MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN-MANS


counter

Monday, August 13, 2012

GOLONGAN PEROSAK AGAMA


Dalam dunia politik ada segolongan manusia yang kerjanya berfikir dan merancang strategi bagaimana untuk menjatuhkan pihak lawan.Kerja mereka tidak habis habis tanpa bosan dan tanpa kira dosa dan pahala.Mereka adalah golongan penghasad atau pendengki yang tidak letih berkerja memastikan kebahagiaan hilang dari pihak yang di dengkinya.Mereka ini seolah olah marah kepada Allah kerana mengurniakan nikmat kebahagian kepada pihak yang di dengkinya.Kepada golongan ini Allah menyebut dalam firman Nya saperti yang tersebut di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Apakah patut mereka itu dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang di berikan Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? (Surah An Nisaa’ ayat 54).
Golongan ini akan senyum lebar dan akan menambah minyak kedalam api jika ada isu buruk menimpa pihak yang di dengkinya.Sebaliknya jika ada kebaikan yang dilakukan maka bermasam muka lah dia.Mereka ini ibarat saperti lalat bangkai, suka mencari yang busuk busuk.Bila bertemu minyak wangi dia boleh mati.
Penyakit hasad dengki adalah sebenarnya musuh umat Islam.Golongan yang mempunyai penyakit ini hidupnya gelisah dan gundah gelana kerana sentiasa tidak puas hati melihat apa yang di miliki oleh pihak yang didengkinya.
Perangai golongan yang sudah terkena penyakit ini sentiasa menjurus kepada jatuh menjatuh, umpat mengumpat, fitnah memfitnah,tuduh menuduh,maki memaki,kata mengata,aib mengaibkan, kafir mengkafir dan segala macam lagi .Apabila kita mendengarnya sangat mengecewakan dan meletihkan.Kerana yang terlibat juga adalah ramai cerdik pandai agama.Mereka sebenarnya peruntuh atau perosak nilai nila ilmu dan agama.
Inilah yang sedang berlaku dalam dunia politik orang Melayu sedangkan kita semua mengaku beragama Islam dan bersaudara.
Oleh sebab itu Nabi SAW bersabda:
“ Akan menjalar kepada kamu penyakit umat umat yang terdahulu; HASAD dan BENCI MEMBENCI.Itu sebenarnya pencukur.Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia MENCUKUR AGAMA”. (HR: al Bazzar dengan sanda yang sahih, juga di riawayatkan ole at Tirmizi)

WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA PUTERI NYA


1.Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.
2.Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah. 
3.Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.
4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.
5.Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
6.Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.
7.Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
8.Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminaa dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.
9.Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.
10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah...

TEGURAN IKLAS DARI ILMUAN AGAMA


Video klip ini bertujuan supaya ummat Islam kembali berfikir, setiap apa yang di keluarkan oleh seseorang tokoh ulamak ke, ahli politik ke ustaz ke LEBIH -LEBIH lagi orang yang MASYHUR dan kita sanjungi dan sayangi tidak boleh kita terus telan bulat-bulat terima,mesti di pandukan dengan Nas AL-QURAN,HADIS,QIAS dan IJMAK ULAMAK…. kerana UGAMA ISLAM kita bukan terbina hanya di atas semata-mata munasabah ‘aqal bah di bina di atas naqol….Sama-samalah kita mengambil pengajaran dengan HATI yang terbuka bukan di dorong dengan HAWA NAFSU TA’ASUB kepada mana-mana pihak..timbangkan dengan mizan ILMU dan AQAL… selamat menonton dan apa yang baik hanya daripada ALLAH….
Teguran Nik Aziz terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani sebenarnya membuka pekung Wahhabinya sendiri. Keceluparan mulut Nik Aziz terhadap Rasulullah SAW bukan baru. Malah bila dalam ucapannya nak membantai Harussani sebenarnya dia mengambil peluang sekali lagi menghina Rasulullah SAW dengan  menyamakan Baginda Rasulullah hijrah ke Madinah kerana nakkan kerusi (pilihanraya) sebenarnya Nik Aziz telah menghina Rasulullah S.A.W. Baginda berhijrah ke Madinah semata mata untuk mengembangkan syiar Islam. Baginda pernah ditawarkan segunung emas sebesar  Bukit Uhud yang memerah di Madinah tapi baginda tetap dengan zuhudnya. Sudah sudahlah Nik Aziz mengambil kesempatan menghina Rasulullah S.AW. Umat Islam sewajarnya mengenal yang mana ulama suk dan yang mana ulama sebenar.
Sesuatu Teguran itu tidak semestinya bertujuan untuk membenci,apatah lagi mahu menghina seorang tokoh yang bertaraf ulamak,namun ketahuilah wahai saudara seiman, seorang ulamak itu tidak pernah maksum dan pastinya akan ada melakukan kesilapan dan kesalahan, hanya para ROSUL sahaja yang maksum tidak melakukan dosa ketika sudah di lantik menjadi ROSUL atau sebelumnya yang di panggil istilah ilmu tauhid sebagai irhas..
Lalu Tanpa mengurangkan sedikit pun rasa hormat dan kasih terhadap Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Menteri Besar Negeri Kelantan),
Kami dengan rendah dirinya menegur beliau tentang kenyata’an beliau bahawa SAYYIDINA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ada kaitannya dengan kita bila umurnya 40 tahun yakni setelah BAGINDA menerima WAHYU,dan kenyata’an beliau bahawa SAYYIDINA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ketika lahirnya BAGINDA tiada apa-apa kelebihan,hanya sama dengan muhammad -muhammad budak kampung biasa dan IBUNDA NYA BAGINDA pun tidak tahu BAGINDA akan jadi RASUL dan NABI, dan kenyata’an beliau bahawa ALLAH ta’ala baru melantik dengan melihat dahulu dalam ramai-ramai manusia ketika itu baru di rancang perlantikan SAYYIDINA NABI kita MUHAMMAD S.A.W ini menunjukan ilmu,iradat ALLAH ta’ala mengetahui dan menghendaki sesuatu itu baharu bukan azali lagi,dan kenyata’an beliau juga bahawa MAJLIS IHTIFAL MAULID SAYYIDINA NABI kita MUHAMMAD S.A.W itu hanya kerana nak bertanding dengan orang-orang kristian menyambut krismas jesus…BENAR beliau tidak melarang tetapi kenyata’an beliau ini besar mudharatnya pada aqidah AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH.
Maka antara mereka yang menghuraikan di dalam video klip ini akan kebahaya’an Kenyataan beliau,pada AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH  yang mungkin sulit di fahami oleh orang awam sekarang. Mereka ialah: 
1)  Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus (PONDOK,PENDAKWAH YOUTUBE,IKUTAN SEJUTA UMMAT, PAS)
2) Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zamihan Mad Zain Al-Ghori Al-Kelantany (JAKIM)
3) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (TOKOH ULAMAK MURID MUSNID DUNYA SYAIKH YASIN AL-FADANI)
4) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Azhary (MUSNID ASIA)
5) Al-Fadhil Tuan Guru Hj AbduLLOH bin Sa’amah An Najmiah (TOK GURU PONDOK GETING KELANTAN)
6) AL-Fadhil Ustaz Zainal ‘Abidin Al-Kelantany (PONDOK KELANTAN ,UMNO )
7) )Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kazim Elias (Pendakwah Bebas)
8) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Ridhwan Al-Yahya (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)
 9)AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faiz Hafizuddin Al-iDrus (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)
Dan Muhasabah CINTA kita terhadap JUJUNGAN YANG AMAT MULIA SAYYIDUNA WA HABIBUNA MUHAMMAD SAYYIDUL KAUN S.A.W oleh:
10) AL-Fadhil Ustaz Syed Najmuddin Al-Kheeired AL-Azhary (PENDAKWAH BEBAS AL-AZHAR AS-SYARIF)
(Oleh : Ustaz Syed Faiz)

