. Oleh itu tidak ramai ahli-ahli yang mendaftar secara rasmi walaupun mengaku bersama-sama dalam perjuangan itu.
Dengan era baru kepimpinan AL-EHSAN, pelan pembangunan 5 tahun telah dirangka untuk menyahut seruan kerajaan agar NGO memain peranan membangun masyarakat melalui dasar-dasar negara yang telah dirangka.
Untuk itu Koperasi AL-EHSAN dan Yayasan AL-EHSAN telah ditubuhkan. Bagi tujuan penyebaran maklumat dengan kaedah terkini, Laman Web AL-EHSAN didaftar dan dilancarkan di samping Buletin Bulanan AL-EHSAN yang sedang dirangka.
Segala program tersebut tidak akan dapat bergerak sekiranya tiada kefahaman mendalam di kalangan ahli. 
Untuk itu satu modul dan program yang tersusun sedang dirangka untuk mendidik ahli pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat sesuai dengan kemampuan masing-masing. AL-EHSAN bertekad untuk menjadi penyumbang terunggul kepada pencapaian dasar serta wawasan kerajaan ke arah Malaysia Maju dan berdaya saing melalui pengeluaran Sumber Daya Manusia yang bersemangat waja, berakhlak, beramanah dan beriman untuk disalurkan ke dalam bidang pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan contoh di peringkat dunia.

Untuk mencapai hasrat itu, satu unit khas telah ditubuhkan iaitu UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM SERTA JUGA UNIT PERANCANG EKONOMI. Unit ini berfungsi untuk mengkaji segala punca masalah dan kelemahan dalam Pertubuhan dan berusaha ke arah pembangunan dan pembaikan. 
Ia juga berperanan mendidik ahli melalui kelas mingguan dan ceramah umum dan berusaha mengadakan perhubungan dengan pihak Media, 
Ahli Politik, badan-badan NGO serta kerajaan sebagai agen perhubungan awam AL-EHSAN MALAYSIA ...

Thursday, September 27, 2012

ETIKA BERPAKAIAN




APABILA Islam mengharamkan sesuatu perkara, ia juga akan mengharamkan apa sahaja yang akan membawa kepada terjadinya perkara haram tersebut.
Dengan maksud yang lain, Islam turut mengharamkan punca dan penyebab kepada berlakunya sesuatu yang haram, walaupun punca dan penyebab tersebut tidak dinyatakan secara jelas dalam al-Quran dan sunnah.
Sebagai orang yang beriman, kita perlu menutup ruang-ruang berlakunya perkara haram dengan meninggalkannya dan memastikan masyarakat di sekeliling juga dapat menjauhinya.
Demikian yang boleh kita perhatikan kepada hukum pengharaman arak yang bukan sahaja peminum arak sahaja yang berdosa, bahkan terdapat 10 golongan yang terlibat dengan aktiviti tersebut juga berdosa sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW.
Perkara yang sama juga berlaku ke atas pengharaman riba. Bukan sahaja orang yang memakan riba tersebut terkena dengan laknat Allah SWT, bahkan mereka yang menjayakan atau membantu pengamalan riba seperti pemberi makan, saksi dan penulis juga terpalit dengan laknat tersebut.
Demikian juga yang berlaku kepada hukum pengharaman zina. (rujuk al-Israa': 32)
Dalam ayat tersebut, Allah SWT melarang kita melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan diri terjebak ke kancah penzinaan. Ini bermaksud, Allah SWT bukan sahaja mengharamkan zina, Dia juga mengharamkan setiap perkara yang boleh membuka ruang kepada penzinaan.
Justeru, Allah SWT menurunkan hukum-hakam untuk mengawal manusia, menetapkan laluan yang betul dan benar agar mereka terhindar daripada penzinaan. Antaranya ialah etika berpakaian dalam Islam.
Orang yang benar-benar beriman akan suka kepada apa yang disukai oleh Allah SWT. Mereka juga akan benci kepada apa yang dibenci oleh Allah SWT. Ini adalah kerana, orang yang telah mempunyai kemanisan iman (halawatul iman) akan menjadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagai kemuncak kecintaan yang paling tinggi, dan tiada yang boleh mengatasi kecintaan tersebut. Demikian juga dalam berpakaian. Mereka yang beriman hanya akan suka kepada pakaian yang disukai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Secara asasnya, Islam membenarkan kita untuk berpakaian sebagaimana yang kita kehendaki. Namun, Islam menetapkan beberapa garis panduan dalam berpakaian. Antaranya;
1. Menutup aurat.
Pakaian yang ingin dipakai hendaklah dipastikan menutup aurat. Aurat bagi kaum lelaki ialah dari pusat ke lutut dalam keadaan apa sekalipun. Namun, untuk golongan wanita, mereka mempunyai aurat yang berbeza mengikut keadaan dan situasi. Aurat ketika solat dan ketika berada bersama orang yang bukan mahram ialah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. (rujuk an-Nur: 31)
Daripada ayat ini, Allah SWT memerintahkan untuk menutup seluruh tubuh wanita, kecuali muka dan dua tapak tangan. Inilah pandangan yang dikeluarkan oleh Saidina Umar ra dan Aisyah ra.
2. Longgar dan tidak terlalu ketat atau sempit sehingga menampakkan bentuk tubuh.
Ramai wanita Muslimah yang terlepas pandang garis panduan ini. Mereka telah memakai pakaian yang menutup aurat-aurat mereka, namun tetap menampakkan bentuk badan kerana terlalu ketat. Elakkan juga memakai kain yang terlalu lembut sehingga menampakkan susuk tubuh.
3. Pakaian tersebut tidak nipis sehingga menampakkan bayangan tubuh.
Sekiranya kita memakai pakaian yang agak nipis sehingga memungkinkan orang lain nampak bayangan melalui kain yang dipakai, maka perlulah dilapik atau dialas dengan pakaian yang lain. Ini telah diajar oleh Nabi SAW kepada Usamah bin Zaid ra.
Rasulullah SAW pernah menghadiahkan kain jenis Qibtiah yang kurang tebal kepada Usamah bin Zaid. Namun Usamah memberikan pula kain tersebut kepada isterinya untuk dipakai. Suatu hari Rasulullah SAW bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab: "Saya telah berikan kepada isteri saya."
Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada Usamah: "Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)."
4. Tidak memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.
Kita perlu pastikan pakaian yang dipakai tidak terlalu menarik perhatian sehingga boleh mendatangkan fitnah pada diri. Dalam hal ini, kadang-kadang kita perlu berhati-hati dalam memilih pakaian dari segi warna dan corak yang terdapat padanya.
Begitu juga perhiasan lain yang dipakai contohnya; anting-anting seperti rantai, gelang dan cincin yang mungkin boleh menyebabkan hati kita merasa riak, boleh menarik perhatian orang lain, sekali gus ini boleh membahayakan keselamatan diri.
5. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian berlainan jantina.
Sekiranya dia seorang lelaki, janganlah dia memakai pakaian yang menyerupai pakaian perempuan. Begitu juga sebaliknya.
Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (riwayat Abu Daud)
Rasulullah SAW juga telah bersabda: "Bukan daripada golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (riwayat Ahmad).
6. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian orang-orang musyrik.
Ini juga penting untuk kita jaga dan pelihara. Pastikan pakaian yang dipakai tidak menyerupai pakaian yang dikhususkan untuk agama-agama lain. Pastikan juga pakaian kita tidak mengandungi perkataan lucah atau kalimah yang berunsurkan syirik.
Demikianlah beberapa panduan yang perlu dipelihara dalam memastikan pakaian yang kita pakai tidak membawa kesan yang buruk kepada diri dan masyarakat. Apa yang kita mahukan ialah pakaian yang dipakai melambangkan nilai diri yang terpelihara, sekali gus mendapat keredaan daripada Allah SWT...