PESANAN RASULULLAH KEPADA KAUM LELAKI



 Untuk kaum Lelaki : 

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1. Wanita Ananah : 
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah : 

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga.Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. 
Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar. 

3. Wanita Hananah : 

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik .Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. 

4. Wanita Hadaqah : 

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Wanita Basaqah : 

Ada 2 makna: Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia.Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu,.
Orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

5. Wanita Syadaqah : 

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. 

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...

Wallahu'alam. 
Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini...

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR I|I

CEPAT SANGAT MASA BERLALU


ALANGKAH cepatnya masa berlalu, ketika seronok melaksanakan ibadah, Ramadan kini di pusingan terakhir.
Sedih rasanya, apakah amalan kita diterima atau tidak. Apa pun, kita masih ada 10 hari terakhir membuat pecutan. 
Marilah kita menghidupkan malam-malam yang menjadi buruan setiap kekasih Allah, moga kita dalam senarai pencari lailatulqadar. Antara amalan menghidupkan 10 hari terakhir Ramadan ialah solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan berzikir kepada Allah. 




Kita digalak mengejutkan ahli keluarga bersama-sama menghidupkan malam itu dengan amal ibadah, jangan biarkan mereka terus lena dibuai mimpi.



Bagi suami isteri, 10 malam terakhir usah bersama kerana Nabi mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana sibuk dengan beribadah.


Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di akhir Ramadan iaitu dengan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. 


Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin, mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi s.a.w tidak pernah meninggalkannya sejak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”. 


Rasulullah s.a.w memberikan pedoman terbaik kepada umatnya supaya melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupnya dengan gerak ibadah. 


Antaranya, solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama 
di sepertiga malam dan membangunkan ahli keluarga untuk beribadat. 


Dalam beribadah (solat), baginda tidak pernah melupakan keluarganya. 


Perilaku baginda membangunkan ahli keluarganya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta’ menyebutkan, bahawasanya Umar melakukan solat malam seperti yang dikehendaki Allah, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar membangunkan keluarganya supaya melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: “solat! solat!” 




Berikut perkara-perkara yang patut dilakukan di 10 terakhir Ramadan: 


1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian paling baik selain haruman. 


Ibnu Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah: “Rasulullah jika berada dalam bulan Ramadan, baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. 




2. Mencari lailatulqadar 


Baginda bersabda, maksudnya, “Carilah malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir. (Riwayat al-Bukhari). 


Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Solat berjemaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud). 




3. Melewatkan sahur 


Daripada Sahl ibn Sa’d berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah. (Riwayat al-Bukhari). 


Zaid ibnu Thabit berkata: “Kami pernah bersahur bersama Rasulullah kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (Riwayat al-Bukhari). 




4. Melakukan iktikaf 


Iktikaf adalah sunnah baginda demi memperoleh kelebihan dan ganjaran lailatulqadar. 


Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam lailatulqadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5). 




5. Membanyakkan doa 


Aisyah diajar Rasulullah s.a.w membaca doa pada malam al-Qadar. 
Doanya berbunyi: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535).

AKTIVITI


















PERINGATAN ALLAH SWT


ALLAH SWT telah menyebut keadaan dunia, iaitu Dia mendahulukan keadaan orang yang taat (Rasulullah SAW dan umatnya) berbanding keadaan orang yang derhaka.
Sebelum perintah dan larangan yang berhubung dengan Rasulullah SAW dikeluarkan, Allah SWT telah memerintahkan agar baginda SAW bersabar terhadap gangguan kaumnya yang alami beliau.

Ini adalah untuk menghilangkan kesedihan Rasulullah SAW serta menguatkan hati baginda, sehingga berlapang hati mendepaninya.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat). (al-Insaan: 27)
Al-Maraghi berkata: Jangan kamu mengikut rentak orang kafir dan kerjakanlah ibadah kerana mereka telah meninggalkan akhirat untuk dunia iaitu mereka mengutamakan dunia dan kagum dengan perhiasannya sehingga mereka tenggelam dalam kelazatan yang bersifat sementara. Mereka juga meninggalkan amalan yang dapat menyelamatkan mereka daripada azab serta bala bencana.
Ibnu Kathir berkata: Allah SWT memberikan penolakan terhadap orang-orang kafir dan yang serupa dengan mereka dalam mencintai serta mengejar dunia dan meninggalkan kehidupan akhirat jauh di belakang mereka.
Sayid Qutub berkata: Orang-orang kafir itu hidup dengan cita-cita yang dekat dan kecil sahaja. Minat dan cita-cita mereka hanya tertumpu dalam lingkungan hidup dunia sahaja dan mereka tidak menghiraukan hari akhirat yang amat berat tanggungjawabnya dan amat berat akibatnya serta amat penting di dalam neraca hakikat.
Firman Allah SWT: Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, apabila kami menghendaki, kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka. (al-Insaan: 28)
Mendekatkan diri
Al-Maraghi berkata: Bagaimana mereka lalai kepada Kami, padahal Kami telah mencipta mereka dan meneguhkan ikatan sendi-sendi, urat-urat serta saraf-saraf mereka? Apakah selepas ini Kami juga akan membiarkan mereka begitu sahaja? Jika Kami kehendaki, pasti Kami akan binasakan mereka dan kami datangkan pengganti yang lain bagi menggantikan mereka yang dibinasakan itu.
Ibnu Abbas, Mujahid dan lain-lain mengatakan: Yakni penciptaan mereka.
Ibnu Zaid dan Ibnu Jarir berkata: Yakni, jika kami mahu maka akan Kami datangkan kaum lain selain mereka.
Sayid Qutub berkata: Mereka tidak berkuasa melawan Allah SWT dengan kekuatan mereka kerana Allahlah yang menciptakan mereka dan memberi kekuatan kepada mereka. Dan andainya Allah SWT memberi tempoh kepada mereka dan tidak menukarkan mereka dengan orang-orang yang lain dari mereka, maka itu merupakan kemurahan dan kebaikan daripada-Nya sahaja dan juga merupakan keputusan dan hikmah daripada-Nya sahaja.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya (ayat-ayat) Ini adalah suatu peringatan, Maka barang siapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya. (al-Insaan: 29)
Al-Maraghi berkata: Barang siapa yang menginginkan kebaikan bagi dirinya di dunia dan akhirat hendaklah dia mendekatkan diri kepada Tuhannya dengan ketaatan. Begitu juga hendaklah mengikut apa yang diperintahkan Allah SWT kepadanya dan berhenti daripada apa yang dilarang untuknya agar dia mendapat pahala dan dijauhkan daripada azab Allah SWT.
Ibnu Kathir berkata: Surah ini menjadi peringatan, barang siapa mahu maka dia boleh memperoleh petunjuk daripada al-Quran.
Semoga Allah mengurniakan kita segala sifat mahmudah yang melayakkan kita menghuni syurga-Nya. Amin...

NILAI LAH SATU PENGORBANAN

BERAMAL, 
MEMBUAT KEBAJIKAN, 
PERJUANGAN DAN PENGORBANAN, 
BUAT LAH YANG PALING TERBAIK... 
TAPI HARUS BERHATI HATI DIDALAM APA JUA JASA BAKTI YANG DISUMBANGKAN, 

SUPAYA TIDAK MENJADI KEMUDARATAN KEPADA DIRI SENDIRI SERTA ORANG LAIN... 
JANG

AN NANTI DIRI YANG MENJADI MANGSA, KERAKUSAN MANUSIA YANG TIDAK BERTANGGONG JAWAB...
PANDANGAN DAN PENDAPAT SAYA BUKAN UNTUK MENILAI KEBAIKAN KEPADA DIRI SENDIRI...
ITU HAKIKATNYA, 








KEHIDUPAN INSAN...
WALLAHHUALAM I|I

Amalan Yang Paling Afdal
Tarikh: 12 oGoS 2012
Riwayat: Bukhari dan Muslim

Hadith:
Daripada Abu Zar Jundubi Zar bin Junadah RA, katanya, aku bertanya, “Wahai Rasullullah, apakah amalan yang paling afdal? “Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, ”Beriman kepada Allah SWT dan berjihad dijalannya.” Aku bertanya lagi, “Hamba manakah yang paling utama untuk dimerdekakan?” jawab baginda, ”Hamba yang paling disayangi oleh tuannya dan paling tinggi harganya.” Aku bertanya lagi, ”Jika aku tidak berbuat demikian? Rasulullah menjawab, bantulah orang yang berbuat sesuatu pekerjaan atau buatlah sesuatu untuk orang tidak pandai membuatnya.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah SAW bagaimana pula jika aku lemah, tidak dapat mengerjakan sebahagian kerja-kerja itu?” Jawab Rasulullah SAW, ”Hendaklah kamu menahan perbuatan jahat terhadap manusia, sesungguhnya itu adalah sedekah daripada engkau untuk diri engkau sendiri.”

Huraian Hadith:
1. Umat Islam digalakkan berjihad di jalan Allah iaitu berusaha menegakkan kalimah Allah dan agamanya dengan cara yang telah dijelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

2. Sebaik-baik bersedekah adalah bersedekah dengan harta yang paling disayangi dan paling bermanafaat .
3. Wajib menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain dan ini adalah sedekah untuk diri sendiri.

Sunday, August 12, 2012

RASUAH ROSAKAN ISLAM








KETENANGAN perasaan umat Islam di bulan Ramadan pasti berkocak jika membaca laporan agensi berita AFP yang dipetik oleh akhbar tempatan pada 2 Ogos lalu. Ia mengenai empat orang pekerja Islam disingkir oleh sebuah kerajaan tempatan di Paris kerana berpuasa.


Mereka bekerja menjaga kanak-kanak di sebuah kem percutian musim panas. Pihak berkuasa Perancis itu memberikan alasan bahawa dengan berpuasa mereka letih dan boleh menyebabkan bahaya kepada kanak-kanak yang dijaga.


Majlis Muslim Perancis bercadang untuk menyaman pihak berkuasa itu atas hujah bahawa mereka telah menghalang kebebasan beragama dan mengamalkan diskriminasi.