MENGHADAPI CELAAN


BAGAIMANA kita menghadapi celaan, cemuhan dan hinaan yang dilontarkan orang lain kepada kita? Bagaimanakah sikap yang dianjurkan Islam dalam perkara ini?
JAWAPAN
CELAAN dan hinaan merupakan perkara biasa dalam hidup bermasyarakat. Setiap manusia tidak dapat lari daripada celaan dan cemuhan orang lain. Siapapun kita, di manapun kita berada akan selalu sahaja ada orang yang berkata buruk tentang kita.
Malah semakin tinggi darjat seseorang, semakin ramai orang yang mencela dan mencemuhnya. Bahkan Rasulullah SAW yang merupakan manusia terbaik tidak lepas daripada lidah keji manusia.
Sama ada yang berlaku semasa hidup baginda hingga ke hari ini. Kes video penghinaan terhadap Nabi SAW yang melahirkan bantahan di serata negeri-negeri Islam pada hari ini adalah salah satu daripadanya.
Jika Rasulullah yang maksum daripada dosa dicemuh orang, maka apatah lagi diri kita yang bergelumang dosa ini? Sudah pasti kita akan menerima hinaan dan cemuhan daripada pihak-pihak tertentu.
Kerana celaan suatu kepastian, maka kita mesti pandai menghadapinya. Siapa yang tak pandai menghadapi celaan, ia akan hidup dalam seksaan. Jangan biarkan ucapan negatif orang lain mengeruhkan fikiran kita, menguruskan tubuh kita dan menghalangi kita daripada aktiviti yang bermanfaat untuk masa depan kita.
Justeru, para ulama mengajukan beberapa tip yang boleh kita praktikkan agar kita tetap berfikiran positif apabila mendengar celaan atau cemuhan ditujukan kepada kita.
Berikut ini, saya akan menyebutkan beberapa daripada tip-tip tersebut.
Pertama, lihat celaan dan cemuhan itu sebagai salah satu cara penghapusan dosa. Sebagai insan biasa, kita pasti memiliki banyak dosa di sisi Allah SWT, sama ada disengaja ataupun tidak disengaja. Sebahagian dosa itu boleh dihapuskan dengan taubat dan istighfar, sebahagian yang lain hanya dapat dihapuskan dengan ujian hidup.
Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang mukmin tertimpa kesusahan, kepenatan, kepeningan, kesedihan dan kesakitan, melainkan Allah menghapuskan dengannya sebahagian daripada dosa-dosanya. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kedua, jadikan celaan dan cemuhan itu sebagai pembakar semangat untuk mempertingkatkan diri. Celaan memang menyakitkan namun ia menyedarkan kita akan kekurangan diri yang mesti diperbaiki. Pastikan celaan itu tidak akan berulang pada masa yang akan datang.
Seorang pelajar bernama Sibawaih suatu hari hadir dalam majlis ilmu Hammad bin Salamah di Basrah. Apabila membaca sebuah hadis di hadapan gurunya, beliau tersilap membaca sebuah kalimat. Hammad mengherdiknya di hadapan orang ramai: "Engkau keliru, wahai Sibawaih!"
Sibawaih menjadi sangat malu sekali gus marah. Di dalam hati, beliau bertekad: Aku tidak ingin disalahkan lagi. Oleh itu, aku akan menuntut ilmu dengan rajin.
Pemuda ini lalu mendatangi seorang pakar bahasa Arab terkenal bernama Al-Khalil bin Ahmad dan menimba ilmu dengan tekun daripadanya. Kerana kesungguhan tekadnya, beliau lalu menjadi pakar bahasa Arab yang namanya tetap harum hingga ke hari ini.
Ketiga, terima celaan itu sebagai nasihat untuk perbaiki diri. Sebagaimana ucapan Imam Al-Ghazali: "Seringkali manfaat yang kita peroleh daripada celaan seorang musuh lebih banyak daripada manfaat yang kita dapatkan daripada nasihat seorang teman."
Menjaga hati
Seorang teman rapat mungkin segan memberitahu cacat kita kerana ingin menjaga hati kita atau kerana ia memang tidak dapat melihatnya. Sedangkan seorang musuh sangat tajam pandangannya dalam mencari-cari aib dan kekurangan kita. Maka manfaatkanlah kritikan dan celaan musuh itu sebagai cara untuk kita menyempurnakan diri.
Keempat, apabila cemuhan itu tidak berasas dan hanya lahir kerana kebencian buta, maka alihkan fokus pandangan kita ke tempat lain. Anggaplah orang itu bukan tengah memaki diri kita, akan tetapi figura lain ciptaan imaginasinya sendiri.
Pada masa hidup Rasulullah SAW, kaum Quraisy selalu mencaci maki dan melaknat baginda. Kerana bencinya mereka kepada Rasulullah SAW, mereka enggan menyebut nama Muhammad (maknanya: orang yang terpuji). Akan tetapi mereka menyebutnya Muzammam (bermakna: orang yang tercela). Mereka selalu berkata:Semoga Allah melaknat Muzammam", maksudnya: Muhammad.
Mengetahui makian ini, baginda hanya bersabda: Tidakkah kamu hairan bagaimana Allah memalingkan laknat dan celaan kaum Quraisy daripada diriku? Mereka mencela Muzammam, dan melaknat Muzammam. Padahal namaku Muhammad. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari_
Demikian empat tip praktikal yang boleh kita laksanakan untuk menjaga kejernihan hati kita setiap kali mendengar celaan atau cemuhan orang lain kepada kita. Mudahan-mudahan bermanfaat. Wallahu a'lam.


SALAM KEATAS NABI


IMAM Darul Hijrah Malik bin Anas merupakan orang yang paling kuat dan tegas dalam memuliakan Nabi SAW. Beliau tidak pernah memakai kasut dan menunggang kenderaan tunggangan ketika berjalan di Madinah al Munawwarah, juga tidak pernah melepaskan hajatnya di situ kerana menghormati, mengagungkan dan memuliakan bumi yang pernah dipijaki Rasulullah SAW.
Beliau pernah berpesan kepada Amir al Mukminin al Mahdi ketika kedatangannya ke Madinah: "Sesungguhnya sekarang ini kamu sedang memasuki Madinah. Kaum yang kamu lalui di kiri dan kanan kamu itu adalah anak-anak kaum Muhajirin dan Ansar, maka ucapkanlah salam kepada mereka. Sesungguhnya tiada satu kaum di muka bumi ini yang lebih baik daripada penduduk Madinah dan tiada bumi yang lebih baik daripada Madinah (kecuali Mekah di sisi Jumhur). Baginda bertanya kepadanya, "Bagaimana kamu boleh berkata seperti ini, wahai Abu Abdullah?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya tidak diketahui (secara pasti) kubur seorang Nabi pun pada hari ini di atas muka bumi ini melainkan kubur Muhammad SAW. Maka orang yang terdapat di sisi mereka kubur Muhammad SAW ini sepatutnya diketahui kelebihannya."
Di antara sikap yang menunjukkan kesungguhannya memuliakan Madinah ialah beliau tidak suka orang berkata: "Kami telah menziarahi kubur Nabi SAW." Beliau seolah-olah mahu orang berkata, "Kami telah menziarahi Nabi SAW" secara langsung tanpa ada lafaz kubur, kerana kubur itu adalah tempat yang ditinggalkan berdalilkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Dirikanlah solat di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu jadikannya (seperti) kubur-kubur (tempat yang ditinggalkan)."
Di dalam kitab Fath al Bari, al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani menyatakan pendapatnya dengan berkata: "Perkataan kubur ini dianggap makruh oleh Malik kerana adabnya terhadap Rasulullah SAW, bukan makruh pada asal perbuatan ziarah, kerana ia adalah sebaik-baik amalan dan semulia-mulia ibadah yang menyampaikan seseorang kepada Allah. Pensyariatannya adalah perkara yang telah diputuskan dengan ijmak ulama tanpa ada sebarang perbezaan pendapat."
Imam Abu Imran pula berkata: "Imam Malik memakruhkan perkataan 'Tawaf Ziarah' dan 'Kami menziarahi kubur Nabi SAW' kerana perkataan tersebut juga digunakan oleh manusia sesama mereka. Bahkan, secara umumnya, ia mengandungi penyamaan antara Nabi SAW dengan manusia biasa. Beliau lebih suka dikhususkan kepada Baginda SAW dengan mengucapkan, "Kami mengucap salam ke atas Nabi SAW."
Hindari syirik
Amalan ziarah merupakan sesuatu yang digalakkan, manakala bermusafir untuk menziarahi kubur Nabi SAW adalah satu kemestian, selain penduduk Madinah untuk menyampaikan mereka ke destinasinya. Allah SWT juga telah memakbulkan doa Baginda SAW dengan menghindarkan umat Islam yang datang menziarahinya daripada melakukan perbuatan syirik. Sejauh mana sekalipun rasa kasih yang membuak-membuak terhadap Baginda SAW ketika mereka menziarahinya, Allah SWT tetap memelihara akidah mereka daripada terjerumus ke lembah syirik.
Buktinya tidak ada walau seorang pun dalam satu zaman yang menyembah Nabi SAW selepas menziarahinya. Semua itu dipetik berdasarkan doa Nabi SAW: "Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan kubur saya sebagai berhala yang disembah selepas kewafatan saya, amat dahsyatlah kemurkaan Allah ke atas kaum yang menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai tempat sujud."
Imam Malik menghalang penyandaran lafaz ini (ziarah) kepada kubur Nabi SAW. Ulama berkata bahawa jika yang dimaksudkan itu ialah makruh melakukan ziarah, nescaya Imam Malik akan berkata, "Saya tidak menyukai (menghukum makruh) seseorang menziarahi kubur Nabi SAW." Tetapi beliau berkata, "Saya tidak menyukai (menghukum makruh) seseorang itu berkata menziarahi kubur Nabi" yang menunjukkan kepada maksud makruh menggunakan lafaz ini sahaja.
Al Hafiz al Zahabi di dalam kitabnya Siyar A'lam al Nubala' (4/485) menyatakan: "Bagi orang yang menziarahi itu mendapat pahala berziarah dan pahala berselawat, sedangkan orang yang berselawat di serata negara yang lain hanya mendapat pahala berselawat. Barang siapa yang berselawat ke atas Baginda SAW sekali, Allah akan berselawat ke atas orang itu 10 kali. Akan tetapi, barang siapa yang menziarahi Baginda SAW tetapi tidak mengikut adab ziarah atau bersujud ke kuburnya ataupun melakukan perbuatan yang tidak disyariatkan, maka dia telah melakukan kebaikan dan kejahatan.


Semestinya orang ini diberi tunjuk ajar dengan lemah-lembut kerana Allah itu Maha Pengampun dan Pengasih. Demi Allah! Tidak mungkin berlaku ke atas seorang Muslim bersesak-sesak, menjerit-jerit, mencium dinding dan menangis melainkan dia seorang yang cintakan Allah dan Rasul-Nya. Cintanya ini adalah neraca dan pembeza antara ahli syurga dan ahli neraka...