Ini bukanlah kali pertama Perancis menarik perhatian dunia Islam dengan tindakan yang dilihat sebagai provokatif dan menekan umat Islam. Pada tahun lalu telah meletus kontroversi apabila wanita Islam dilarang menutup muka sepenuhnya.


Beberapa tahun sebelumnya, masyarakat Islam Perancis melenting apabila pelajar sekolah dilarang memakai kain tudung kepala.


Perancis adalah satu-satunya negara di Eropah yang dilihat cuba menyekat kebebasan beragama umat Islam, walaupun ia mempunyai paling ramai rakyat beragama Islam.


Dianggarkan 10 peratus penduduk Perancis beragama Islam dan bilangan mereka terus berkembang saban tahun. Beberapa pemain bola sepak kelas dunia negara itu beragama Islam seperti Zenedine Zidane, Frank Ribery, Karim Benzame dan Nicolas Anelka.


Ada kalangan melihat bahawa tindakan pihak berkuasa Perancis itu sebagai reaksi kebimbangan bukan Islam terhadap peningkatan pesat jumlah penganut agama Islam di negara tersebut.


Selain daripada kesan penghijrahan umat Islam dari negara-negara Arab seperti Maghribi dan Algeria yang dibawa masuk sebagai pekerja, bilangan saudara baru dari kalangan kaum asal juga meningkat kebelakangan ini.


Peningkatan penduduk Islam itu telah mendorong jangkaan bahawa Perancis akhirnya akan mempunyai majoriti rakyat beragama Islam pada suatu hari nanti. Kebimbangan yang diistilahkan sebagai Islamofobia ini semakin menular ke lain-lain negara di Eropah walaupun yang turut memeluk Islam kebelakangan ini ialah orang kulit putih.


Oleh kerana pembuangan empat pekerja Islam adalah rakyat Perancis, maka isu ini tidak boleh dilihat sebagai isu dunia Islam. Kita percaya masyarakat Islam Perancis berkemampuan menanganinya.


Bagaimanapun, ia wajar menjadi renungan kepada rakyat Malaysia bukan Islam. Walaupun Islam adalah agama rasmi negara, agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang tekanan daripada kerajaan dan masyarakat Islam.



Tercabar


Hanya apabila pihak gereja cuba melangkah ke premis larangan dengan isu kalimat Allah dan Bible dalam bahasa Melayu, barulah umat Islam di negara ini berasa tercabar dan melenting tidak lama dulu.


Bagi hamba, apa yang berlaku di Perancis hanyalah sekadar menjolok perasaan. Tetapi yang lebih menggusarkan ialah apa yang diceritakan oleh seorang teman mengenai seorang ustaz yang mempertikaikan jaminan halal logo Jakim.


Semasa menyampaikan tazkirah solat tarawih, ustaz itu telah bertanya sepintas lalu, adakah produk berlogo Jakim boleh dijamin 100 peratus halal?


Mempertikaikan jaminan logo halal adalah satu fitnah yang mempunyai kesan buruk terhadap masyarakat Islam. Ia samalah seperti bertanya, adakah semua mereka yang bergelar ustaz dijamin masuk syurga? Tentulah tiada jaminan.


Maka apakah kerana tiada jaminan, lalu kita enggan lagi menghantar anak-anak kita pergi belajar di sekolah-sekolah agama. Wajarkah?


Ingin ditanya ustaz tersebut, adakah beliau selama ini hanya makan makanan yang ditanam, diternak, diproses dan dimasak sendiri?


Atau cakapnya itu hanya satu kenyataan politik mewakili puak yang sentiasa tidak setuju dengan apa sahaja yang kerajaan buat.


Jika ada yang menentang penggunaan logo 1 Malaysia dan slogan Janji Ditunai bagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, ia masih boleh masuk akal kerana premisnya memang hal-ehwal politik. Tapi isu sijil halal Jakim bukan isu yang layak dipolitikkan.


Para ustaz harus tahu membezakan apa yang layak dicakap atau sebaliknya. Ditakuti mereka juga bercakap fitnah. Tentulah kemurkaan Allah SWT lebih besar kerana mereka ini kononnya berilmu.


Orang yang berilmu tidak sepatutnya bercakap perkara-perkara yang boleh menyebabkan mudarat besar di kalangan orang ramai.


Bagaimanapun, jika sekadar berilmu dan amat sedikit imannya, akhirnya mereka bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, tetapi turut menyesatkan orang-orang lain yang suka mendengar ceramah mereka.


Minta Allah jauhkan negara kita daripada dibanjiri dengan ustaz tipis iman ini. Dan ini ada satu lagi perkara yang lebih menggusarkan hamba di bulan Ramadan ini. Utusan Malaysia telah mendedahkan tentang penjualan tapak-tapak bazar Ramadan dengan harga pasar gelap yang mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit.


Dikatakan berlaku penyelewengan dan rasuah di kalangan pihak persatuan dan pihak berkuasa yang menguruskan pembahagian tapak bazar itu.


Ketika orang lain berlumba-lumba menambah pahala dengan kedatangan Ramadan, keparat-keparat ini pula berlari mengejar dosa besar dengan mencari keuntungan atas kesusahan orang lain. Jika Malaysia mahu melaksanakan hukum hudud, keparat-keparat ini paling layak dikenakan hukuman berat.


Semua orang tahu bahawa yang paling banyak melakukan rasuah dan pecah amanah di negara ini adalah orang-orang yang memiliki nama-nama Islam. Rupa-rupanya nama sahaja Islam, tetapi mereka tidak beriman. Mereka tidak takutkan Tuhan dan tidak percaya adanya neraka.


Jika mereka takutkan Tuhan dan percaya adanya neraka, tentulah mereka tidak melakukan perbuatan-perbuatan buruk ini.


Orang-orang ini hanya boleh diajar dengan hukuman yang menakutkan seperti di China. Barangkali penguatkuasaan undang-undang rasuah masih tidak bersungguh-sungguh.


Barangkali SPRM masih kurang cekap atau kurang kakitangan. Barangkali kerajaan perlu menjadikan usaha memerangi rasuah satu jihad. Terlalu banyak kebarangkalian.