MENEBUS DOSA SILAM




KEDUDUKAN semua insan di sisi Allah SWT adalah sama, hanya yang membezakan adalah ketakwaan dan keimanan seseorang.
Begitu jua Allah SWT turut memberi jaminan akan mengampunkan dosa hamba-hambanya asalkan mereka bertaubat kepada-Nya dengan sebenar-benar taubat.
Sebagai manusia, pastinya tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan akibat kelalaian dan kealpaan diri terhadap Pencipta kita.
Apa yang pasti, apabila sampai waktunya dan mendapat pula hidayah daripada Allah SWT, insan-insan ini akan pulang semula ke pangkal jalan.
Ini yang terjadi terhadap sekumpulan wanita dari Rumah Sinar Salam, yang telah mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT dengan meninggalkan kehidupan masa lalu yang penuh kegelapan dan diberi rezeki pula untuk menjejakkan kaki ke Mekah mengerjakan umrah atas tajaan individu prihatin.
Ini membuktikan sesiapa sahaja boleh bertaubat dan mencari keredaan di sisi Tuhan biarpun pada masa lalu bergelumang dalam kancah maksiat.
Bercakap mengenai Rumah Sinar Salam, pastinya tidak akan lari daripada menyoroti kisah-kisah penghuninya yang terjebak dengan gejala sosial.
Sebutlah apa sahaja kegiatan sosial - persundalan, najis dadah, buang anak, anak luar nikah dan sebagainya merupakan sebahagian daripada jenayah sosial yang dilakukan oleh penghuni-penghuninya yang kini menumpang teduh di rumah itu bagi mendapatkan sinar.
Menurut Pengasas Rumah Sinar Salam, Arfidah Abd. Latif, 58, ramai penghuni Rumah Sinar Salam ini sudah mendapat hidayah Allah SWT dan berjaya keluar dari kemelut sosial selepas aktiviti outreach (temu seru) dilakukan terhadap mereka.
''Ramai yang terbuka hati untuk bertaubat. Biarpun mungkin masih janggal pada mata masyarakat akibat cara kehidupan masa lalu namun saya berdoa agar kami semua para penghuni di sini masih ada tempat di sisi Allah.
''Itu yang kami cari selama ini iaitu rahmat Tuhan. Kadangkala kami turut tertanya-tanya apakah dosa kami yang lalu akan diampunkan Allah. Begitu juga adakah taubat kami ini akan diterima oleh-Nya, kerana kesan-kesan kehidupan masa lalu yang amat gelap dan jijik," katanya.
Dia yang ditemani tiga lagi rakannya ditemui di pejabat I Umrah Rakyat Sdn. Bhd., di Rampai Town Centre, Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur, iaitu agensi umrah di bawah Syarikat Fayrooz Travel And Marketing Sdn. Bhd., yang ditubuhkan berlandaskan kebajikan dengan memberi peluang kepada masyarakat yang kurang mampu mengerjakan umrah dengan sebahagian kosnya dibiayai oleh agensi ini.
Sementara itu, rata-rata kebanyakan daripada bekas penghuni yang terpilih untuk mengerjakan umrah ini telah pun berkeluarga dan sekarang menjadi sukarelawan membantu 'menarik' insan-insan senasib ke pangkal jalan.
Tambah Arfidah lagi, niat untuk mengerjakan ibadah dan mengunjungi rumah Allah ini telah lama terbuku dalam jiwa penghuni.
Namun masing-masing tidak mampu menyuarakannya memandangkan ketiadaan wang dan 'malu' dengan keterlanjuran mereka yang telah lalu menyebabkan mereka rasa tidak layak menjejakkan kaki ke 'rumah' Allah itu.
''Selalunya kami hanya melihat di televisyen cerita mengenai insan-insan yang berkesempatan untuk ke sana mengerjakan haji dan umrah.
''Kami tidak menyangka, berkat doa kami yang tidak berkesudahan, suara hati kami yang sentiasa mahu kembali ke jalan yang lurus, kami akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah Allah tidak lama lagi dengan ihsan I Umrah Rakyat di bawah Program Umrah Rakyat," katanya yang turut tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada penulis yang sanggup berusaha mencari dan menemukan penaja ini bagi mereka.

KASIHI ANAK ANAK




RASULULLAH S.A.W sangat penyayang terhadap anak, baik terhadap keturunan baginda sendiri ataupun anak orang lain. Abu Hurairah meriwayatkan, satu ketika Rasulullah mencium Hasan bin Ali.
Berhampiran ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi yang sedang duduk. Lelaki itu kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka.” 
Rasulullah segera memandang kepadanya dan berkata, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.”

Sifat kasih sayang Rasulullah juga terserlah ketika bersolat di mana Baginda tidak melarang anak-anak mendekatinya. Hal itu diceritakan Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash iaitu anak Zainab, puteri Rasulullah.

Baginda meletakkannya di atas bahunya kemudian solat dan ketika rukuk.
Baginda meletakkannya dan ketika bangun daripada sujud, Baginda mengangkat kembali.”

Peristiwa itu bukan satu-satunya kejadian yang dirakam dalam sejarah.
Abdullah bin Syaddad juga meriwayatkan daripada ayahnya bahawa, “Ketika waktu solat Isyak, Rasulullah datang sambil membawa Hasan dan Husain.

Baginda kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya kemudian takbir untuk solat. Ketika sujud, Baginda memanjangkan sujudnya.

Ayahku berkata, “Saya kemudian mengangkat kepala dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah yang sedang bersujud. Saya kemudian sujud kembali.”

Setelah selesai solat, orang-orang pun berkata, “Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira terjadi peristiwa besar atau turun wahyu kepadamu.”

Baginda kemudian berkata, “Semua yang engkau katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bermain di belakangku, dan aku tidak suka menghentikannya sampai dia menyelesaikan keinginannya.”

Usamah bin Zaid ketika masih kecil mempunyai kenangan manis dalam pangkuan Rasulullah. “Rasulullah pernah mengambil dan mendudukkanku di atas pahanya dan meletakkan Hasan di atas pahanya yang lain, kemudian memeluk kami berdua dan berkata, “Ya Allah, kasihanilah keduanya, kerana sesungguhnya aku mengasihi keduanya.”

Begitulah sikap Rasulullah kepada anak-anak. Secara halus, Baginda memberi contoh bagaimana anak perlu diberikan penuh rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan.

Sikap tidak mencontohi Rasulullah adalah kesilapan besar ibu bapa terhadap anaknya. Antara kesilapan yang dilakukan ibu bapa ialah:


1. Memaki dan menghina anak.

Bagaimana yang dikatakan menghina iaitu ketika seorang ayah menilai kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kebodohannya.

Lebih teruk lagi jika itu dilakukan di hadapan teman si anak.

Termasuk dalam kategori itu adalah memberi nama kepada anak dengan nama buruk. Seorang lelaki pernah mendatangi Umar bin Khattab seraya mengadukan kederhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil anak orang tua itu dan mengherdiknya atas kederhakaannya.

Tidak lama kemudian anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah anak memiliki hak atas orang tuanya?” “Betul,” jawab Umar.

“Apakah hak anak?” “Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya al-Quran,” jawab Umar.

“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; dia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajarku satu huruf pun dari al-Quran,” kata anak itu.

Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kederhakaan anakmu, padahal engkau derhaka kepadanya sebelum ia menderhakaimu. Engkau berbuat buruk kepadanya sebelum dia berbuat buruk kepadamu.”

Rasulullah sangat menekankan supaya kita memberi nama yang baik kepada anak.
Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.”

Sebab itu, Rasulullah kerap mengganti nama seseorang yang bermakna jelek dengan nama baru yang lebih baik atau mengganti gelaran yang buruk kepada seseorang dengan yang lebih baik dan positif.

Contohnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih) menjadi Sahlun (mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani Rusyd (yang diberi petunjuk).

Rasulullah memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang.


2. Melebihkan seorang anak daripada yang lain.

Sikap itu adalah salah satu faktor putusnya hubungan silaturahim anak dengan ibu bapanya dan punca permusuhan antara saudara.

Nu’man bin Basyir bercerita, “Ayahku menginfakkan sebahagian hartanya untukku. Ibuku, ‘Amrah binti Rawahah kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehingga menemui Rasulullah.’ Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku.

Rasulullah berkata kepadanya, ‘Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?’ Ia berkata, ‘Tidak.’ Rasulullah berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anakmu.’ Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.

Puncak kezaliman kepada anak ialah ketika ibu bapa tidak timbul rasa cinta dan sayangnya kepada anak perempuan yang kurang cantik, kurang pandai, atau cacat salah satu anggota tubuhnya.

Padahal, tidak cantik dan cacat bukanlah kemahuan anak. Apalagi tidak bijak itu pun bukanlah dosa dan kejahatan.


3. Mendoakan keburukan buat anak

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda, ada tiga doa yang dikabulkan doanya: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa (keburukan) orang tua ke atas anaknya.

Entah apa alasan yang membuat seseorang begitu membenci anaknya. Jika seorang ibu sepanjang hari lidahnya tidak kering mendoakan celaka, melaknat dan memaki anaknya maka sesungguhnya, ibu itu adalah wanita yang paling kejam.

Setiap doa buruknya, setiap ucapan laknat yang keluar dari lidahnya, dan setiap kata maki yang diucapkannya boleh termakbul lalu menjadi hukuman ke atas dirinya.

Cuba hayati kisah ini pula. Seseorang pernah mengadukan mengenai anak lelakinya kepada Abdullah bin Mubarak. Abdullah bertanya kepada orang itu, “Apakah engkau pernah berdoa (yang buruk) atasnya.” Orang itu menjawab, “Ya.”
Abdullah bin Mubarak berkata, “Engkau telah merosakkannya.” Nauzubillah!


4. Tidak memberi pendidikan kepada anak

Ada syair Arab yang berbunyi, “Anak yatim itu bukanlah anak yang ditinggal orang tuanya dan meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan hina.

Sesungguhnya anak yatim adalah yang tidak dapat dekat dengan ibunya yang selalu menghindar darinya, atau ayah yang selalu sibuk dan tidak ada waktu bagi anaknya.”

Perhatian tertinggi ibu bapa kepada anaknya ialah memberi pendidikan yang baik dan jika gagal, ia adalah kejahatan orang tua terhadap anaknya.

Jika mereka gagal memberi pendidikan terbaik kepada anak maka ibu bapa itu melanggar perintah Allah. Dalam surah Thaha ayat 132 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

Rasulullah bersabda, “Ajarilah anak-anakmu solat saat mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila tidak melaksanakan solat) pada usia sepuluh tahun.”
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR I|I ...

Wednesday, September 26, 2012

KEBIADAPAN PROVOKASI AGAMA ISLAM


KEBIADAPAN golongan pencetus provokasi agama semakin terserlah sejak peristiwa 11 September 2001. Yang menjadi sasaran tidak lain tidak bukan adalah agama Islam itu sendiri. Peristiwa 11 September itu dijadikan ‘lesen’ besar untuk mereka menimbulkan prejudis terhadap umat Islam.
Belum reda lagi isu penindasan umat Islam Rohingya di Myanmar, kini terbit pula satu filem anti Islam yang bagaikan sengaja menimbulkan api kemarahan umat Islam di seluruh dunia. 
Filem ‘Innocence of Muslims’ biarpun tidak ditayangkan secara rasmi di mana-mana pawagam dan hanya boleh ditonton di laman Youtube, sudah cukup untuk ‘menggeletek’ golongan yang sememangnya mempunyai persepsi sinis terhadap Islam.

Filem ini dikhabarkan, diarah oleh Sam Bacile atau nama sebenarnya Nakoula Basseley Nakoula yang berketurunan Kristian Koptik dan mempunyai pertalian darah dengan Yahudi Israel.



Sememangnya dia amat membenci Islam dan mengaku tujuan penerbitan filem itu adalah untuk memberi ‘kesedaran’ betapa Islam itu sebenarnya adalah barah di dalam masyarakat seluruh dunia.

Dia juga mengakui bahawa tujuan filem itu dihasilkan adalah untuk membantu Israel dan golongan anti Islam dalam kempen membenci Islam. Kebiadapan Sam Bacile terserlah dalam filem ini apabila menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai orang dungu serta gila seks yang tidur dengan sejumlah wanita.

Selain itu juga dia cuba memberikan gambaran betapa kolotnya Islam dengan menjadikan keldai sebagai binatang tunggangan Baginda SAW.

Natijahnya, Sam Bacile berjaya mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia terutamanya di negara Asia Barat melalui beberapa siri tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas dan mengorbankan nyawa sebagaimana yang terjadi terhadap konsulat Amerika Syarikat (AS) di Libya.

Presiden AS, Barack Obama dikhabarkan mengutuk serangan yang mengorbankan warga Amerika Syarikat itu tetapi pada masa sama, hanya berdiam diri terhadap Sam Bacile. Akhirnya, yang nampak biadab dan ganas itu berbalik kepada Islam.

Sememangnya agak pelik dengan tujuan sebenar penghasilan filem ini. Jika di segi logiknya, adakah pengarah dan kru penerbitannya begitu naif untuk mengetahui implikasi penghasilan filem yang biadab itu? Atau sebenarnya mereka terus bersembunyi di sebalik agenda rahsia seperti mana yang terjadi di dalam serangan 11 September 2001?

Keganasan demi keganasan dilaporkan oleh media masa setiap hari hasil daripada protes terhadap filem ini. Tidak mustahil, akan ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan keganasan secara ekstrim dengan misi untuk memperlihatkan betapa ganasnya Islam itu pada mata dunia, wallahualam.

Walau apa persepsinya, sewajarnya sebagai umat Islam kita mestilah ada rasa sensitif dalam isu ini walaupun hanya sekelumit kerana selemah-lemah iman apabila melihat kemungkaran adalah dengan menzahirkan rasa tidak reda di dalam hati.

Lebih-lebih lagi yang dihina di dalam filem ini adalah kekasih Allah. Maka jika kita tidak terkesan dengan penghinaan ini, tentunya ada sesuatu yang bersarang di dalam hati yang membuatkan hati kita gelap untuk melihatnya.