Suatu masa dulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika masih berjawatan Perdana Menteri telah ditanya wartawan di luar negara mengenai tahap rasuah di Malaysia. Katanya, rasuah boleh di kategorikan kepada dua bentuk, iaitu terbuka dan tertutup.


Jika kakitangan kerajaan tidak takut melakukan rasuah secara terbuka, maknanya keadaan sangat teruk. Tetapi di Malaysia, kata Mahathir, rasuah masih dilakukan secara tertutup. Apakah jawapan beliau itu sekadar untuk menyedapkan hati?


Sebagai umat Islam, kita sepatutnya berasa sangat malu kerana banyak negara lain yang berjaya memerangi rasuah walaupun mereka lebih sekular dan majoriti rakyatnya bukan Islam.


Banggakah sebagai orang Islam jika kita sendiri mempunyai persepsi yang sentiasa buruk terhadap kebanyakan penjawat awam yang bertugas dalam agensi penguatkuasaan?


Begitu juga orang-orang politik yang mempunyai kuasa meluluskan itu dan ini. Mereka ini juga mengaku beragama Islam seperti kita. Malahan, barangkali ramai daripada mereka juga sedang bersolat Tarawih bersama kita pada malam-malam Ramadan ini.


Di bulan yang menuntut kita bermuhasabah diri, akuilah bahawa tahap rasuah dan pecah amanah di Malaysia adalah membimbangkan. Lebih membimbangkan lagi, sebilangan besar yang melakukan dosa besar ini ialah orang-orang yang mengaku Islam. Mereka ini adalah perosak Islam...

AL-QURAN BIRU


AL-QURAN merupakan kitab suci umat Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibrail a.s. Kebanyakan teks al-Quran di zaman awal Islam ditulis di atas kertas kulit yang dikenali sebagai velum menggunakan tulisan kufik. Di dalam bidang seni penulisan al-Quran terdapat sejenis al-Quran yang dikenali sebagai al-Quran Biru.

Al-Quran Biru mempunyai set penulisan teks yang seragam dan ini menjadi ciri-ciri unik yang dimiliki oleh al-Quran ini. Al-Quran Biru dihasilkan dengan menulis ayat al-Quran di atas kertas kulit yang telah diwarnakan dengan pewarna biru.
Tulisannya ditulis dengan dakwat emas dalam 15 baris teks bagi setiap helaian kertas kulit yang digunakan. Setiap naskhah al-Quran Biru yang dihasilkan mempunyai sebanyak 650 helaian kertas kulit.
Berdasarkan kepada ciri-ciri unik dan mewah di atas, ia mengehadkan penaung kepada pengeluaran al-Quran Biru ini kepada golongan khalifah dan pembesar istana sahaja kerana kos untuk menyiapkan senaskhah al-Quran Biru adalah amat mahal pada abad ke-8 hingga abad ke-13 Masihi.
Penghasilan al-Quran Biru bermula dengan proses penyediaan kertas kulit yang diambil daripada kulit kambing. Bulu-bulu halus yang terdapat pada kulit kambing akan dibersihkan dan seterusnya ia di regang pada bingkai kayu dan dipaku untuk tujuan pengeringan.
Setelah kulit kering, ia akan disapu dengan bahan pewarna indigo yang menghasilkan warna biru dengan menggunakan berus. Ia juga mungkin direndam ke dalam cecair indigo untuk jangka masa yang lama bagi mendapatkan warna biru gelap.
Selepas proses mewarna, kulit akan dikeringkan sebelum proses menulis. Kertas kulit yang telah kering akan dipotong mengikut saiz yang diperlukan.
Kebiasaannya helaian Al-Quran Biru dihasilkan dalam bentuk melintang. Kemudian penulis khat akan menyediakan garisan bagi memastikan ayat-ayat Al-Quran yang ditulis adalah lurus.
Penulis khat akan menggunakan kapur atau mata pen yang tumpul untuk menghasilkan garisan teks. Setelah garisan yang diperlukan siap, penulis khat akan mula menulis aya-ayat al-Quran menggunakan dakwat berwarna emas.
Al-Quran Biru dihasilkan bukan untuk tujuan praktikal malah ia lebih kepada tujuan hiasan. Tulisan kufik yang digunakan tidak mempunyai baris dan titik.
Mengikut dapatan kajian yang dijalankan oleh pengkaji seperti Neumier, ia dijadikan sebagai hadiah yang bukan sahaja melambangkan kekayaan pembuatnya malah ia juga melambangkan status kuasa yang dimiliki oleh seseorang pemerintah.
Selain biru, terdapat naskhah al-Quran yang ditulis dengan tulisan perak di atas kertas kulit berwarna seperti coklat dan ungu. Al-Quran ini merupakan antara koleksi manuskrip Islam di Masjid Kasba di Tunisia daripada Khalifah Al-Mutawakkil pada abad ke-15 Masihi.
Dua buah masjid besar yang mempunyai naskhah al-Quran ini di dalam simpanan mereka ialah Masjid Besar Khairouan dan Masjid Besar Cardoba. Selain masjid, naskhah atau helaian al-Quran Biru ini turut dimiliki oleh beberapa buah muzium tersohor seperti Muzium Metropolitan, Muzium Sackler di Harvard, Chester Beatty Library dan di Malaysia helaian al-Quran yang cantik ini boleh dilihat di Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Muzium Kesenian Islam Malaysia mempunyai sehelai muka surat al-Quran Biru yang dihasilkan pada abad ke 9 - 10 Masihi di Afrika Utara. Ia merupakan antara artifak terbaru yang dipamerkan di dalam Galeri Al-Quran dan Manuskrip.

PANGGILAN haji tiba lagi, gamitan talbiah dengan begitu mekar dalam ingatan bakal haji, dhuyufurrahman amat kuat menusuk kalbu. Sebermula dengan panggilan surat terima, sudah membawa seribu satu macam kesukaan telah terukir pada raut wajah jemaah haji. Habis keluarga, rakan taulan diuar-uarkan, bukan sekali tetapi itulah yang dikhabarkan setiap kali bertemu. Semuanya ini sebagai terjemahan gembira yang berbaur syahdu dalam melaksanakan ibadah haji.
Pada ruangan kali ini, penulis ingin mengemukakan sejumlah falsafah ibadat haji, serta hikmahnya, berdasarkan pengamatan dan sedikit pengalaman yang dikongsi bersama oleh tetamu Allah yang berkunjung ke Tanah Suci Mekah. Antaranya;
Bermulanya kehambaan
Hal ini jelas dirasakan oleh bakal jemaah haji, inilah puncak penyerahan kepada Yang Maha Esa. Segala tugas hakiki dan wajib dalam semua lapangan seperti pegawai kerajaan, guru, pekerja swasta hatta nelayan terpaksa dengan rela hati meninggalkan tugas tersebut kerana menyahut panggilan Ilahi.
Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang melambangkan penyerahan sebagai seorang hamba kepada Khaliqnya. Hal ini sentiasa dirasakan bermula daripada langkahan pertama keluar dari rumah hingga pulang bertemu sanak saudara dan masuk ke dalam rumah.
Mengikut cara Islam keluarnya seseorang hamba Allah menuju kepada Allah dalam melaksanakan ibadah haji bermula dengan solat musafir di rumah dan apabila kembali juga dengan bersolat mengikut sunah Rasulullah SAW.
Menzahirkan Kecintaan
Hal ini dipamerkan oleh ramai dan hampir kesemua jemaah haji. Ia merupakan perasaan rindu dan cinta kepada Mekah dan Madinah sekalipun berlaku kerap kali dalam melaksanakan ibadah haji oleh seseorang. Benarlah kenyataan yang dibuat oleh Syeikh Waliyullah al-Dehlawi dalam kitabnya yang masyhur, Hujjatullah al-Baligah.
Seorang ulama Syafie yang terkenal pada zaman dahulu iaitu Imam al-Nawawi menukilkan dalam karyanya, Al-Idhah Fil Manasik al-Haji Wal Umrah antara lain menyebut seorang wanita apabila sampai ke Kota Mekah mulutnya selalu menyebut mana rumah tuhanku, kemudian ditunjukkan ke Kaabah lantas ia berlari dan bergantung pada sitar (kelambu) Kaabah dan selepas itu beliau jatuh menggelonggsor mati di kaki Kaabah.
Memaknakan erti kehidupan
Ketika berkelana, mereka dapat menyaksikan manfaat-manfaat haji, sama ada bersifat duniawi atau ukhrawi. Ini sudah pasti akan memberi satu pengalaman yang amat berguna dan bernilai dalam kehidupan seseorang. Pada masa itulah seseorang itu akan menghargai kehidupan yang dialaminya di kampung halamannya dan tanah watannya. Segala aspek yang baik dan positif dapat diterjemahkan dalam kehidupan hariannya yang sudah pasti beliau meraih pahala dan keredaan Allah.
Mengimbau nostalgia hamba Allah
Seolah-olah sebahagian ibadat haji mengajak umat Islam mengimbau sejarah lama, khususnya Nabi Ibrahim dan keluarganya. Justeru semangat keIbrahiman dan KeHajaran sepatutnya dibawa pulang oleh jemaah haji. Bukan hanya menceritakan kepada anak buah betapa letihnya saie antara Safa dan Marwah kerana jauh jaraknya. Sebaliknya mengambil semangat tawakal dan bergantung harap Siti Hajar kepada Allah dalam menempuh sisa-sisa keperitan hidup yang mencabar antara dahaga dan kasih-sayang kepada anaknya, Ismail.
Memahami watak manusiawi
Imam Nawawi pada mukadimah kitabnya Al-Idhah menyebut sejumlah pesanan dan wasiat kepada bakal jemaah haji agar berinteraksi dengan sebaik mungkin termasuk hal berkaitan harta benda, makan minum, tawar menawar, pinjaman dan sewaan supaya ibadah haji yang dilakukan dapat disempurnakan dengan baik.
Ini kerana apabila bermusafir segala watak sebenar manusia akan terdedah kerana itulah salah satu daripada makna safar ialah mengubah watak seseorang kepada hakikat dan realitinya yang sebenar. Pujangga pernah berkata: "Pilihlah jiran sebelum dirikan rumah dan pilihlah rakan sebelum melakukan pelayaran."
Dalam haji, jemaah haji didedahkan dengan pelbagai watak yang terkadang mengguris dan menyinggung perasaan di samping ada yang benar-benar mempamerkan akhlak yang unggul serta prihatin yang teramat sangat kepada rakan taulan, tetapi golongan seperti ini amat nadir dan sedikit dan sudah pasti akan diminati serta dikasihi oleh jemaah haji yang lain.
Muzakarah ilmiah
Oleh kerana aspek ibadah haji atau disebut manasik haji, merupakan sebuah rehlah rabbani sudah pastinya ilmu merupakan asas yang terpenting supaya benar-benar menepati sunah nabi. Hal ini selaras dengan perintah Rasulullah SAW: Ambillah manasik haji kamu daripadaku. (riwayat Bukhari).
Justeru tidak hairanlah Tabung Haji dan lain-lainya mengadakan kursus yang mempunyai banyak siri supaya ilmu dan kefahaman benar-benar dihayati oleh bakal jemaah haji. Tetapi hal yang lebih menarik daripada itu, apabila sampai di Kota Mekah, bahkan seawal perjalanannya lagi sentiasa kedengaran pelbagai pendapat dilontarkan sehingga terlalu ramai "pakar", "mufti", "tokoh ulama", yang mengemukakan pendapat dan hujahan terkadang-kadang hanyalah berkiblatkan kepada logik akal semata-mata. Inilah yang sepatutnya dijauhi.
Cuba memperibadikan sahabat yang unggul
Ghalibnya jemaah haji akan berkunjung ke Kota Suci Madinah al-Munawwarah dan beberapa tempat di sekitar Madinah yang penuh keberkatan seperti Uhud, Perkuburan Baqie, Khandak dan lain-lain. Ini sudah pasti mengingatkan kita kepada hayah as-Sahabah dalam mempertahankan agama Allah dan meninggikan syiarnya.
Bayangkan bagaimana Hamzah Singa Allah rebah dalam Perang Uhud kerana tusukan tombak yang membawa kepada syahidnya. Begitu juga dengan para sahabat yang lain. Kalaulah dapat diperibadikan dalam jiwa jemaah haji seperti mereka itu, sudah pasti sinar gemilang Islam akan muncul kembali.
Cinta Rasul
Ini sudah semestinya dapat dipamerkan ketika kunjungan para jemaah ke Makam Rasulullah SAW dan Masjid Nabawi. Perasaan syahdu, sayu, sedih dan rasa kebersalahan seseorang itu ternyata zahir ketika lafaz, Assalamualaikum Ya Rasulullah diucapkan berhadapan dengan makamnya. Ketika itu kaki seolah-olah menjadi kaku, kepala ditundukkan, mata dikenangi dengan air mata, dan pemikiran terpusat kepada sahsiah yang paling unggul dimuka bumi itulah Rasulullah SAW.
Ketika itulah sebuah tekad dan keazaman yang tinggi untuk menjadi umat Rasulullah dan pengikutnya yang setia berasaskan sunah dan sirahnya. Perkataan Ya habibi, wahai kekasihku Ya Rasulullah diulang kembali sehingga lupa orang di sebelahnya meskipun suami atau isterinya. Itulah cinta Rasulullah.
Kembali dengan sahsiah Islamiah
Dengan selesainya ibadah haji, apabila batu lontaran terakhir di jamrah selamat masuk ke tempatnya maka jemaah haji berpaling mengadap kiblat, berdoa dengan penuh harapan agar dimabrurkan hajinya. Justeru harapan seolah-olah jemaah haji menjadi bayi yang baru dilahirkan tanpa dosa dan dalam keadaan bersih perlu dipertahankan.
Sementelahan pula pada tawaf Wada' seseorang itu membuat perjanjian kepada Allah untuk menjadi hamba Allah yang hakiki. Hal yang sama juga berlaku ketika ucapan selamat perpisahan dalam ziarah Wada' kepada Rasulullah SAW.
Inilah yang sebenarnya patut dibawa pulang selepas memasuki madrasah haji dan telah bergraduan dengan kemabruran haji. Pulang dengan membawa misi mabrur yang disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu pemakaian sifat yang mahmudah seperti memberi salam dan sentiasa menjamu orang, terutamanya fakir miskin dengan makanan.
Itulah sedikit sebanyak coretan falsafah dan hikmah di sebalik pensyariatan haji yang semestinya difahami oleh dhuyufurrahman. Semoga matlamat menuju kepada kemabruran haji tercapai. Amin.