Penghinaan serta pendustaan terhadap agama suci ini sememangnya tidak akan berakhir hingga dunia ini menemui saat kehancurannya. Fitnah akan terus hidup untuk memburukkan agama yang diredai Allah ini, di kalangan mereka mencari teman untuk kehidupan di neraka Allah nanti.

Namun, sebenarnya apa yang berlaku kepada Islam pada zaman ini sudah diceritakan oleh Rasulullah SAW lebih 1,000 tahun yang lalu. Zaman di mana umat Islam akan ditindas dan dizalimi sewenang-wenangnya oleh orang kafir.

Allah SWT telah menarik rasa gerun dan takut orang kafir terhadap umat Islam hingga Islam tidak lagi gah seperti zaman kegemilangannya dulu.

Perkara ini terjadi disebabkan kalangan umat Islam sendiri yang memilih untuk menjadi lemah. Lemah kerana terlalu mengejar dunia sehingga takut untuk mati.

Hal ini diceritakan Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud: “Umat yang lain akan meratah, memusnahkan dan menyerang kamu sebagaimana orang-orang yang meratah makanan terhidang di dalam hidangan mereka.

“Kemudian sahabat bertanya; Adakah ketika itu bilangan kami sedikit wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu pada masa itu ramai tetapi kamu pada masa itu umpama bunyi air banjir. Allah mencabut perasaan gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu dan kemudian Allah memasukkan wahan ke dalam hati kamu.

“Para sahabat bertanya lagi; “Apakah itu wahai Rasulullah? Jawab Baginda; “Cintakan dunia dan takutkan mati.”

Apa yang telah dikatakan oleh Baginda ini dapat dilihat dengan jelas pada hari ini. Umat Islam begitu sibuk mengejar keduniaan hingga tidak dapat membezakan di antara yang hak atau batil serta tidak dapat mengenal pasti keutamaan dalam sesuatu perkara.

Kuasa serta negara besar sibuk menjaga kepentingan ekonomi mereka sehingga menurut saja kemahuan AS dan sekutunya. Mereka hanya memejam mata terhadap penindasan terhadap umat Islam yang berlaku di Palestin, Rohingya dan sebagainya kerana bimbang hubungan diplomatik mereka tergugat.

Lebih menyedihkan lagi, apabila ramai di kalangan umat Islam itu sendiri seolah-olah menjadi duri dalam daging yang menyumbang kepada kelemahan Islam pada zaman sekarang. Mereka mempertikaikan apa yang disyariatkan Allah walaupun telah diturunkan nas yang jelas.

Mereka menimbulkan keraguan orang bukan Islam terhadap kesucian Islam itu sendiri. Lihat saja kes mencampak bayi dari tingkat tiga sebuah bangunan baru-baru ini oleh seorang wanita Melayu Muslim. Sememangnya kita malu kerana yang melakukannya adalah daripada kalangan bangsa Melayu tetapi sepatutnya kita lebih malu kerana dia juga membawa gelaran Muslim bersamanya.

Tidak cukup dengan itu, orang Islam sendiri kadang-kadang tidak berasa bangga dengan gelaran Islam yang dibawanya malah kadang-kadang berasa rendah diri dan tidak yakin untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam komuniti masyarakat pada hari ini.

Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (Hadis Riwayat Muslim) 
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR I|I ...

KEBIADAPAN golongan pencetus provokasi agama semakin terserlah sejak peristiwa 11 September 2001. Yang menjadi sasaran tidak lain tidak bukan adalah agama Islam itu sendiri. Peristiwa 11 September itu dijadikan ‘lesen’ besar untuk mereka menimbulkan prejudis terhadap umat Islam.
Belum reda lagi isu penindasan umat Islam Rohingya di Myanmar, kini terbit pula satu filem anti Islam yang bagaikan sengaja menimbulkan api kemarahan umat Islam di seluruh dunia. 
Filem ‘Innocence of Muslims’ biarpun tidak ditayangkan secara rasmi di mana-mana pawagam dan hanya boleh ditonton di laman Youtube, sudah cukup untuk ‘menggeletek’ golongan yang sememangnya mempunyai persepsi sinis terhadap Islam.

Filem ini dikhabarkan, diarah oleh Sam Bacile atau nama sebenarnya Nakoula Basseley Nakoula yang berketurunan Kristian Koptik dan mempunyai pertalian darah dengan Yahudi Israel.

Sememangnya dia amat membenci Islam dan mengaku tujuan penerbitan filem itu adalah untuk memberi ‘kesedaran’ betapa Islam itu sebenarnya adalah barah di dalam masyarakat seluruh dunia.

Dia juga mengakui bahawa tujuan filem itu dihasilkan adalah untuk membantu Israel dan golongan anti Islam dalam kempen membenci Islam. Kebiadapan Sam Bacile terserlah dalam filem ini apabila menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai orang dungu serta gila seks yang tidur dengan sejumlah wanita.

Selain itu juga dia cuba memberikan gambaran betapa kolotnya Islam dengan menjadikan keldai sebagai binatang tunggangan Baginda SAW.

Natijahnya, Sam Bacile berjaya mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia terutamanya di negara Asia Barat melalui beberapa siri tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas dan mengorbankan nyawa sebagaimana yang terjadi terhadap konsulat Amerika Syarikat (AS) di Libya.

Presiden AS, Barack Obama dikhabarkan mengutuk serangan yang mengorbankan warga Amerika Syarikat itu tetapi pada masa sama, hanya berdiam diri terhadap Sam Bacile. Akhirnya, yang nampak biadab dan ganas itu berbalik kepada Islam.

Sememangnya agak pelik dengan tujuan sebenar penghasilan filem ini. Jika di segi logiknya, adakah pengarah dan kru penerbitannya begitu naif untuk mengetahui implikasi penghasilan filem yang biadab itu? Atau sebenarnya mereka terus bersembunyi di sebalik agenda rahsia seperti mana yang terjadi di dalam serangan 11 September 2001?

Keganasan demi keganasan dilaporkan oleh media masa setiap hari hasil daripada protes terhadap filem ini. Tidak mustahil, akan ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan keganasan secara ekstrim dengan misi untuk memperlihatkan betapa ganasnya Islam itu pada mata dunia, wallahualam.

Walau apa persepsinya, sewajarnya sebagai umat Islam kita mestilah ada rasa sensitif dalam isu ini walaupun hanya sekelumit kerana selemah-lemah iman apabila melihat kemungkaran adalah dengan menzahirkan rasa tidak reda di dalam hati.