KELEBIHAN MEKAH


ALHAMDULILLAH acara ibadat haji dan musim haji telah bermula dengan masuknya Syawal dan para jemaah sibuk dengan persiapan terakhir sebelum berangkat menuju ke rumah Allah.
Untuk isu kali ini, penulis diamanahkan untuk membincangkan tentang kelebihan Mekah. Bagi memahami isu ini, penulis membincangkan melalui beberapa noktah agar mudah difahami.
* Nama: Kota Mekah mempunyai banyak nama. Ini menandakan lebihnya Kota Mekah terutamanya apabila gelaran yang melambangkan kebaikan dan kehebatan diberikan kepadanya.


Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kepada Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurang dan menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekah atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.
Seperkara lagi nama kota ini dirakamkan dalam nas al-Quran dan hadis dan sudah pasti ia akan diabadikan di sepanjang zaman kehidupan manusia.
* Sejarah: Kota Mekah mempunyai sejarah yang cukup istimewa, antaranya ia merupakan sejarah rumah Allah yang pertama didirikan untuk manusia. Sejarah kehidupan Hajar dan Ismail sebagai manusia yang membuat pembaharuan semula bagi Kota Mekah amatlah unik. Seterusnya catatan kehebatan Mekah berlangsung daripada generasi terdahulu hingga kini.
* Karamah: Penulis maksudkan dengan kemuliaan yang Allah wujudkan pada Kota Mekah, sama ada dinaskan dalam al-Quran dan hadis. Hal ini jelas dengan rakaman firman Allah SWT berkenaan Ashabul Fil. (rujuk al-Fil: 1-5)
* Tawaran pahala. Terlalu banyak tawaran pahalanya dan digandakan berbanding tempat lain. Ini terbukti dengan banyak nas seperti solat di Masjidil Haram di beri ganjaran 100,000 berbanding masjid lain. Begitu juga dengan pahala tawaf, umrah, hatta melihat Kaabah.
Oleh itu, semestinya jemaah haji tidak melepaskan peluang melakukan ibadat dengan sebaik mungkin dan sebanyak mungkin.
Keistimewaan Mekah
* Telaga Zam Zam di mana airnya adalah antara yang terberkat di muka bumi. Mempunyai pelbagai kelebihan dan mengikut niat seseorang yang meminumnya akan diberikan dengan izin Allah. Hal ini dinaskan dalam hadis. Wujudnya tempat-tempat yang ada nilai berbanding dengan yang lain seperti Makam Ibrahim, Hijr Ismail, Hajar Aswad, Multazam dan lain-lain.
* Mekah sebagai Tanah Haram. Dalam sebuah riwayat Muslim, menyebut Rasulullah SAW bersabda: Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Kota Mekah: Sesungguhnya Negeri Mekah ini dijadikan Allah SWT sebagai Tanah Haram ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Mekah ialah tanah haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak dibenarkan berperang di Mekah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa sahaja (pada hari pembukaan Kota Mekah tahun ke 8 Hijrah).
Mekah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang pemburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barangan yang tercicir kecuali mereka yang mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Mekah. Kata al-Abbas( bapa saudara Rasulullah): "Kecuali Izkhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah. Jawab Rasulullah SAW: "Kecuali Izkhir.
* Tidak dimasuki Dajjal. Hal ini berdasarkan hadis dalam Sahih Bukhari Rasulullah SAW bersabda: Semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal oleh para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali. Dan Allah SWT akan mengeluarkan semua orang kafir dan munafik darinya.
* Mendapat keamanan. Ini kerana telah diisytiharkan Allah SWT. Al-Maghari berkata seluruh bangsa Arab sepakat untuk menghormati dan memuliakan Baitullah ini. Sesiapa yang masuk ke dalamnya pasti berasa aman daripada gangguan penganiayaan orang lain, pembunuhan atau pelanggaran kehormatannya, selama mereka berada di dalamnya. Amalan kebiasaan ini telah berjalan sejak zaman jahiliah.
* Melakukan ibadah sunat sepanjang masa. Walaupun ia tidak disepakati oleh para ulama tetapi mengikut mazhab Syafie dan Hambali ia boleh dilakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa. Tetapi mengikut mazhab Hanafi dan Malik hukum Mekah sama seperti tempat lain tanpa bezanya ini berdasarkan kepada perbuatan Saidina Umar.
* Kaabah. Ia adalah Baitullullah al-Haram dan kiblat umat Islam. Berkenaan dengan kelebihannya tiada syaknya lagi berdasarkan nas al-Quran yang bermaksud:Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah sebagai tempat ibadat yang berada di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.
Penulis suka menyatakan bahawa Allah SWT menjadikan hati-hati manusia merinduinya dan mewajibkan ke atas hamba-hambanya yang mampu agar mengunjunginya dengan dijanjikan pahala yang berganda-ganda, juga memberi amaran daripada melakukan kejahatan ketika berada di dalamnya.
Allah SWT telah menyebutnya dalam al-Quran, Rasulullah SAW seringkali menyebutnya dalam hadis serta para ulama dan ahli sejarah telah banyak menulis mengenai sejarah Mekah yang tua ini. Amin...

APA TINDAKAN MAJLIS AGAMA ISLAM


Cadangan paderi gay rakyat Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng, untuk mengahwini “kekasih” sejenisnya di negara ini, menunjukkan bahawa fahaman liberal yang didokong segelintir pihak semakin menular di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun tindakan itu kononnya dibuat atas dasar kebebasan hak asasi, ia satu kebebasan melampau dan boleh menjurus kepada gejala sosial lebih teruk pada masa akan datang.
“Dalam peraturan undang-undang sivil kita, berkahwin sama sejenis memang tidak dibenarkan. Sebab dalam undang-undang negara kita, lelaki mesti berkahwin dengan perempuan. Tidak boleh lelaki dengan lelaki, perempuan dan perempuan,” kata beliau dipetik Bernama Online.
“Saya melihat (perkara) ini menunjukkan semakin menularnya fahaman liberal. Ia semakin berkembang di Malaysia dan fahaman liberal ini amat dibimbangi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah surau baru Al-Hijrah di Lembah Pantai dekat sini.
Jamil Khir berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambil ketetapan bahawa pandangan sedemikian adalah bertentangan dan dilarang dalam konteks agama Islam.
Mengulas isu Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh, Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi mencari jalan penyelesaian...

APA TINDAKAN MAJLIS AGAMA ISLAM


 Majlis Agama Islam Negeri (Main) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) diminta bertindak tegas dalam menangani sindiket mengutip derma yang mempergunakan sewenang-wenangnya nama pusat Tahfiz, madrasah dan rumah anak yatim di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab itu mengambil kesempatan membina kekayaan terhadap sifat pemurah rakyat di negara ini.
“Konsep kutipan jenis ini ada peruntukan di bawah enakmen negeri masing-masing, sebarang kutipan ini mesti mendapat kebenaran daripada Main atau Jain, jadi gunakan platform ini bertindak tegas terhadap sindiket ini.
“Sebarang kutipan tanpa kebenaran atau mereka buat penyamaran tindakan diambil … mesti kuatkuasakan, kita yakin bila terus pantau kita akan kurangkan soal penipuan ini,” katanya kepada pemberita di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda di sini, Sabtu.
Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 150 anak yatim, 50 ibu tunggal dan dua keluarga miskin. Program sumbangan itu merupakan hasil kerjasama dengan syarikat Ramly Food Processing Sdn Bhd.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly, Datuk Ramly Mokni.
Pada 9 Ogos lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesan terdapat sindiket yang berselindung di sebalik nama pusat Tahfiz, madrasah dan rumah anak yatim serta menggunakan pelajar sekolah untuk mengutip derma sehingga ke pukul 3 pagi setiap hari... 

UMAT ISLAM PERLU AMBIL BAHAGIAN DIDALAM PEMBAGUNAN EKONOMI


 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru umat Islam di negara ini supaya mengambil bahagian dalam program pembangunan ekonomi yang banyak dilaksanakan oleh kerajaan.
Beliau berkata ini kerana untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan amat bergantung kepada keupayaan untuk membina kekuatan ekonomi.
“Yang paling penting, bukan perancangan kerajaan tetapi penyertaan masyarakat terutama umat Islam dalam negara kita dalam bidang pembangunan iktisad,” katanya dalam ucapan pada majlis tadarus dan khatam Al Quran serta majlis berbuka puasa di Kompleks Pekembar di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri isteri Muhyiddin, Puan Sri Nooraine Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Datuk Tahir Taat.
Turut serta lebih 2,000 penduduk kawasan sekitar yang terdiri daripada anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan pelajar Universiti Tun Hussein Onn.
Katanya kerajaan melaksanakan pelbagai program ekonomi untuk membolehkan rakyat menguasai segala bidang ekonomi termasuk pertanian dan pembuatan supaya tidak lagi perlu bergantung pada orang luar.
“Rancangan kerajaan dalam tempoh lapan tahun menjelang 2020, kita harus dapat menarik pelaburan berjumlah lebih RM444 bilion dan ia sudah mula masuk dalam jumlah agak besar.
“Jadi kita mahu umat Islam mengambil bahagian dan turut serta dalam pembangunan ekonomi ini bagi membolehkan ekonomi umat Islam ditingkatkan kerana Islam menuntut kita memperkukuhkan kedudukan,” katanya.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada lebih 1,000 fakir miskin dan anak yatim dari sekitar Pagoh.