Lebih-lebih lagi yang dihina di dalam filem ini adalah kekasih Allah. Maka jika kita tidak terkesan dengan penghinaan ini, tentunya ada sesuatu yang bersarang di dalam hati yang membuatkan hati kita gelap untuk melihatnya.

Penghinaan serta pendustaan terhadap agama suci ini sememangnya tidak akan berakhir hingga dunia ini menemui saat kehancurannya. Fitnah akan terus hidup untuk memburukkan agama yang diredai Allah ini, di kalangan mereka mencari teman untuk kehidupan di neraka Allah nanti.

Namun, sebenarnya apa yang berlaku kepada Islam pada zaman ini sudah diceritakan oleh Rasulullah SAW lebih 1,000 tahun yang lalu. Zaman di mana umat Islam akan ditindas dan dizalimi sewenang-wenangnya oleh orang kafir.

Allah SWT telah menarik rasa gerun dan takut orang kafir terhadap umat Islam hingga Islam tidak lagi gah seperti zaman kegemilangannya dulu.

Perkara ini terjadi disebabkan kalangan umat Islam sendiri yang memilih untuk menjadi lemah. Lemah kerana terlalu mengejar dunia sehingga takut untuk mati.

Hal ini diceritakan Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud: “Umat yang lain akan meratah, memusnahkan dan menyerang kamu sebagaimana orang-orang yang meratah makanan terhidang di dalam hidangan mereka.

“Kemudian sahabat bertanya; Adakah ketika itu bilangan kami sedikit wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu pada masa itu ramai tetapi kamu pada masa itu umpama bunyi air banjir. Allah mencabut perasaan gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu dan kemudian Allah memasukkan wahan ke dalam hati kamu.

“Para sahabat bertanya lagi; “Apakah itu wahai Rasulullah? Jawab Baginda; “Cintakan dunia dan takutkan mati.”

Apa yang telah dikatakan oleh Baginda ini dapat dilihat dengan jelas pada hari ini. Umat Islam begitu sibuk mengejar keduniaan hingga tidak dapat membezakan di antara yang hak atau batil serta tidak dapat mengenal pasti keutamaan dalam sesuatu perkara.

Kuasa serta negara besar sibuk menjaga kepentingan ekonomi mereka sehingga menurut saja kemahuan AS dan sekutunya. Mereka hanya memejam mata terhadap penindasan terhadap umat Islam yang berlaku di Palestin, Rohingya dan sebagainya kerana bimbang hubungan diplomatik mereka tergugat.

Lebih menyedihkan lagi, apabila ramai di kalangan umat Islam itu sendiri seolah-olah menjadi duri dalam daging yang menyumbang kepada kelemahan Islam pada zaman sekarang. Mereka mempertikaikan apa yang disyariatkan Allah walaupun telah diturunkan nas yang jelas.

Mereka menimbulkan keraguan orang bukan Islam terhadap kesucian Islam itu sendiri. Lihat saja kes mencampak bayi dari tingkat tiga sebuah bangunan baru-baru ini oleh seorang wanita Melayu Muslim. Sememangnya kita malu kerana yang melakukannya adalah daripada kalangan bangsa Melayu tetapi sepatutnya kita lebih malu kerana dia juga membawa gelaran Muslim bersamanya.

Tidak cukup dengan itu, orang Islam sendiri kadang-kadang tidak berasa bangga dengan gelaran Islam yang dibawanya malah kadang-kadang berasa rendah diri dan tidak yakin untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam komuniti masyarakat pada hari ini.

Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (Hadis Riwayat Muslim) 
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR I|I ...

Sunday, September 23, 2012

Fish

Fish: Add a touch of nature to your page with these hungry little fish.  Watch them as they follow your mouse hoping you will feed them by clicking the surface of the water.

INGKAR NIKMAT



ALLAH SWT telah menyebut tentang keadaan orang yang mendustakan-Nya, para nabi dan hari kemudian itu akan dikenakan azab pada hari keputusan dan pembalasan.

Di sini Allah SWT menjelaskan pelbagai seksaan itu dengan segala kengeriaannya yang membingungkan orang yang berfikiran dan menundukkan setiap orang yang takut dan kembali kepada-Nya.

Kemudian Allah SWT memberitahu bahawa merek

a diperintahkan untuk pergi ke bawah naungan asap Jahanam yang bercabang-cabang kerana banyaknya dan bermacam-macam bentuk hingga menjadi tiga cabang besar yang pernah mereka dustakan dahulu di dunia.

Padahal naungan yang sedemikian tidak sedikitpun melindungi dan menghalang mereka daripada panas nyalaan yang berdiri di atas api yang memercikkan bunga-bunga api yang tinggi dan besar bagaikan istana.

Begitu juga bagaikan sekumpulan unta kuning yang bertebaran dan bercerai-berai tanpa batasan hitungan dan bergerak tidak menentu.

Tidak diragukan lagi perkara yang demikian ini adalah persamaan yang diketahui oleh orang Arab ketika menyifatkan sesuatu dengan kebesaran. Tidakkah kamu melihat bahawa mereka menyamakan unta yang besar dengan istana sebagaimana yang dikatakan: "Maka untaku pun berdiri di situ, seakan ia itu istana, untuk memenuhi keperluan orang yang menunggu."

Firman Allah SWT: Dan kami jadikan padanya gunung-gunung yang tinggi dan kami beri minum kamu dengan air tawar? (al-Mursalat: 27)

Al-Maraghi berkata: "Gunung-ganang ini berhubungan dengan lapisan batu api yang merupakan lapisan bumi yang paling jauh daripada permukaannya. Lapisan di dalamnya meliputi bola api yang bernyala-nyala yang ada di dalamnya, sedangkan di bahagian luarnya merupakan kulit bumi yang kita berada padanya."

Air tawar itu pula berasal dari awan yang dijaga oleh gunung-ganang yang tinggi atau datang daripada mata air-mata air yang turun dari gunung-ganang dan diselaputi oleh salji yang mengalir perlahan-perlahan di atas permukaan bumi lalu menyerap masuk ke dalam perut bumi menuju ke puncak mata air yang mengalir.

Ibnu Kathir berkata: "Yakni gunung-ganang yang ditanamkan di bumi agar bumi tidak goyah dan bergoncang. Dan air tawar yang diturunkan dari langit, mahupun yang bersumberkan daripada mata air bumi."

Sayid Qutub berkata: "Dan di bumi Kami ciptakan bukit-bakau dan gunung-ganang yang tinggi dan di kemuncak yang tinggi itulah berkumpulnya awan mega dan dari sanalah mengalir saluran-saluran air tawar yang nyaman."

Firman Allah SWT: Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. (al-Mursalat: 28)

Al-Maraghi berkata: "Azab yang besar di akhirat diberikan untuk mereka yang mengingkari semua nikmat ini.'

Ibnu Kathir berkata: "Celaka bagi orang yang merenungi berbagai macam makhluk yang menunjukkan keagungan Penciptanya tetapi setelah itu dia terus-menerus dalam kedustaan dan kekufuran."

Firman Allah SWT: (Dikatakan kepada mereka pada hari kiamat): Pergilah kamu mendapatkan azab yang dahulunya kamu mendustakannya. (al-Mursalat: 29)

Al-Maraghi berkata: Penjaga neraka Jahanam berkata kepada mereka: "Terimalah seksaan yang ketika di dunia dahulu kamu telah dustakan."

Firman Allah SWT: Pergilah kamu mendapatkan naungan yang mempunyai tiga cabang. (al-Mursalat: 30)

Al-Maraghi berkata: "Allah SWT menjelaskan dan menyifatkan azab ini dengan beberapa sifat:

l Berjalanlah kamu di bawah naungan asap Jahanam yang terbahagi kepada tiga cabang besar, satu cabang dari sebelah kanan mereka, satu cabang dari sebelah kiri dan satu cabang lagi dari atas mereka. Ia bermaksud asap itu meliputi mereka daripada segenap arah.

l Asap Jahanam itu bukan sejenis naungan kerana ia tidak akan menaung kepanasan hari itu.

Ibnu Kathir berkata: Yakni nyalaan api semakin tinggi dan naik bersama dengan asap maka kerana kedahsyatan dan kekuatannya ia mempunyai tiga cabang.

Sayid Qutub berkata: "Iaitu bayangan asap api neraka yang pucuknya menjulang-julang bercabang tiga. Ini adalah bayangan teduh yang mencekik pernafasan dan yang panas menyelar. Ia dinamakan bayangan teduh sebagai lanjutan daripada penghinaan dan sendaan. Ia memberi angan-angan mendapat bayangan teduh tetapi sebaliknya mereka mendapat api neraka Jahanam...

KEKUATAN IMAN DAN MEMBUAT PERUBAHAN




IMAN mampu mengubah manusia untuk sentiasa merasai diri diperhati Allah. Mari kita renungi contoh iman meresap di dalam hati.
Ia berlaku ketika Khalifah Umar berdialog dengan remaja penjaga kambing untuk mengujinya. 
Pada satu hari, Umar berkata kepada si penjaga kambing, “Saya mahu beli kambing, bolehkah saya membuat bayaran kepada kamu tanpa berurusan dengan pemilik kambing ini?”

Jawab si penjaga kambing. “Tidak boleh, tuan perlu berurusan terus dengan pemiliknya.”

Khalifah Umar mendesak, terus menguji. “Jika kamu jual, pemilik kambing ini tidak tahu malah kambing beranak ke, mati ke, dia tidak kira. Kamu ambil duit jualan ini pun, pemilik kambing tidak tahu.”

Apakah jawapan penjaga kambing yang mendapat percikan keimanan itu? “Saya sebagai penjaga amanah tidak boleh khianat, walaupun tuan saya tidak lihat perbuatan saya tapi Tuhan tuan saya Maha Melihat?”

Ya Allah, Subhanallah, itulah jawapan keimanan yang membuatkan Umar menangis kerana terlalu gembira rakyatnya mempunyai akidah, tidak sanggup menipu dan tidak pecah amanah kerana dibentengi keimanan.

Iman yang mendalam pasti mengutamakan Allah lebih daripada segala-galanya dan sanggup mengabaikan kemahuan sendiri. Apabila sesuatu perbuatan itu kelihatan mulia di matanya, tapi hina di sisi Allah, mereka tetap memandang perbuatan itu hina.

Jadi bagaimana cara hendak memupuk iman supaya mampu menjadi ejen perubahan?
Pertama, memupuk iman bermula dengan ilmu, sebab ilmu lebih tua daripada iman. Allah berfirman yang bermaksud: “Ketahuilah tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah”. Allah mulakan dengan perkataan ketahuilah, maknanya berilmulah, selepas itu barulah Allah sebut “tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah.”

Ilmu pertama mesti dipelajari adalah ilmu tauhid. Ilmu tauhid terbahagi kepada tauhid rububiyah dan tauhid uluhiyah. Tauhid rububiyah mengakui Allah sebagai pencipta, Allah sebagai pentadbir dan tiada suatu pun yang berlaku atas muka bumi ini melainkan dicipta Allah.

Sihat, sakit, hidup, mati, lapar, kenyang, dahaga, nikmat, malapetaka, semuanya adalah urusan Allah. Tauhid rububiyah mengajar manusia supaya tidak memandai-mandai mencipta peraturan.

Alam ini milik Allah, wajah, badan, aurat dan harta milik Allah, sampai masa dan ketika semuanya pulang ke pangkuan Allah.

Kedua, tauhid uluhiyah bermaksud menjadikan Allah sebagai Tuhan yang disembah, Tuhan tempat memohon, tempat bergantung dan segala-galanya.

Tauhid inilah yang menjadi penguat insan supaya menjadikan manusia patuh dan setia kepada Tuhan dan mengikut segala suruhan dan larangan-Nya.

Ia menjadi sebab kejadian manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” Dan ia juga menjadi sebab perutusan rasul.

Allah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami mengutuskan setiap umat itu rasul yang mengajak manusia supaya menyembah Allah dan menjauhkan taghut.”

Di samping ilmu tauhid, ilmu syariat mesti diperdalamkan sebagai pengikat kepada keperibadian Muslim. Ia mengandungi lima hukum iaitu wajib, sunat, makruh, harus, haram.

Wajib maknanya apabila dibuat dapat pahala, kalau ditinggalkan berdosa besar. Orang Islam mesti buat. Sunat pula, jika dibuat dapat pahala, ditinggalkan Allah tak suka. Maka umat Islam patut buat.

Harus pula maknanya buat tak apa, tak buat pun tidak berdosa. Terserah kepada kita, nak buat atau tidak. Makruh maknanya kalau buat Allah tak suka tapi tak berdosa, kalau tak buat dapat pahala.

Orang Islam patut tak buat. Haram maknanya kalau buat dosa besar, kalau tak buat pahala besar. Orang Islam mesti tak buat. Semua hukum itu bukannya untuk mengongkong orang Islam, tapi mereka perlu terikat dengan syariat, barulah ada peraturan.

Kalau tak terikat, terlalu bebas sama seperti orang Barat. Bebas hingga terbabas. Ingatlah, apabila sempurna hubungan dengan Allah, sempurnalah hidup kita...